Alhamdulillah.... dalam kepenatan ibadah tidak
dilupakan. Syukur semua dapat mengejarkan
solat jama' qasar maghrib & isya' secara berjamaah.
Sesi bacaan yaasin dan taklimat ringkas dari
Kem Komandan.
Aktiviti malam ini malam kebudayaan.
Setiap pasukan menunjukkan kreativiti
masing dalam membuat persembahan.
Sketsa ada... drama ada...
gadis-gadis puteri bersenandung ada...
dikir barat ada...
GAMBAR je tak ada....
(pencahayaan tak kuat gambar gelap....)
Tiba-tiba kena bangun 2 pagi...
Buat apa ye??? Apa lagi aktiviti burung hantu...
Huhu.... ada yang menangis...
Besar-besar pun takut jugak ke?
Ini latihan bina jati diri supaya berani...
Lagi pun buat insaf-insaflah....
Bayangkan kena tinggal dalam gelap sorang-sorang...
Macam tulah nanti kita dok sorang-sorang
dalam kubur nanti.... lagi tak ada siapa
nak tolong kecuali amalan kita....
No comments:
Post a Comment