Pages

Ads 468x60px

Saturday, October 30, 2010

Majlis Tahlil

Alhamdulillah, petang tadi selepas sekolah
bertempat di Surau Al-Hikmah telah
diadakan Majlis Tahlil buat arwah
Allahyarhamah Hjh Noraini Abd Jalil.

Terima kasih diatas kehadiran guru-guru
temasuk beberapa bekas guru-guru yang pernah
berkhidmat di SMK Paya Besar iaitu
Pn Hjh Rosnah Mohd Tawi, Datin Hjh Fauziah Ismail,
Pn Rohany Saat dan Pn Hjh Norasmah.
Turut hadir Tuan Pengetua En Nandakumaran
di majlis jamuan makan ringan selepas tahlil tersebut.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Terima kasih....

Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada
Cik Syarmilla dan Cik Munyaty guru GSTT
atas perkhidmatan yang telah dicurahkan
selama ini di SMK Paya Besar.
Hari ini merupakan hari terakhir beliau
mengajar di SMK Paya Besar.
Terima kasih sekali lagi.
Peranan anda tidak kecil dalam memartabatkan
kecemerlangan SMK Paya Besar....

Friday, October 29, 2010

Majlis Makan Malam SMK Paya Besar 2010

Alhamdulillah, Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2010
telah diadakan di Shahzan Inn Kuantan.
Tahniah kepada Jawatankuasa Kelab Staff SMKPB 2010
kerana telah menganjurkan majlis ini dengan jayanya.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa
oleh En Mohd Izzudin Che Ismail.

Juruacara pada majlis kali ini ialah
En Muhammad Sabri Salim yang digandingkan
bersama dengan Cik Wan Nooraini Wan Muhammad.
Tahniah kepada beliau berdua kerana
berjaya menghidupkan majlis.
Tidak kering gusi tetamu yang hadir
dihiburkan dengan gurauannya.

Majlis diisi dengan ucapan aluan oleh
Pengerusi Kelab Staff 2010 En Wan Sayuti W Mohamed.
Kemudian diikuti dengan ucapan dan harapan oleh
Tuan Pengetua SMK Paya Besar En Nandakumaran.


Majlis diserikan dengan Tayangan Multimedia
dari Unit ICT SMK Paya Besar dan sendaloka
yang disampaikan oleh Pn Hjh Kamriah Jusoh.
Sungguh mencuit hati mendengar sendaloka,
gurauan adik beradik yang sederhana tapi bermakna....

Turut menyerikan majlis kehadiran En Roslan Mansor,
Timbalan PIBG SMK Paya Besar.
Terimakasih diatas kesudian untuk hadir.

Majlis tidak lengkap tanpa acara Cabutan Bertuah.
Masing-masing pulang dengan hadiah yang lumayan.
Ada yang senyum sampai ke telinga....

Namun, majlis tidak ada serinya tanpa kehadiran
sahabat-sahabat guru semua....

Disinilah... kisah kita bermula
Lalu... bermulalah satu titik perjuangan
Yang meruntun seribu pengorbanan
Demi merealisasikan wawasan
dan transformasi pendidikan...

Dan... dalam liku-liku perjalanan itu
mengajar kita erti kebersamaan...
Maka mereka ibarat kain putih
menjadi amanah besar buat kita...
Namun... kalanya pendapat kita mungkin berbeza
Tapi itu tidak mematahkan semangat kita
untuk terus menyemai budi....

Lalu... yang datang dan pergi silih berganti....
Kita tetap membina semangat baru
dalam menjalin ukhwah fillah...
Kasih kita bertaut erat
dalam mencari redha Illahi...
Hati kita tetap bersatu
tanpa mengenal erti penat dan lelah...
Kita juga ibarat satu keluarga
saling memerlukan antara kita....
Dan.... visi dan misi kita tetap utuh
menjulang SMKPB dipersada terbilang....

Dalam kisah suka duka kita...
Setiap kisah yang tersurat
pasti ada iktibar yang tersirat...
Dan kerana itulah kita semua bersatu hati,
berganding bahu tanpa menoleh kebelakang
Demi anak bangsa...

Kerana kita sedar...
Kecuaian seorang doktor
hilang satu nyawa
Kecuaian seorang guru
rosak satu generasi...

Terima kasih teman atas persabahatan
yang telah kita bina selama ini.

FRIENDS FOREVER....

Majlis Ilmu


Majlis Tazkirah untuk pelajar perempuan
berjalan seperti biasa di Surau Al-Hikmah.
Syukur kerana anda pelajar insan terpilih
dibuka pintu hati oleh Allah untuk
hadir dalam majlis ilmu ini.
Semoga pelajar-pelajar perempuan lain pun turut
mengikuti jejak-jejak yang baik ini....

Thursday, October 28, 2010

Perjumpaan Pelajar Tingkatan 5 Bersama Pengetua

Bertempat di Dewan Multaqa telah diadakan
satu Perjumpaan Khas antara Pengetua,
En Nandakumaran bersama semua pelajar tingkatan 5.

Pertemuaan diisi dengan nasihat-nasihat
motivasi bagi menyuntik semangat kepada pelajar
agar berusaha yang terbaik untuk Peperiksaan SPM 2010.

Semoga semua pelajar yang hadir mendapat manafaat.

SMK PAYA BESAR TOP 5 !!!

SMKPB BOLEH !!!

Wednesday, October 27, 2010

Mesyuarat HEM

Mesyuarat HEM telah diadakan
di Bilik Gerakan Siti Khadijah.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh
En Nandakumaran, Pengetua SMK Paya Besar.

Perhimpunan Rabu 27 Oktober 2010

Perhimpunan pagi Rabu berjalan lancar.
Laporan guru bertugas minggu lepas oleh
En Wan Abdullah Zawawi Wan Omar Fadzil.
1. Beliau mengingatkan pelajar agar mempunyai
pass keluar apabila keluar dari kelas. Pelajar
tidak dibenarkan keluar beramai-ramai.

2. Juga nasihat beliau agar menjaga keselamatan
jalanraya dengan menggunakan jejantas apabila
melintas jalanraya di hadapan sekolah.

Ucapan guru bertugas minggu ini oleh Pn Soh Siew.
1. Mengumumkan ahli pandu puteri dan pss yang
akan hadir di jamuan akhir tahun
diminta tunggu selepas perhimpunan.

2. Tazkirah pelajar perempuan berjalan seperti
biasa pada hari Jumaat jam 12.00 tgh.

3. Tarikh tutup permohonan ke Matrikulasi
dilanjutkan hingga 30 November 2010.
Siapa yang berminat boleh berpeluang untuk memohon.

4. Semua pelajar tingkatan 3 diminta
tunggu selepas perhimpunan.

Ucapan Tn Hj Nazli Ismail.
1. Mengingatkan kepada pelajar agar mengisi
dengan lengkap maklumat sijil kokurikulum
dan menyerahkannya dengan segera
sebelum Jumaat ini.

2. Menjaga perabot sekolah seperti meja
dan kerusi. Kelas yang tidak digunakan
adalah kawasan larangan. Pelajar tidak dibenarkan
berada di kelas berkenaan.

3. Hari Sabtu ini adalah sekolah ganti
menggunakan jadual hari Rabu.

Ucapan Tuan Pengetua, En Nandakumaran.
1. Menasihati pelajar agar menjaga keselamatan
lalulintas.

2. Menasihati pelajar agar berkelakuan sopan
dengan tidak mengamalkan ejek mengejek.

3. Memaklumkan markah kokurikulum amat
penting untuk permohonan ke universiti.

4. Tidak mengamalkan ke tandas masa
pertukaran guru.

5. Menasihati pelajar agar melakukan yang
terbaik untuk Peperiksaan Akhir Tahun
kerana kelas tingkatan 1 & 2 akan disusun
kembali mengikut keputusan peperiksaan itu.

Tuesday, October 26, 2010

Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Peperiksaan Akhir Tahun sudah bermula untuk
pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 6 Rendah.
Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar
yang terlibat. Semoga anda semua
memperoleh keputusan yang cemerlang.

SMK PAYA BESAR BOLEH!!!!

Saturday, October 23, 2010

Al-Fatihah....

Al-Fatihah.... buat seorang bekas guru SMK Paya Besar
Allahyarhamah Pn Hjh Noraini Abd Jalil
yang telah dipanggil pulang oleh Allah
pagi tadi jam 11.45 pagi Sabtu 22 Oktober 2010.
Perginya seorang sahabat dan rakan seperjuangan
yang jasanya tidak ternilai atas khidmat bakti
yang dicurahkan di SMK Paya Besar
semenjak 1995/6 hinggalah 2008.
Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas
rohnya dan menempatkan beliau bersama
mereka-mereka yang beriman.

Friday, October 22, 2010

Majlis Bacaan Yaasin & Solat Hajat.

Alhamdulillah, di pagi Jumaat yang syahdu dan tenang
semua pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4, dan 6 Rendah
berkumpul di Dewan Multaqa dan membaca
Surah Yaasin beramai-ramai.
Semoga Allah swt melimpahkan rahmatNya dan
melembutkan hati anak-anak pelajar SMK Paya Besar
agar menjadi insan yang soleh dan solehah,
dan mendapat keberkatan dalam ilmu yang dipelajari
serta dimudahkan untuk menjawab dengan baik
Peperiksaan Akhir Tahun yang akan bermula hari ini.

Sementara itu di Surau Al-Hikmah pula berlangsung
Solat Hajat yang melibatkan semua pelajar
Tingkatan 5 dan 6 Atas.
Semoga doa dan hajat di makbulkan oleh ALlah swt.

Thursday, October 21, 2010

Perjumpaan Calon Cemerlang SPM 2010 Bersama Tuan Pengetua

Bertempat di Bilik Sidang telah diadakan
sesi perjumpaan pelajar yang terdiri dari
calon-calon cemerlang SPM 2010 bersama
Tuan Pengetua En Nandakumaran.

Pertemuan penuh dengan kata-kata nasihat, semangat,
dan dorongan diharapkan dapat mencetus momentum
bagi mendorong pelajar-pelajar untuk melakukan
yang terbaik dalam Peperiksaan SPM 2010 nanti.

SMK PAYA BESAR TOP 5!!!

SMKPB BOLEH....

Terima kasih YB....

Terima kasih di atas sokongan dan prihatin
YB Dato' Shafik Fauzan kepada sekolah SMK Paya Besar.

Wednesday, October 20, 2010

Ceramah Pengguna

Hari ini bertempat di Bilik Gerakan Siti Khadijah
telah diadakan Ceramah Pengguna
yang melibatkan semua ahli-ahli Kelab Pengguna Sekolah.

Ceramah telah disampaikan oleh
Pn Masnizan Sulaiman, Penolong Setiausaha
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Cawangan Pahang.

Semoga semua pelajar yang hadir mendapat
manafaat dari apa yang disampaikan dan lebih
prihatin dengan haq-hak kepanggunaan.

Spot check!!!


Operasi Spot Chek besar-besaran telah berlaku
hari ini selepas perhimpunan.
Operasi bertujuan untuk memastikan semua pelajar
mematuhi peraturan-peraturan sekolah serta
tidak membawa barang-barang terlarang ke sekolah.
Semoga apa yang terjadi menjadi pengajaran kepada pelajar.

Majlis Perlantikan Badan Pengawas

Pagi ini bertempat di Dewan Multaqa telah berlangsung
Majlis Perlantikan Badan Pengawas
Sesi 2010/2011 SMK Paya Besar.
Seawal 7.40 pagi semua pelajar dan guru
mula mengambil tempat di dewan.

Majlis bermula dengan ketibaan Tuan Pengetua,
En Nandakumaran A/L Kathirvaloo.

Pengerusi majlis pagi ini telah dikendalikan
oleh Saudara Mohd Fadzil Ismail dan
Saudari Norhafizatul-Haq bt Mohd Ruslan.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa
oleh Saudara Zulhusni Iskandar Aklma b Bustaman.

Turut menyerikan majlis ialah kehadiran
ibubapa pelajar yang terpilih sebagai
Ketua dan Penolong Ketua Pengawas.

Ucap utama telah disampaikan oleh Tuan Pengetua
Tuan Nandakumaran.

Majlis Penyampaian Watikah kepada pengawas
oleh En Mohamed b Che Ibrahim, GPK HEM
dan En Nandakumaran, Pengetua SMK Paya Besar.

Acara kemuncak, perlantikan pengawas kepada
Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas
yang di sampaikan sendiri oleh ibu bapa mereka
yang disaksikan oleh En Nandakumaran.

Penyerahan tugas oleh kepada Ketua Pengawas baru.

Akhirnya Bacaan Ikrar oleh semua pengawas
dengan diketuai oleh Ketua Pengawas
Muhammad Hanis Mustaqim b Mohd Zulkiflee.

Tahnniah diatas pelantikan baru
Badan Pengawas Sesi 2010/2011
Ketua Pengawas :
Muhammad Hanis Mustaqim bin Mohs Zulkiflee
Penolong Ketua Pengawas :
1. Noorfarahim bt Rahim
2. Mohd Syafiq b Ahmad Dasuki
Setiausaha :
1. Nur Nazreena bt Nazam Suhaimi
2. Amira bt Md Roslim
Bendahari :
1. Muhd Ashaari b Rosli
2. Mohd Zaki b Zulkifli



Tuesday, October 19, 2010

Program Tingkatan 3

Minggu ini pelajar tingkatan 3 memulakan aktiviti
Minggu Sukan dan Permainan mereka
dengan beberapa Pertandingan Sukan seperti Futsal.
Selesai aktiviti riadhah tersebut,
mereka telah dikumpulkan di Dewan Multaqa'
untuk bersama-sama menjalankan aktiviti kreatif
bersama dengan wakil dari Olympia College Kuantan.
Semoga bermanafaat dan membuka minda pelajar
untuk lebih kreatif dan kritikal apabila berfikir
dan membuat apa-apa keputusan.

Perjumpaan Pelajar Tingkatan Pra Universiti bersama Tuan Pengetua

Bertempat di Bilik Sidang telah diadakan
satu perjumpaan diantara pelajar-pelajar Pra Universiti
yang akan menduduki Peperiksaan STPM 2010
bersama dengan Tuan Pengetua, En Nandakumaran.
Turut hadir bersama GPK Tingkatan 6, Pn Roslina Shahri
serta beberapa guru tingkatan 6 yang lain.


Dipertemuan ini Tuan Pengetua telah mencetuskan
kesedaran dan semangat kepada pelajar-pelajar
agar mendapat momentum yang maksima
bagi menghadapai peperiksaan tersebut.


Antara tips yang telah dikongsikan bersama pelajar
agar subjek yang dipelajari lebih bermakna ialah

THINK, SAY, DO, DISCUSS and TEACH.

Kelihatan pelajar memberikan konsentrasi yang
serius terhadap apa yang diperkatakan oleh Tuan Pengetua.

Guru-guru pun turut memberi kata-kata
nasihat dan semangat kepada pelajar-pelajar yang hadir.

Di akhir sesi pertemuan setiap pelajar yang hadir
telah membuat akujanji sebagai komitmen mereka
untuk melakukan yang terbaik untuk
Peperiksaan STPM 2010 nanti.

Insya'Allah masih belum terlambat untuk
pelajar-pelajar membuat persiapan dan persediaan
bagi menghadapi Peperiksaan STPM nanti.
Seluruh warga SMK Paya Besar sentiasa mendoakan
ANDA calon-calon STPM 2010
akan membuahkan hasil yang cemerlang.

SMK PAYA BESAR TOP 5!!!!

SMKPB BOLEH!!!!!!


Mesyuarat Guru Penolong Kanan

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan
En Mohamed b Bakar Pegawai dari Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan
serta Guru-guru Penolong Kanan Daerah Kuantan
ke SMK Paya Besar sempena mesyuarat
di Bilik Gerakan Siti Khadijah.
Semoga dapat bermesyuarat dengan selesa.

Kempen Antiponteng

Kempen Antiponteng telah dijalankan
SMK Paya Besar bagi menangani gejala tersebut
agar tidak terus berleluasa di kalangan
pelajar SMK Paya Besar.
Semoga mendapat sambutan yang baik
demi kebaikan dan kemajuan pelajar.

Monday, October 18, 2010

Perhimpunan Isnin 18 Oktober 2010

Perhimpunan di pagi Isnin berjalan lancar.
Semua pelajar yang hadir telah berkumpul
di Dewan Multaqa' pada jam 7.40 pagi.
Bergema Dewan Multaqa' apabila pelajar dengan
penuh semangat menyanyikan lagu Negaraku,
lagu Negeri Pahang dan lagu Sekolah.

Kemudian Ikrar Rukun Negara dibaca beramai-ramai
dengan diketuai oleh adik Remy,
pelajar dari kelas Pendidikan Khas.
Diikuti pula bacaan Ikrar Sekolah yang
diketuai oleh saudara Faiz Hilmi.

Seterusnya guru bertugas minggu lepas
Pn Sufiawati Yusuf membaca laporan mingguan antaranya
1. Menasihati pelajar agar membaiki diri untuk datang
awal ke sekolah.

2. Sentiasa mematuhi peraturan sekolah seperti
tidak membeli di kantin kecuali waktu rehat.

3. Membawa pulang buku teks ke rumah selepas
sekolah agar buku itu tidak dirampas.

4. Tidak mendekati blok A kerana Peperiksaan MUET
masih berjalan untuk minggu ini.

Kemudian guru bertugas minggu ini
En Wan Abdullah Zawawi mengumumkan guru
yang bertugas iaitu Pn Azizah dan Pn Siti Rohayu.
1. Menasihati pelajar agar sentiasa memberi
kerjasama dengan hasrat Tuan Pengetua dan sekolah
untuk membenteras gejala ponteng sekolah dan kelas
dengan mengistiharkan Ponteng Sekolah
adalah musuh utama pelajar.

2. Mengingatkan tentang kehadiran lewat ke sekolah
adalah penyakit yang berterusan jika tidak dibenteras.

3. Sentiasa menjaga disiplin diri.

4. Mengumumkan Pertandingan Kelas Terbersih
sepanjang tahun 2010 telah dimenangi oleh
kelas 5 MPV dan 3 KAA.

5. Pelajar yang bermotor sila dapatkan
Borang Kebenaran membawa motor dari En Hazim,
jika tidak tindakan tegas akan diambil.

6. Pertandingan mencipta logo Kelab Catur akan
berakhir Jumaat ini. Pelajar diminta menyerahkan
loga tersebut kepada Pn Asmaiani atau Pn Zalina
untuk di nilai.

7. Pada hari Rabu ini, unit PBSM akan mengendalikan
perhimpunan. Sila pastikan kawalan keselamatan,
menyusun kerusi untuk perhimpunan dan
mengawal pelajar dalam barisan.

8. Semua pengawas sila tunggu selepas perhimpunan.

Ucapan Tn Hj Nazli b Ismail, GPK Kokurikulum.
1. Sila serah salinan sijik kokurikulum
selewat-lewat Jumaat ini, jika tidak
semua serahan tidak akan dilayan.

2. Mengumumkan ahli Jawatankuasa Pembangunan
Sekolah yang terdiri dari
Keceriaan - Pn Rizma & Pn Nurulizawati
Papan Kenyataan - Pn Sufiawati & Pn Siti Azrulnaim
Bilik-bilik Khas - En Azman & Pn Noriyati
Bekalan air - En Anuar & Pn Wan Nor Akemarini
Elektrik - En Adnan & Pn Wan Zurailie

3. Menasihati pelajar agar bertanggungjawab
menjaga kebersihan sekolah.

Ucapan En Mohamed b Che Ibrahim, GPK HEM.
1. Kempen Anti Ponteng menunjukkan kesungguhan
pihak sekolah menangani masalah tersebut.

2. Menasihati pelajar sentiasa menjaga disiplin
tidak melakukan kesalahan disiplin seperti
bergaduh kerana pergaduhan adalah satu
kesalahan yang serius yang boleh membawa
seseorang pelajar digantung atau dibuang sekolah.

3. Mengingatkan pelajar tentang kesalahan
membawa telefon bimbit ke sekolah.

4. Pelajar yang masih belum menyerahkan
Yuran Tambahan Sekolah agar berbuat demikian
dengan segera, jika tidak surat peringatan
akan dihantar kepada ibu bapa.

Ucapan En Nandakumaran, Pengetua SMK Paya Besar.
1. Menasihati pelajar agar menghormati
perhimpunan resmi dengan tidak bercakap
sesama sendiri ketika guru-guru sedang
memberi ucapan.

2. Menegaskan Program Anti Ponteng dijalankan
kerana aktiviti ponteng amat merugikan pelajar.
Diingatkan pelajar yang tidak hadir melebihi
60 hari boleh di buang sekolah.

3. Kelas yang membiarkan kipas dipasang
atau lampu dibuka tanpa pelajar dalam kelas
akan didenda sebanyak RM5.00.

4. Mengingatkan lagi pelajar agar sama-sama menjaga
keselamatan sekolah seperti tidak mematahkan
kepada paip dan menendang pintu tandas.

5. Pelajar ICU akan melaporkan diri dengan
menandatangan setiap kali datang dan pulang sekolah.

6. Slip salah laku disiplin pelajar akan terus berjalan
untuk mengurangi masalah pelajar yang
melakukan salah laku.

7. Mengingatkan sekali lagi agar buku teks
di bawa pulang kerana spot chek akan dibuat setiap minggu.

Majlis perhimpunan tamat dengan harapan
semua pelajar dapat mendisiplinkan diri
dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Disiplin yang baik mampu mewujudkan
suasana yang baik untuk pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.

 

AKTIVITI SEPTEMBER 2012

3 - 19 Sept - Peperiksaan Percubaan SPM 2012
3 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 - 14 Sept - Peperiksaan Pecubaan STPM 2012
4 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 Cekal, 3 Cerdik, 3 Cerdas (Bilik Kuliah Za'aba)
4 Sept (10.30 AM) - Majlis Sumbangan Zakat Sempena Aidil Fitri (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 KAA, 3 Amanah, 3 Bestari (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI KHAMIS)
10 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 Sept (2.40 PM) - Jamuan Hari Raya Kelab Staff
17 Sept - CUTI GANTI HARI MALAYSIA
18 Sept (7.40 AM) - Program Sedetik Habitat 1Malaysia dan Program Bank Kitar Semua (Dewan Terbuka SMKPB)
19 Sept (7.40 AM) - Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia (Dewan Multaqa')
22 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI JUMAAT)
26 Sept (7.30 AM - 1.00 PM) - Program RIMUP (SMK Tanah Putih)
26 Sept (8.00 - 1.00 PM) - Program RIMU (SMK Tanah Putih)
26 Sept (2.00 PM) - Penamaan Calon Pilihanraya MPP Prauniversit 2012/2013 (Dewan Multaqa')
27 Sept (7.30) - Program 'All My English' (Dewan Multaqa')
27 Sept (3.30 - 5.50 PM) - Seminar Teknik Menjawab SPM Perdagangan (Bilik Kuliah Za'aba)
27 - 29 Sept - Program Tranformasi Minda (Tingkatan 5 ) (Kem Ville, Kempadang)

AKTIVITI JUN 2012

11 Jun (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
13 Jun (8:00 AM) - Ceramah Perancangan Kewangan PIDM (Dewan Multaqa')
13 Jun (8:45 AM) - Perjumpaan Guru & Ahli Rumah Sukan
15 Jun (8:00 AM) - Ceramah Isra' & Mikraj (Dewan Multaqa')
18 Jun (3:00 PM) - LaDAP Pengurusan ProD (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Jun (8:00 AM) - Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid PPSDM) Program Jati Diri Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
19 Jun (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Sukan & Olahraga (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Jun (8:00 AM) - Mesyuarat MISS dan Hari PaSar-NIAGA (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
21 Jun (8:00 AM) - Raptai Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
21 Jun (3:00 PM) - Taklimat PAJSK
22 Jun (8:00 AM) - Raptai Penuh Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
22 Jun (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
23 Jun (8:00 AM) - Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang 2012 (Dewan Multaqa')
24 Jun (8:00 AM) - Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah2012 (Padang SMK Paya Besar)
25 Jun - CUTI PERISTIWA
26 Jun (8:00 AM - 1:00 PM) - Program Pendidikan Khas Bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
26 Jun (3:00 PM) - Taklimat Kursus Kepimpinan Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Jun (7:40 AM) - Majlis Pelancaran Karnival Minggu Kokuria (Dewan Multaqa')
27 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Bahasa
28 Jun (11:00 AM) - Bench Marking Subjek Sejarah Tingkatan 6 Bersama SMK Air Putih (BIlik Kuliah Za'aba)
28 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Sains & Matematik
28 Jun (3:00 PM) - Taklimat Program Motivasi Kecemerlangan STPM (Bilik Sidang)

AKTIVITI MAC 2012

1 Mac - Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2012 (Dewan Multaqa')
1 Mac (2:00 PM) - Ceramah Motivasi GPMS Tingkatan 3 & 5 (Dewan Multaqa')
2 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
7 Mac - Keputusan STPM 2011
10 - 18 Mac - Cuti Pertengahan Penggal 1
19 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Mac (8:00 AM - 2:00 PM) - Kursus Keterampilan Bertutur (Bilik Kuliah Za'aba)
19 - 22 Mac - Pertandingan Sepak Takraw MSSD Kuantan (Dewan Multaqa')
21 Mac - Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM (Dewan Terbuka SMK Paya Besar)
23 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
26 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
26 - 29 Mac - Pertandingan Catur Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
27 - 29 Mac - Lawatan Sambil Belajar Kelas Pendidikan Khas ke Selangor
29 Mac (3:00 PM) - Mesyuarat Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah) (tangguh)
30 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
31 Mac - Outreach IPT, Seminar Kerjaya PERHATI (Dewan Multaqa')
31 Mac - Bengkel Pengurusan Kokurikulum (Bilik Kuliah Za'aba)

AKTIVITI DISEMBER 2011

20 Disember (9:00 AM) - Mesyuarat MT Pertama 2012
22 Disember - Keputusan Peperiksaan PMR 2011
25 Disember - CUTI KRISMAS
27 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Guru Pertama 2012
27 Disember (11:30 AM) - Mesyurat Pendaftaran Tingkatan 1
28 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Bidang & Panitia
29 Disember (8:30 AM) - LADAP - Amalan 5S
29 Disember (11:00 AM) - Amali di tempat masing-masing
30 Disember (7:30 AM) - Pendaftaran Semula Pelajar Tingkatan 2, 3, 5 & Prauniversiti
31 Disember (8:30 AM) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012

AKTIVITI JULAI 2012

2 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Kemanusiaan
3 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Vokasional & Teknologi
3 Julai (8:00 AM - 9:00 AM) Seminar Bahasa Melayu PMR - 3 CEKAL, 3 CERDAS, 3 CERDIK (Dewan Multaqa')
4 Julai - Hari Kemuncak Karnival Kokuria, Hari Koperasi Sekolah, Hari PaSar-NIAGA & Hari Bersama Pelanggan
5 Julai (11:00 AM - 1:00 PM) Seminar Teknik Menjawab Matematik SPM (Dewan Multaqa')
7 Julai (8:00 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 Julai (3:00 PM) - Mesyaurat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR, SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
10 Julai (8:00 AM) - Pelancaran Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Serentak Peringkat Daerah Kuantan 2012 (Padang SMK Paya Besar)
12 Julai (7:40 - 9:40 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM Kumpulan Potensi Siri 1 (Bilik Kuliah Za'aba)
12 Julai (9:45 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Sains PMR (Dewan Multaqa')
12 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Penyelarasan Skor PBS PMR SPM (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
12 - 13 Julai - Lawatan Kelab PNB ke PNB KL & Melaka
13 Julai (8:00 - 9:50 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
14 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa')
16 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Solat Hajat Perdana (Bilik Kuliah Za'aba)
17 - 19 Julai - Seminar Kecemerlangan STPM 2012 Peringkat Daerah Kuantan
17 Julai (8:00 -10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 Julai (8:30 - 10:30 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sains SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 - 20 Julai - Program PERHALUS Bahasa Melayu SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Julai - Taklimat & Temuduga Kemasukan Murid ke Program Kolej Vokasional di IPS, Kursus : Air Craft Maintenance (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Julai (8:00 AM - 2:40 PM) - Seminar Teknik Menjawab Fizik SPM 2012 (Dewan Mulaqa')
29 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM 2012 (Dewan Multaqa')
19 Julai (6:30 - 10:00 PM) - Solat Hajat Perdana (Dewan Multaqa')
24 Julai (8:00 - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2012 (Dewan Multaqa')
24 Julai (12:00 - 2:30 PM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR 2012 (3KAA/3 Amanah/ 3 Bestari) (Bilik Kuliah Za'aba)
25 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat JK Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Julai (8:50 AM) - Bengkel Persediaan Ramadhan (Briged Bakti Pahang) (1 Cekal/ 1 Cerdik/ 1 Cerdas) (Bilik Kuliah Za'aba)
27 Julai (8:50 AM) - Program Aman Palestin (Dewan Multaqa')
30 Julai (7.40 AM) - Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Dewan Multaqa')
30 Julai (8:20 - 9:20) - Seminar Tatabahasa PMR 2012 (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa') - Tangguh
31 Julai (7.40 - 10.40 AM) - Peperiksaan Percubaan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
31 Julai (10:00 - 1:00 PM) - Bengkel Teknik Menjawab Matematik PMR 2012 (3 Cekal/ 3 Cerdas/ 3 Cerdik) (Dewan Multaqa')

AKTVITI APRIL 2012

3 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 April (7.40 AM) - Taklimat Perkhemahan Unit Beruniform (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempua (Surau Al-Hikmah)
9 April (12.00 PM) - Mesyuarat Pengurusan 2 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 April - CUTI sempena Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong.
13 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
16 April (9.00 AM) - Penyerahan NETBOOK 1Malaysia (Dewan Multaqa')
16 April (2.50 PM) - LADAP Sejarah K3 (Bilik Kuliah Za'aba)
16 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
17 April (3.00 PM) - LADAP Panitia Pendidikan Islam (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 April (7.40 AM) - Pelancaran Majlis Kempen Menangani Gejala Sosial (Dewan Multaqa')
20 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
20 - 21 April - Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform (Padang SMK Paya Besar)
21 April - SEKOLAH GANTI JADUAL HARI KHAMIS
23 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestaro (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
23 April (3.00 PM) - Ladap Panitia Pendidikan Islam (Bilik Kuliah Za'aba)
24 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Sahsiah Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 April - Lawatan Pelajar Prauniversiti ke USM Pulau Pinang

AKTIVITI JANUARI 2012

1 Januari - CUTI TAHUN BARU
4 Januari (8:30 AM) - SESI PERSEKOLAHAN 2012 BERMULA
4 - 6 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
5 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat Post Mortem PMR 2011 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 - 11 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 (Dewan Multaqa')
12 - 13 Januari - Program Kemahiran Belajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
17 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
18 Januari (3:00 PM) -Mesyuarat Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
19 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat MBMMBI/PPSMI/PBS (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
22 & 24 Januari - CUTI TAHUN BARU CINA
31 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat ALK Kooperasi (Bilik Gerakan Siti Khadijah)

AKTIVITI OGOS 2012

1 Ogos (8.00 AM - 2.00 PM) - Program Transformasi Minda (KIPSAS) - Semua Pelajar Tingkatan 5
2 Ogos (8.30 - 10.30 AM) - Seminar Tatabahasa PMR (Dewan Multaqa')
3 Ogos - Seminar Bahasa Inggeris PMR (Dewan Multaqa')
6 Ogos - CUTI NUZUL QUR'AN
7 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (5 Budiman & 5 Cemerlang) (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Ogos (7.40 AM) - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2012/2013 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2012 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (4 Cemerlang & 4 Damai) (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Biologi SPM 2012 (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (10.10 - 12.10 PM) - Ceramah Nuzul Qur'an (Dewan Multaqa')
18 - 26 Ogos - CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
27 Ogos (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
28 Ogos - Semiinar Pengajian Am Tingkatan 6 Bawah 2012 (Yayasan Pahang)
29 Ogos - Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pendidikan Khas
31 Ogos - CUTI HARI KEMERDEKAAN

AKTIVITI MEI 2012

1 Mei - CUTI HARI PEKERJA
1 Mei - Bengkel Matematik Cara Kacang (Dewan Multaqa')
2 - 3 Mei - Program Sahsiah Bestari
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Matematik & Sains (Makmal Kimia & Biologi)
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Geografi (Bilik Kuliah Za'aba)
3 Mei (3.00 PM) - Mesyurat JK PIBG SMK Paya Besar (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
8 Mei (8.00 AM) - Pendaftaran Pelajar Prauniversiti (Dewan Multaqa')
9 Mei (8.00 AM) - Raptai I Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Melayu
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Inggeris
10 Mei (8.00 AM) - Raptai II Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
10 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
12 Mei - Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
14 Me1 - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Tingkatan 4, 5 & Prauniversiti BERMULA
14 Mei (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
15 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia PJK & PSV
16 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
21 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 & 3 BERMULA
26 Mei - CUTI PERTENGAHAN TAHUN BERMULA

AKTIVITI FEBRUARI 2012

1 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Merentas Desa (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
2 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat JK Bina Insan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
7 Feb (8:00 PM) - Program Akademik Menara Gading (pelajar terpilih)
7 Feb - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
9 Feb (7.00 PM) - Majlis Tahlil Perdana (Surau Al-Hikmah)
10 Feb (8:00 AM) - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
11 Feb (8:00 AM) - Program Excel PMR, SPM & STPRM 2012 (Dewan Multaqa')
16 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Pengurusan Aset Mudah Alih & Taklimat Perisian Portal Pangkalan Data (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 26 (Dewan Multaqa')
20 Feb (8:00 AM - 4.30 PM) - Program Excel - English Workshop (Dewan Multaqa')
21 Feb (8:00 AM) - Aktiviti Terapi Air Pelajar Pendidikan Khas (Dhe Rhu Resort)
23 Feb (10:00 PM) - Perjumpaan Guru Bersama Ibu Bapa Pelajar Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
24 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar (Dewan Multaqa')
24 Feb (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 Feb - UJIAN 1 /FEBRUARI 2012
28 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Kewangan 1 /2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)