Perhimpunan Isnin, 28 Julai 2008 berjalan seperti yang dirancang. Untuk pagi ini Tn Hj Nazli b Ismail telah berkongsi Mutiara Kata berkaitan dengan Senyum... Kata nya ada beberapa jenis senyum.
1. Senyum Egoist
Senyum yang tidak bersahabat. Senyum yang terbentuk dari perasaan dendam kesumat dan dapat menyakitkan hati orang yang melihatnya.
2. Senyum Mengoda
Senyum untuk menipu daya lelaki yang bermata keranjang. Dan perbuatan ini boleh menjerumus seseorang kepada kemaksiatan.
3. Senyum Ketabahan
Senyum yang muncul dari orang yang perkasa dan hebat. Senyum ini datang dari peribadi yang mampu menghadapi pelbagai musibah dengan tabah tanpa keluh kesah. Senyum ini akan dapat dirasakan oleh orang-orang yang merasa dekat dengan Allah swt.
4. Senyum Berwibawa
Senyum berwibawa mempunyai kekuatan dalam hidup. Mereka pernah melalui musibah yang berat dan kembali berjaya. Maka masalah yang berat dapat diatasi.
5. Senyum Ketulusan
Senyum ketulusan datang dari isi hati yang paling dalam. Justeru lahir perasaan untuk membahagiakan, menghormati dan memuliakan orang lain. Apa yang tersirat di hati (batin) terselah dibibir (lahiriah)...
Oleh itu, senyumlah... anda tidak rugi, malah mendapat pahala dari Allah swt kerana "Senyum itu sedeqah..."
Monday, July 28, 2008
Mutiara Kata dari Tn Hj Nazli b Ismail
Labels:
Majlis Ilmu,
Teacher
No comments:
Post a Comment