Pages

Ads 468x60px

Saturday, February 28, 2009

Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke 23


Pada 28 Februari 2009 bersamaan 3 Rabiul Awal 1430H
bertempat di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar
telah berlangsung Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke 23.
Pendaftaran mesyuarat telah bermula seawal 8:30 pagi.


Sebelum Mesyuarat Agong dimulakan,
telah diadakan Ceramah Motivasi bertajuk
Ibubapa Cemerlang Anak Terbilang
yang telah disampaikan oleh
Al Fadhil Ustaz Hamdan Yusi B Yusof, AMP
Tuan Khadi Daerah Kuantan.
Kesimpulan ceramah :
1. Majlis Ilmu ialah syurga dunia.
2. Kecemerlangan anak-anak buka disini tetapi
diakhir hayatnya samada mereka menjadi anak yang soleh atau tidak.
3. Untuk melahirkan anak cemerlang bermula dari Tarbiyah Iman
melalui sentuhan solat dan pemakanan anak-anak.
4. Ajar anak untuk takut hanya kepada Allah.
5. Pembentukan pribadi anak-anak dicorakkan oleh ibubapa.
Guru membantu memberi ilmu dan kemahiran.
Namum pengembelingan ibubapa dan guru amat
penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang sahsiahnya.
6. Tips anak cemerlang melalui kaedah SKIM didik anak.
S - Strategi
K - Kemahiran
I - Ikhlas
M - Motivasi


Jam 10:30 pagi majlis diteruskan dengan
Mesyuarat Agong PIBG kali ke 23.
Majlis berjalan dengan lancarnya.
Juga telah diadakan pemilihan untuk AJK PIBG untuk sesi 2009/2011.
Mesyuarat telah sebulat suara melantik AJK berikut.

Yang DiPertua PIBG : Tn Hj Mohd Zahidi b Hj Hussain, PKC, PKT

Naib Yang DiPertua : En Roslan B Mansor
AJK : Pn NorAzlina bt Che Mahmood
En Al-Hanif b Abu Bakar
En Hassan b Mohamad
En Wan Arif b Wan Ismail
En Mohd Nasir b Talib
En Abd Wahab b Said
Pemeriksa Kira-kira : Tn Hj Alias b Moin
Cik Hanisah bt Chik
AJK Guru :
Setiausaha Kehormat : Pn Norlina bt Abd RahimAlign LeftPenolong Setiausaha : Pn Siti Fatimah bt Mohamad
Bendahari : Pn Nor Adila bt Abd Wahab
Penolong Bendahari : Pn Fazlina bt Safri
AJK : En Mohd Jamali b Abdullah
En Wan Sayuti b Wan Mohamad

Moga dengan perlantikan baru ini
PIBG SMK Paya Besar akan terus mantap
terutama dalam memacu kecemerlangan pelajar
dari segi kurikulum, kokurikulum dan bina insan.



Sebelum majlis berakhir
telah diadakan Penyampaian Sijil Penghargaan
kepada Jawatankuasa PIBG yang lalu
diikuti dengan Acara Cabutan Bertuah.
Majlis diakhiri dengan Bacaan Doa
oleh Ustaz Mohd Jamali b Abdullah.
Sebelum bersurai semua hadirin
telah menjamu selera makan tengahari
di Kafe Barakah, Kantin SMK Paya Besar.

Friday, February 27, 2009

Majlis Ilmu


Majlis Ilmu minggu ini telah dikendalikan oleh
Ustazah Ramlah bt Ab Hamid.
Beliau membicarakan tentang
Sejarah Kaum-kaum Yang Terpupus.
Firman Allah swt yang bermaksud :
"Bukankan telah datang kepada mereka berita-berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Ad, Thamud dan kaum nabi Ibrahim dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? Telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang kelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri" (At-Taubah: 70)

Risalah Allah telah diturunkan sejak bermulanya penciptaan manusia. Ada yang menerima dan ada yang menolaknya dengan pelbagai alasan, tuduhan malah ada utusan Allah yang dibunuh, sedangkan apa yang dihajati oleh para rasul hanyalah kaum mereka menyembah Allah yang Esa. Bukan wang atau manfaat keduniaan sebagai balasannya. Akhirnya mereka telah dihukum Allah lalu pupus di muka bumi ini . Dalam Al-Quran kisah umat-ummat ini diterangkan secara terperinci mudahan kita dapat berfikir amaran Allah daripada kisah kepupusan mereka ini.

1. Kisah banjir Besar Nabi Nuh a.s dan umatnya.
2. Kisah Nabi Lut dan Bandar yang dilingkupkan.
3. Kisah Ad'Atlantis Padang Pasir'.
4. Kaum Thamud.

Kesimpulannya : Al-Quran telah menyebut bahawa kisah-kisah yang berlaku pada rasul yang terdahulu diterangkan agar menjadi iktibar kepada kita. Kita hendaklah mengambilnya sebagai pengajaran kerana masyarakat hari ini tidak lebih dari kaum-kaum yang telah pupus itu. Contohnya masyarakat hari ini ramai yang terlibat dengan Homoseksual(liwat). Kita jangan lupa Allah swt boleh menghukum kita atau negara mana sekalipun pada bila-bila masa ang dikehendakinya. Allah Maha Berkuasa atas segalanya, Marilah kita kembali kepadaNya.


Thursday, February 26, 2009

Latihan Kokurikulum

Font size
Di petang yang terik...
pelajar-pelajar SMKPB gigih berlatih.
Moga anda semua menjadi
pelajar yang berdisiplin.
Namun akhlak yang baik mesti diutamakan.

Wednesday, February 25, 2009

Perhimpunan Rabu 25 Februari 2009


Perhimpunan hari Rabu berjalan seperti yang dirancang.
Majlis dipengerusikan oleh wakil dari Kadet Polis Sekolah.
Ucapan dimulakan oleh guru bertugas mingguan
En Hazim Mohd Din. Beliau mengumumkan pelajar
Syuhada Sulaiman dari kelas 4 Syumul telah memenangi
Pertandingan Bulanan Puzzle Kelab Catur.
Kemudian diikuti dengan Usztazah Hjh Siti Arija Abd Rahman
yang memaklumkan pertandingan-pertandingan
yang akan diadakan Sempena Majlis Tadarus Al-Quran
dan Kesenian Islam peringkat Sekolah pada minggu hadapan.
Ucapan ringkas dari Tuan Hj Nazli Ismail
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMKPB
berkaitan dengan bantuan pakaian seragam unit beruniform.
Kemudian pelajar dari kelas 5 Saksama
membuat persembahan Spell It Right.
Diikuti dengan persembahan perbualan
Bahasa Arab oleh pelajar kelas KAA.
Majlis berakhir dengan bacaan doa.

Tuesday, February 24, 2009

Mesyuarat Agong Tahunan Pandu Puteri


Pada jam 3.00 PM bertempat di Dewan Multaqa' telah berlangsung
Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Cawangan Pahang Daerah Kuantan.
Guru-guru yang terlibat dari Daerah Kuantan
telah hadir dalam mesyuarat tersebut.

Mesyuarat Agong Tahunan Koperasi SM Paya Besar Berhad



Di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar telah berlangsung
Mesyuarat Agong Tahunan Koperasi SM Paya Besar Bhd
kali ke-13 bermula jam 11.00 pagi.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa.
Kemudian diikuti dengan diikuti dengan
Ucapan Aluan oleh Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah,
Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi SM Paya Bhd.
Kemudian disusuli dengan Ucapan Perasmian oleh
Cik Rozila bt Hj Omar, Pegawai Ehwal Ekonomi,
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Pahang.


Selesai semua ucapan Mesyuarat Agong bermula.
Majlis berakhir dengan Penyampaian Cenderahati
dan Cabutan Bertuah.

Mesyuarat Guru Penolong Kanan Pentadbiran Daerah Kuantan



SMK Paya Besar mengalu-alukan kedatangan
En. Mohamed Bakar, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan
dan semua Guru-guru Penolong Kanan Pentadbiran
Daerah Kuantan kerana sudi bertandang
menghadiri mesyuarat di Bilik Gerakan Siti Khadijah.

Monday, February 23, 2009

Pertandingan Kelas Terbersih Minggu Ini


Perhimpunan Isnin 23 Februari 2009


Perhimpunan bagi Isnin berjalan seperti biasa.
Majlis dipengerusikan oleh Saudari Nur Farahanim.
Perhimpunan bermula dengan laporan
guru yang bertugas pada minggu lepas
Pn Noorhayati Deraman.
Beliau membuat teguran tentang
amalan memakan gula-gula getah di dalam kelas dan
sikap pelajar yang seharusnya beradap
apabila bercakap dengan guru.
Kelas terbersih minggu ini ialah

6 Atas 1 (Menengah Atas)
dan 3 KAA (Menengah Rendah).
Kemudian diikuti guru bertugas minggu ini
En Hazim Mohd Din membuat pengumuman,
antaranya Mesyuarat Agong Tahunan
Koperasi SM Paya Besar Berhad yang akan diadakan

pada hari Selasa 24 Februari 2009 di Dewan Multaqa'.
Minggu ini juga akan diadakan Acara Pra Sukantara
pada jam 4.00 - 6.00 ptg di Padang Sekolah SMKPB.
Majlis diteruskan dengan ucapan dari
Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah,
Pengetua Cemerlang SMK Paya Besar.
Pn Pengetua mengucapkan syabas dan tahniah kepada
semua pengawas sekolah, ketua dan penolong kelas,
koperator, dan ahli Charity Shop yang telah menamatkan
Kursus Kepimpinan di Taman Pertanian
pada hujung minggu yang lalu. Beliau mengharapkan
pelajar-pelajar yang terlibat lebih komited dalam
tugas yang diamanahkan dan menjadi role model
kepada pelajar-pelajar yang lain.
Pn Pengetua juga mengumumkan bahawa pada
hari Sabtu 28 Februari 2009 akan diadakan
Mesyuarat Agong Tahunan PIBG SMK Paya Besar.
Mesyuarat ini penting untuk menentukan jumlah
yuran persekolahan yang akan dikutip nanti.
Oleh itu pelajar diminta untuk memaklumkan ibubapa
mereka untuk hadir bermesyuarat
berdasarkan surat jemputan yang telah
diedarkan tempoh hari.
Majlis perhimpunan diakhiri
dengan bacaan doa dari Saudara Izzat.

Monday, February 16, 2009

Pertandingan Kelas Terbersih Minggu Ini


Perhimpunan Isnin 16 Februari 2009


Perhimpunan bagi Isnin berjalan lancar.
Majlis dipengerusikan oleh Pengawas Sekolah.
Diikuti dengan laporan guru bertugas minggu lepas
En Daeme Abu Bakar. Beliau mengumumkan
Kelas Terbersih 6 Atas 2 (Menengah Atas)
dan 3 Amanah (Menengah Rendah).
Kemudian guru bertugas minggu
En Amran Mahussin membuat pengumuman,
antaranya Kaunter Bergerak Tabung Haji
pada hari Rabu 18 Februari 2009 di Dewan Terbuka.
Majlis diteruskan oleh En Moses Paul
yang mengumumkan pelajar Mohd Hafizan Mat Dris
yang memenangi tempat ke 17 dalam
Kejohanan Merentas Desa
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pahang 2009
yang berlangsung pada 13 - 14 Februari 2009 di Rompin.
Kemudian diikuti dengan Tn Hj Nazli Ismail,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
yang memaklumkan tentang
bantuan pakaian Unit Beruniform
untuk pelajar yang berkelayakan
(pendapatan RM1000 kebawah).
Kemudian ucapan dari Datin Hjh Fauziah Ismail,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Paya Besar,
memberitahu bahawa Sijil PMR, SPM dan STPM 2007
sudah boleh diambil oleh pelajar
di Pejabat selepas waktu persekolahan.
Datin juga mengalakkan pelajar perempuan
untuk menghadiri Majlis Ilmu
pada setiap Jumaat jam 12 PM.
Banyak ilmu yang dapat mendidik pelajar
kepada yang lebih baik.
Akhirnya terima kasih kepad semua guru
yang telah memberi kerja sama
dalam menjayakan program-program
sekolah pada minggu lepas
seperti Program Emas,
Pelancaran Program Nilam
dan Merentas Desa.
Majlis perhimpunan diakhiri
dengan bacaan doa dari Saudara Izzat.

Saturday, February 14, 2009

Hari Merentas Desa 2009

HARI MERENTAS DESA 2009
SABTU 14 FEBRUARI 2009



Majlis berjalan lancar dimulai dengan pelajar-pelajar
membuat 'warming up' dalam rumah sukan masing-masing.



Pelajar lelaki memulakan larian.


Pelajar perempuan juga tidak ketinggalan.


Run, run, run for your medal....


Guru-guru yang ceria...


Guru-guru yang dedikasi...


Guru-guru yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah...


Wajah-wajah mereka yang berjuang untuk kemenangan.


Majlis penyampaian hadiah.


Wajah-wajah kemenangan....

Friday, February 13, 2009

Majlis Ilmu


Majlis Ilmu hari ini dikendalikan oleh
Ustazah Hajah Norma Omar.
Tajuk pada hari ini ialah Selawat dan Fadhilatnya.

Rasulullah saw bersabda :
"Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali,
nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kai"
(Riwayat Imam Muslim)

"Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas Muhammad
dan ke atas keluarga Muhammad"

Selawat bermaksud :
"Doa, rahmat dari Allah, memberi berkat dan ibadah"

Berselawat kepada Nabi Muhammad bererti
kita berdoa dan memohon kepada Allah swt
supaya melimpahkan rahmatNya,
menambah kemuliaan dan kehormatan kepada baginda.

Hari Merentas Desa 2009

HARI MERENTAS DESA 2009
SABTU
14 FEBRUARI 2009
ATURCARA
7.40 AM
Pelajar berkumpul di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar
Taklimat Ringkas
8.30 AM
Larian Merentas Desa Bermula
10.30 AM
Pelajar berkumpul semula di Dewan
Ucapan Pengetua
Penyampaian Hadiah
Bersurai
Pelajar adalah penentu KEMENANGAN
rumah sukan masing-masing.
Datang beramai-ramai untuk
mengumpul sebanyak mungkin MARKAH
untuk rumah sukan anda....
MAJU SUKAN
BADAN SIHAT
Mukmin yang kuat lebih dikasihi Allah
dari Mukmin yang lemah.
(maksud Hadis)

Pameran Bertema Persahabatan

Di Pusat Sumber Sekolah SMK Paya Besar
telah diadakan Pameran Bertema Persahabatan.
Juga turut menyerikan Bulan Persahabatan
adalah Pertandingan Mutiara Kata buat sahabat handai.
Semua pelajar dijemput memeriahkan
pameran dan pertandingan tersebut.
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
KE PUSAT SUMBER SMK PAYA BESAR.

Kemahiran Belajar Tingkatan 5

Hari ini telah diadakan Kemahiran Belajar
khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5.
Kemahiran telah dikendalikan oleh
Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Paya Besar.
Moga sentuhan awal yang diberikan
dapat menyuntik semangat bagi pelajar-pelajar tingkatan 5
untuk membuat persedian seawal mungkin
bagi menghadapi Peperiksaan SPM 2009.
FIKIRKAN BOLEH
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Thursday, February 12, 2009

Ceramah Menangani Vandalisma

Ceramah Menangani Vandalism telah diadakan
di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar
pada Khamis 12 Februari 2009 dari jam 12.00 PM hingga 2.40 PM.
Ceramah melibatkan pelajar-pelajar dari kelas 4 Budiman,
4 Cemerlang, 2 Cekal dan 2 Ehsan.
Ceramah telah dikendalikan dengan usaha sama
Majlis Perbandaran Kuantan.
Moga menginsafkan para pelajar untuk berubah
menjadi pelajar yang berakhlak dan berdisiplin.

Wednesday, February 11, 2009

Pelancaran Program Nilam 2009

Hari ini Rabu 11 Februari 2009
bertempat di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar
telah diadakan Majlis Pelancaran Program Nilam 2009.
Setiap tahun Program ini diadakan bertujuan
untuk membudayakan amalan membaca
dalam kalangan pelajar sepanjang hayat.
Acara bermula tepat jam 7.40 pagi dimana
pelajar dan guru mengambil tempat.
Sejurus kemudian ketibaan
YB Dato' Haji Sulaiman b Ahmad DMP,
Naib Presiden CELCOM Wilayah Timur,
yang akan menyempurnakan majlis perasmian pada hari ini.
Majlis telah dipengerusikan oleh Pn Jalilah bt Salim.
Acara bermula dengan Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Jamali b Abdullah.
Kemudian disusuli pula dengan Ucapan aluan oleh
Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Paya Besar.
Ucap utama dan Perasmian Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah
telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Sulaiman b Ahmad DMP,
Naib Presiden CELCOM Wilayah Timur.
Di Majlis ini YB Dato' mewakili pihak CELCOM
telah memberi sumbangan berbentuk
buku dan wang tunai kepada sekolah.
Pihak sekolah mengucapkan setinggi penghargaan
kepada YB Dato' diatas sumbangan tersebut.
Moga kerjasama yang terjalin dapat dimanafaatkan
untuk kemajuan pelajar khususnya
bagi menyemai minat membaca dan
memupuk persaingan membaca di kalangan pelajar.
Antara wajah-wajah yang ceria yang menyerikan majlis pada hari ini...

Tuesday, February 10, 2009

Bulan Persahabatan


Di Pusat Sumber Sekolah SMK Paya Besar
diadakan Jualan Sempena Bulan Persahabatan.
Pelajar-pelajar boleh datang membeli
pada waktu rehat...
Ukhwah yang terbina
persis sekuntum bunga
Meski pun kini kita terpisah demi kasihNya
Namun cebisan kenangan kita
Sentiasa bermain dibayangan mata
Detik masa yang berlalu
Menjadi kenangan kau dan aku...

Program Keibubapaan Emas ke-9, 2009

Hari ini bertempat di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar
telah diadakan Program Keibubapaan Emas ke-9, 2009
yang melibatkan pelajar Target PMR 2009 bersama ibubapa mereka.
Program yang murni ini berobjektif untuk meningkatkan kesedaran
di kalangan ibubapa tentang sumbangan dan peranan yang dapat
dimainkan untuk membantu kecemerlangan anak-anak.
Disamping itu dapat berkongsi pengetahuan
tentang bagaimana membimbing anak-anak remaja masa kini.
Secara tidak langsung membolehkan ibubapa bersama pihak sekolah
mendisiplinkan para pelajar yang terlibat.
Majlis bermula dengan ketibaan ibubapa pada jam 10.00 pagi
dan diikuti dengan Ucapan Pengetua Cemerlang SMKPB
Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah.
Kemudian diteruskan dengan Ceramah Keibubapaan
oleh Kaunselor Sekolah En Abdul Jani b Mohd Tahar.
Pelajar yang terlibat kemudian membaca Ikrar
dan diikuti pula dengan sesi soal jawab.
Majlis berakhir dengan sedikit jamuan ringan.
Moga usaha-usaha yang murni ini
dapat menimbulkan kesedaran kepada ibubapa yang terlibat
bahawa mereka adalah motivator untuk pelajar-pelajar cemerlang
dalam akademik. Semoga panduan dan bimbingan akan
dapat dimanafaatkan sepenuhnya.
Moga SMK Paya Besar gemilang
antara sekolah-sekolah harian menjelang 2013.

Monday, February 9, 2009

Perhimpunan Isnin 9 Februari 2009

Perhimpunan pagi Isnin berjalan dalam suasana aman harmoni.
Antara amanat Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah,
Pengetua Cemerlang SMK Paya Besar adalah
1. Tahniah kepada semua guru-guru yang telah menguruskan
apa-apa pertandingan pelajar hingga membawa kejayaan.
2. Menasihati pelajar agar lebih berdisiplin dan bersemangat untuk belajar
dengan masuk kelas tepat pada waktunya terutama selepas
perhimpunan, PJK atau makmal.
3. Pastikan pelajar mempunyai Kad Izin Keluar apabila
berada di luar kelas pada waktu P&P. Photostat tidak dibenarkan
sama sekali pada wakti P&P.
4. Semua basikal berada di Pondok basikal dan bukan di Pondok Jaga.
5. Mengumumkan Hari Pemuafakatan-Program Emas bagi
pelajar target PMR 2009 seramai 40 orang
pada hari esok jam 10.00 pagi di Dewan Multaqa'.
6. Menjaga keselematan bagi pelajar yang bermotor agar memakai
topi keledar dan tidak bersaing ketika memandu.
7. Tidak mendekati kawasan tebangan pokok kerana dalam
proses untuk dibuat gelanggang sepak takraw.
Antara penyampaian hadiah dan sijil pada hari ini.

Friday, February 6, 2009

Majlis Ilmu

Majlis Ilmu bersama pelajar puteri SMK Paya Besar
telah diadakan di Surau Al-Hikmah jam 12 tengahari
dikendalikan oleh Ustazah Hajjah Siti Arija Abdul Rahman.
Kesimpulan dari Majlis Ilmu hari ini ialah
Sebagai individu muslim kita perlu memastikan makanan yang kita ambil itu adalah halal, suci dan bersih. Kita juga haruslah memilih makanan yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan dan ianya tidaklah perlu makanan-makanan yang diimport dari luar negara atau yang mahal-mahal, kerana itu merupakan satu pembaziran.
Firman Allah swt : "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah kawan-kawan syaithan", Surah Al-Isra' ayat 27.
Umat Islam diingatkan mengelakkan dari memakan makanan yang tidak jelas hukumnya samada halal atau haram (syubhah). Kerana syaitan sentiasa mendorong manusia ke arah keburukan dan kejahatan sehingga boleh merosakkan iman seseorang.
Bersyukurlah di atas reseki dan nikmat kurnian Allah, kerana sesiapa yang sentiasa bersyukur di atas nikmatnya, maka Allah swt akan menambahkan nikmat tersebut.
Firman Allah :"Sekiranya kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan lagi nikmatKu dan sekiranya kamu kufur sesungguhnya azabKu amat pedih." Surah Ibrahim ayat 7.
Oleh itu berdoalah kita semoga masyarakat Islam tidak akan lalai dan cuai dalam menjaga pemakanan untuk diri dan keluarga bagi membangunkan ummah di masa yang akan datang.

Anugerah Guru Inovatif

Tahniah buat Pn Kamisah bt Sani, guru Matematik SMKPB
kerana telah memenangi tempat ke 2
Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Negeri Pahang 2009.
Moga lebih bersemangat dan bermotivasi untuk terus cemerlang.

Majlis Bacaan Yaasin

Ya Allah, lembutkan hati-hati kami
untuk tunduk dan patuh hanya kepada Mu

Thursday, February 5, 2009

Kemahiran Belajar Tingkatan 2

Telah berlangsung Kemahiran Belajar Tingkatan 2
untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar
tentang teknik dan strategi belajar sebagai persediaan
menduduki peperiksaan bulanan dan juga penggal kelak.
Aktiviti dimulakan dengan Slot Kemahiran Membuat Nota
dan diakhiri dengan Slot Kemahiran Mengurus Masa.
Semoga semua pelajar yang terlibat
dapat membina matlamat yang jelas dalam belajar
dan meningkatkan motivasi diri terhadap pembelajaran.
SMKPB Boleh!!!

Wednesday, February 4, 2009

Pelajar Pendidikan Khas

Pelajar Pendidikan Khas juga turut menjalankan aktiviti Kokurikulum.
Mereka semua adalah ahli Unit Beruniform Pengakap.
Hari ini mereka menyaipkan Buku Log Pengakap.
Luahan Perasaan Anak-Anak Istimewa SMK Paya Besar.

Perhimpunan Rabu 4 Februari 2009

Perhimpunan hari Rabu 4 Februari 2009 berjalan lancar.
Majlis dipengerusi oleh Norain mewakili Unit PBSM.
Majlis bermula dengan ucapan guru bertugas En Anuar Mohamed.
Kemudian beberapa pengumuman dari guru PSS Cik Nita.
Beliau mengumumkan Pameran Bertema Persahabatan
sedang diadakan di Pusat Sumber Sekolah.
Beberapa aktiviti menarik turut diadakan antaranya
pertandingan mencipta mutiara kata 'Friendship' dan jualan book mark.
Seterusnya sesi Resensi Buku telah dibaca oleh
Nadiah Shafiah yang mengulas buku 20 Petua Kerja Berpasukan
oleh Datuk Dr Fadhilah Kamsah.
Kemudian Ustazah Norihan membaca tazkirah
bercerita tentang kisah pemuda yang terperangkap di dalam gua.
Kesimpulan tazkirah, amal soleh yang dilakukan dengan ikhlas
akan mendapat pertolongan dari Allah swt.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Izzat.
Guru yang berdedikasi dan ceria...

Tuesday, February 3, 2009

Pertandingan Bola Jaring

Telah berlangsung perlawanan persahabatan Pasukan Bola Jaring
Sekolah Bawah 18 tahun di antara SMK Paya Besar dan MRSM Kuantan.
Keputusan berpihak pada MRSM Kuantan 9/5.
Tahniah buat yang berjaya...

Kemahiran Belajar Tingkatan 1

Telah berjalan aktiviti kemahiran belajar
Tingkatan 1 yang dikendalikan oleh
Kaunselor SMK Paya Besar.
Moga semua pelajar yang hadir
dapat memanafaatkan kemahiran yang dipelajari
agar pembelajaran makin berkesan
dan jadilah anda pelajar yang cemerlang.
SMKPB BOLEH!!!

Monday, February 2, 2009

Perhimpunan Isnin 2 Februari 2009

Perhimpunan pagi Isnin berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Antara aktiviti yang dijalankan pada perhimpunan pagi ini
1. Pengumuman Pertandingan Kebersihan Kelas akan bermula minggu ini.
2. Pengumuman latihan Merentas Desa.
Tarikh : 2 - 13 Februari 2009
Masa : 4.30 - 6.00 PM
Isnin - Rumah Biru
Selasa - Rumah Merah
Rabu - Rumah Kuning
Khamis - Rumah Hijau
3. Penyampaian hadiah kepada para pemenang
dan peserta pertandingan catur yang berlangsung baru-baru ini
pada 22 - 23 Januari 2009 di SMK Mat Kilau.
Tahniah kepada yang telah berjaya
mengharumkan nama sekolah.
4. Penyampaian hadiah kepada pelajar Pendidikan Khas.
5. Pengumuman tentang waktu amali solat berjamaah seperti berikut:
Isnin - 1.20 - 2.00 pm - pelajar tingkatan 1
Selasa - 1.20 - 2.00 pm - pelajar tingkatan 2
Selasa - 2.oo - 2.40 pm - pelajar tingkatan 3
Rabu - 1.20 - 2.00 pm - pelajar tingkatan 4
Khamis - 1.20 - 2.00 pm - pelajar tingkatan 5
Diminta semua pelajar berada di surau
pada waktu yang telah ditetapkan.
Pelajar perempuan sila bersedia dengan telekung sembahyang.
6. Langkah berjimat cermat pengunaan elektrik iaitu
pemantauan dari ketua kelas dan setiap ahli kelas
agar memastikan kipas dan lampu dipadamkan
apabila tiada sesiap di dalam kelas.
7. Wabak Denggi dan Chikhungya yang yang berlaku sekarang,
maka kelas pastikan tidak menyimpan pasu bunga yang berisi air.
8. Makluman pelajar hanya dibenarkan berada
dalam kelas selepas 2.40 pm jika hanya bersama dengan guru
untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
9. Makluman tidak membawa rakan pelajar dari sekolah lain
ke dalam kawasan sekolah samada waktu sekolah atau luar waktu sekolah.
 

AKTIVITI SEPTEMBER 2012

3 - 19 Sept - Peperiksaan Percubaan SPM 2012
3 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 - 14 Sept - Peperiksaan Pecubaan STPM 2012
4 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 Cekal, 3 Cerdik, 3 Cerdas (Bilik Kuliah Za'aba)
4 Sept (10.30 AM) - Majlis Sumbangan Zakat Sempena Aidil Fitri (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 KAA, 3 Amanah, 3 Bestari (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI KHAMIS)
10 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 Sept (2.40 PM) - Jamuan Hari Raya Kelab Staff
17 Sept - CUTI GANTI HARI MALAYSIA
18 Sept (7.40 AM) - Program Sedetik Habitat 1Malaysia dan Program Bank Kitar Semua (Dewan Terbuka SMKPB)
19 Sept (7.40 AM) - Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia (Dewan Multaqa')
22 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI JUMAAT)
26 Sept (7.30 AM - 1.00 PM) - Program RIMUP (SMK Tanah Putih)
26 Sept (8.00 - 1.00 PM) - Program RIMU (SMK Tanah Putih)
26 Sept (2.00 PM) - Penamaan Calon Pilihanraya MPP Prauniversit 2012/2013 (Dewan Multaqa')
27 Sept (7.30) - Program 'All My English' (Dewan Multaqa')
27 Sept (3.30 - 5.50 PM) - Seminar Teknik Menjawab SPM Perdagangan (Bilik Kuliah Za'aba)
27 - 29 Sept - Program Tranformasi Minda (Tingkatan 5 ) (Kem Ville, Kempadang)

AKTIVITI JUN 2012

11 Jun (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
13 Jun (8:00 AM) - Ceramah Perancangan Kewangan PIDM (Dewan Multaqa')
13 Jun (8:45 AM) - Perjumpaan Guru & Ahli Rumah Sukan
15 Jun (8:00 AM) - Ceramah Isra' & Mikraj (Dewan Multaqa')
18 Jun (3:00 PM) - LaDAP Pengurusan ProD (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Jun (8:00 AM) - Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid PPSDM) Program Jati Diri Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
19 Jun (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Sukan & Olahraga (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Jun (8:00 AM) - Mesyuarat MISS dan Hari PaSar-NIAGA (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
21 Jun (8:00 AM) - Raptai Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
21 Jun (3:00 PM) - Taklimat PAJSK
22 Jun (8:00 AM) - Raptai Penuh Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
22 Jun (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
23 Jun (8:00 AM) - Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang 2012 (Dewan Multaqa')
24 Jun (8:00 AM) - Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah2012 (Padang SMK Paya Besar)
25 Jun - CUTI PERISTIWA
26 Jun (8:00 AM - 1:00 PM) - Program Pendidikan Khas Bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
26 Jun (3:00 PM) - Taklimat Kursus Kepimpinan Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Jun (7:40 AM) - Majlis Pelancaran Karnival Minggu Kokuria (Dewan Multaqa')
27 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Bahasa
28 Jun (11:00 AM) - Bench Marking Subjek Sejarah Tingkatan 6 Bersama SMK Air Putih (BIlik Kuliah Za'aba)
28 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Sains & Matematik
28 Jun (3:00 PM) - Taklimat Program Motivasi Kecemerlangan STPM (Bilik Sidang)

AKTIVITI MAC 2012

1 Mac - Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2012 (Dewan Multaqa')
1 Mac (2:00 PM) - Ceramah Motivasi GPMS Tingkatan 3 & 5 (Dewan Multaqa')
2 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
7 Mac - Keputusan STPM 2011
10 - 18 Mac - Cuti Pertengahan Penggal 1
19 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Mac (8:00 AM - 2:00 PM) - Kursus Keterampilan Bertutur (Bilik Kuliah Za'aba)
19 - 22 Mac - Pertandingan Sepak Takraw MSSD Kuantan (Dewan Multaqa')
21 Mac - Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM (Dewan Terbuka SMK Paya Besar)
23 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
26 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
26 - 29 Mac - Pertandingan Catur Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
27 - 29 Mac - Lawatan Sambil Belajar Kelas Pendidikan Khas ke Selangor
29 Mac (3:00 PM) - Mesyuarat Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah) (tangguh)
30 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
31 Mac - Outreach IPT, Seminar Kerjaya PERHATI (Dewan Multaqa')
31 Mac - Bengkel Pengurusan Kokurikulum (Bilik Kuliah Za'aba)

AKTIVITI DISEMBER 2011

20 Disember (9:00 AM) - Mesyuarat MT Pertama 2012
22 Disember - Keputusan Peperiksaan PMR 2011
25 Disember - CUTI KRISMAS
27 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Guru Pertama 2012
27 Disember (11:30 AM) - Mesyurat Pendaftaran Tingkatan 1
28 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Bidang & Panitia
29 Disember (8:30 AM) - LADAP - Amalan 5S
29 Disember (11:00 AM) - Amali di tempat masing-masing
30 Disember (7:30 AM) - Pendaftaran Semula Pelajar Tingkatan 2, 3, 5 & Prauniversiti
31 Disember (8:30 AM) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012

AKTIVITI JULAI 2012

2 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Kemanusiaan
3 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Vokasional & Teknologi
3 Julai (8:00 AM - 9:00 AM) Seminar Bahasa Melayu PMR - 3 CEKAL, 3 CERDAS, 3 CERDIK (Dewan Multaqa')
4 Julai - Hari Kemuncak Karnival Kokuria, Hari Koperasi Sekolah, Hari PaSar-NIAGA & Hari Bersama Pelanggan
5 Julai (11:00 AM - 1:00 PM) Seminar Teknik Menjawab Matematik SPM (Dewan Multaqa')
7 Julai (8:00 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 Julai (3:00 PM) - Mesyaurat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR, SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
10 Julai (8:00 AM) - Pelancaran Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Serentak Peringkat Daerah Kuantan 2012 (Padang SMK Paya Besar)
12 Julai (7:40 - 9:40 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM Kumpulan Potensi Siri 1 (Bilik Kuliah Za'aba)
12 Julai (9:45 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Sains PMR (Dewan Multaqa')
12 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Penyelarasan Skor PBS PMR SPM (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
12 - 13 Julai - Lawatan Kelab PNB ke PNB KL & Melaka
13 Julai (8:00 - 9:50 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
14 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa')
16 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Solat Hajat Perdana (Bilik Kuliah Za'aba)
17 - 19 Julai - Seminar Kecemerlangan STPM 2012 Peringkat Daerah Kuantan
17 Julai (8:00 -10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 Julai (8:30 - 10:30 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sains SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 - 20 Julai - Program PERHALUS Bahasa Melayu SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Julai - Taklimat & Temuduga Kemasukan Murid ke Program Kolej Vokasional di IPS, Kursus : Air Craft Maintenance (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Julai (8:00 AM - 2:40 PM) - Seminar Teknik Menjawab Fizik SPM 2012 (Dewan Mulaqa')
29 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM 2012 (Dewan Multaqa')
19 Julai (6:30 - 10:00 PM) - Solat Hajat Perdana (Dewan Multaqa')
24 Julai (8:00 - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2012 (Dewan Multaqa')
24 Julai (12:00 - 2:30 PM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR 2012 (3KAA/3 Amanah/ 3 Bestari) (Bilik Kuliah Za'aba)
25 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat JK Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Julai (8:50 AM) - Bengkel Persediaan Ramadhan (Briged Bakti Pahang) (1 Cekal/ 1 Cerdik/ 1 Cerdas) (Bilik Kuliah Za'aba)
27 Julai (8:50 AM) - Program Aman Palestin (Dewan Multaqa')
30 Julai (7.40 AM) - Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Dewan Multaqa')
30 Julai (8:20 - 9:20) - Seminar Tatabahasa PMR 2012 (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa') - Tangguh
31 Julai (7.40 - 10.40 AM) - Peperiksaan Percubaan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
31 Julai (10:00 - 1:00 PM) - Bengkel Teknik Menjawab Matematik PMR 2012 (3 Cekal/ 3 Cerdas/ 3 Cerdik) (Dewan Multaqa')

AKTVITI APRIL 2012

3 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 April (7.40 AM) - Taklimat Perkhemahan Unit Beruniform (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempua (Surau Al-Hikmah)
9 April (12.00 PM) - Mesyuarat Pengurusan 2 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 April - CUTI sempena Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong.
13 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
16 April (9.00 AM) - Penyerahan NETBOOK 1Malaysia (Dewan Multaqa')
16 April (2.50 PM) - LADAP Sejarah K3 (Bilik Kuliah Za'aba)
16 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
17 April (3.00 PM) - LADAP Panitia Pendidikan Islam (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 April (7.40 AM) - Pelancaran Majlis Kempen Menangani Gejala Sosial (Dewan Multaqa')
20 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
20 - 21 April - Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform (Padang SMK Paya Besar)
21 April - SEKOLAH GANTI JADUAL HARI KHAMIS
23 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestaro (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
23 April (3.00 PM) - Ladap Panitia Pendidikan Islam (Bilik Kuliah Za'aba)
24 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Sahsiah Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 April - Lawatan Pelajar Prauniversiti ke USM Pulau Pinang

AKTIVITI JANUARI 2012

1 Januari - CUTI TAHUN BARU
4 Januari (8:30 AM) - SESI PERSEKOLAHAN 2012 BERMULA
4 - 6 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
5 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat Post Mortem PMR 2011 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 - 11 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 (Dewan Multaqa')
12 - 13 Januari - Program Kemahiran Belajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
17 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
18 Januari (3:00 PM) -Mesyuarat Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
19 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat MBMMBI/PPSMI/PBS (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
22 & 24 Januari - CUTI TAHUN BARU CINA
31 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat ALK Kooperasi (Bilik Gerakan Siti Khadijah)

AKTIVITI OGOS 2012

1 Ogos (8.00 AM - 2.00 PM) - Program Transformasi Minda (KIPSAS) - Semua Pelajar Tingkatan 5
2 Ogos (8.30 - 10.30 AM) - Seminar Tatabahasa PMR (Dewan Multaqa')
3 Ogos - Seminar Bahasa Inggeris PMR (Dewan Multaqa')
6 Ogos - CUTI NUZUL QUR'AN
7 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (5 Budiman & 5 Cemerlang) (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Ogos (7.40 AM) - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2012/2013 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2012 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (4 Cemerlang & 4 Damai) (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Biologi SPM 2012 (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (10.10 - 12.10 PM) - Ceramah Nuzul Qur'an (Dewan Multaqa')
18 - 26 Ogos - CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
27 Ogos (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
28 Ogos - Semiinar Pengajian Am Tingkatan 6 Bawah 2012 (Yayasan Pahang)
29 Ogos - Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pendidikan Khas
31 Ogos - CUTI HARI KEMERDEKAAN

AKTIVITI MEI 2012

1 Mei - CUTI HARI PEKERJA
1 Mei - Bengkel Matematik Cara Kacang (Dewan Multaqa')
2 - 3 Mei - Program Sahsiah Bestari
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Matematik & Sains (Makmal Kimia & Biologi)
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Geografi (Bilik Kuliah Za'aba)
3 Mei (3.00 PM) - Mesyurat JK PIBG SMK Paya Besar (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
8 Mei (8.00 AM) - Pendaftaran Pelajar Prauniversiti (Dewan Multaqa')
9 Mei (8.00 AM) - Raptai I Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Melayu
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Inggeris
10 Mei (8.00 AM) - Raptai II Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
10 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
12 Mei - Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
14 Me1 - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Tingkatan 4, 5 & Prauniversiti BERMULA
14 Mei (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
15 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia PJK & PSV
16 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
21 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 & 3 BERMULA
26 Mei - CUTI PERTENGAHAN TAHUN BERMULA

AKTIVITI FEBRUARI 2012

1 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Merentas Desa (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
2 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat JK Bina Insan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
7 Feb (8:00 PM) - Program Akademik Menara Gading (pelajar terpilih)
7 Feb - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
9 Feb (7.00 PM) - Majlis Tahlil Perdana (Surau Al-Hikmah)
10 Feb (8:00 AM) - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
11 Feb (8:00 AM) - Program Excel PMR, SPM & STPRM 2012 (Dewan Multaqa')
16 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Pengurusan Aset Mudah Alih & Taklimat Perisian Portal Pangkalan Data (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 26 (Dewan Multaqa')
20 Feb (8:00 AM - 4.30 PM) - Program Excel - English Workshop (Dewan Multaqa')
21 Feb (8:00 AM) - Aktiviti Terapi Air Pelajar Pendidikan Khas (Dhe Rhu Resort)
23 Feb (10:00 PM) - Perjumpaan Guru Bersama Ibu Bapa Pelajar Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
24 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar (Dewan Multaqa')
24 Feb (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 Feb - UJIAN 1 /FEBRUARI 2012
28 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Kewangan 1 /2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)