Pages

Ads 468x60px

Thursday, September 30, 2010

Solat Hajat Perdana 2010

Alhamdulillah, Majlis Solat Hajat Perdana
PMR, SPM & STPM 2010 dan Bacaan Yaasin
telah selamat dijalankan malam tadi di Masjid Al-Hidayah.

Sebagai tanda sokongan En Nandakumaran,
Pengetua SMK Paya Besar turut hadir.

Majlis Solat Hajat bermula selepas Solat Maghrib.
Diikuti dengan Majlis Bacaan Yaasin
dan diakhiri dengan Solat Isya' berjamaah.


Ramai ibu bapa, penjaga serta pelajar yang hadir.
Semoga Allah swt memakbulkan doa kita semua.

Selesai majlis, tetamu di hidangkan dengan
jamuan makan malam.

Guru-guru juga ramai yang hadir.
Ini menandakan guru-guru amat mengambil berat
tentang kejayaan pelajar-pelajar semua.
Semoga anak-anak pelajar semua dapat menjawab
soalan peperiksaan dengan tenang nanti dan
membuahkan hasil yang cemerlang
serta memenuhi aspirasi yang unggul
untuk menjadi di kalangan 5 sekolah harian
terbaik di daerah Kuantan, insya'Allah.
Doa cikgu-cikgu sentiasa mengiringi
agar pelajar-pelajar SMK Paya Besar
berjaya di dunia bahagia di akhirat....

Wednesday, September 29, 2010

Jamuan Kesyukuran

Sejurus perhimpunan bermula, sekolah menerima
ketibaan Datin Hjh Fauziah Ismail,
mantan GPK 1 SMK Paya Besar yang kini
sebagai pengetua di SMK Lepar, Pekan.

Kemudian yang mereka diraikan
di jamuan kesyukuran di kantin sekolah.

Wajah-wajah guru yang ceria di SMK Paya Besar
menikmati hidangan hari raya.....

Perhimpunan Rabu 29 September 2010

Perhimpunan pagi Rabu berjalan lancar.
Laporan dari guru bertugas minggu ini oleh En Moses.
Beliau mengumumkan kepada semua pelajar
agar membersihkan kelas seperti biasa
walaupun minggu ini tiada pertandingan kebersihan kelas.

Kemudian Tn Hj Nazli, GPK Kokurikulum
memberi ucapannya. Antara pengumumannya :
1. Mengingatkan pelajar agar mengemaskini
buku kokurikulum dan kemudian menyerahkan
buku kokurikulum tersebut kepada guru kelas
untuk dikeluarkan sijil kokurikulum jika
pelajar memenuhi syarat yang telah di tetapkan.
Tarikh akhir penyerahan kad adalah pada 15 Oktober 2010.
Tn Hj Nazli juga menegaskan sekali lagi
akan kepentingan sijil kokurikulum sebagai
syarat untuk memasuki universiti atau asrama penuh.

2. Mengumumkan bagi memudahkan pembelian
t-shirt unit beruniform akan dijual melalui syarikat
yang akan diumumkan kemudian.

3. Hari Anugerah Kokurikulum akan dibuat secepat yang mungkin.
Setiap unit yang mempunyai pencalonan boleh
menyerahkan nama kepada En Anuar Mohamed
selewat-lewatnya pada 10 Oktober 2010.

4. Menasihati pelajar tingkatan 3 agar tidak
mengganggu perjalanan kelas yang lain ketika
waktu rehat ke 2 (Jadual anjal) seperti membuat bising
atau merayau-rayau. Pelajar hanya dibenarkan
berada di kantin pada waktu tersebut.

Perhimpunan seterusnya diserahkan kepada
Pn Hjh Kamriah Jusuh untuk mengendalikan
majlis ringkas bagi meraikan kedatangan pengetua baru,
kenaikan pangkat guru penolong pentadbiran sebagai
pengetua & kesyukuran kepada staff Staff SMK Paya Besar
yang akan mengerjakan haji pada tahun ini.

Ucapan ringkas dari En Nandakumaran,
Pengetua SMK Paya Besar, antara lain mengucapkan
tahniah kepada Pn Siti Mariam atas kenaikan pangkat
sebagai pengetua. Beliau juga mengucapkan selamat
jalan dan selamat kembali kepada staff yang menjadi bakal haji.
Sekali lagi tuan pengetua menegaskan kepada pelajar
tentang visi SMK Paya Besar yang baru,
"SMK Paya Besar Top 5!!!"

Kemudian, Pn Siti Mariam bt Baharuddin memberi
ucapan perpisahan kepada pelajar.
Beliau dinaikkan pangkat sebagai pengetua
ke SMK Lepar Hilir.

Majlis diteruskan dengan penyampaian
cenderahati kepada Pn Siti Mariam.

Seluruh warga SMK Paya Besar mengucapkan
tahniah kepada Pn Siti Mariam diatas
kenaikan pangkat beliau menjadi pengetua.
Pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terimakasih
diatas sepanjang perkhidmatan beliau
di SMK Paya Besar.

Majlis perhimpunan berakhir pada jam 8.20 pagi.

Tuesday, September 28, 2010

Majlis Solat Hajat Perdana PMR, SPM, STPM 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa,
pihak PIBG dengan kerjasama Unit Bina Insan
SMK Paya Besar akan mengadakan
Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin Perdana
khusus bagi pelajar yang akan menduduki
Peperiksaan PMR, SPM dan STPM 2010 tahun ini.
Butirannya seperti berikut :

Tarikh : 30 September 2010 (Khamis)
Masa : 6.45 - 9.00 malam
Tempat : Masjid Al-Hidayah, Kuantan

Sehubungan dengan itu pihak PIBG amat berbesar hati
dengan kehadiran ibu bapa/penjaga pelajar
yang akan menduduki
Peperiksaan PMR, SPM & STPM 2010
ke majlis di atas.

Semoga kehadiran tuan/puan diharap dapat
meningkatkan semangat dan keyakinan para pelajar
ke arah kecemerlang dalam
Peperiksaam PMR, SPM & STPM.

Sumbangan ikhlas juga dialu-alukan untuk
menjalankan majlis tersebut.

Mesyuarat Guru Kelas, Ketua Bidang & Ketua Panitia


Bertempat di Bilik Gerakan Siti Khadijah.
telah diadakan mesyuarat guru yang melibatkan
Guru Kelas, Ketua Bidang dan Ketua Panitia
SMK Paya Besar pada jam 3.00 petang.
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh
Tuan Pengetua En Nandakumaran.
Turut memberi taklimat
GPK HEM En Mohamed b Che Ibrahim.
Beliau telah menfokuskan beberapa perkara antaranya
1. Pengurusan ketidakhadiran pelajar.
2. Menangani Ponteng.
3. Yuran Sekolah/PIBG.
4. Pengurusan Buku Rekod Kedatangan
5. Pengurusan Kelas.

Semoga apa yang dibincangkan dimesyuarat tersebut
akan memudahkan guru-guru untuk bertindak
demi kecemerlang anak-anak pelajar SMK Paya Besar.
Bak kata Tuan Pengetua, "Be part of their life..."

Jamuan Raya Bidang Teknik & Vokasional

Pengetua dan Guru-guru telah diraikan
dalam jamuan jamuan hari raya Bidang Teknik & Vokasional.
Masakan telah disediakan oleh guru-guru KH.
Ribuan terima kasih diucapkan....


Monday, September 27, 2010

Program Jejak Kasih


Program Jejak Kasih telah diperkenalkan di
SMK Paya Besar yang bertujuan untuk bertemu mesra
dengan ibubapa pelajar yang menghadapi masalah
disamping memberi bantuan kepada yang memerlukan.
Atas keprihatinan tersebut, pada pagi ini,
Tuan Pengetua, En Nandakumaran bersama
GPK Hem, En Mohamed b Che Ibrahim,
Guru Penyelaras Pendidikan Khas, Pn Zalina Zainal Abidin
dan beberapa guru yang lain telah menziarahi
seorang pelajar Pendidikan Khas,
Adik Wan Mohd Lokman W Muhammad,
yang telah kehilangan bapanya pada Sabtu yang lalu.
Sedikit sumbangan telah dihulurkan agar
dapat mengurangkan beban ibunya yang terpaksa
menyara 10 orang anak di mana 5 daripadanya adalah buta...
Semoga usaha mendapat keberkatan Allah swt.

Sesi Masak Bersama Tuan Pengetua

Mesra dan prihatin, itulah istilah yang dapat diberikan
kepada pengetua baru SMK Paya Besar,
En Nandakumaran A/L Kathirvaloo.

Pada pagi tadi, Isnin 27 September 2010
beliau telah bersama-sama pelajar Pendidikan Khas
telah mengadakan aktiviti Memasak bersama Tuan Pengetua.

Belaiu telah berkongsi dengan pelajar-pelajar
resepi Kurma Mamak.

Inilah hasilnya.... sungguh enak sekali.....

Begitulah mesranya pengetua baru kami.....

12 Amanat Tuan Pengetua


12 Amanat Tuan Pengetua En Nandakumaran
kepada pelajar SMK Paya Besar.

1. Pengetua menerangkan misi sekolah iaitu untuk
menjadikan SMK Paya Besar antara 5 buah
sekolah harian terbaik daerah Kuantan.

2. Kehadiran ke sekolah.
Pelajar yang tidak hadir hendaklah menyertakan surat
makluman daripada ibu bapa atau sijil sakit dari klinik.
Pelajar yang gagal memberikan surat ketidakhadiran,
ibu bapa akan dipanggil ke sekolah.

3. Program Jejak Kasih.
Program untuk melawat rumah pelajar yang bermasalah
tidak hadir ke sekolah, ponteng kelas
dan sebagainya akan diperluaskan lagi.

4. Pelajar tidak dibenarkan berada di luar kelas
tanpa Pas Izin Keluar daripada guru.
Tindakan : Hukuman rotan akan dikenakan
kepada pelajar yang ingkar.

5. Pelajar tidak dibenarkan menjerit-jerit dan
bising dalam kelas. Pelajar yang tidak menyiapkan
latihan akan dirujuk kepada Pengetua untuk
tindakan sewajarnya.

6. Pelajar yang terlibat dalam pergaduhan dan
pelajar yang melompat pagar akan dkenakan
tindakan mengikut peraturan dan jika sabit
kesalahan tindakan buang sekolah akan diambil.

7. Peringatan tegas dari Tuan Pengetua agar pelajar
menghormati guru dan pengawas yang bertugas.

8. Pelajar diingatkan bahawa Vandalisme adalah
kesalahan berat. Pelajar tidak dibenarkan membawa
marker pen dan liquuid paper ke sekolah.
Telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.
Bayaran RM20.00 akan dikenakan kepada pelajar
yang berbuat demikian dan ibu bapa mereka akan dipanggil.

9. Pelajar lelaki diingatkan agar menjaga kekemasan rambut
seperti yang terdapat dalam peraturan sekolah.

10. Pelajar tidak dibenarkan berdua-duaan
di kawasan sekolah atau luar sekolah dan pelajar
diingatkan agar menjaga nama baik sekolah
walau di mana mereka berada.

11. Setiap hari Rabu adalah Hari Unit Beuniform.
Semua guru dan pelajar dikehendaki memakai
T-shirt / Baju Unit Uniform masing-masing.

12. Memperluaskan penggunaan Bahasa Inggeris
agar pelajar lebih berjaya di masa hadapan.

Amanat ini telah disampaikan
pada 21 September 2010
di Dewan Terbuka SMKPB.

Perhimpunan Isnin 27 September 2010

Perhimpunan pagi Isnin berjalan lancar di Dataran Ilmu.

Majlis dimulakan dengan laporan guru bertugas

minggu lepas Pn Ramlah bt A Hamid. Antaranya
1. Menasihati pelajar agar tidak lewat ke sekolah.
2. Menegur kelas yang kotor kerana pelajar tidak bertugas
mengikut jadual yang telah ditetapkan.
3. Pelajar membiarkan sampah dan sisa makanan
di atas meja di kantin tanpa memasukkan dalam
bekas yang disediakan.

4. Membaca 12 Amanat Tuan Pengetua.


Perhimpunan diteruskan dengan membaca perutusan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
sempena Hari Habitat Sedunia 2010.
Perutusan telah dibacakan oleh
saudara Mohd Haris Mustakim b Mohd Zulkifli
dari pelajar Pra Universiti.


Turut hadir di majlis perhimpunan ialah
Pn Nurul Aini bt Ramly mewakili Unit Antarabangsa,
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan.


Perhimpunan diteruskan lagi dengan acara
penyampaian hadiah kepada pelajar yang memenangi
aktiviti pertandingan sepanjang Bulan Kemerdekaan 2010.
Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya.

Kemudian En Mohamed b Che Ibrahim memberi ucapan.
Antaranya 1. Mengalu-alukan kedatangan Pengetua baru
ke SMK Paya Besar iaitu En Nandakumaran.
Semoga dengan kehadiran Tuan Pengetua
SMK Paya Besar akan berjaya merealisasikan
visi SMK Paya Besar iaitu menjadi antara
5 sekolah harian terbaik di daerah Kuantan.

2. Memohon agar pelajar menghormati
12 Amanat Tuan Pengetua untuk kepentingan
diri, sekolah dan ibu bapa kerana amanat tersebut
merangkumi hampir semua cita rasa sekolah.
Adalah diharapkan agar Indeks salah laku pelajar
dalam disiplin, datang lewat, ponteng dan
sebagainya akan berkurangan.

3. Mengingatkan pelajar agar mereka yang masih
tidak menjelaskan Yuran Sekolah agar berbuat demikian.
Tempoh diberi sehingga 15 Oktober 2010.

4. Mengumumkan Solat Hajat Perdana PMR, SPM
STPM 2010 akan diadakan pada Khamis
30 September 2010 di Masjid Al-Hidayah
selepas solat Maghrib. Pelajar diminta memaklumkan
kepada ibubapa masing-masing agar hadir bersama
memohon restu mudah-mudahan pelajar
dapat menjawab soalan peperiksaan sebaik mungkin.

5. Akhirnya beliau memaklumkan untuk perhimpunan
seterusnya akan diadakan di Dataran Ilmu kerana
Dewan Multaqa' akan digunakan untuk peperiksaan PMR.


Akhirnya ucapan dari Tuan Pengetua En Nandakumaran.

1. Mencadangkan agar ucapan perutusan
dibincangkan di kelas Bahasa Melayu dan Geografi agar
makna Hari Habitat Sedunia dapat dihayati
oleh semua pelajar.

2. Mengucapkan terimakasih kepada Guru Penolong Kanan,
Ketua Bidang dan semua guru-guru serta pelajar
kerana menerima beliau sebagai pengetua.
Beliau amat mengharapkan agar visi sekolah
akan tercapai iaitu menjadi antara 5 sekolah
harian yang terbaik di daerah Kuantan.

3. Mengucapkan terimakasih kepada guru-guru
tingkatan 3 dan semua guru yang terlibat dalam
jadual anjal tingkatan 3 kerana telah menerima
cabaran dan dapat menjalankan kelas ajal dengan baik.

4. Menasihti pelajar agar sentiasa menjaga disiplin diri
dengan mematuhi peraturan-peraturan sekolah antaranya
tidak lewat ke sekolah, mematuhi arahan tidak membawa
telefon bimbit, tidak melakukan vandalism, ponteng sekolah,
tidak merokok, pergaduhan dan sebagainya.

Akhirnya beliau meletakkan harapan dengan
menegaskan sekali lagi visi sekolah iaitu
SMK Paya Besar menjadi antara 5 sekolah harian
terbaik di daerah Kuantan.

Majlis perhimpunan diakhiri dengan
penyampaian cenderahati.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih
atas kesudian Pn Nurul Aini bt Ramly
menghadiri perhimpunan pagi di SMK Paya Besar.

Wednesday, September 22, 2010

Perhimpunan Rabu 22 September 2010

Perhimpunan pagi Rabu 22 September 2010
berjalan seperti biasa di tapak perhimpunan SMK Paya Besar.
Di perhimpunan ini tuan pengetua En Nandakumaran
telah memberi beberapa peringatan.

1. Setiap hari Rabu pelajar mesti memakai baju
unit beruniform. Pelajar diberi tempoh sebulan untuk
mendapatkan baju unit tersebut. Tindakan
akan diambil bagi pelajar yang engkar.

2. Pelajar dinasihatkan agar berpakaian lengkap dan
kemas serta menjaga akhlak dan disiplin pelajar.

3. Wednesday is an English Day, maka pelajar digalakkan
berkomunikasi dalam bahasa inggeris pada hari ini.

Tuesday, September 21, 2010

Mesyuarat Guru bersama Pengetua

Bertempat di Bilik Gerakan Siti Khadijah,
jam 3.00 petang telah diadakan
satu mesyuarat yang melibatkan semua guru SMKPB.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh
Tuan Pengetua Encik Nandakumaran.

Dimesyuarat ini beliau menyatakan hasrat untuk
mengukuhkan jalinan kerjasama
antara guru-guru dan pihak pentadbir
bagi memajukan kecemerlang SMK Paya Besar.
Oleh itu misi dan visi sekolah telah ditegaskan
kembali oleh tuan pengetua agar guru-guru
tidak tersasar dari landasan untuk
mencemerlangkan sekolah dan pelajar khasnya.

Antara pesanan-pesanan beliau,

"Cuai seorang doktor, mati seorang pesakit,
cuai seorang guru, rosak satu generasi."

"Don't work for me, but work with me."

" Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung."

"Work is worship."

"Team building is very important."

"Second most important man in school
is disipline teacher."

"Every children have right in education."

"Touch the core of their hearts."

"We work as a team.
Kita buat kek, akhirnya bukan warna yang cantik
dinilai, tapi rasanya samada sedap atau tidak.
Begitu juga sekolah akan dinilai
dengan keputusan sekolah yang cemerlang."

BERSATU KITA TEGUH
BERCERAI KITA ROBOH.

Perjumpaan bersama Pelajar


Hari ini bertempat di Dewan Terbuka satu pertemuan
telah diadakan antara tuan pengetua En Nandakumaran
dan pelajar-pelajar tingkatan 1, 2, 4 & 6 rendah.
Di perjempuan tersebut, tuan pengetua telah
memberi nasihat kepada pelajar dan
mengingatkan pelajar tentang visi & mis sekolah
serta disiplin pelajar.


Menjadi harapan tuan pengetua untuk melihat
pelajar-pelajar SMK Paya Besar menjadi
pelajar yang cemerlang dari segi akademik,
disiplin serta sahsiah diri.
Semoga semua pelajar dapat melakukan
perubahan yang positif atas diri untuk
menjadi pelajar yang lebih baik.

Peperiksaan Percubaan SPM 2010

Hari ini bermula Peperiksaan Percubaan SPM 2010.
Semua pelajar-pelajar tingkatan 5 telah
menjalankan peperiksaan tersebut di Dewan Multaqa'.
Doa guru mengiringi kejayaan anda....

SELAMAT MAJU JAYA!!!

SMK PAYA BESAR BOLEH!!!!

Monday, September 20, 2010

Sentuhan Pengetua....

Di hari pertama di SMK Paya Besar,
Tuan Pengetua En Nandakumaran
telah memberi memberi sentuhan motivasi
kepada semua pelajar tingkatan 3.

Semoga semua nasihat dan motivasi yang diberikan
akan menaikan semangat pelajar-pelajar tingkatan 3
untuk melakukan yang terbaik
pada peperiksaan PMR 2010 nanti.

Kemudian tuan pengetua telah memberikan
tips-tips bagaimana untuk cemerlang
dalam mata pelajaran bahasa inggeris
kepada pelajar-pelajar tingkatan 3.

Alhamdulillah, semoga semua pelajar tingkatan 3
mendapat manafaat.

SELAMAT DATANG PENGETUA BARU

Seluruh warga SMK Paya Besar
mengucapkan selamat datang dan
mengalu-alukan kedatangan
En Nandakumaran A/L Kathrvaloo
sebagai pengetua baru di SMK Paya Besar.

Sehubungan dengan itu pagi tadi telah diadakan
satu pertemuan mesra antara Tuan Pengetua
dan semua guru-guru SMK Paya Besar
bertempat di Bilik Gerakan Siti Khadijah.
Semoga dengan kedatangan Tuan Pengetua
akan menyemarakkan kegemilangan
SMK Paya Besar untuk memercu
sebagai sekolah yang ulung di daerah Kuantan.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
KEPADA SEMUA WARGA SMK PAYA BESAR.

KEPADA CALON-CALON PMR
SELAMAT BERJUANG...
ANDA ADA 2 MINGGU SAHAJA LAGI
SEBELUM PEPERIKSAAN PMR BERMULA
PADA 5 OKTOBER 2010.

KEPADA CALON-CALON SPM & STPM
SELAMAT MENGHADAPI
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM & STPM.

KEPADA PELAJAR-PELAJAR SMKPB
INGAT CUTI BERGANTI SEMPENA
HARI RAYA AIDIL FITRI.

13 SEPTEMBER 2010 -
TELAH DIGANTI PADA
24 APRIL 2010

14 SEPTEMBER 2010 -
TARIKH GANTI PADA
9 OKTOBER 2010
JADUAL HARI SELASA

15 SEPTEMBER 2010 -
TARIKH GANTI PADA
30 OKTOBER 2010
JADUAL HARI RABU

17 SEPTEMBER 2010 -
TARIKH GANTI PADA
13 NOVEMBER 2010
JADUAL HARI JUMAAT.

Friday, September 10, 2010

Salam Aidil Fitri

SALAM AIDIL FITRI BUAT SEMUA
PENGUNJUNG SETIA BLOG SMK PAYA BESAR.
KAMI WARGA SMK PAYA BESAR MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
MAAF ZAHIR & BATHIN
MOGA JIWA KITA SEMUA BERSIH
SEBERSIH BAYI YANG BARU LAHIR
SETELAH SEBULAN MELALUI
MADRASAH RAMADHAN.

Friday, September 3, 2010

Tazkirah Ramadhan 24


Selamat Bercuti

Hari ini hari terakhir persekolahan
sebelum pelajar bercuti panjang untuk
cuti pertengahan penggal 2.
Sebelum pulang telah diadakan perjumpaan khas
untuk semua pelajar.
Pelajar-pelajar lelaki berkumpul di Dewan Terbuka
manakala pelajar-pelajar perempuan di Surau Al-Hikmah.
Mereka telah diberi peringatan dan nasihat
agar menrancangkan masa cuti dengan baik
terutama calon-calon PMR dan SPM
kerana selepas cuti masing-masing akan menghadapi
Peperiksaan Awam PMR & Percubaan SPM.

Semua guru SMK Paya Besar mengucapkan
Selamat Menyambut Aidil Fitri kepada
semua warga SMK Paya Besar.
Doa dipohon, maaf dipinta.
Maaf Zahir & Bathin.
 

AKTIVITI SEPTEMBER 2012

3 - 19 Sept - Peperiksaan Percubaan SPM 2012
3 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 - 14 Sept - Peperiksaan Pecubaan STPM 2012
4 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 Cekal, 3 Cerdik, 3 Cerdas (Bilik Kuliah Za'aba)
4 Sept (10.30 AM) - Majlis Sumbangan Zakat Sempena Aidil Fitri (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 KAA, 3 Amanah, 3 Bestari (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI KHAMIS)
10 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 Sept (2.40 PM) - Jamuan Hari Raya Kelab Staff
17 Sept - CUTI GANTI HARI MALAYSIA
18 Sept (7.40 AM) - Program Sedetik Habitat 1Malaysia dan Program Bank Kitar Semua (Dewan Terbuka SMKPB)
19 Sept (7.40 AM) - Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia (Dewan Multaqa')
22 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI JUMAAT)
26 Sept (7.30 AM - 1.00 PM) - Program RIMUP (SMK Tanah Putih)
26 Sept (8.00 - 1.00 PM) - Program RIMU (SMK Tanah Putih)
26 Sept (2.00 PM) - Penamaan Calon Pilihanraya MPP Prauniversit 2012/2013 (Dewan Multaqa')
27 Sept (7.30) - Program 'All My English' (Dewan Multaqa')
27 Sept (3.30 - 5.50 PM) - Seminar Teknik Menjawab SPM Perdagangan (Bilik Kuliah Za'aba)
27 - 29 Sept - Program Tranformasi Minda (Tingkatan 5 ) (Kem Ville, Kempadang)

AKTIVITI JUN 2012

11 Jun (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
13 Jun (8:00 AM) - Ceramah Perancangan Kewangan PIDM (Dewan Multaqa')
13 Jun (8:45 AM) - Perjumpaan Guru & Ahli Rumah Sukan
15 Jun (8:00 AM) - Ceramah Isra' & Mikraj (Dewan Multaqa')
18 Jun (3:00 PM) - LaDAP Pengurusan ProD (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Jun (8:00 AM) - Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid PPSDM) Program Jati Diri Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
19 Jun (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Sukan & Olahraga (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Jun (8:00 AM) - Mesyuarat MISS dan Hari PaSar-NIAGA (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
21 Jun (8:00 AM) - Raptai Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
21 Jun (3:00 PM) - Taklimat PAJSK
22 Jun (8:00 AM) - Raptai Penuh Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
22 Jun (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
23 Jun (8:00 AM) - Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang 2012 (Dewan Multaqa')
24 Jun (8:00 AM) - Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah2012 (Padang SMK Paya Besar)
25 Jun - CUTI PERISTIWA
26 Jun (8:00 AM - 1:00 PM) - Program Pendidikan Khas Bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
26 Jun (3:00 PM) - Taklimat Kursus Kepimpinan Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Jun (7:40 AM) - Majlis Pelancaran Karnival Minggu Kokuria (Dewan Multaqa')
27 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Bahasa
28 Jun (11:00 AM) - Bench Marking Subjek Sejarah Tingkatan 6 Bersama SMK Air Putih (BIlik Kuliah Za'aba)
28 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Sains & Matematik
28 Jun (3:00 PM) - Taklimat Program Motivasi Kecemerlangan STPM (Bilik Sidang)

AKTIVITI MAC 2012

1 Mac - Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2012 (Dewan Multaqa')
1 Mac (2:00 PM) - Ceramah Motivasi GPMS Tingkatan 3 & 5 (Dewan Multaqa')
2 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
7 Mac - Keputusan STPM 2011
10 - 18 Mac - Cuti Pertengahan Penggal 1
19 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Mac (8:00 AM - 2:00 PM) - Kursus Keterampilan Bertutur (Bilik Kuliah Za'aba)
19 - 22 Mac - Pertandingan Sepak Takraw MSSD Kuantan (Dewan Multaqa')
21 Mac - Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM (Dewan Terbuka SMK Paya Besar)
23 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
26 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
26 - 29 Mac - Pertandingan Catur Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
27 - 29 Mac - Lawatan Sambil Belajar Kelas Pendidikan Khas ke Selangor
29 Mac (3:00 PM) - Mesyuarat Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah) (tangguh)
30 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
31 Mac - Outreach IPT, Seminar Kerjaya PERHATI (Dewan Multaqa')
31 Mac - Bengkel Pengurusan Kokurikulum (Bilik Kuliah Za'aba)

AKTIVITI DISEMBER 2011

20 Disember (9:00 AM) - Mesyuarat MT Pertama 2012
22 Disember - Keputusan Peperiksaan PMR 2011
25 Disember - CUTI KRISMAS
27 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Guru Pertama 2012
27 Disember (11:30 AM) - Mesyurat Pendaftaran Tingkatan 1
28 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Bidang & Panitia
29 Disember (8:30 AM) - LADAP - Amalan 5S
29 Disember (11:00 AM) - Amali di tempat masing-masing
30 Disember (7:30 AM) - Pendaftaran Semula Pelajar Tingkatan 2, 3, 5 & Prauniversiti
31 Disember (8:30 AM) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012

AKTIVITI JULAI 2012

2 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Kemanusiaan
3 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Vokasional & Teknologi
3 Julai (8:00 AM - 9:00 AM) Seminar Bahasa Melayu PMR - 3 CEKAL, 3 CERDAS, 3 CERDIK (Dewan Multaqa')
4 Julai - Hari Kemuncak Karnival Kokuria, Hari Koperasi Sekolah, Hari PaSar-NIAGA & Hari Bersama Pelanggan
5 Julai (11:00 AM - 1:00 PM) Seminar Teknik Menjawab Matematik SPM (Dewan Multaqa')
7 Julai (8:00 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 Julai (3:00 PM) - Mesyaurat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR, SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
10 Julai (8:00 AM) - Pelancaran Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Serentak Peringkat Daerah Kuantan 2012 (Padang SMK Paya Besar)
12 Julai (7:40 - 9:40 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM Kumpulan Potensi Siri 1 (Bilik Kuliah Za'aba)
12 Julai (9:45 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Sains PMR (Dewan Multaqa')
12 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Penyelarasan Skor PBS PMR SPM (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
12 - 13 Julai - Lawatan Kelab PNB ke PNB KL & Melaka
13 Julai (8:00 - 9:50 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
14 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa')
16 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Solat Hajat Perdana (Bilik Kuliah Za'aba)
17 - 19 Julai - Seminar Kecemerlangan STPM 2012 Peringkat Daerah Kuantan
17 Julai (8:00 -10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 Julai (8:30 - 10:30 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sains SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 - 20 Julai - Program PERHALUS Bahasa Melayu SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Julai - Taklimat & Temuduga Kemasukan Murid ke Program Kolej Vokasional di IPS, Kursus : Air Craft Maintenance (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Julai (8:00 AM - 2:40 PM) - Seminar Teknik Menjawab Fizik SPM 2012 (Dewan Mulaqa')
29 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM 2012 (Dewan Multaqa')
19 Julai (6:30 - 10:00 PM) - Solat Hajat Perdana (Dewan Multaqa')
24 Julai (8:00 - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2012 (Dewan Multaqa')
24 Julai (12:00 - 2:30 PM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR 2012 (3KAA/3 Amanah/ 3 Bestari) (Bilik Kuliah Za'aba)
25 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat JK Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Julai (8:50 AM) - Bengkel Persediaan Ramadhan (Briged Bakti Pahang) (1 Cekal/ 1 Cerdik/ 1 Cerdas) (Bilik Kuliah Za'aba)
27 Julai (8:50 AM) - Program Aman Palestin (Dewan Multaqa')
30 Julai (7.40 AM) - Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Dewan Multaqa')
30 Julai (8:20 - 9:20) - Seminar Tatabahasa PMR 2012 (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa') - Tangguh
31 Julai (7.40 - 10.40 AM) - Peperiksaan Percubaan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
31 Julai (10:00 - 1:00 PM) - Bengkel Teknik Menjawab Matematik PMR 2012 (3 Cekal/ 3 Cerdas/ 3 Cerdik) (Dewan Multaqa')

AKTVITI APRIL 2012

3 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 April (7.40 AM) - Taklimat Perkhemahan Unit Beruniform (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempua (Surau Al-Hikmah)
9 April (12.00 PM) - Mesyuarat Pengurusan 2 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 April - CUTI sempena Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong.
13 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
16 April (9.00 AM) - Penyerahan NETBOOK 1Malaysia (Dewan Multaqa')
16 April (2.50 PM) - LADAP Sejarah K3 (Bilik Kuliah Za'aba)
16 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
17 April (3.00 PM) - LADAP Panitia Pendidikan Islam (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 April (7.40 AM) - Pelancaran Majlis Kempen Menangani Gejala Sosial (Dewan Multaqa')
20 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
20 - 21 April - Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform (Padang SMK Paya Besar)
21 April - SEKOLAH GANTI JADUAL HARI KHAMIS
23 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestaro (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
23 April (3.00 PM) - Ladap Panitia Pendidikan Islam (Bilik Kuliah Za'aba)
24 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Sahsiah Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 April - Lawatan Pelajar Prauniversiti ke USM Pulau Pinang

AKTIVITI JANUARI 2012

1 Januari - CUTI TAHUN BARU
4 Januari (8:30 AM) - SESI PERSEKOLAHAN 2012 BERMULA
4 - 6 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
5 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat Post Mortem PMR 2011 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 - 11 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 (Dewan Multaqa')
12 - 13 Januari - Program Kemahiran Belajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
17 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
18 Januari (3:00 PM) -Mesyuarat Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
19 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat MBMMBI/PPSMI/PBS (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
22 & 24 Januari - CUTI TAHUN BARU CINA
31 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat ALK Kooperasi (Bilik Gerakan Siti Khadijah)

AKTIVITI OGOS 2012

1 Ogos (8.00 AM - 2.00 PM) - Program Transformasi Minda (KIPSAS) - Semua Pelajar Tingkatan 5
2 Ogos (8.30 - 10.30 AM) - Seminar Tatabahasa PMR (Dewan Multaqa')
3 Ogos - Seminar Bahasa Inggeris PMR (Dewan Multaqa')
6 Ogos - CUTI NUZUL QUR'AN
7 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (5 Budiman & 5 Cemerlang) (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Ogos (7.40 AM) - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2012/2013 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2012 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (4 Cemerlang & 4 Damai) (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Biologi SPM 2012 (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (10.10 - 12.10 PM) - Ceramah Nuzul Qur'an (Dewan Multaqa')
18 - 26 Ogos - CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
27 Ogos (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
28 Ogos - Semiinar Pengajian Am Tingkatan 6 Bawah 2012 (Yayasan Pahang)
29 Ogos - Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pendidikan Khas
31 Ogos - CUTI HARI KEMERDEKAAN

AKTIVITI MEI 2012

1 Mei - CUTI HARI PEKERJA
1 Mei - Bengkel Matematik Cara Kacang (Dewan Multaqa')
2 - 3 Mei - Program Sahsiah Bestari
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Matematik & Sains (Makmal Kimia & Biologi)
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Geografi (Bilik Kuliah Za'aba)
3 Mei (3.00 PM) - Mesyurat JK PIBG SMK Paya Besar (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
8 Mei (8.00 AM) - Pendaftaran Pelajar Prauniversiti (Dewan Multaqa')
9 Mei (8.00 AM) - Raptai I Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Melayu
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Inggeris
10 Mei (8.00 AM) - Raptai II Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
10 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
12 Mei - Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
14 Me1 - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Tingkatan 4, 5 & Prauniversiti BERMULA
14 Mei (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
15 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia PJK & PSV
16 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
21 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 & 3 BERMULA
26 Mei - CUTI PERTENGAHAN TAHUN BERMULA

AKTIVITI FEBRUARI 2012

1 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Merentas Desa (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
2 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat JK Bina Insan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
7 Feb (8:00 PM) - Program Akademik Menara Gading (pelajar terpilih)
7 Feb - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
9 Feb (7.00 PM) - Majlis Tahlil Perdana (Surau Al-Hikmah)
10 Feb (8:00 AM) - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
11 Feb (8:00 AM) - Program Excel PMR, SPM & STPRM 2012 (Dewan Multaqa')
16 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Pengurusan Aset Mudah Alih & Taklimat Perisian Portal Pangkalan Data (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 26 (Dewan Multaqa')
20 Feb (8:00 AM - 4.30 PM) - Program Excel - English Workshop (Dewan Multaqa')
21 Feb (8:00 AM) - Aktiviti Terapi Air Pelajar Pendidikan Khas (Dhe Rhu Resort)
23 Feb (10:00 PM) - Perjumpaan Guru Bersama Ibu Bapa Pelajar Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
24 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar (Dewan Multaqa')
24 Feb (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 Feb - UJIAN 1 /FEBRUARI 2012
28 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Kewangan 1 /2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)