Habis satu cabaran di gua yang pertama
kami berhenti melepaskan penat sejenak.
Sambil-sambil tu tuan renjer telah
memperkenalkan pokok tongkak ali.
Inilah pokok tongkak ali...
ada beberapa batang je.
Dulu katanya ada banyak tapi
sekarang tinggal sikit je.
Beliau menunjukkan cara-cara bagaimana nak
kenal yang pokok tu pokok tongkat ali yang asli
(oppss... rupa-rupa ada pokok tongkat ali palsu...).
Caranya ialah daun tu digentel-gentel.
Kemudian dimasukkan dalam mulut,
memang rasanya pahit tapi...
kalau daun dari pokok yang asli dia hancur....
Dan sudah tentu daun tongkat ali banyak khasiat
(bukan untuk orang lelaki je...)
Boleh buat ubat darah tinggi dan kencing manis.
Kata renjer tu, amalkan rebusan air daun tongkat ali.
Sudah tentu pahit, tapi yang pahit sukar ditelan
itulah penawar yang mujarab.....
Sungguh kaya hasil ciptaan Allah swt....
Lepas ni nak ke mana pula ye?
Kena panjat tinggi lagi ke?
Kaki nak 'cramp' la....
No comments:
Post a Comment