Pages

Ads 468x60px

Wednesday, June 30, 2010

Hari Koperasi Sekolah & Karnival Kokurikulum 2010

Di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar
telah berlangsung
Majlis Perasmian Hari Koperasi Sekolah
& Karnival Kokurikulum 2010.

Pihak sekolah berbesar hati menerima
kedatangan perasmi En Fadidz Bin Abd Aziz,
Penolong Pengarah Teknik & Vokasional,
Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.

Juruacara pada majlis hari ini ialah
Pn Roa'ani Mohamed.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa
oleh Ustaz Mohd Izzudin b Che Ismail.

Kemudian diikuti dengan Ucapan Pengerusi Koperasi,
Tn Hj Karim b Man.

Seterusnya Bacaan Perutusan
YB Menteri Pelajaran Malaysia,
YB Menteri Perdagangan dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan dan
YDP Angkasa yang mana masing-masing
telah dibaca oleh
Muhamad Hanis Mustaqim b Mohd Zulkiflee,
Zulhusmi Iskandar Aklma b Bustaman
dan Muhd Azrin b Azizi.

Akhirnya Ucapan Perasmian yang telah
disempurnakan oleh
En Abdul Fadidz b Abd Aziz,
Penolong Pengarah Teknik & Vokasional,
Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.

Majlis diteruskan dengan Tayangan Multimedia
dan Penyampaian Anugerah kepada
Koperator Terbaik.

Pelanggan Koperasi juga turut mendapat hadiah
melalui Kopun Pelanggan Bertuah.

Penyampaian cenderahati kepada perasmi.

Ahli-ahli koperator...

Akhirnya Koperator menyanyikan
Nyanyian Lagu Koperasi.

En Abdul Fadidz juga telah menyempurnakan
acara memanam pokok di Taman Sekolah.

Kemudian beliau mengambil sedikit masa
melawat Pameran MPV Grafik Berkomputer.

Pelajar-pelajar telah menunjukkan kemahiran
mereka di bidang Grafik Berkomputer.

Sementara aktiviti jualan berjalan dengan rancak.

Terdapat berbagai gerai jualan telah dibuka.

Turut diadakan Pemeriksaan Kesihatan Percuma.

Gerai jualan ahli Pandu Puteri.

Gerai jualan makanan juga tidak kurang meriahnya.

Macam-macam gaya dan aksi....

Semua gerai mendapat sambutan.....

Koperasi Sekolah juga turut mengadakan
jualan murah T-shirt merah.

Jam 1.20 PM pelajar dikumpulkan semula
ke Dewan Multaqa' untuk Majlis Penutupan.
Majlis diacarakan oleh Pn Jalilah Salim.

Ucapan Penutup oleh Tn Hj Nazli b Ismail,
GPK Kokurikulum SMK Paya Besar.

Akhirnya Majlis Penyampaian Hadiah
kepada para pemenang yang telah
disempurnakan oleh
En Mohammad b Che Ibrahim,
GPK HEM SMK Paya Besar.

Dengan ini berakhirnya Hari Koperasi Sekolah
dan Karbival Kokurikulum 2010.
Menjadi harapan agar aktiviti-aktiviti yang telah
dilaksanakan hari ini akan berjaya memupuk
budaya keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar
sebagai pewaris kepimpinan koperasi masa depan.

Monday, June 28, 2010

Perhimpunan Isnin 28 Jun 2010


Perhimpunan pagi Isnin 28 Jun 2010 berjalan lancar.

Laporan dari guru bertugas Pn Maziah Md Yunus.
1. Dari segi keselamatan, pelajar yang bermotosikal
mesti mempunyai lesen dan memakai topi keledar
apabila masuk ke kawasan sekolah.
2. Pelajar dinasihatkan menjaga kekemasan diri
terutama dari segi rambut dan pakaian
secara keseluruhan.
3. Kelas terbersih telah dimenangi oleh
kelas 3 Amanah dan 6 Atas 1.

Bacaan pengumunan dari guru bertugas minggu
En Sirojuddin Ibrahim. Beliau bertugas
bersama dengan Pn Noraini Mohd Nor dan
Cik Rosmaria Omar.

1. Antara aktiviti yang akan berlangsung pada
minggu ini ialah Hari Koperasi Sekolah dan
Karnival Kokurikulum yang akan diadakan
pada hari Rabu 30 Jun dan Hari Anugerah Cemerlang
pada hari Ahad 4 Julai 2010.
2. Perjumpaan ahli Kadet Pertahanan Awam
yang akan mengikuti kem daerah akan diadakan
pada jam 3.30 ptg di depan Dewan Multaqa'.
3. Penyampaian hadiah kepda peserta
Kursus Lompat Tali.

Ucapan dari Pn Junaidah Jalil.
1. Bazar Jualan masih dibuka kepada persatuan
dan kelab yang ingin membuat jualan
pada Hari Koperasi Sekolah & Karnival Kokurikulum.
2. Turut diadakan Pameran Grafik Berkomputer,
Kuiz Grafik Berkomputer dan Mencari Harta Karun.
3. Pemeriksaan Kesihatan kepada yang berminat.
4. Lembaga Tabung Haji juga ada membuka kaunter.
5. Peluang menjadi ahli Kelab TAHA bagi
pelajar yang berusia 7 - 17 tahun.

Akhirnya Tn Hj Nazli Ismail, GPK Kokurikulum
memberi ucapan.
1. Terima kasih dan tahniah kepada guru dan pelajar
yang telah menjayakan Kem Kepimpinan Pemimpin
di Kem Cempaka pada hujung minggu yang lalu.
2. Aktiviti Latihan Rumah Sukan akan bermula
minggu ini mengikut jadual berikut :
Rumah Kuning dan Merah pada hari Isnin & Rabu
Rumah Hijau dan Biru pada hari Selasa & Khamis
bermula pada jam 4.00 hingga 6.00 petang.
3. Mengingatkan pelajar agar memakai
pakaian unit beruniform pada hari Rabu.
4. Menasihati pelajar agar menjaga ketepatan masa.

Majlis bersurai pada jam 8.20 pagi.

Friday, June 25, 2010

Majlis Tahlil Jumaat 25 Jun 2010


Di pagi Jumaat yang hening dan syahdu...
Genap 2 minggu pemergian guru yang kami sayangi
arwah Pn Kamisah bt Sani.
Maka pada pagi ini seluruh warga SMK Paya Besar
telah berkumpul di Dewan Multaqa'
mengadakan Majlis Tahlil buat arwah.
Semoga Allah swt merahmati allayarhamah
di sana dan mengumpulkan bersama
mereka-mereka yang beriman. Amin...

Wednesday, June 23, 2010

HARI KOPERASI SEKOLAH & KARNIVAL KOKURIKLUM 2010

HARI KOPERASI SEKOLAH
KARNIVAL KOKURIKULUM 2010
SMK PAYA BESAR

TARIKH : 30 JUN 2010 (RABU)

SEMUA PELAJAR DIJEMPUT
MENYERTAI PROGRAM
SEPERTI BERIKUT :


CABUTAN BERTUAH
TARIKH : 17 MEI - 29 JUN 2010
TEMPAT : KOPERASI SEKOLAH
SYARAT PENYERTAAN :
PEMBELIAN RM3.00 (PELAJAR)
DAN RM 5.00 (GURU) KE ATAS
PENYELARAS : PN RAMLAH AB HAMID

BAZAR JUALAN
TARIKH : 30 JUN 2010 (9.00 PAGI - 2.00 PTG)
TEMPAT : KANTIN SEKOLAH & DEWAN TERBUKA
SYARAT PENYERTAAN :
SEMUA AHLI PERSATUAN & KELAB
BAYARAN SEWA GERAI SEBANYAK
RM10.00 (TERMASUK SEWA TAPAK GERAI
DAN DEPOSIT KEBERSIHAN)
PERTANDINGAN GERAI PALING
BERSIH/CERIA DAN KREATIF
PENYELARAS : PN RIZMA SAION
& PN SUFIAWATI YUSUF

BUSANA MUSLIMAH
TARIKH : 30 JUN 2010 (10.30 PAGI - 12.OO TGH)
TEMPAT : DEWAN MULTAQA'
SYARAT PENYERTAAN :
SEMUA PELAJAR PEREMPUAN KATEGORI
MENENGAH ATAS DAN RENDAH
PENYELARAS : PN HJH NORMAH OMAR

GUBAHAN BUNGA
TARIKH : 30 JUN 2010 (10.30 PAGI - 12.OO TGH)
TEMPAT : DEWAN MULTAQA'
SYARAT PENYERTAAN :
SEMUA PELAJAR & GURU (BERPASANGAN)
PENYELARAS : PN NORIYATI OMAR

FUTSAL
TARIKH : 30 JUN 2010 (10.00 PAGI - 12.OO TGH)
TEMPAT : PADANG SEKOLAH
SYARAT PENYERTAAN :
PELAJAR LELAKI SAHAJA
8 ORANG (5 PEMAIN + 3 SIMPANAN) SEKUMPULAN
PENYELARAS : EN ZAMZURI AHMAD
& EN WAN SAYUTI WAN MUHAMMAD

PETANQUE
TARIKH : 30 JUN 2010 (10.00 PAGI - 12.OO TGH)
TEMPAT : GELANGGANG PETANQUE
SYARAT PENYERTAAN :
3 ORANG SEKUMPULAN
KATEGORI LELAKI & PEREMPUAN
PENYELARAS : PN ZETTY AZIKIN ISMAIL
PN SH BADARIAH SY ABD RANI

PERTANDINGAN PRODUK
TARIKH : 30 JUN 2010
TEMPAT : DEWAN TERBUKA
SYARAT PENYERTAAN :
4 ORANG SEKUMPULAN
PENYELARAS : PN MARIANA AHMAD
& CIK NITA NOR AZRINA ISMAIL

SILA DAFTAR NAMA INDIVIDU/KUMPULAN
KEPADA GURU BERKENAAN
SEBELUM 25 JUN 2010.
SETIAP PERTANDINGAN AKAN DISEDIAKAN
HADIAH KEPADA PEMENANG

JUALAN PENGHABISAN STOK !!!!

JUALAN PENGHABISAN STOK
UNTUK T-SHIRT KOKURIKULUM
(WARNA MERAH)

ADAKAH ANDA PELAJAR TINGKATAN 3, 4 DAN 5?

ADAKAH T-SHIRT KOKURIKULUM
TIDAK MUAT DENGAN SAIZ
ANDA SEKARANG?

SEMPENA HARI KOPERASI
YANG AKAN DIADAKAN
PADA 30 JUN 2010,
PIHAK KOPERASI
SMK PAYA BESAR,
KUANTAN BERHAD
MENAWARKAN POTONGAN HARGA
KE ATAS T-SHIRT BERIKUT :




KATEGORI : LELAKI
(LENGAN PENDEK)
HARGA : RM 10.00

KATEGORI : PEREMPUAN
(LENGAN PANJANG)
HARGA : RM 11.00

SAIZ T-SHIRT YANG ADA
TERTAKLUK KEPADA
STOK YANG MASIH ADA
DI KOPERASI.
JUALAN BERMULA
PADA 28 JUN 2010


SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!!!

Perhimpunan RABU 23 JUN 2010

Perhimpunan pagi Rabu berjalan dalam suasana harmoni.

Laporan guru bertugas oleh Pn Noorizam Mat Daud.
1. Disiplin pelajar terkawal.
2. Pelajar di nasihatkan agar tidak mengabaikan
keselamatan seperti menggunakan laluan berbumbung
ketika berjalan di dalam kawasan sekolah.
3. Sesiapa yang berminat dengan Bazar Jualan
sempena Hari Koperasi & Karnival Kokurikulum
boleh mendaftar selewat-lewatnya 24 Jun 2010.
4. Kepada ahli unit beruniform Pertahanan Awam,
satu perjumpuan akan diadakan jam 3 petang
di depan Dewan Multaqa'.
5. Ahli Kelab Catur atau sesiapa yang berminat
untuk mengikuti Pertandingan Catur boleh
menghubungi Pn Zalina Zainal Abidin.
6. Latihan rumah sukan akan bermula dimana
rumah Kuning & Merah pada hari Isnin & Rabu,
dan rumah Hijau & Biru pada hari Selasa & Khamis.
Semua pelajar wajib hadir dengan memakai
pakaian sukan dan membawa kad kokurikulum.
7. Perjumpaan ahli Kadet Polis jan 2.40 petang
di bengkel KH pada petang ini.

Kemudian En Mohd Nadzri, Kaunselor sekolah
SMK Paya Besar membuat ucapan.
Beliau memaklumkan kepada pelajar tentang
peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling
bukan hanya terhad kepada masalah berkaitan
disiplin semata-mata. Malahan pihak kaunselor
sudi berbincang dengan pelajar dalam semua
hal seperti pilihan kerjaya, peningkatan diri
dan sebagainya.

Selepas itu diikuti pula dengan ucapan Tn Hj Nazli Ismail,
GPK Kokurikulum SMK Paya Besar.
1. Untuk perjumpaan Kelab dan Persatuan pada hari ini,
ahli-ahli diminta membincangkan berkaitan dengan
aktiviti Hari Koperasi & Karnival Kokurikulum
yang akan diadakan pada 30 Jun 2010.
2. Berkaitan pakaian seragam sekolah, pelajar
dinasihatkan agat mengikuti peraturan yang
telah ditetapkan.
3. Sekali lagi pelajar diingatkan agar berhati-hati
dengan keselamatan bangunan terutama tidak
mengusik suis-suis elektrik.
4. Mana-mana pelajar yang mengikuti aktiviti
daerah diminta menyerahkan satu salinan sijil
kepada guru penasihat untuk rekod.

Akhirnya Tn Hj Karim Man, Pengetua SMK Paya Besar,
memberi amanat.
1. Pelajar yang mempunyai lesen sahaja dibenarkan
memasuki motorsikal ke kawasan sekolah.
2. Menasihati pelajar agar merujuk kepada
kaunselor sekolah atau mana-mana guru
sekiranya mempunyai sebarang masalah.
3. Mengingatkan pelajar tentang bayaran yuran tambahan
yang harus diselesaikan oleh setiap pelajar.
4. Mengumumkan berkaitan sukantara di mana
kehadiran pelajar akan diambil kira sebagai 1 markah
bagi mengalakkan pelajar untuk hadir.

Majlis perhimpunan bersurai jam 8.20 pagi

Monday, June 21, 2010

Perhimpunan ISNIN 21 Jun 2010


Perhimpunan pagi Isnin 21 Jun 2010 berjalan lancar.

Laporan dari guru bertugas minggu sebelum cuti
oleh En Zamzuri b Ahmad.
1. Mengucapkan selamat kembali ke sekolah
kepada semua pelajar. Semoga semua lebih
berazam dan bertekad untuk lebih maju dalam
pelajaran masing-masing.
2. Keadaan kelas kurang bersih dimana
pelajar tidak menyapu sampah terutama
tingkatan 1 & 2. Pelajar diingatkan agar
sentiasa menjaga kebersihan kelas
walau pun ketika musim peperiksaan.
3. Kelas terbersih telah dimenangi oleh
5 Saksama dan 3 Amanah.

Ucapan guru bertugas minggu ini oleh
Pn Maziah bt Md Yunus.
1. Guru yang bertugas bersama beliau pada
minggu ini ialah Pn Noriyati Omar dan
Pn Noorizam Mat Daud.
2. Mengajak semua yang hadir diperhimpunan
membaca surah alfatihah untuk disedeqahkan
kepada arwah Pn Kamisah bt Sani.
3. Mengucapkan selamat kembali ke sekolah
terutama pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 atas
agar lebih bersemangat untuk menghadapi
peperiksaan PMR, SPM dan STPM nanti.
4. Borang permohonan untuk biasiswa bagi
pelajar tingkatan 6 rendah masih dibuka.
Pelajar boleh mendapatkan borang tersebut
dari Pn Noraini Md Nor.
5. Sesiapa yang berminat memasuki
Pertandingan Petanque sempena Hari Koperasi
boleh berjumpa dengan Pn Zetty Azikin Ismail
6. Semua koperator diminta menghadiri satu
perjumpaan di Dewan Terbuka jan 2.40 petang ini.
7. Pesanan dari adik ipar arwah Pn Kamisah bt Sani
kepada semua guru dan pelajar, jika arwah ada
mempunyai hutang, sila maklumkan kepada
ustazah Pn Norehan bt Ahamed.
8. Menasihati pelajar agar sentiasa menjadi
pelajar yang berdisiplin, patuh kepada semua
peraturan sekolah dan bertanggungjawab
terhadap diri sendiri, ibubapa dan sekolah.

Pengumuman dari Pn Junaidah bt Jalil.
1. Beliau mengumumkan tentang GeraiJualan Bazar
sempena Hari Koperasi dan Karnival Kokurikulum
yang akan diadakan pada hari Rabu 30 Jun 2010.
Hadiah akan diberikan kepada gerai yang
paling bersih, cantik dan kreatif.
2. Sesiapa yang berminat dengan permainan
petanque unit beruniform boleh menghubungi
En Zamzuri b Ahmad.
3. Pelajar yang berminat dengan Pertandingan
Busana Muslimah boleh menghubungi
Pn Hjh Normah Omar.
4. Pertandingan Gubahan Bunga juga
terbuka kepada semua guru dan pelajar.
Yang berminat boleh bertemu Pn Noriyati Omar.
5. Jualan harga murah T-shirt sekolah di koperasi.
6. Perkhidmatan Lembaga Tabung Haji.
Sesiapa yang ingin membuka akaun
atau menambahkan wang boleh berbuat
demikian pada hari tersebut.
7. Peperiksaan kesihatan juga turut diadakan.

Ucapan En Mohamad b Che Ibrahim,
Guru Penolong Kanan HEM SMK Paya Besar.
1. Mengucapkan selamat kembali ke sekolah
kepada semua pelajar dan guru. Dan menyarankan
agar warga SMK Paya Besar sentiasa
meningkatkan martabat pelajar dan guru
samada dalam memberi ilmu
mahu pun mencari ilmu.
2. Mengucapkan takziah kepada keluarga
arwah Pn Kamisah bt Sani di atas pemergian
beliau ke rahmatullah pada tanggal 10 jun 2010.
Sekolah kehilangan guru yang cukup
berdedikasi dan bertanggungjawab.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah swt.
3. Mengumumkan kedudukan prestasi sekolah
di tangga 534 daripada 2168 semua sekolah
menengah di seluruh negara.
Kedudukan yang cukup bagus maka
seharusnya semua pelajar dan guru terus
berusaha untuk mencapai ke tahap yang lebih
baik atau setidaknya mengekalkan kedudukan
yang sedia ada.
4. Pihak sekolah telah memasang CCTV
di tempat2 yang strategik. Maka pelajar-pelajar
harus lebih berwaspada jika melanggari
peraturan sekolah seperti memonteng atau
memanjat pagar sekolah.
Moga keselamatan dan pergerakan pelajar
dapat dikawal dan seterusnya disiplin
sekolah akan lebih baik.

Majlis perhimpunan bersurai jam 8.20 pagi.



Sunday, June 20, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR
SMK PAYA BESAR KE
SESI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2.

KEPADA SEMUA CALON-CALON
PMR, SPM DAN STPM
INILAH MASANYA ANDA
MENYUSUN LANGKAH DAN STRATEGI
UNTUK MEMBUAT PERSIAPAN
BAGI PEPERIKASAAN YANG
AKAN MENJELANG
PADA AKHIR TAHUN NANTI.

AYUH JANGAN BERLENGAH...
SMK PAYA BESAR BOLEH!!!!!

Friday, June 11, 2010

Terlalu cepat kau pergi

Dedikasi untuk arwah Pn. Kamisah Bt Sani

Tanggal 10 Jun 2010

Rasanya bagaikan aku tidak percaya bahawa aku telah kehilangan seorang sahabat yang telah sekian lama bersama dengan rakan-rakan yg lain menabur jasa dan bakti mendidik anak watan. Tetapi aku menerima hakikat bahawa terlalu mudah dan cepat engkau pergi tanpa pesan dan amanat. 2 Jun 2010 segala-galanya bermula pada pagi hari Rabu yang damai. Aku melihat engkau termenung, berdiam diri. Seperti lazimnya aku mehampiri dirimu, bertanya khabar. Katamu, dirinya terasa seram-seram sejuk, bagaikan petanda akan demam. Aku menawarkan diri untuk membawa engkau ke klinik. Engkau menolak dengan baik kerana katamu demam biasa. Aku mengosok-gosok belakang dengan lembut dan akur bahawa engkau boleh bertahan.

Namun pagi hari khamis dgn Jumaat, engkau tiada menampakkan diri di sekolah. Tempat dudukmu kosong. Sangkaku biasalah cuti sakit apabila tidak sihat. Hari Ahad lain ceritanya, aku menerima mesej bertalu-taku, khabarnya engkau telah dimasukkan di ICU, tingkat dua, di HTAA. Pada petang aku menziarahimu dan ternyata, engkau tutup rapat matamu dan engkau kunci mulutmu yang sebelum itu ramah dan mesra bertanya itu dan ini pada semua rakan bertembung. Aku bertanyakan jururawat yg mengawasi dirimu, tentang keadaan sebenarnya. Katanya engkau dalam keadaan kritikal. Namun hati ini mengharapkan kritikal itu untuk sementara saja. Engkau pasti akan pulih dan kembali ke sekolah apabila musim persekolahan akan datang bermula.


Segala-galanya berlalu terlalu pantas. Pada hari Khamis, mesej daripada kawan-kawan bertalu-talu di telefon bimbitku. Hal-hal begini sangat menggembirakan aku kerana rakan-rakankan memang tidak lupa pada diri ini di mana-mana dan dalam apa-apa situasi sekali pun. Sikap berkongsi susah senang, ria tawa hatta suka lara tetap berlaku antara kita.

Aku yang mengunjungimu pada petang itu. Ramai sekali kawan-kawan yang datang, termasuklah yang telah meninggalkan smk paya.besar, bertugas di Jabatan Pelajara Pahang. Anak murid kita ramai yang datang menziarahimu. Berbunga rasa hati ini melihat keaadan itu. Sekalipun tugas kita sebagai pendidik tidak dihambur wang ringgit tetapi lawatan dan kunjungan sudah cukup menunjukkan bahawa kita gurunya sentiasa pada hati mereka. Lewat petang aku pulang. Namun pada tengah malam telefonku berbunyi semula. Mesej tidak henti-henti memaklumkan bahawa engkau telah tiada. Luluh rasanya hati ini pada malam itu dan lelapku terganggu. Aku telah kehilanganmu buat selama-lamanya. Kawan-kawan kita juga merasa keaadaan yg sama. Pilu dan terharu, tetapi percayalah, ada hikmah Maha Besar apabila Allah yang menentukan segala-galanya. Cuma kita sebagai insan ciptaanNya harus bersabar menghadapinya.

Kami menziarahi jenazahmu buat kali terakhir. Setakat itu sahajalah yang mampu kami lakukan. Selebihya ialah iringan doa dan sedekah bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Doa kami moga roh kamu sejahtera di samping-Nya.

Kepada suamimu tabahlah menghadapi dugaan ini dan bersedialah memikul tanggungjawab. Andalah bapa jua ibu dalam menjaga dua puteri dan seorang putera kebanggaan kamu. Walaupun engkau tiada, tetapi engkau tetap hidup pada hati-hati kami, kawan-kawan kamu. Kepada setiap individu yang membaca warkah ini, sedekahlah al-Fatihah kepada arwah, moga damailah engkau di sana…..Amin.

Nukilan rasahati : Hajjah Kamriah bt Jusuh.

Ziarah terakahir dari anak-anak murid mu....

***************************

Sedikit pesanan dari En Sham (suami arwah).
Beliau mengucapkan terimakasih kepada semua
guru dan pelajar SMK Paya Besar.
Jangan lupa kami disini walaupun arwah Kamisah
sudah tidak bersama kita lagi.

Al-fatihah....

Sama-sama kita sedekahkah alfatihah
buat guru yang kita sayangi
allahyarhamah Kamisah Sani.

Beliau telah dijemput pulang oleh Allah swt
pada malam jumaat tanggal 10 June 2010, jam 11:48 PM.


Sesungguhnya kita kehilangan
satu permata yang tidak ternilai...
Beliau begitu gigih selama ini
mendidik anak-anak di paya besar semenjak 1996.

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
dan dihimpunkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Friday, June 4, 2010

Hari Terakhir Persekolahan

Perhimpunan khas telah diadakan sempena
hari terakhir persekolahan.
Peringatan dari Tn Hj Nazli b Ismail,
1. Latihan rumah sukan akan bermula
dari 21 Jun hingga 5 Julai.
2. Acara pra sikan akan diadakan pada 14 - 15 Julai.
3. Hari Koperasi Sekolah & Karnival Kokurikulum
akan diadakan pada 30 Julai.
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah
- Jualan
- Futsal Lelaki
- Petanque Lelaki & Perempuan
- Pertandingan Busana Muslimah
- Petandingan Mengubah Bunga Guru & Pelajar.
4. Pelajar juga dinasihatkan agar menjaga disiplin diri,
tidak melakukan vandalisme,
jaga keselamatan diri ketika bercuti.

Kemudian Pn Hjh Kamriah mengingatkan
kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 & 5
yang mereka telah dibekalkan dengan
Modul Latihan Masa Cuti.
Pelajar diminta menyiapkan kerja rumah yang
dibekalkan dan membawanya pada hari
pertama persekolahan Isnin 21 Jun 2010
sewaktu perhimpunan pagi untuk disemak
oleh guru-guru yang berkenaan.
Pelajar yang tidak menyiapkan kerjanya
akan diambil tindakan.


Akhir sekali, En Mohamed Che Ibrahim,
GPK HEM SMKPB memberi ucapan.
Beliau mengingatkan pelajar agar
sentiasa mematuhi peraturan sekolah
dengan tidak menyambut hari terakhir sekolah
dengan perbuatan vandalisme.
Juga diingatkan kelas-kelas yang tidak
mempunyai peperiksaan akan
menjalankan p&p seperti biasa.

Semua seoronok nak bercuti...
Pastikan masa anda diisi dengan
perkara-perkara yang berfaedah
sepanjang cuti persekolahan.

SELAMAT BERCUTI!!!!
JAGA DIRI & KESELAMATAN ANDA
SEPANJANG CUTI PERSEKOLAHAN.....

 

AKTIVITI SEPTEMBER 2012

3 - 19 Sept - Peperiksaan Percubaan SPM 2012
3 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 - 14 Sept - Peperiksaan Pecubaan STPM 2012
4 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 Cekal, 3 Cerdik, 3 Cerdas (Bilik Kuliah Za'aba)
4 Sept (10.30 AM) - Majlis Sumbangan Zakat Sempena Aidil Fitri (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 KAA, 3 Amanah, 3 Bestari (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI KHAMIS)
10 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 Sept (2.40 PM) - Jamuan Hari Raya Kelab Staff
17 Sept - CUTI GANTI HARI MALAYSIA
18 Sept (7.40 AM) - Program Sedetik Habitat 1Malaysia dan Program Bank Kitar Semua (Dewan Terbuka SMKPB)
19 Sept (7.40 AM) - Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia (Dewan Multaqa')
22 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI JUMAAT)
26 Sept (7.30 AM - 1.00 PM) - Program RIMUP (SMK Tanah Putih)
26 Sept (8.00 - 1.00 PM) - Program RIMU (SMK Tanah Putih)
26 Sept (2.00 PM) - Penamaan Calon Pilihanraya MPP Prauniversit 2012/2013 (Dewan Multaqa')
27 Sept (7.30) - Program 'All My English' (Dewan Multaqa')
27 Sept (3.30 - 5.50 PM) - Seminar Teknik Menjawab SPM Perdagangan (Bilik Kuliah Za'aba)
27 - 29 Sept - Program Tranformasi Minda (Tingkatan 5 ) (Kem Ville, Kempadang)

AKTIVITI JUN 2012

11 Jun (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
13 Jun (8:00 AM) - Ceramah Perancangan Kewangan PIDM (Dewan Multaqa')
13 Jun (8:45 AM) - Perjumpaan Guru & Ahli Rumah Sukan
15 Jun (8:00 AM) - Ceramah Isra' & Mikraj (Dewan Multaqa')
18 Jun (3:00 PM) - LaDAP Pengurusan ProD (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Jun (8:00 AM) - Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid PPSDM) Program Jati Diri Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
19 Jun (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Sukan & Olahraga (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Jun (8:00 AM) - Mesyuarat MISS dan Hari PaSar-NIAGA (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
21 Jun (8:00 AM) - Raptai Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
21 Jun (3:00 PM) - Taklimat PAJSK
22 Jun (8:00 AM) - Raptai Penuh Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
22 Jun (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
23 Jun (8:00 AM) - Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang 2012 (Dewan Multaqa')
24 Jun (8:00 AM) - Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah2012 (Padang SMK Paya Besar)
25 Jun - CUTI PERISTIWA
26 Jun (8:00 AM - 1:00 PM) - Program Pendidikan Khas Bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
26 Jun (3:00 PM) - Taklimat Kursus Kepimpinan Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Jun (7:40 AM) - Majlis Pelancaran Karnival Minggu Kokuria (Dewan Multaqa')
27 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Bahasa
28 Jun (11:00 AM) - Bench Marking Subjek Sejarah Tingkatan 6 Bersama SMK Air Putih (BIlik Kuliah Za'aba)
28 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Sains & Matematik
28 Jun (3:00 PM) - Taklimat Program Motivasi Kecemerlangan STPM (Bilik Sidang)

AKTIVITI MAC 2012

1 Mac - Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2012 (Dewan Multaqa')
1 Mac (2:00 PM) - Ceramah Motivasi GPMS Tingkatan 3 & 5 (Dewan Multaqa')
2 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
7 Mac - Keputusan STPM 2011
10 - 18 Mac - Cuti Pertengahan Penggal 1
19 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Mac (8:00 AM - 2:00 PM) - Kursus Keterampilan Bertutur (Bilik Kuliah Za'aba)
19 - 22 Mac - Pertandingan Sepak Takraw MSSD Kuantan (Dewan Multaqa')
21 Mac - Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM (Dewan Terbuka SMK Paya Besar)
23 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
26 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
26 - 29 Mac - Pertandingan Catur Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
27 - 29 Mac - Lawatan Sambil Belajar Kelas Pendidikan Khas ke Selangor
29 Mac (3:00 PM) - Mesyuarat Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah) (tangguh)
30 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
31 Mac - Outreach IPT, Seminar Kerjaya PERHATI (Dewan Multaqa')
31 Mac - Bengkel Pengurusan Kokurikulum (Bilik Kuliah Za'aba)

AKTIVITI DISEMBER 2011

20 Disember (9:00 AM) - Mesyuarat MT Pertama 2012
22 Disember - Keputusan Peperiksaan PMR 2011
25 Disember - CUTI KRISMAS
27 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Guru Pertama 2012
27 Disember (11:30 AM) - Mesyurat Pendaftaran Tingkatan 1
28 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Bidang & Panitia
29 Disember (8:30 AM) - LADAP - Amalan 5S
29 Disember (11:00 AM) - Amali di tempat masing-masing
30 Disember (7:30 AM) - Pendaftaran Semula Pelajar Tingkatan 2, 3, 5 & Prauniversiti
31 Disember (8:30 AM) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012

AKTIVITI JULAI 2012

2 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Kemanusiaan
3 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Vokasional & Teknologi
3 Julai (8:00 AM - 9:00 AM) Seminar Bahasa Melayu PMR - 3 CEKAL, 3 CERDAS, 3 CERDIK (Dewan Multaqa')
4 Julai - Hari Kemuncak Karnival Kokuria, Hari Koperasi Sekolah, Hari PaSar-NIAGA & Hari Bersama Pelanggan
5 Julai (11:00 AM - 1:00 PM) Seminar Teknik Menjawab Matematik SPM (Dewan Multaqa')
7 Julai (8:00 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 Julai (3:00 PM) - Mesyaurat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR, SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
10 Julai (8:00 AM) - Pelancaran Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Serentak Peringkat Daerah Kuantan 2012 (Padang SMK Paya Besar)
12 Julai (7:40 - 9:40 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM Kumpulan Potensi Siri 1 (Bilik Kuliah Za'aba)
12 Julai (9:45 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Sains PMR (Dewan Multaqa')
12 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Penyelarasan Skor PBS PMR SPM (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
12 - 13 Julai - Lawatan Kelab PNB ke PNB KL & Melaka
13 Julai (8:00 - 9:50 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
14 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa')
16 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Solat Hajat Perdana (Bilik Kuliah Za'aba)
17 - 19 Julai - Seminar Kecemerlangan STPM 2012 Peringkat Daerah Kuantan
17 Julai (8:00 -10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 Julai (8:30 - 10:30 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sains SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 - 20 Julai - Program PERHALUS Bahasa Melayu SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Julai - Taklimat & Temuduga Kemasukan Murid ke Program Kolej Vokasional di IPS, Kursus : Air Craft Maintenance (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Julai (8:00 AM - 2:40 PM) - Seminar Teknik Menjawab Fizik SPM 2012 (Dewan Mulaqa')
29 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM 2012 (Dewan Multaqa')
19 Julai (6:30 - 10:00 PM) - Solat Hajat Perdana (Dewan Multaqa')
24 Julai (8:00 - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2012 (Dewan Multaqa')
24 Julai (12:00 - 2:30 PM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR 2012 (3KAA/3 Amanah/ 3 Bestari) (Bilik Kuliah Za'aba)
25 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat JK Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Julai (8:50 AM) - Bengkel Persediaan Ramadhan (Briged Bakti Pahang) (1 Cekal/ 1 Cerdik/ 1 Cerdas) (Bilik Kuliah Za'aba)
27 Julai (8:50 AM) - Program Aman Palestin (Dewan Multaqa')
30 Julai (7.40 AM) - Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Dewan Multaqa')
30 Julai (8:20 - 9:20) - Seminar Tatabahasa PMR 2012 (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa') - Tangguh
31 Julai (7.40 - 10.40 AM) - Peperiksaan Percubaan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
31 Julai (10:00 - 1:00 PM) - Bengkel Teknik Menjawab Matematik PMR 2012 (3 Cekal/ 3 Cerdas/ 3 Cerdik) (Dewan Multaqa')

AKTVITI APRIL 2012

3 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 April (7.40 AM) - Taklimat Perkhemahan Unit Beruniform (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempua (Surau Al-Hikmah)
9 April (12.00 PM) - Mesyuarat Pengurusan 2 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 April - CUTI sempena Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong.
13 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
16 April (9.00 AM) - Penyerahan NETBOOK 1Malaysia (Dewan Multaqa')
16 April (2.50 PM) - LADAP Sejarah K3 (Bilik Kuliah Za'aba)
16 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
17 April (3.00 PM) - LADAP Panitia Pendidikan Islam (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 April (7.40 AM) - Pelancaran Majlis Kempen Menangani Gejala Sosial (Dewan Multaqa')
20 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
20 - 21 April - Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform (Padang SMK Paya Besar)
21 April - SEKOLAH GANTI JADUAL HARI KHAMIS
23 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestaro (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
23 April (3.00 PM) - Ladap Panitia Pendidikan Islam (Bilik Kuliah Za'aba)
24 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Sahsiah Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 April - Lawatan Pelajar Prauniversiti ke USM Pulau Pinang

AKTIVITI JANUARI 2012

1 Januari - CUTI TAHUN BARU
4 Januari (8:30 AM) - SESI PERSEKOLAHAN 2012 BERMULA
4 - 6 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
5 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat Post Mortem PMR 2011 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 - 11 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 (Dewan Multaqa')
12 - 13 Januari - Program Kemahiran Belajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
17 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
18 Januari (3:00 PM) -Mesyuarat Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
19 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat MBMMBI/PPSMI/PBS (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
22 & 24 Januari - CUTI TAHUN BARU CINA
31 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat ALK Kooperasi (Bilik Gerakan Siti Khadijah)

AKTIVITI OGOS 2012

1 Ogos (8.00 AM - 2.00 PM) - Program Transformasi Minda (KIPSAS) - Semua Pelajar Tingkatan 5
2 Ogos (8.30 - 10.30 AM) - Seminar Tatabahasa PMR (Dewan Multaqa')
3 Ogos - Seminar Bahasa Inggeris PMR (Dewan Multaqa')
6 Ogos - CUTI NUZUL QUR'AN
7 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (5 Budiman & 5 Cemerlang) (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Ogos (7.40 AM) - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2012/2013 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2012 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (4 Cemerlang & 4 Damai) (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Biologi SPM 2012 (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (10.10 - 12.10 PM) - Ceramah Nuzul Qur'an (Dewan Multaqa')
18 - 26 Ogos - CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
27 Ogos (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
28 Ogos - Semiinar Pengajian Am Tingkatan 6 Bawah 2012 (Yayasan Pahang)
29 Ogos - Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pendidikan Khas
31 Ogos - CUTI HARI KEMERDEKAAN

AKTIVITI MEI 2012

1 Mei - CUTI HARI PEKERJA
1 Mei - Bengkel Matematik Cara Kacang (Dewan Multaqa')
2 - 3 Mei - Program Sahsiah Bestari
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Matematik & Sains (Makmal Kimia & Biologi)
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Geografi (Bilik Kuliah Za'aba)
3 Mei (3.00 PM) - Mesyurat JK PIBG SMK Paya Besar (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
8 Mei (8.00 AM) - Pendaftaran Pelajar Prauniversiti (Dewan Multaqa')
9 Mei (8.00 AM) - Raptai I Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Melayu
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Inggeris
10 Mei (8.00 AM) - Raptai II Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
10 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
12 Mei - Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
14 Me1 - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Tingkatan 4, 5 & Prauniversiti BERMULA
14 Mei (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
15 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia PJK & PSV
16 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
21 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 & 3 BERMULA
26 Mei - CUTI PERTENGAHAN TAHUN BERMULA

AKTIVITI FEBRUARI 2012

1 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Merentas Desa (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
2 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat JK Bina Insan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
7 Feb (8:00 PM) - Program Akademik Menara Gading (pelajar terpilih)
7 Feb - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
9 Feb (7.00 PM) - Majlis Tahlil Perdana (Surau Al-Hikmah)
10 Feb (8:00 AM) - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
11 Feb (8:00 AM) - Program Excel PMR, SPM & STPRM 2012 (Dewan Multaqa')
16 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Pengurusan Aset Mudah Alih & Taklimat Perisian Portal Pangkalan Data (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 26 (Dewan Multaqa')
20 Feb (8:00 AM - 4.30 PM) - Program Excel - English Workshop (Dewan Multaqa')
21 Feb (8:00 AM) - Aktiviti Terapi Air Pelajar Pendidikan Khas (Dhe Rhu Resort)
23 Feb (10:00 PM) - Perjumpaan Guru Bersama Ibu Bapa Pelajar Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
24 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar (Dewan Multaqa')
24 Feb (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 Feb - UJIAN 1 /FEBRUARI 2012
28 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Kewangan 1 /2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)