Pages

Ads 468x60px

Monday, June 30, 2008

Laporan Nadwah Kepimpinan Pengawas Kedua 2008

Pada 28 Jun 2008 yang lalu, telah diadakan satu program kepimpinan iaitu Nadwah Kepimpinan Pengawas Ke dua 2008. Program ini telah diadakan di Surau Al-Hikmah SMK Paya Besar dan dipimpin oleh Ustazah Hajjah Siti Arija bt Abdul Rahman, Encik Jusoh b Hassan dan Puan Hajjah Zainab bt Abdullah. Seramai 49 orang pengawas telah menghadirkan diri ke program ini.

Matlamat program ini diadakan adalah untuk memberi motivasi kepada pengawas supaya lebih bertanggungjawab, berdisiplin, bersemangat dan menjalankan tugas dengan penuh komitmen. Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 8.20 pagi di surau.

Tepat jam 8.30 pagi, program dimulakan dengan ceramah kepimpinan yang disampaikan oleh Ustazah Hajjah Siti Arija. Ceramah ini berkisarkan tentang keperibadian dan tanggungjawab sebenar seorang pengawas . Para pengawas telah memberi respon yang positif semasa sesi ceramah berlangsung. Selain itu, acara kuiz telah diselitkan dalam sesi ceramah itu.

Pada jam 10.25 pagi, pengawas dijemput ke kantin untuk sesi kudapan. Selepas sesi kudapan selesai, program disambung semula pada jam 10.45pagi dengan acara pembengkelan. Para pengawas dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut kumpulan tugasan masing-masing. Melalui sesi ini setiap kumpulan diberi satu tajuk berbeza yang berkaitan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Hajjah Siti Arija. Kemudian wakil setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil kerja masing-masing. Program ini berakhir pada jam 1.00 petang.


Disediakan oleh,
Fatimah Hanim Bt Mohd Lazim
5 Saksama 2008

Pertandingan Catur Terbuka Remaja Master 2008

Pada 29 Jun 2008, satu pertandingan catur telah diadakan di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar. Pertandingan ini julung-julung kali diadakan di sekolah ini. Pertandingan ini dianjurkan oleh Kelab Catur Daerah Kuantan (KCK) dengan kerjasama dari Kelab Catur SMK Paya Besar sendiri dan Persatuan Catur SK Tok Sira. Menurut Presiden KCK, En. Kamal, pertandingan seperti ini telah lama tidak diadakan tetapi telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan apabila seramai 350 peserta telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan diadakan bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru untuk di ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu bawah 9 tahun, bawah 12 tahun, bawah 16 tahun, dan bawah 20 tahun.


Pertandingan ini dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 7.00 malam. Pertandingan bertambah meriah dengan kehadiran para ibu bapa yang datang menyaksikan dan memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Di akhir pertandingan peserta dari Sekolah Menengah Abdul Rahmat Talib (SMART), Khairilhelmi telah memenangi pertandingan ini, manakala peserta tuan rumah iaitu Rudianto Bin Edi telah mendapat tempat yang kedua dalam kategori bawah 20 tahun setelah mengharungi pertandingan akhir yang mendebarkan. Walau bagaimanapun peserta perempuan tuan rumah bawah 16 tahun kurang bernasib baik apabila Shuhada Binti Sulaiman sekadar menduduki tempat ke empat.


Namun, ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi SMK Paya Besar apabila dua orang pelajar mampu menempatkan diri dalam kelompok 5 orang peserta terbaik dalam kategori yang disertai. Bagi pandangan pengetua SMK Paya Besar, Pn. Hajjah Hatijah Gan bt Abdullah, permainan catur dapat membantu otak pemain mahupun pelajar untuk sentiasa bergerak dan dapat memupuk pelajar meningkatkan kualiti pelajar dalam akedemik dan ko-kurikulum. Diharap agar pertandingan ini akan dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan bagi mengembangkan lagi permainan catur dalam kalangan anak-anak muda di daerah ini khasnya.

Disediakan oleh,




Rudianto Bin Edi
Pengerusi Kelab Catur
SMK Paya Besar

Friday, June 27, 2008

Aktiviti Hari Koperasi Sekolah (HKS) Paya Besar

Acara meriah yang diadakan bersempena Hari Koperasi SMK Paya Besar ialah Pesta Jualan. Pesta ini diadakan untuk mencungkil bakat para pelajar dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Sambutan yang diterima daripada warga pelajar amatlah memberangsangkan. Ini terbukti apabila sebanyak 27 buah gerai telah dibuka untuk jualan yang terdiri daripada kelab dan persatuan, unit beruniform, pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, kelas-kelas serta tidak terlepas juga pelajar-pelajar dari Kelas Pendidikan Khas. Pesta Jualan ini bermula pada pukul 10.00 pagi selepas Majlis Perasmian di Dewan Multaqa'. Ia berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Guru-guru juga turut membantu pelajar-pelajar menjual.

Pelbagai gaya dan ragam dapat disaksikan apabila pelajar-pelajar begitu sibuk mempromosikan gerai masing-masing. Keadaan ini hampir sama seperti dipasar-pasar malam disekitar bandar Kuantan. Ada yang menggunakan pembesar suara, maskot badut dan ada juga diantara pelajar membuat promosi jualan gerai-gerai mereka disekitar kawasan sekolah. Walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu tetapi para pelajar tetap meneruskan jualan mereka dalam keadaan terkawal. Pelajar-pelajar yang menyertai pesta ini bukan sahaja hanya berniaga tetapi turut menyertai pertandingan gerai terbaik. Semoga Koperasi SMK Paya Besar Berhad terus cemerlang dalam melahirkan usahawan suatu hari kelak.

disediakan oleh

Rudianto & Mohd Izham

HARI KOPERASI SMK PAYA BESAR 2008



Tanggal 27.06.2008 Hari Koperasi SMK Paya Besar telah dilancarkan pada pukul 7.40 pagi. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Jamali bin Abdullah. Seterusnya acara dimulakan dengan ucapan daripada Pengetua SMK Paya Besar iaitu Pn. Hajjah Hatijah Gan binti Abdullah. Terdapat pelbagai perkara yang telah diperkatakan seperti matlamat koperasi sekolah yang memberi peluang secara langsung kepada pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah bekerja bersama-sama merancang dan melaksanakan kegiatan dengan tujuan mendapat manfaat bersama. Selain itu, terdapat beberapa objektif penubuhan koperasi sekolah antaranya ialah:

a) Mewujudkan kerjasama antara pelajar dan guru dalam melaksanakan pelbagai aktiviti.

b) Memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar sebagai pewaris dalam kepimpinan koperasi masa depan.

c) Melaksanakan pelbagai kegiatan berunsur ekonomi, pendidikan dan sosial yang menyemarakkan lagi budaya koperasi.

d) Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang disertai.

Seterusnya acara diteruskan dengan bacaan perutusan YB. Menteri Pelajaran Malaysia oleh saudara Mohd Farid Bin Roslan dari tingkatan 6A1. Bacaan perutusan daripada YB. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi oleh Saudara Mohd Noradham Bin Mohamed dari 6A1 dan diteruskan dengan bacaan perutusan Yang Di-Pertua Angkasa telah disampaikan oleh saudara Mohd Faizzuddin Bin Fauzi dari 6A2.

Beberapa minit kemudian acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Mohd Zahidi Bin Husain, PKC, PKT, AJK B4P & Pengerusi Jabatan Perhubungan Angkasa negeri Pahang Zon 1, Kuantan. Beliau menyampaikan rasionalnya penubuhan koperasi sekolah. Rasionalnya adalah untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.


Perhimpunan pada pagi itu diakhiri dengan persembahan para pelajar. Antara persembahan yang diadakan ialah persembahan sajak, persembahan multimedia dan nyanyian lagu koperasi.
Selepas itu upacara menanam pokok di hadapan Makmal ICT sekolah. Semua guru terlibat dalam upacara tersebut. Upacara itu simbolik kepada bermulanya Hari Koperasi SMK Paya Besar bagi tahun 2008.


Disediakan oleh,

Sarina Binti Omar
5 Syumul 2008

PERTANDINGAN PIDATO HASIL 2008

Pada 24 Jun 2008 telah diadakan Pertandingan Pidato Hasil 2008 Peringkat Zon Pahang. SMK Paya Besar tidak ketinggalan menghantar seorang wakil pelajar Mohd Fai zuddin dari kelas 6A1. Beliau telah membanggakan sekolah dengan menjadi Johan dalam Pidato tersebut. Tahniah dari seluruh warga SMK Paya Besar buat beliau. Moga kemenangan ini menjadi dorongan buat pelajar-pelajar yang lain turut cemerlang dalam sebarang pertandingan yang di masuki.
Tahniah Mohd Faizuddin!!

Kejayaan anda kebanggaan SMKPB.

CERAMAH DARIPADA BEKAS PELAJAR CEMERLANG SMK PAYA BESAR

Pada Khamis 26 Jun 2008 telah di adakan ceramah motivasi untuk pelajar tingkatan 6 Atas. Ceramah telah di berikan oleh Anarita bekas pelajar SMK Paya Besar. Beliau merupakan pelajar cemerlang STPM Kebangsaan 2007. Semoga dengan ceramah yang disampaikan akan memberi suntikan semangat kepada calon-calon STPM 2008 untuk cemerlang di dalam peperiksaan nanti. Ingatlah kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang gigih dari anda pelajar!!

Monday, June 23, 2008

SEMINAR PEPERIKSAAN PMR

Pada hari Isnin 23 Jun 2008 telah diadakan satu seminar peperiksaan PMR yang melibatkan pelajar tingkatan 3 Amanah, 3 Bestari dan 3 Cekal, bertempat di Dewan Multaqa. Seminar ini bertujuan memahirkan para pelajar tentang teknik menjawab soalan peperiksaan bagi para pelajar yang bakal menduduki PMR. Seminar ini telah dikendalikan oleh seorang guru-guru dari SMKPB dan juga guru jemputan. Antara guru yang telah menyampaikan ceramah tersebut ialah Pn. Jalilah bt Salim. Program ini akan berlanjutan sehingga hari esok.

Kyusuk mendengar ceramah


Paham tak tu...
Ceramah dari Pn Jalilah Salim

PERTANDINGAN HARI PENGGUNA MALAYSIA 2008


Isnin, 23 jun 2008, telah diadakan satu pertandingan melukis bersempena Hari Pengguna Malaysia bertempat di dewan terbuka SMKPB. Sebelum itu bertempat di Dewan Multaqa' pelajar telah mengikuti ceramah dari pihak FOMCA diikuti dengan Kuiz ringkas.
Pertandingan melukis ini telah disertai oleh pelajar-pelajar dari kelas 4 Adil, 4 Cemerlang, 4 MPV dan 1KAA. Pertandingan ini diadakan bertujuan memupuk para pelajar dalam keprihatinan kepenggunaan. Peserta-peserta melukis telah diberikan beberapa tajuk yang berkaitan dengan aktiviti kepenggunaan. Sebelum aktiviti ini diadakan, para pelajar telah diberikan taklimat ringkas daripada guru mengenai pertandingan ini. Pertandingan ini berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Khusyuk melukis.

Cantik tak lukisan saya...?

Program Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK)

Pada 21 Jun 2008 yang lepas, program Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) telah didakan di SMK Abdul Rahman Talib (SMART). Seramai 12 orang pelajar SMK Paya Besar telah terpilih untuk menyertai program tersebut. Guru pengiring yang terlibat ialah Puan Hajjah Zureidah bt Nadzeri dan Encik Amran Bin Mahussin.

Semasa program tersebut dijalankan, semua peserta telah diberikan satu set kertas soalan matematik. Para peserta diminta menjawab semua soalan tanpa menggunakan kalkulator. Masa yang diperuntukkan ialah dua jam setengah.

Program ini bertujuan untuk menguji minda setiap peserta dan tahap penguasaan konsep matematik mereka.


Disediakan oleh,


Haleeda Aqeela Merican Noordin Binti Nazaruddin Merican Noordin
Peserta Olimpiad Matematik Kebangsaan 2008

Saturday, June 21, 2008

Selamat Datang Guru Baru

Seluruh warga SMP Paya Besar mengalu-alukan kedatangan guru baru Pn Sakina bt Ramli yang memulakan tugas pada Khamis 19 Jun 2008. Beliau merupakan seorang guru opsyen Bahasa Inggeris. Selamat datang dan bertugas di SMKPB. Moga sumbangan anda akan dapat memajukan lagi SMK Paya Besar.

Majlis Ilmu

Jumaat 20 Jun 2008 bertempat di Surau Al-Hikmah, jam 12 tengahari, telah berlangsung Tazkirah Mingguan untuk pelajar-pelajar perempuan. Tazkirah hari ini telah disampaikan oleh guru-guru praktikum ROS Cik Nur Naeimah Syuhada dan Cik Nur Hafizah . Sebilangan pelajar-pelajar perempuan telah menghadirinya. Tajuk majlis ilmu kali ini ialah Batas-batas Pergaulan antara Lelaki dan Perempuan.
Antara inti pati penting yang dibincangkan
  1. Menahan pandangan dari kedua-dua pihak.
  2. Pihak wanita harus mengenakan pakaian yang sopan yang dituntut oleh syara’ yang menutupi seluruh tubuh selain muka dan tapak tangan. Jangan yang tipis dan jangan dengan potongan yang menampakkan bentuk tubuh.
  3. Mematuhi adab-adab wanita muslimah dalam segala perkara terutama dalam pergaulannya dengan lelaki.
  4. Menjauhkan diri dari bau-bauan yang harum dan warna-warna perhiasan yang seharusnya dipakai di rumah, bukan di jalan dan di dalam pertemuan-pertemuan dengan kaum lelaki.
  5. Jangan berduaan (lelaki dan perempuan) tanpa disertai muhrim.
  6. Pertemuan itu atas dasar keperluan yang dikehendaki untuk bekerjasama, tidak berlebih-lebihan, menimbulkan fitnah, atau melalaikannya dari kewajiban sucinya mengurs rumah tangga dan mendidik anak-anak.
Terima kasih kepada Cik Nur Naeimah Syuhada dan Cik Nur Hafizah di atas perkongsian ilmu untuk kali ini. Hari ini juga merupakan hari terakhir mereka di SMK Paya Besar. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan mereka sepanjang sebulan berada di sekolah ini. Moga ia menjadi pengalaman bermakna dalam hidup anda yang bakal menjadi guru tidak lama lagi.

Khusyuk mendengar Majlis Ilmu

Hari Pemuafakatan Akademik

Jumaat 20 Jun 2008. Hari Pemuafakatan Akademik telah berjalan dengan lancar. Ibu bapa dari pelajar tingkatan 3 dan 5 Saksama telah ramai hadir ke sekolah untuk bertemu dengan guru membincangkan prestasi anak masing-masing bagi Peperiksaan Penggal yang lalu. Kerjasama sebegini amat diharap-harapkan untuk masa-masa akan datang. Terima kasih dari pihak sekolah kepada semua ibu bapa atas keperihatinan anda demi masa depan anak-anak SMK Paya Besar.
Dikelas 3 Amanah
Dikelas 3 Bestari
Bilik gerakan kelas 5 Saksama

Thursday, June 19, 2008

REGISTER NOW!!

KUANTAN OPEN CHESSMASTERS JUNIOR
Chess Open in Kuantan for Junior Aged 20 below ONLY!

Date : 29.06.2008
Time : 8.00 am
Venue : SMK Paya Besar
Closing Date : 26.06.2008

Organised by
Kelab Catur Kuantan
in assosiation with
Chess Club SMK Paya Besar & SK Tok Sira

The first chess tournament held in Kuantan for this year.
And we are planning to make it our annual event!
This tournament is specifically to give recognition
to the best Juniors in their age group category!
Prizes are for top five boys and girls
for Under-9, Under-12, Under-16 and Under-20!
There will be special prize for the BEST JUNIOR in this tournament!!

Call us now for further info!

Khairunnisa' 019-9699879
En Nordin 012-9017143
En Kamal Azmi 019-9282787
Pn Nurul 016-9334088
Pn Asmaiani 016-9305815

Pertandingan Pelancaran Roket

Pada 19 Jun 2008, telah diadakan satu lagi program iaitu pelancaran roket dimana program ini julung-julung kali diadakan sempena Minggu Sains dan Matematik. Seramai 39 kumpulan dan beberapa orang guru yang terlibat untuk menjayakan program ini. Program ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 3.00 petang.

Walaupun dalam situasi yang panas terik tetapi program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar dan juga guru. Permulaan yang agak baik, kumpulan pertama mencatat rekod kedua terjauh dan kumpulan yang terakhir mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar dalam bidang sains dan teknologi angkasa dengan mengaplikasikan teori-teori dan konsep yang telah dipelajari di sekolah. Untuk melancarkan roket tersebut adalah menerusi tekanan air dengan mengepam daripada pam yang dikenali sebagai pelancar. Disamping itu, pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk menghasilkan roket yang hanya menggunakan botol plastik dengan reka bentuk aerodinamik yang canggih bagi melancarkan pergerakan roket.

Diharapkan program ini dapat menarik minat para pelajar untuk mengetahui bidang Sains dan Teknologi Angkasa dengan lebih mendalam.

Disediakan oleh
RUDIANTO BIN EDI
Pengerusi Kelab Komputer
SMK Paya Besar.

The rocket ready to be launched.
The big crowd.

Roket paling jauh...

Happy boys with their rocket.

Mr President and the gang

Salute for Sir Hew.

LAPORAN LAWATAN KE UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA)

Sempena Minggu Sains & Matematik yang berlangsung selama seminggu bermula dari 16 Jun - 20 Jun 2008. Pelajar dari kelas 5 Saksama telah mengikuti lawatan ke UIA Kuantan, Pahang. Lawatan ini berlansung selama 2 jam pada hari Rabu bersamaan 18 Jun 2008. Seramai 33 orang pelajar telah terlibat dalam lawatan ini yang diiringi oleh dua orang guru iaitu Pn. Haniliza binti Sulaiman & En. Mohamad Amran bin Mahussin.

Rasionalnya lawatan ini diadakan untuk menaikkan semangat pelajar-pelajar aliran sains SMK Paya Besar dan menanam cita-cita untuk menjejakkan kaki dan menyambung pelajaran di sana. Seterusnya, pelajar dapat merasai cara dan suasana belajar di UIA. Selain itu, kami turut didedahkan dengan program pengajian yang ditawarkan di sana.

Sebelum bertolak ke UIA, para pelajar diminta berkumpul di hadapan dewan AL-Multaqa SMK Paya Besar pada pukul 11.15 pagi untuk memastikan semua pelajar yang hadir menyerahkan borang kebenaran. Kemudian guru yang mengiringi kami. Pn. Haniliza telah memberikan taklimat ringkas dan meminta pelajar menjaga tingkah laku & nama baik sekolah. Kami bertolak ke UIA pada pukul 11.30 pagi. Perjalanan kami memakan masa selama hampir setengah jam. Kami tiba di UIA kira-kira jam 12 tengah hari.

Ketibaan kami disambut Pn. Haryati iaitu salah seorang fasilitator di UIA. Beliau terus membawa kami ke Muzium Perubatan dan menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah UIA serta mendedahkan kami kepada program-program pengajian yang ada di sana secara terperinci. Menurut beliau UIA Kuantan merupakan institusi pengajian islam yang terbesar dan mempunyai enam fakulti atau dikenali sebagai kulliyyah.

Selepas itu, Pn. Haryati menyerahkan majlis itu kepada En. Elzmil iaitu salah seorang pegawai di muzium tersebut. Beliau telah menerangkan tentang spesimen-spesimen yang ada di dalam muzium tersebut. Beliau juga telah menceritakan satu persatu bagaimana mereka menjalankan proses viariest cardivest. Daripada maklumat yang disampaikan, kami memperolehi banyak ilmu baru. Setelah selesai sesi penerangan, kami diberi masa selama 30 minit untuk melihat spesimen yang ada. Pelbagai respon dan pertanyaan yang keluar dari bibir bakal-bakal doktor SMK Paya Besar. Selepas itu, kami dibawa masuk ke bilik mayat dan diberi penerangan mengenai mayat-mayat yang diterima untuk dijadikan bahan uji kaji untuk pelajar perubatan. Kami berasa sedikit kecewa kerana tidak dapat masuk ke bilik SPA yang mengandungi mayat dan alat-alat pengawetan.

Setelah 10 minit berlalu, kami kembali ke muzium dan sesi soal jawab berlangsung untuk menguji kepekaan kami semasa penerangan diberikan. Lima orang pelajar telah diberikan cenderamata kerana berjaya menjawab soalan yang dikemukakan dengan betul. Tepat jam 2 petang, sesi lawatan kami tamat. Kami pulang dengan gembira dan harapan yang menggunung untuk menjejakkan kaki ke sana lagi sebagai salah seorang pelajar UIA.

Lawatan tersebut berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang jitu daripada semua pihak. Objektif lawatan yang dirangcang berjaya dicapai. Adalah diharapkan lawatan seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap pada masa hadapan.

Laporan disediakan oleh,

FATIMAH HANIM BINTI MOHD LAZIM
(PELAJAR 5 SAKSAMA)

Wednesday, June 18, 2008

Lawatan ke Muzium Tokoh Negeri Pahang

Pada 17 Jun 2008, pelajar-pelajar tingkatan 4 Syumul telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat (Lawatan) ke Muzium Tokoh Negeri Pahang untuk memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran Pendidikan Sivik Kewarganegaran. Kajian luar atau lawatan ke Muzium Tokoh dipilih berdasarkan tema "Malaysia Negara Berdaulat". Tajuk program khidmat masyarakat ini ialah koleksi berunsur Patriotik-Kajian Sumbangan Pemimpin.

Antara objektif kajian tersebut ialah

  1. Mengenal pasti perjuangan rakyat dalam membangunkan negara.
  2. Memupuk semangat cintakan negara.
  3. Menghargai perjuangan dan sumbangan tokoh kajian.
  4. Menjadi warganegara yang patriotik dan bertanggungjawab dalam usaha meningkatkan maruah dan imej negara.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Helmi bin Ishak iaitu Pegawai Penerangan, Muzium Tokoh Negeri Pahang, Jalan masjid Kuantan yang telah membantu kami dalam mendapatkan maklumat. Selain itu, ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah memberi kerjasama dalam melaksanakan projek ini serta guru-guru pengiring iaitu Pn. Hajjah Rozlawati Ariffin dan Cik Syarmilla Mokhtaruddin.

Disediakan oleh

MOHD ASRUL NIZAM BIN SHAM NAZRI

Pengerusi Projek Khidmat Masyarakat

Tuesday, June 17, 2008

Program "Team Building"


Pada Selasa, 17 Jun 2008 telah berlangsung Program "Team Building" yang telah dianjurkan oleh Unit Perhubungan dan Promosi Sekolah (SRPP), Multimedia University dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Program berlangsung di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar selama sehari. Menurut pihak penganjur, program ini berhasrat agar pelajar dapat memperoleh ilmu dan pengalaman serta boleh menerapkan kualiti dalam kehidupan seharian mahupun dalam sekolah. Antaranya seperti :

  • cara-cara membentuk jaringan sosial (Team Formation)
  • membina kesepakatan berkumpulan (Team Unity)
  • memupuk sara percaya dan hormat menghormati di kalangan ahli pasukan (Team trust & Respect)
  • memahami dan mencapai matlamat berlandaskan objektif pasukan (Team Purpose & Outcomes)
  • Cara-cara menyelesaikan masalah dan konflik dalam pasukan
Program telah mendapat kerjasama yang baik. Setiap sekolah dari daerah Kuantan telah menghantar 5 orang pelajar sebagi wakil. Ini membuktikan sekolah mempunyai komitmen yang baik dengan stakeholders yang terlibat bagi mendidik pelajar yang bertanggungjawab dan berhemah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Pelajar terlibat dalam aktiviti berkumpulan

Lawatan Sambil Belajar Ke Kota Gelanggi, Jerantut

Pada 14 Jun 2008 yang lalu, Persatuan Sejarah dan Geografi telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kota Gelanggi, Jerantut. Rombongan disertai oleh seramai 44 orang yang terdiri daripada 36 orang pelajar Persatuan Sejarah dan Geografi serta 7 orang guru. Guru-guru tersebut adalah Pn. Roslina Shahri, Cik Fairos bt Abdullah, Cik Nur 'Aqilah bt Abd Ghafar, En. Mohd Fadzil Muhammad, En. Halimi Ghazali, En. Syukri Abdullah dan En. Wan Sayuti Wan Muhammad. Perjalanan kami ke Kota Gelanggi bermula pada jam 8.30 pagi dengan menaiki bas. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Kami sampai ke Kota Gelanggi pada jam 11.30 pagi.

Pelbagai aktiviti yang dilakukan sesudah sampai di Gua Kota Gelanggi. Penjelajahan bermula di Gua Balai. Di sana pelbagai peninggalan khazanah bumi seperti Penyelidikan Arkeologi dan Penempatan awal Zaman Paleolitik.

Seterusnya perjelajahan kami beralih ke Gua Terang Bulan. Suasana di dalam Gua Terang Bulan agak suram dan menyeramkan. Kami mendapat panduan tunjuk arah daripada Renjer Perhutanan. Penjelajahan di dalam gua ini mengambil masa 30 minit. Didalam Gua Terang Bulan, kami dapat melihat kilauan batu kristal dan bentuk kuda serta wanita yang sedang mendukung anak. Yang paling penting kami dapat mengetahui asal usul nama Gua Terang Bulan.

Lebih kurang jam 3.45 petang kami bertolak ke Gua Senyum. Di sana kami berhenti menatap keindahan gunung tersebut lebih kurang 1 jam sahaja. Kami merasa sangat gembira.

Perjalanan pulang bermula pada jam 5.30 petang dan sampai di SMK Paya Besar pada jam 7.50 malam.

Terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi sokongan kepada lawatan ini. Juga kepada semua guru-guru yang mengiringi kami, terima kasih cikgu...


Dilaporkan oleh
NURHATIRAH KAMARAZAMAN
Setiausaha Persatuan Sejarah
SMK Paya Besar.

Monday, June 16, 2008

Pelancaran Minggu Sains & Matematik 2008



Alhamdulillah, pada perhimpunan pagi ini, Isnin 16 Jun 2008 sempurna sudah Perasmian Pelancaran Minggu Sains & Matematik serta Laman Blog SMK Paya Besar. Majlis gilang gemilang telah disempurnakan oleh Pn Hjh Hatijan Gan bt Abdullah, Pengetua SMK Paya Besar.

Sepanjang Minggu Sains & Matematik ini banyak aktiviti yang akan dijalankan. Antaranya Pameran Sains & Matematik, Treasure Hunt, Persembahan Teknologi Maklumat, Lawatan, Kuiz dan Pertandingan Pelancaran Roket. Pelajar-pelajar amat digalakkan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti tersebut. Dengan ini diharapkan pelajar mempunyai minat yang mendalam dalam bidang Sains dan Matematik.


Click to play Science & Maths Week
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
Make a Smilebox scrapbook

Sunday, June 15, 2008

Ucapan Perasmian Laman Blog Dari Pengetua SMK Paya Besar

Assalamu’alaikum & selamat sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi sempena Minggu Sains & Matematik 2008 SMK Paya Besar telah berjaya melancarkan Laman Blog ini yang boleh memaparkan segala aktiviti yang berlaku di sekolah pada setiap hari, minggu dan bulan.

Laman blog ini juga memberi peluang kepada pelajar, guru dan ibu bapa untuk memberikan pandangan, kritikan dan berinteraksi dengan pihak sekolah dalam pelbagai isu.

Terima kasih dan tahniah kepada Pn. Sharifah Faridah Hanim dan AJK Kelab Komputer yang telah berusaha melancarkan Laman Blog sekolah dan diharap usaha ini akan berterusan.

Tahniah dan syabas. Semoga SMK Paya Besar tetap gemilang.












Pn Hajjah Hatijah Gan bt Abdullah
Pengetua
SMK Paya Besar

Saturday, June 14, 2008

Kursus Pengendalian Stress

Hari ini Sabtu, 14 Jun 2008 telah berlangsung kursus dalaman yang bertajuk Pengendalian Stress. Kursus telah di sampaikan oleh Dr. Nur Aiza bt Hj Zakaria, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan daerah Kuantan bersama teamnya. Ribuan terima kasih diucapkan dari pihak sekolah kerana kursus ini amat bermakna bagi guru-guru di sini.

Kursus dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Dr. Nur Aiza. Antara yang dibincangkan ialah definisi stress, faktor risiko, tanda-tanda dan tahap stress, kesan kepada kesihatan dan cara mengatasinya. Kemudian diikuti dengan bengkel dan perbentangan senario-senario yang dibincangkan oleh setiap kumpulan. Guru-guru juga telah menjalani ujian ringkas DASS21 (Depression, Anxienty, Stess, Scale) dan jenis pesonaliti.

Dengan pengisian ilmu ini semoga seluruh warga SMK Paya Besar dapat mengenal pasti dan menguruskan stress dengan baik.

Selamat menjalankan tugas dengan ceria dan gembira!

Friday, June 13, 2008

Majlis Bacaan Yassin

Pada hari ini bermula pukul 7.50 pagi, guru-guru serta pelajar-pelajar telah berkumpul di dewan Multaqa untuk Majlis Bacaan Yassin. Majlis ini diadakan setiap awal bulan. Bacaan Yassin pada kali ini diketuai oleh seorang pelajaar dari Tingkatan Enam Atas, Firdaus dan diiringi oleh guru-guru serta pelajar-pelajar. Majlis Bacaan Yassin tamat pada pukul 8.20 pagi yang diakhiri dengan bacaan doa dari Ustaz Jamali Bin Abdullah.


Pelajar-pelajar yang hadir memenuhi Dewan Multaqa'
Selesai sudah Majlis Bacaan Yassin untuk pagi ini.
Moga doa guru-guru dimakbulkan
agar pelajar SMK Paya Besar menjadi
pelajar yang berakhlak dan berjaya.

Lawatan Anugerah Sekolah Lestari

Pada 11 Jun 2008, satu pemantauan untuk Anugerah Sekolah Lestari telah dijalankan. 4 orang pegawai telah dihantar untuk menjalankan pemantauan ini. Mereka terdiri dari seorang wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, En. Zailan, seorang wakil dari Majlis Perbandaran Kuantan, En. Zamri, dan dua orang wakil dari Jabatan Alam Sekitar, En. Razak dan Pn. Mazlin. Pemantauan ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan agenda pertama iaitu pembentangan selama 20 minit oleh guru bertugas. Selepas itu, mereka dibawa untuk meninjau persekitaran sekolah serta menyemak dokumen-dokumen sekolah. Tinjauan ini berakhir pada jam 1.30 tengah hari.


Wednesday, June 11, 2008

Tuesday, June 10, 2008

Hari Orientasi Pelajar Tingkatan 6.

Alhamdulillah, hari ini tamat sudah orientasi pelajar tingkatan 6 setelah 2 hari menjalani orientasi. Selamat menjadi warga SMK Paya Besar dan dapat menyesuaikan diri di sekolah baru...

Monday, June 9, 2008

Amanat Pengetua di Perhimpunan Pertama Penggal 2 2008

Untuk perhimpunan pagi pertama bagi penggal ke 2 2008, Puan Pengetua, Pn Hjh hatijah Gan Bt Abdullah, mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua guru dan pelajar selepas 2 minggu bercuti. Puan Pengetua mengingatkan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam STPM, SPM dan PMR, penggal kedua merupakan jangka waktu yang amat penting. Oleh itu pelajar perlu memperbanyakkan ulangkaji dan membuat latihan. Sebagai sokongan dari masa ke semasa pihak sekolah akan mengadakan seminar dan teknik menjawab soalan. Pelajar disarankan juga agar sentiasa meningkatkan usaha kearah kecemerlangan SMK Paya Besar.

Disamping itu, Puan Pengetua juga mengingatkan pelajar agar sentiasa menjaga kebersihan persekitaran sekolah. Tanggungjawab menjaga kebersihan adalah tanggungjawab yang kolektif dari semua pihak termasuk guru, pelajar dan pekerja sekolah. Oleh itu semua pihak harus merasa kebersamaan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

Selamat Kembali ke Sekolah

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SMK Paya Besar. Moga di penggal 2 ini pelajar dapat meningkatkan azam dan usaha untuk lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Jadilah pelajar yang akan membanggakan ibu bapa dan guru. Juga selamat datang ke sekolah kepada pelajar tingkatan 6 rendah yang akan memulakan sesi persekolahan pada penggal ini.
 

AKTIVITI SEPTEMBER 2012

3 - 19 Sept - Peperiksaan Percubaan SPM 2012
3 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 - 14 Sept - Peperiksaan Pecubaan STPM 2012
4 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 Cekal, 3 Cerdik, 3 Cerdas (Bilik Kuliah Za'aba)
4 Sept (10.30 AM) - Majlis Sumbangan Zakat Sempena Aidil Fitri (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 KAA, 3 Amanah, 3 Bestari (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI KHAMIS)
10 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 Sept (2.40 PM) - Jamuan Hari Raya Kelab Staff
17 Sept - CUTI GANTI HARI MALAYSIA
18 Sept (7.40 AM) - Program Sedetik Habitat 1Malaysia dan Program Bank Kitar Semua (Dewan Terbuka SMKPB)
19 Sept (7.40 AM) - Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia (Dewan Multaqa')
22 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI JUMAAT)
26 Sept (7.30 AM - 1.00 PM) - Program RIMUP (SMK Tanah Putih)
26 Sept (8.00 - 1.00 PM) - Program RIMU (SMK Tanah Putih)
26 Sept (2.00 PM) - Penamaan Calon Pilihanraya MPP Prauniversit 2012/2013 (Dewan Multaqa')
27 Sept (7.30) - Program 'All My English' (Dewan Multaqa')
27 Sept (3.30 - 5.50 PM) - Seminar Teknik Menjawab SPM Perdagangan (Bilik Kuliah Za'aba)
27 - 29 Sept - Program Tranformasi Minda (Tingkatan 5 ) (Kem Ville, Kempadang)

AKTIVITI JUN 2012

11 Jun (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
13 Jun (8:00 AM) - Ceramah Perancangan Kewangan PIDM (Dewan Multaqa')
13 Jun (8:45 AM) - Perjumpaan Guru & Ahli Rumah Sukan
15 Jun (8:00 AM) - Ceramah Isra' & Mikraj (Dewan Multaqa')
18 Jun (3:00 PM) - LaDAP Pengurusan ProD (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Jun (8:00 AM) - Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid PPSDM) Program Jati Diri Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
19 Jun (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Sukan & Olahraga (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Jun (8:00 AM) - Mesyuarat MISS dan Hari PaSar-NIAGA (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
21 Jun (8:00 AM) - Raptai Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
21 Jun (3:00 PM) - Taklimat PAJSK
22 Jun (8:00 AM) - Raptai Penuh Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
22 Jun (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
23 Jun (8:00 AM) - Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang 2012 (Dewan Multaqa')
24 Jun (8:00 AM) - Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah2012 (Padang SMK Paya Besar)
25 Jun - CUTI PERISTIWA
26 Jun (8:00 AM - 1:00 PM) - Program Pendidikan Khas Bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
26 Jun (3:00 PM) - Taklimat Kursus Kepimpinan Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Jun (7:40 AM) - Majlis Pelancaran Karnival Minggu Kokuria (Dewan Multaqa')
27 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Bahasa
28 Jun (11:00 AM) - Bench Marking Subjek Sejarah Tingkatan 6 Bersama SMK Air Putih (BIlik Kuliah Za'aba)
28 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Sains & Matematik
28 Jun (3:00 PM) - Taklimat Program Motivasi Kecemerlangan STPM (Bilik Sidang)

AKTIVITI MAC 2012

1 Mac - Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2012 (Dewan Multaqa')
1 Mac (2:00 PM) - Ceramah Motivasi GPMS Tingkatan 3 & 5 (Dewan Multaqa')
2 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
7 Mac - Keputusan STPM 2011
10 - 18 Mac - Cuti Pertengahan Penggal 1
19 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Mac (8:00 AM - 2:00 PM) - Kursus Keterampilan Bertutur (Bilik Kuliah Za'aba)
19 - 22 Mac - Pertandingan Sepak Takraw MSSD Kuantan (Dewan Multaqa')
21 Mac - Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM (Dewan Terbuka SMK Paya Besar)
23 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
26 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
26 - 29 Mac - Pertandingan Catur Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
27 - 29 Mac - Lawatan Sambil Belajar Kelas Pendidikan Khas ke Selangor
29 Mac (3:00 PM) - Mesyuarat Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah) (tangguh)
30 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
31 Mac - Outreach IPT, Seminar Kerjaya PERHATI (Dewan Multaqa')
31 Mac - Bengkel Pengurusan Kokurikulum (Bilik Kuliah Za'aba)

AKTIVITI DISEMBER 2011

20 Disember (9:00 AM) - Mesyuarat MT Pertama 2012
22 Disember - Keputusan Peperiksaan PMR 2011
25 Disember - CUTI KRISMAS
27 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Guru Pertama 2012
27 Disember (11:30 AM) - Mesyurat Pendaftaran Tingkatan 1
28 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Bidang & Panitia
29 Disember (8:30 AM) - LADAP - Amalan 5S
29 Disember (11:00 AM) - Amali di tempat masing-masing
30 Disember (7:30 AM) - Pendaftaran Semula Pelajar Tingkatan 2, 3, 5 & Prauniversiti
31 Disember (8:30 AM) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012

AKTIVITI JULAI 2012

2 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Kemanusiaan
3 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Vokasional & Teknologi
3 Julai (8:00 AM - 9:00 AM) Seminar Bahasa Melayu PMR - 3 CEKAL, 3 CERDAS, 3 CERDIK (Dewan Multaqa')
4 Julai - Hari Kemuncak Karnival Kokuria, Hari Koperasi Sekolah, Hari PaSar-NIAGA & Hari Bersama Pelanggan
5 Julai (11:00 AM - 1:00 PM) Seminar Teknik Menjawab Matematik SPM (Dewan Multaqa')
7 Julai (8:00 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 Julai (3:00 PM) - Mesyaurat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR, SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
10 Julai (8:00 AM) - Pelancaran Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Serentak Peringkat Daerah Kuantan 2012 (Padang SMK Paya Besar)
12 Julai (7:40 - 9:40 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM Kumpulan Potensi Siri 1 (Bilik Kuliah Za'aba)
12 Julai (9:45 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Sains PMR (Dewan Multaqa')
12 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Penyelarasan Skor PBS PMR SPM (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
12 - 13 Julai - Lawatan Kelab PNB ke PNB KL & Melaka
13 Julai (8:00 - 9:50 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
14 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa')
16 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Solat Hajat Perdana (Bilik Kuliah Za'aba)
17 - 19 Julai - Seminar Kecemerlangan STPM 2012 Peringkat Daerah Kuantan
17 Julai (8:00 -10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 Julai (8:30 - 10:30 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sains SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 - 20 Julai - Program PERHALUS Bahasa Melayu SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Julai - Taklimat & Temuduga Kemasukan Murid ke Program Kolej Vokasional di IPS, Kursus : Air Craft Maintenance (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Julai (8:00 AM - 2:40 PM) - Seminar Teknik Menjawab Fizik SPM 2012 (Dewan Mulaqa')
29 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM 2012 (Dewan Multaqa')
19 Julai (6:30 - 10:00 PM) - Solat Hajat Perdana (Dewan Multaqa')
24 Julai (8:00 - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2012 (Dewan Multaqa')
24 Julai (12:00 - 2:30 PM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR 2012 (3KAA/3 Amanah/ 3 Bestari) (Bilik Kuliah Za'aba)
25 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat JK Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Julai (8:50 AM) - Bengkel Persediaan Ramadhan (Briged Bakti Pahang) (1 Cekal/ 1 Cerdik/ 1 Cerdas) (Bilik Kuliah Za'aba)
27 Julai (8:50 AM) - Program Aman Palestin (Dewan Multaqa')
30 Julai (7.40 AM) - Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Dewan Multaqa')
30 Julai (8:20 - 9:20) - Seminar Tatabahasa PMR 2012 (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa') - Tangguh
31 Julai (7.40 - 10.40 AM) - Peperiksaan Percubaan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
31 Julai (10:00 - 1:00 PM) - Bengkel Teknik Menjawab Matematik PMR 2012 (3 Cekal/ 3 Cerdas/ 3 Cerdik) (Dewan Multaqa')

AKTVITI APRIL 2012

3 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 April (7.40 AM) - Taklimat Perkhemahan Unit Beruniform (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempua (Surau Al-Hikmah)
9 April (12.00 PM) - Mesyuarat Pengurusan 2 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 April - CUTI sempena Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong.
13 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
16 April (9.00 AM) - Penyerahan NETBOOK 1Malaysia (Dewan Multaqa')
16 April (2.50 PM) - LADAP Sejarah K3 (Bilik Kuliah Za'aba)
16 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
17 April (3.00 PM) - LADAP Panitia Pendidikan Islam (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 April (7.40 AM) - Pelancaran Majlis Kempen Menangani Gejala Sosial (Dewan Multaqa')
20 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
20 - 21 April - Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform (Padang SMK Paya Besar)
21 April - SEKOLAH GANTI JADUAL HARI KHAMIS
23 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestaro (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
23 April (3.00 PM) - Ladap Panitia Pendidikan Islam (Bilik Kuliah Za'aba)
24 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Sahsiah Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 April - Lawatan Pelajar Prauniversiti ke USM Pulau Pinang

AKTIVITI JANUARI 2012

1 Januari - CUTI TAHUN BARU
4 Januari (8:30 AM) - SESI PERSEKOLAHAN 2012 BERMULA
4 - 6 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
5 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat Post Mortem PMR 2011 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 - 11 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 (Dewan Multaqa')
12 - 13 Januari - Program Kemahiran Belajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
17 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
18 Januari (3:00 PM) -Mesyuarat Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
19 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat MBMMBI/PPSMI/PBS (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
22 & 24 Januari - CUTI TAHUN BARU CINA
31 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat ALK Kooperasi (Bilik Gerakan Siti Khadijah)

AKTIVITI OGOS 2012

1 Ogos (8.00 AM - 2.00 PM) - Program Transformasi Minda (KIPSAS) - Semua Pelajar Tingkatan 5
2 Ogos (8.30 - 10.30 AM) - Seminar Tatabahasa PMR (Dewan Multaqa')
3 Ogos - Seminar Bahasa Inggeris PMR (Dewan Multaqa')
6 Ogos - CUTI NUZUL QUR'AN
7 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (5 Budiman & 5 Cemerlang) (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Ogos (7.40 AM) - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2012/2013 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2012 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (4 Cemerlang & 4 Damai) (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Biologi SPM 2012 (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (10.10 - 12.10 PM) - Ceramah Nuzul Qur'an (Dewan Multaqa')
18 - 26 Ogos - CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
27 Ogos (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
28 Ogos - Semiinar Pengajian Am Tingkatan 6 Bawah 2012 (Yayasan Pahang)
29 Ogos - Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pendidikan Khas
31 Ogos - CUTI HARI KEMERDEKAAN

AKTIVITI MEI 2012

1 Mei - CUTI HARI PEKERJA
1 Mei - Bengkel Matematik Cara Kacang (Dewan Multaqa')
2 - 3 Mei - Program Sahsiah Bestari
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Matematik & Sains (Makmal Kimia & Biologi)
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Geografi (Bilik Kuliah Za'aba)
3 Mei (3.00 PM) - Mesyurat JK PIBG SMK Paya Besar (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
8 Mei (8.00 AM) - Pendaftaran Pelajar Prauniversiti (Dewan Multaqa')
9 Mei (8.00 AM) - Raptai I Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Melayu
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Inggeris
10 Mei (8.00 AM) - Raptai II Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
10 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
12 Mei - Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
14 Me1 - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Tingkatan 4, 5 & Prauniversiti BERMULA
14 Mei (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
15 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia PJK & PSV
16 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
21 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 & 3 BERMULA
26 Mei - CUTI PERTENGAHAN TAHUN BERMULA

AKTIVITI FEBRUARI 2012

1 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Merentas Desa (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
2 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat JK Bina Insan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
7 Feb (8:00 PM) - Program Akademik Menara Gading (pelajar terpilih)
7 Feb - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
9 Feb (7.00 PM) - Majlis Tahlil Perdana (Surau Al-Hikmah)
10 Feb (8:00 AM) - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
11 Feb (8:00 AM) - Program Excel PMR, SPM & STPRM 2012 (Dewan Multaqa')
16 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Pengurusan Aset Mudah Alih & Taklimat Perisian Portal Pangkalan Data (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 26 (Dewan Multaqa')
20 Feb (8:00 AM - 4.30 PM) - Program Excel - English Workshop (Dewan Multaqa')
21 Feb (8:00 AM) - Aktiviti Terapi Air Pelajar Pendidikan Khas (Dhe Rhu Resort)
23 Feb (10:00 PM) - Perjumpaan Guru Bersama Ibu Bapa Pelajar Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
24 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar (Dewan Multaqa')
24 Feb (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 Feb - UJIAN 1 /FEBRUARI 2012
28 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Kewangan 1 /2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)