Sempena perhimpunan pagi Rabu, Pn Che Zaharah bt Hj Ibrahim, selaku Ketua Bidang Bahasa, telah memberi sedikit Mutiara Kata buat pelajar-pelajar. Beliau menyebut tentang DUIT. Setiap orang sentiasa memikirkan tentang DUIT. Namun beliau cuba membawa pelajar tentang DUIT dari persepektif yang berbeza. Berikut apa yang telah di dengarkan kepada pelajar-pelajar.
D untuk DOA. Sebagai pelajar anda mempunyai matlamat hidup. Sudah tentu matlamat hidup yang sebenar ialah untuk mencari keredhaan ALlah swt. Tetapi sebagai pelajar anda tentu mempunyai matlamat hidup yang dekat. Untuk apa anda datang ke sekolah? Sudah tentu untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan!! Jadi doalah supaya anda mendapat 8A/9A dalam PMR, 9A/10A dalam SPM atau 5 prinsipal dalam STPM untuk setiap peperiksaan yang anda akan tempohi tidak lama lagi.
U untuk USAHA. Rezeki tidak akan datang bergolek. Oleh itu setiap apa yang anda buat mesti ada usaha. Allah sendiri meningatkan dalam Al-Quran "Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum selagi mana mereka tidak merubah apa yang ada dalam diri mereka" Oleh itu untuk mendapat sesuatu yang baik anda mesti berubah dengan berusaha bersungguh-sungguh. Tanpa usaha sesuatu itu sukar untuk di capai. Disamping itu sentiasa dengar, patuh dan hormati guru anda.
I untuk ISTIQAMAH. Istiqamah bermaksud berterusan. Oleh itu usaha yang anda buat mesti berterusan. Amal yang sedikit tapi berterusan lebih baik dari alam yang banyak tapi berhenti begitu sahaja. Sudah sepatutnya setiap calon PMR, SPM dan STPM mempunyai Jadual Belajar Persendirian dan Istiqamah dengan jadual yang di atur. Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam.
T untuk TAWAKAL. Setelah sesuatu usaha itu dibuat, hasilnya kita serah balik kepada yang Maha Pencipta. Bertawakallah kepada ALlah SWT atas segala apa yang telah kita usahakan. Allah SWT tidak akan menghampakan kepada hamba-hamba yang sentiasa berdoa dan bergantung hidup kepadanya.
Oleh itu, dengan DOA, USAHA, ISTIQAMAH dan TAWAKAL anda insya'Allah KEJAYAAN akan di tempah samada untuk dunia mahu pun akhirat.
Wallahu'alam
Wednesday, July 2, 2008
Mutiara Kata dari Pn Che Zaharah bt Hj Ibrahim
Labels:
Majlis Ilmu
No comments:
Post a Comment