Pages

Ads 468x60px

Wednesday, July 30, 2008

Pertandingan Gubahan Napkin Pelajar

Serentak dengan Pertandingan Gubahan Tuala dikalangan guru, telah diadakan juga Pertandingan Gubahan Napkin dikalangan pelajar sempena Minggu Votek 2008. Pertandingan telah diadakan di Dewan Terbuka SMKPB. Pelajar-pelajar juga kreatif dalam menjana idea masing-masing. Syabas!!!




Pertandingan Gubahan Tuala Yang Meriah...

Petang tadi Rabu 30 Julai 2008 bertempat di Dewan Terbuka SMKPB telah berlangsung pertandingan gubahan tuala yang disertai guru-guru SMKPB sempena aktiviti Minggu Votek 2008. Walaupun penyertaan hanya 4 kumpulan, (kerana ada kumpulan yang terpaksa menarik diri disaat-saat akhir atas sebab yang tidak dapat dielakkan) suasana sungguh meriah sekali. Setiap kumpulan cuba menonjolkan kreativiti masing-masing. Tahniah kepada guru-guru!!


Masing-masing dengan kreativiti tersendiri...
Sentuhan kreatif... Berminat untuk tempahan...



Siapa yang menang....???
Kena tunggu perhimpunan Isnin nanti,
juri kata... masih lagi rahsia...

Seminar Teknik Menjawab SPM (Ekonomi Asas)




Hari ini, Rabu 30 Julai 2008, telah berlangsung seminar teknik menjawab SPM bagi mata pelajaran Ekonomi Asas. Semianr telah diadakan di Bilik Gerkan Siti Khadijah dan di sertai oeh pelajar-pelajar dari kelas 5 Syumul. Penceramahnya pula ialah En Ahmad Syukri b Abdullah dari SMK Tok Sira. Selamat maju jaya kepada semoga pelajar yang hadir. Moga cemerlang di peperiksaan SPM nanti.

Monday, July 28, 2008

Seminar Teknik Menjawab SPM (PHYSICS)

Isnin, 28 Julai 2008, bertempat di Bilik Gerakan Siti Khadijah, pelajar-pelajar dari kelas 5 Saksama telah mengikuti Seminar Teknik Menjawab SPM bagi mata pelajaran Fizik. Penceramah jemputan adalah Puan Noreen Fazilah bt Mohd Noor dari SMK tanjung Lumpur.
Moga semua pelajar dapat memberi menghasilkan keputusan yang terbaik nanti bagi SPM. Selamat berjaya.

Aktiviti sepanjang Minggu Votek 2008

Aktiviti-aktiviti sepanjang Minggu Votek

TARIKH : 28 Julai - 1 Ogos 2008

PAMERAN GRAFIK
Makmal Grafik

PERTANDINGAN "SPELLING BEE"

KUIZ PENGGUNA BIJAK
(Menengah Atas / Menengah Rendah)

KUIZ INTERAKTIF

KUIZ TERBUKA KEMAHIRAN HIDUP

TARIKH : 30 Julai 2008 (RABU)

PERTANDINGAN GUBAHAN TUALA (Guru)
Dewan Terbuka (3 - 4 petang)

PERTANDINGAN LIPATAN NAPKIN (Pelajar)
Dewan Terbuka (3 - 4 petang)

PERTANDINGAN REKAAN FESYEN
(Menengah Atas / Menengah Rendah)
Bilik ERT (1.20 - 2.40 petang)

TARIKH : 31 Julai 2008 (KHAMIS)

PERTANDINGAN LAKARAN REKA BENTUK PRODUK
Bengkel KHB

LAWATAN ke KOLEJ COSMOPOINT

TARIKH : 1 Ogos 2008 (Jumaat)

PERTANDINGAN MEMBUNGKUS HADIAH
Pendidikan Khas
Dewan Terbuka (9.40 - 10.40 pagi)

PERTANDINGAN KIRA DAN MENANG
Dewan Terbuka (9.40 - 10.40 pagi)

Jangan lepaskan pelauang
untuk mengikuti segala aktiviti yang telah dirancang
Serlahkan kreativiti anda
kerana
VOTEK MENJANA KREATIVITI...

Majlis Perasmian Minggu Votek 2008

Di perhimpunan pagi Isnin, 28 Julai 2008 telah berlangsung Majlis Perasmian Minggu Votek 2008. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Ketua Bidang Votek, Pn. Hjh Rozlawati bt Ariffin.

Beliau mengumumkan tema Minggu Votek pada tahun ini adalah Votek Menjana Kreativiti. Antara lain matlamat Minggu Votek diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek dengan mementingkan kemahiran generik, sosial dan tatasusila kehidupan dalam semua aktiviti yang disertai. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan adalah Pameran Grafik, Kuiz Pengguna Bijak, Kuiz Interaktif, Pertandingan Gubahan dan Rekaan Fesyen serta Pertandingan Membungkus Hadiah.

Majlis di teruskan dengan ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Datin Hajjah Fauziah bt Ismail, Guru Penolong Kanan 1 SMK Paya Besar. Antara lain Datin menyarankan agar pelajar sentiasa kreatif menggunakan minda untuk mencipta sesuatu yang baru samada untuk sekolah atau lebih tinggi lagi.

Sebelum majlis berakhir, pelajar telah dipersembahkan dengan tayangan multimedia yang telah di sediakan oleh sekumpulan pelajar di bawah bimbingan Cik Hasmalinda bt Hassan. Acara di Dewan Multaqa' tamat dengan acara pemberian cenderahati.

Kemudian Datin Hajjah Fauziah beserta Ketua-ketua Bidang dibawa ke Pameran sempena Minggu Votek di Makmal Grafik Berkomputer. Di sana pelajar dipamerkan hasil-hasil kerja yang telah dihasilkan sepanjang tahun oleh pelajar 4 MPV dan 5 MPV. Pameran juga dibuka untuk lawatan oleh semua pelajar SMK Paya Besar bermula dari jam 9.40 - 10.40 dari hari Isnin hingga Rabu.

Semoga semua pelajar dapat memanafaatkan semua aktiviti yang telah dirancang untuk Minggu Votek 2008

Mutiara Kata dari Tn Hj Nazli b Ismail

Perhimpunan Isnin, 28 Julai 2008 berjalan seperti yang dirancang. Untuk pagi ini Tn Hj Nazli b Ismail telah berkongsi Mutiara Kata berkaitan dengan Senyum... Kata nya ada beberapa jenis senyum.

1. Senyum Egoist
Senyum yang tidak bersahabat. Senyum yang terbentuk dari perasaan dendam kesumat dan dapat menyakitkan hati orang yang melihatnya.

2. Senyum Mengoda
Senyum untuk menipu daya lelaki yang bermata keranjang. Dan perbuatan ini boleh menjerumus seseorang kepada kemaksiatan.

3. Senyum Ketabahan
Senyum yang muncul dari orang yang perkasa dan hebat. Senyum ini datang dari peribadi yang mampu menghadapi pelbagai musibah dengan tabah tanpa keluh kesah. Senyum ini akan dapat dirasakan oleh orang-orang yang merasa dekat dengan Allah swt.

4. Senyum Berwibawa
Senyum berwibawa mempunyai kekuatan dalam hidup. Mereka pernah melalui musibah yang berat dan kembali berjaya. Maka masalah yang berat dapat diatasi.

5. Senyum Ketulusan
Senyum ketulusan datang dari isi hati yang paling dalam. Justeru lahir perasaan untuk membahagiakan, menghormati dan memuliakan orang lain. Apa yang tersirat di hati (batin) terselah dibibir (lahiriah)...

Oleh itu, senyumlah... anda tidak rugi, malah mendapat pahala dari Allah swt kerana "Senyum itu sedeqah..."

Friday, July 25, 2008

Majlis Ilmu 25 Julai 2008

Majlis Ilmu tengahari ini telah disempurnakan oleh Ustazah Ramlah bt Abdul Hamid. Beliau telah membicarakan tentang Iktibar dari Peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Pengenalan.
Isra' dan Mi'raj adalah antara peristiwa penting dalam sejarah Islam. Peristiwa ini disambut pada setiap tahun dalam bulan Rejab. Mengikut pendapat ia berlaku pada malam Isnin 27 Rejab kira-kira satu setengah tahun sebelum hijrah nabi ke Madinah. Ketika usia baginda 52 tahun.

Pengertian Isra' dan Mi'raj.
Isra' bermaksud perjalanan Nabi Muhammad saw pada waktu malam dari masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis Palestin. Dari sini Nabi Muhammad saw di mi'rajkan ke Sidratul Muntaha dan seterusnya tempat paling tinggi iaitu Hadziratul Quds dan disinilah nabi menerima perintah solat.

Mengapa Isra' dan Mi'raj berlaku.
Ia adalah satu mukjizat yang dikurniakan Allah swt kepada Nabi Muhammad saw kerana ia berlaku di saat Rasulullah saw sedang menghadapi keadaan kritikal dalam hidupnya. Antaranya kematian dua orang yang sangat berjasa dalam hidupnya iaitu isterinya dan bapa saudaranya Abu Talib. Hikmah kejadian ini adalah untuk menghilangkan dukacita Rasulullah saw dengan mengundangnya menemui Allah swt, juga untuk memaparkan tanda-tanda kekuasaanNya dan mengukuhkan lagi keimanan dan keyakinan Rasulullah saw terhadap tugasnya sebagai Rasul.

Beberapa gambaran yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad saw ketika diisra'kan.

1. Jin Afrid membawa obor dan mengejar nabi dari arah belakang dengan tujuan untuk merintangi perjalanannya.
Iktibar dari peritiwa ini :
- Setiap usaha ke arah menegakkan agama dan kebaikan akan mendapat halangan dan ujian.
- Musuh utama manusia adalah syaitan yang telah berikrar untuk menyesatkan umat Islam.

2. Petani bercucuk tanam dan dapat memungut hasilnya dengan kadar segera tanpa berhenti-henti.
Iktibar dari peritiwa ini :
- Allah swt mengurniakan pahala yang berlipat kali ganda bagi orang yang berjihad pada jalannya dan suka bersedekah.
- Allah swt tidak akan mempersiakan orang yang melakukan kebajikan. Mereka akan diberi balasan yang setimpal.

3. Bau wangi tukang sisir rambut anak Firaun (Masyitah) dan anaknya.
Iktibar dari peritiwa ini :
- Keimanan yang teguh merupakan perisai utama untuk menghadapi sebarang ujian dan cabaran.
- Allah swt mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada mereka yang berani mempertahankan keimanan dihadapan pemerintah yang zalim.

4. Manusia memecahkan kepadanya dengan batu.
Iktibar dari peritiwa ini :
- Balasan berat bagi orang yang berat atau malas untuk solat.
- Solat ibadat yang wajib diutamakan oleh orang Islam.

5. Manusia makan duri dari bara api.
Iktibar dari peritiwa ini :
- Orang yang tidak mengeluarkan zakat akan dikenakan balasan yang dahsyat di akhirat kelak.
- Zakat adalah perisai untuk menyelamatkan manusia dari seksaan alam barzakh dan di akhirat.

6. Manusia makan daging busuk.
Iktibar dari peritiwa ini :
- Perbuatan zina adalah satu dari dosa besar yang dikutuk dan dikenakan azab pedih di akhirat kelak.
- Zina merosakkan institusi masyarakat.

7. Manusia berenang dalam lautan darah dan dibaling dengan batu.
Iktibar dari peritiwa ini :
- Amalan riba dilarang keras dalam Islam kerana ia adalah satu penindasan dan kezaliman dalam masyarakat.
- Mereka yang mengamalkan riba samada pemberi atau penerima akan menerima seksaan dari Allah swt kelak.

8. Kayu berduri yang mengait orang lalu.
Iktibar dari peritiwa ini :
- Mereka yang suka menganggu orang yang membuat kebaikan atau menganggu orang yang lalu lalang dijalan akan dibalas dengan seksaan yang pedih.
- Islam mengalakkan setiap muslim agar menjaga ketenteraman dan mewujudkan perdamaian.

9. Manusia yang tidak mempu mengangkat beban yang dipikul tapi terus ditambah bebanannya. Iktibar dari peritiwa ini :
- Balasan dahsyat bagi orang yang suka memikul dan menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.
- Amanah adalah tanggungjawab yang mesti ditunaikan.

10. Manusia yang mengunting lidah dengan gunting dari api neraka setelah gunting bercantum semula.
Iktibar dari peritiwa ini :
- Islam mengutuk orang yang hanya tahu bercakap tapi tidak melaksanakan apa yang diucapkan.
- Setiap muslim hendaklah bercakap benar dan tidak berdusta.

11. Manusia yang mencakar muka dan dadanya dengan kuku tembaga.
Iktibar dari peritiwa ini :
- Mengumpat adalah satu dosa besar dan ia wajib dijauhi.
- Setiap Muslim mesti berwaspada dan mengawal dirinya dari terlibat dalam budaya mengumpat dan kata mengata yang akhirya akan merosakkan hubungan kemasyarakatan.

12. Lembu yang berbadan besar keluar dari lubang yang sempit dan bersusah payah hendak masuk semula ke dalam lubang yang sempit itu.
Iktibar dari peritiwa ini :
- Sikap angkuh dan sombong adalah ditegah oleh Islam.
- Sifat tersebut memutuskan silaturrahim.

13. Mendengar panggilan daripada sebelah kanan (panggilan Yahudi) dan panggilan daripada sebelah kiri (panggilan Nasrani).
Iktibar dari peritiwa ini :
- Yahudi dan Nasrani adalah musuh tradisi orang-orang Islam.
- Golongan ini sentiasa berusaha dan membuat perancangan utnuk menghancurkan Islam dan umatnya.

14. Suara panggilan wanita yang sangat cantik dengan penuh perhiasan di tubuhnya.
Iktibar dari peritiwa ini :
- Kemewahan dunia digambarkan dengan wanita yang cantik dan penuh perhiasan yang boleh menggoda dan melalaikan manusia daripada melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah di dunia ini.
- Wanita yang tidak mempunyai kemantapan akidah akan diperalatkan oleh golongan tertentu untuk merosakkan masyarakat.
- Setiap wanita mesti menjaga kehormatan dan kemuliaan dirinya.

15. Orang tua yang menghalang ditengah jalan untuk mengemukakan pertanyaan kepada Rasulullah saw.
Iktibar dari peritiwa ini :
- Iblis sentiasa berusaha dan tidak pernah mengenal penat lelah dan putus asa untuk menggoda manusia dengan pelbagai cara.
- Setiap muslim mesti mengawasi diri dari tipu daya iblis dan bersikap istiqamah dalam melaksanakan ibadat agar dapat menyekat dari godaan syaitan.

16. Perempuan terlalu tua (sudah bongkok) memanggil Rasulullah saw untuk bertanya.
Iktibar dari peritiwa ini :
- Umur dunia ini sudah terlalu tua dan akan tiba masanya mengalami kehancuran (kiamat)
- Setiap muslim mesti memanfaatkan setiap detik usianya untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.

Pengajaran dari peristiwa Isra' dan Mi'raj.

1. Peristiwa ini membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah swt. Allah swt mengundang Rasulullah saw untuk melihat dan menyampaikannya kepada umatnya.

2. Peristiwa ini mempunyai kaitan yang amat erat dengan soal akidah. Ia menguji keimanan kita secara tidak langsung kerana ia adalah perkara Sam'iyat.

3. Gambaran yang dilihat Rasulullah saw adalah gambaran kehidupan manusia di dunia ini. Siapa yang melaksanakan amalan seperti solat, jihad, infak, amanah dan sifat mahmudah lain akan mendapat ganajaran sebaiknya dari Allah swt. Begitu juga sebaliknya.

4. Setiap muslim mesti sentiasa dalam keadaan waspada untuk menyelamatkan dirinya dari godaan syaitan.

5. Solat adalah kemuncak segala ibadah.

Disediakan oleh : Pn Ramlah Ab Hamid

Moga kita semua mendapat iktibar. Wallahualam.

Thursday, July 24, 2008

Bersama NUTP

Petang tadi telah di adakan taklimat di Bilik Gerakan
berkaitan Takaful Warga Pendidik dari wakil NUTP.
Ramai guru telah hadir untuk mendengar taklimat tersebut.

Tuesday, July 22, 2008

Seminar Teknik Menjawab SPM

Hari ini pelajar 5 Saksama telah mendapat sentuhan
dari Guru Cemerlang Mr Hew Siaw Tek.
Bertempat di Bilik Gerakan pelajar telah didedahkan dengan
Teknik Menjawab SPM bagi mata pelajaan Kimia.
Meskipun sudah berlalu dua sesi seminar yang sama
telah diadakan anjuran bersama
PPD Kuantan dan JKKD Kimia Daerah Kuantan
untuk pelajar-pelajar daerah Kuantan,
namun Mr Hew tetap mengadakannya sekali lagi
khusus untuk pelajar-pelajar SMK Paya Besar...

Monday, July 21, 2008

Bengkel Kecemerlangan Kimia SPM 2008

Di Dewan Multaqa telah berlangsung Bengkel Kecemerlangan Kimia SPM 2008 Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kuantan buat kali ke-2. Bengkel anjuran PPD Kuantan dengan kerjasama JKKD Kimia Daerah Kuantan telah menarik minat pelajar-pelajar untuk hadir.




Kecemerlangan untuk semua....

Perasmian Program Kecemerlangan Pembelajaran

Isnin, 21 Julai 2008 telah berlangsung Perasmian Program Kecemerlangan Pembelajaran (EXCEL) 2008. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Malaysia Productivity Corporation (MPC). Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh En Nik Mustafar Raja Salleh, Pengarah MPC Wilayah Pantai Timur.

Saturday, July 19, 2008

Perkembangan Staff 19 Julai 2008

Pada hari ini Sabtu, 14 Jun 2008 telah diadakan Kursus Perkembangan Staf. Kursus telah dikendalikan bersama pensyarah dari UniKL dan teamnya. Slot pertama dimulakan dengan ceramah yang bertajuk Habit's of Effective Teachers : A Reflection. Antara yang dibincangkan ialah Things students like about you dan Things students hate about you. Dalam slot kedua telah diadakan Tugasan Kumpulan dan dikuti dengan perbentangan. Secara keseluruhan kursus kali ini cukup relevan dan efektif buat semua guru-guru yang hadir. Ribuan terima kasih dari pihak sekolah kepada pihak UniKL.

Friday, July 18, 2008

Tazkirah Jumaat 18 Julai 2008



Majlis Ilmu pada hari ini
telah di sampaikan oleh
Pn Haniliza Sulaiman bertemakan
Jasa Bonda

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisiPesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
Surah al-Ahqaaf ayat 15 yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya"
Surah al-Israa' ayat 23 - 24 yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan,
kepada engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata,
dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang dari keduanya,
atau kedua-duanya sekali,
sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu
maka janganlah engkau berkata kepada mereka
(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha",
dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,
tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya
kerana belas kasihan dan kasih sayangmu,
dan doakanlah mereka, dengan berkata
"Wahai Tuhanku! cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya
memelihara dan mendidikku semasa kecil."
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
"Sesungguhnya di antara sebesar-besar dosa besar,
ialah seseorang melaknat orang tuanya sendiri
kemudian para sahabat merasa hairan,
bagaimana mungkin seorang yang berakal dan beriman
akan melaknat orang tuanya,
padahal mereka adalah penyebab hidupnya.
Kemudian mereka itu bertanya…
bagaimana boleh jadi seseorang akan melaknat dua orang tuanya?
Maka jawab Nabi … iaitu dia mencaci ayah orang lain
kemudian orang tersebut mencaci ayahnya
dan ia mencaci ibu orang lain,
kemudian orang tersebut mencaci ibunya."
 

AKTIVITI SEPTEMBER 2012

3 - 19 Sept - Peperiksaan Percubaan SPM 2012
3 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 - 14 Sept - Peperiksaan Pecubaan STPM 2012
4 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 Cekal, 3 Cerdik, 3 Cerdas (Bilik Kuliah Za'aba)
4 Sept (10.30 AM) - Majlis Sumbangan Zakat Sempena Aidil Fitri (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 KAA, 3 Amanah, 3 Bestari (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI KHAMIS)
10 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 Sept (2.40 PM) - Jamuan Hari Raya Kelab Staff
17 Sept - CUTI GANTI HARI MALAYSIA
18 Sept (7.40 AM) - Program Sedetik Habitat 1Malaysia dan Program Bank Kitar Semua (Dewan Terbuka SMKPB)
19 Sept (7.40 AM) - Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia (Dewan Multaqa')
22 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI JUMAAT)
26 Sept (7.30 AM - 1.00 PM) - Program RIMUP (SMK Tanah Putih)
26 Sept (8.00 - 1.00 PM) - Program RIMU (SMK Tanah Putih)
26 Sept (2.00 PM) - Penamaan Calon Pilihanraya MPP Prauniversit 2012/2013 (Dewan Multaqa')
27 Sept (7.30) - Program 'All My English' (Dewan Multaqa')
27 Sept (3.30 - 5.50 PM) - Seminar Teknik Menjawab SPM Perdagangan (Bilik Kuliah Za'aba)
27 - 29 Sept - Program Tranformasi Minda (Tingkatan 5 ) (Kem Ville, Kempadang)

AKTIVITI JUN 2012

11 Jun (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
13 Jun (8:00 AM) - Ceramah Perancangan Kewangan PIDM (Dewan Multaqa')
13 Jun (8:45 AM) - Perjumpaan Guru & Ahli Rumah Sukan
15 Jun (8:00 AM) - Ceramah Isra' & Mikraj (Dewan Multaqa')
18 Jun (3:00 PM) - LaDAP Pengurusan ProD (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Jun (8:00 AM) - Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid PPSDM) Program Jati Diri Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
19 Jun (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Sukan & Olahraga (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Jun (8:00 AM) - Mesyuarat MISS dan Hari PaSar-NIAGA (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
21 Jun (8:00 AM) - Raptai Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
21 Jun (3:00 PM) - Taklimat PAJSK
22 Jun (8:00 AM) - Raptai Penuh Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
22 Jun (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
23 Jun (8:00 AM) - Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang 2012 (Dewan Multaqa')
24 Jun (8:00 AM) - Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah2012 (Padang SMK Paya Besar)
25 Jun - CUTI PERISTIWA
26 Jun (8:00 AM - 1:00 PM) - Program Pendidikan Khas Bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
26 Jun (3:00 PM) - Taklimat Kursus Kepimpinan Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Jun (7:40 AM) - Majlis Pelancaran Karnival Minggu Kokuria (Dewan Multaqa')
27 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Bahasa
28 Jun (11:00 AM) - Bench Marking Subjek Sejarah Tingkatan 6 Bersama SMK Air Putih (BIlik Kuliah Za'aba)
28 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Sains & Matematik
28 Jun (3:00 PM) - Taklimat Program Motivasi Kecemerlangan STPM (Bilik Sidang)

AKTIVITI MAC 2012

1 Mac - Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2012 (Dewan Multaqa')
1 Mac (2:00 PM) - Ceramah Motivasi GPMS Tingkatan 3 & 5 (Dewan Multaqa')
2 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
7 Mac - Keputusan STPM 2011
10 - 18 Mac - Cuti Pertengahan Penggal 1
19 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Mac (8:00 AM - 2:00 PM) - Kursus Keterampilan Bertutur (Bilik Kuliah Za'aba)
19 - 22 Mac - Pertandingan Sepak Takraw MSSD Kuantan (Dewan Multaqa')
21 Mac - Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM (Dewan Terbuka SMK Paya Besar)
23 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
26 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
26 - 29 Mac - Pertandingan Catur Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
27 - 29 Mac - Lawatan Sambil Belajar Kelas Pendidikan Khas ke Selangor
29 Mac (3:00 PM) - Mesyuarat Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah) (tangguh)
30 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
31 Mac - Outreach IPT, Seminar Kerjaya PERHATI (Dewan Multaqa')
31 Mac - Bengkel Pengurusan Kokurikulum (Bilik Kuliah Za'aba)

AKTIVITI DISEMBER 2011

20 Disember (9:00 AM) - Mesyuarat MT Pertama 2012
22 Disember - Keputusan Peperiksaan PMR 2011
25 Disember - CUTI KRISMAS
27 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Guru Pertama 2012
27 Disember (11:30 AM) - Mesyurat Pendaftaran Tingkatan 1
28 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Bidang & Panitia
29 Disember (8:30 AM) - LADAP - Amalan 5S
29 Disember (11:00 AM) - Amali di tempat masing-masing
30 Disember (7:30 AM) - Pendaftaran Semula Pelajar Tingkatan 2, 3, 5 & Prauniversiti
31 Disember (8:30 AM) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012

AKTIVITI JULAI 2012

2 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Kemanusiaan
3 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Vokasional & Teknologi
3 Julai (8:00 AM - 9:00 AM) Seminar Bahasa Melayu PMR - 3 CEKAL, 3 CERDAS, 3 CERDIK (Dewan Multaqa')
4 Julai - Hari Kemuncak Karnival Kokuria, Hari Koperasi Sekolah, Hari PaSar-NIAGA & Hari Bersama Pelanggan
5 Julai (11:00 AM - 1:00 PM) Seminar Teknik Menjawab Matematik SPM (Dewan Multaqa')
7 Julai (8:00 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 Julai (3:00 PM) - Mesyaurat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR, SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
10 Julai (8:00 AM) - Pelancaran Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Serentak Peringkat Daerah Kuantan 2012 (Padang SMK Paya Besar)
12 Julai (7:40 - 9:40 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM Kumpulan Potensi Siri 1 (Bilik Kuliah Za'aba)
12 Julai (9:45 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Sains PMR (Dewan Multaqa')
12 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Penyelarasan Skor PBS PMR SPM (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
12 - 13 Julai - Lawatan Kelab PNB ke PNB KL & Melaka
13 Julai (8:00 - 9:50 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
14 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa')
16 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Solat Hajat Perdana (Bilik Kuliah Za'aba)
17 - 19 Julai - Seminar Kecemerlangan STPM 2012 Peringkat Daerah Kuantan
17 Julai (8:00 -10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 Julai (8:30 - 10:30 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sains SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 - 20 Julai - Program PERHALUS Bahasa Melayu SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Julai - Taklimat & Temuduga Kemasukan Murid ke Program Kolej Vokasional di IPS, Kursus : Air Craft Maintenance (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Julai (8:00 AM - 2:40 PM) - Seminar Teknik Menjawab Fizik SPM 2012 (Dewan Mulaqa')
29 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM 2012 (Dewan Multaqa')
19 Julai (6:30 - 10:00 PM) - Solat Hajat Perdana (Dewan Multaqa')
24 Julai (8:00 - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2012 (Dewan Multaqa')
24 Julai (12:00 - 2:30 PM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR 2012 (3KAA/3 Amanah/ 3 Bestari) (Bilik Kuliah Za'aba)
25 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat JK Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Julai (8:50 AM) - Bengkel Persediaan Ramadhan (Briged Bakti Pahang) (1 Cekal/ 1 Cerdik/ 1 Cerdas) (Bilik Kuliah Za'aba)
27 Julai (8:50 AM) - Program Aman Palestin (Dewan Multaqa')
30 Julai (7.40 AM) - Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Dewan Multaqa')
30 Julai (8:20 - 9:20) - Seminar Tatabahasa PMR 2012 (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa') - Tangguh
31 Julai (7.40 - 10.40 AM) - Peperiksaan Percubaan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
31 Julai (10:00 - 1:00 PM) - Bengkel Teknik Menjawab Matematik PMR 2012 (3 Cekal/ 3 Cerdas/ 3 Cerdik) (Dewan Multaqa')

AKTVITI APRIL 2012

3 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 April (7.40 AM) - Taklimat Perkhemahan Unit Beruniform (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempua (Surau Al-Hikmah)
9 April (12.00 PM) - Mesyuarat Pengurusan 2 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 April - CUTI sempena Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong.
13 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
16 April (9.00 AM) - Penyerahan NETBOOK 1Malaysia (Dewan Multaqa')
16 April (2.50 PM) - LADAP Sejarah K3 (Bilik Kuliah Za'aba)
16 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
17 April (3.00 PM) - LADAP Panitia Pendidikan Islam (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 April (7.40 AM) - Pelancaran Majlis Kempen Menangani Gejala Sosial (Dewan Multaqa')
20 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
20 - 21 April - Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform (Padang SMK Paya Besar)
21 April - SEKOLAH GANTI JADUAL HARI KHAMIS
23 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestaro (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
23 April (3.00 PM) - Ladap Panitia Pendidikan Islam (Bilik Kuliah Za'aba)
24 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Sahsiah Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 April - Lawatan Pelajar Prauniversiti ke USM Pulau Pinang

AKTIVITI JANUARI 2012

1 Januari - CUTI TAHUN BARU
4 Januari (8:30 AM) - SESI PERSEKOLAHAN 2012 BERMULA
4 - 6 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
5 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat Post Mortem PMR 2011 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 - 11 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 (Dewan Multaqa')
12 - 13 Januari - Program Kemahiran Belajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
17 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
18 Januari (3:00 PM) -Mesyuarat Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
19 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat MBMMBI/PPSMI/PBS (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
22 & 24 Januari - CUTI TAHUN BARU CINA
31 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat ALK Kooperasi (Bilik Gerakan Siti Khadijah)

AKTIVITI OGOS 2012

1 Ogos (8.00 AM - 2.00 PM) - Program Transformasi Minda (KIPSAS) - Semua Pelajar Tingkatan 5
2 Ogos (8.30 - 10.30 AM) - Seminar Tatabahasa PMR (Dewan Multaqa')
3 Ogos - Seminar Bahasa Inggeris PMR (Dewan Multaqa')
6 Ogos - CUTI NUZUL QUR'AN
7 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (5 Budiman & 5 Cemerlang) (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Ogos (7.40 AM) - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2012/2013 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2012 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (4 Cemerlang & 4 Damai) (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Biologi SPM 2012 (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (10.10 - 12.10 PM) - Ceramah Nuzul Qur'an (Dewan Multaqa')
18 - 26 Ogos - CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
27 Ogos (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
28 Ogos - Semiinar Pengajian Am Tingkatan 6 Bawah 2012 (Yayasan Pahang)
29 Ogos - Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pendidikan Khas
31 Ogos - CUTI HARI KEMERDEKAAN

AKTIVITI MEI 2012

1 Mei - CUTI HARI PEKERJA
1 Mei - Bengkel Matematik Cara Kacang (Dewan Multaqa')
2 - 3 Mei - Program Sahsiah Bestari
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Matematik & Sains (Makmal Kimia & Biologi)
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Geografi (Bilik Kuliah Za'aba)
3 Mei (3.00 PM) - Mesyurat JK PIBG SMK Paya Besar (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
8 Mei (8.00 AM) - Pendaftaran Pelajar Prauniversiti (Dewan Multaqa')
9 Mei (8.00 AM) - Raptai I Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Melayu
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Inggeris
10 Mei (8.00 AM) - Raptai II Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
10 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
12 Mei - Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
14 Me1 - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Tingkatan 4, 5 & Prauniversiti BERMULA
14 Mei (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
15 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia PJK & PSV
16 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
21 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 & 3 BERMULA
26 Mei - CUTI PERTENGAHAN TAHUN BERMULA

AKTIVITI FEBRUARI 2012

1 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Merentas Desa (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
2 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat JK Bina Insan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
7 Feb (8:00 PM) - Program Akademik Menara Gading (pelajar terpilih)
7 Feb - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
9 Feb (7.00 PM) - Majlis Tahlil Perdana (Surau Al-Hikmah)
10 Feb (8:00 AM) - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
11 Feb (8:00 AM) - Program Excel PMR, SPM & STPRM 2012 (Dewan Multaqa')
16 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Pengurusan Aset Mudah Alih & Taklimat Perisian Portal Pangkalan Data (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 26 (Dewan Multaqa')
20 Feb (8:00 AM - 4.30 PM) - Program Excel - English Workshop (Dewan Multaqa')
21 Feb (8:00 AM) - Aktiviti Terapi Air Pelajar Pendidikan Khas (Dhe Rhu Resort)
23 Feb (10:00 PM) - Perjumpaan Guru Bersama Ibu Bapa Pelajar Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
24 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar (Dewan Multaqa')
24 Feb (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 Feb - UJIAN 1 /FEBRUARI 2012
28 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Kewangan 1 /2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)