Semoga bengkel anjuran dari pihak PPD Kuantan dan JKKD Kimia Daerah Kauntan ini dapat dimanafaat sepenuhnya oleh pelajar yang hadir. Di mana ada usaha di situ kecemerlangan terukir.
Monday, July 7, 2008
Bengkel Kecemerlangan Kimia SPM 2008
Hari ini Isnin, 7 Julai 2008, di Dewan Multaqa, telah berlangsung Bengkel Kecemerlangan Kimia SPM 2008 Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kuantan. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan dengan kerjasama JKKD Kimia Daerah Kuantan dan dikhususkan untuk calon-calon cemerlang. Menurut Setiausaha JKKD Kimia Daerah Kuantan Pn Wan Azlina Wati bt Wan Muhamad, seramai 152 orang calon telah hadir. Mereka terdiri dari pelajar-pelajar Sekolah Menengah di sekitar Daerah Kuantan. Penceramah pula terdiri dari En Zulkifli b Mahmood, Pn Badariah bt Ali dan En Hew Siaw Tek. Bengkel telah bermula dari jam 9.00 pagi dan berlanjutan hingga jam 4.30 petang. Menyusul nanti pada 21 Julai 2008, bengkel yang sama akan diadakan khusus untuk calon-calon potensi pula.
No comments:
Post a Comment