Seperti biasa tepat jam 12.00 tengah hari berlangsung majlis ilmu untuk pelajar-pelajar perempuan di Surau Al-Hikmah. Tazkirah hari ini menyentuh tentang sentuhan lelaki terhadap wanita sama ada dalam keadaan biasa atau berwhuduk. Ianya telah disampaikan oleh Ustazah Ariza bt Awang. Antara yang dibincangkan adalah seperti berikut.
SENTUHAN LELAKI TERHADAP WANITA
1. Sentuhan dan berjabat tangan lelaki dengan wanita ajnabiah dengan tidak berlapik hukumnya haram.
2. Apabila dengan berlapik dengan sarung tangan/sapu tangan, kain dan sebagainya, terdapat perbezaan pendapat di antara ulama. Sebahagian mengharamkan dan sebahagian membolehkan.
DALIL YANG MENGATAKAN HARAM
Maksud Hadis :
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya :
”Nabi saw membai’at para wanita dengan perkataan tidak pernah tangan Rasulullah saw memegang tangan para wanita, kecuali tangan wanita yang telah menjadi miliknya.”
Maksud Hadis :
”Seandainya kamu ditusuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik bagi mu daripada menyentuh perempuan yang tidak halal bagimu.”
DALIL YANG MENGATAKAN BOLEH
Maksud Hadis :
”Dan diriwayatkan bahawa Rasulullah saw membai’at para wanita, tersebut terdapat sehelai kain dan melapisi dengan kain itu disyaratnya atas mereka.”
Maksud Hadis :
”Hindarilah oleh mu berkhalwat (bersunyi-sunyi diri) dengan wanita. Demi Allah yang jiwa ku dalam kuasa-Nya, tidak ada lelaki dan wanita berkhalwat berdua saja, melainkan syaitan berada di antara keduanya. Seandainya seseorang berdesak-desakan dengan babi yang berlumuran tanah/lumpur hitam yang busuk, itu malahan lebih baik baginya daripada bahunya berdesak-desakan dengan bahu wanita yang tidak halal baginya.”
SENTUHAN LELAKI TERHADAP WANITA DALAM KEADAAN WUDHUK
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum sentuhan lelaki dengan wanita yang dalam keadaan wudhuk.
1. Mazhab Hanafi – sentuhan lelaki terhadap wanita tidak tidak membatalkan wudhuk.
2. Mazhab Maliki – sentuhan lelaki terhadapat wanita dapat membatalkan wudhuk dengan syarat
(a) Lelaki yang menyentuh telah baligh.
(b) Menyentuh dengan maksud hendak merasakan kenikmatan (kelazatan)/memang merasa nikmat dengan sengaja.
(c) Kulit yang tersentuh tidak tertutup/mempunyai tutup tetapi nipis.
(d) Orang yang disentuh mudah terangsang nafsu syahwatnya.
3. Mazhab Syafie – menyentuh wanita ajnabiah membatalkan wudhuk secara mutlak, sekali pun tidak terangsang/sekali pun lelaki yang menyentuh itu sudah tua dan kalau wanita itu terlalu tua.
4. Mazhab Hambali – menyentuh wanita dengan syahwat dan tanpa ada yang membatas/tanpa berlapik, membatalkan wudhuk.
Kesimpulannya – meninggalkan berjabatan tangan/bersentuhan lelaki dengan wanita itu lah lebih islami dan yang afdhal. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita semua.
Semoga pengkongsian majlis ilmu kali ini dapat dimanafaatkan untuk semua pelajar.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment