Pages

Ads 468x60px

Wednesday, September 30, 2009

Majlis Restu Pelajar PMR 2009

Bertempat di Surau Al-Hikmah SMK Paya Besar
telah diadakan Majlis Restu Pelajar-pelajar PMR 2009.
bagi memberi peluang para pelajar
menginsafi diri untuk memohon maaf
serta restu dari guru-guru sebelum
menduduki peperiksaan PMR.

Majlis telah di pengerusikan oleh
Pn Roa'ani bt Mohamed.

Turut sama menghadiri majlis ialah
barisan pentadbir SMK Paya Besar.

Guru-guru juga memberi sokongan yang padu
kepada para pelajar.

Majlis dimulakan dengan ucapan wakil pelajar.

Kemudian diikuti dengan ucapan
penyelaras akademik tingkatan 3
Pn Jalilah bt Salim.

Akhirnya Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah
Pengetua Cemerlang SMK Paya Besar
memberi ucapan perasmian majlis restu.


Selesai ucapan puan pengetua
menyampaikan cenderamata kepada pelajar.

Kemudian dengan syahdunya
bacaan doa restu telah dibacakan oleh
Ustaz Mohd Jamali b Abdullah.


Sebelum bersurai semua pelajar berselawat
dan bermaafan dengan semua guru-guru.
Semoga restu guru dan keredhaan Allah swt
jua yang dipohon.
Semoga para pelajar mempunyai keyakinan diri
yang tinggi semasa menjawab soalan-solaan
peperiksaan PMR nanti.
Disamping dapat menjawab dengan tenang
dan setiap usaha membuahkan hasil yang positif.

SMKPB BOLEH!!!

Jamuan Hari Raya Pendidikan Khas

Berlangsung jamuan hari raya yang telah
dianjurkan oleh guru-guru pendidikan khas.

Semua telah dijamu dengan hidangan
pelbagai lauk yang cukup istimewa.

Disamping makan guru-guru
dapat mengeratkan hubungan sillaturahim...


Hah... satu teka teki...
cikgu mana yang dalam setiap gambar
dia mesti ada...
jawab jangan tak jawab...


Terimakasih daun keladi
tahun depan buat jamuan lagi....


Tentu yang paling gembira
anak-anak istimewa....

Mesti banyak dapat duit raya....


Ceramah Pergigian

Ceramah Pergigian telah diadakan
selepas perhimpunan hari ini
yang melibatkan pelajar-pelajar dari kelas
4 Syumul, 4 Adil dan 4 Budiman.

Ceramah telah disampaikan oleh
doktor yang menunjukkan
cara-cara penjagaan gigi yang betul.


Sesi ke-2 ceramah pergigian melibatkan
pelajar 1KAA, 1 Amanah & 2 KAA

Semoga pendedahan yang diberikan
dapat dimanfaat oleh semua pelajar.

Perhimpunan Rabu 30 Oktober 2009

Monday, September 28, 2009

Perhimpunan Isnin 28 September 2009

Perhimpunan berjalan lancar.
Antara ucapan oleh
Puan Pengetua Hjh Hatijah Gan bt Abdullah
Pengetua Cemerlang SMK Paya Besar,

1. Mengucapkan Selamat Hari Raya
kepada semua guru dan pelajar.
2. Mengumumkan Kelas Pecutan Terakhir PMR
untuk pelajar dan mata pelajaran terpilih.
3. Memaklumkan permohonan online
untuk memasuki MRSM bagi calon PMR
& tarikh tutupnya ialah pada 25 oktober 2009.
4. Mengadakan Majlis Restu Ilmu Tingkatan 3
pada hari Rabu 30 September 2009
di Surau Al- Hikmah SMK Paya Besar.
5. Juga Solat Hajat PMR/SPM/STPM
akan diadakan pada Jumaat 2 Oktober 2009.
6. Menasihati pelajar agar sentiasa menjaga disiplin,
belajar bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu,
dan sentiasa menjaga prestasi dan imej sekolah.

Thursday, September 17, 2009

Perutusan Aidilfitri 1430H


Assalamu'alaikum wrt.

Saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA ADIL FITRI kepada semua guru dan warga SMK Paya Besar setelah kita selamat menjalani ibadah puasa selama sebulan. Saya mewakili pihak sekolah mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepda semua warga SMK Paya Besar atas sumbangan tuan-tuan dan puan-puan dalam Majlis Khatam Al-Quran dan Sumbangan Hari Raya kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan baru-baru ini. Semoga semua sumbangan tuan-tuan dan puan-puan akan diberkati Alllah SWT.

Kepada warga sekolah yang balik ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Semoga semua dapat beraya dengan keluarga dan sanak saudara dengan penuh rasa kegembiraan.

Akhir kata, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung jari,

Sekian, Selamat Hari Raya.


Hajah Hatijah Gan bt Abdullah
Pengetua Cemerlang
SMK Paya Besar Kuantan.

Perhimpunan Khamis 17 September 2009


Sempena hari terakhir persekolahan sebelum
memyambut syawal, semua pelajar
telah berkumpul di Dewan Multaqa'
pada jam 12.00 tengahari.
Pelajar telah diberi beberapa amanat terakhir
sebelum bercuti oleh
En Jusuh b Hasan, GPK HEM
dan Tn Hj Nazli b Ismail, GPK Kokurikulum.


Seterusnya pelajar telah dihidangkan
dengan ceramah agama,
En Anuar b Mohamed telah mempengerusikan
majlis tersebut.


Ceramah telah disampaikan oleh
Ustaz Ramli b Hasan,
SMA Al-Ehsan, Kuantan.
Beliau telah mengupas tentang
Khaifiat menyambut Aidilfitri.
Ceramah yang disampaikan amat berguna
sebagai panduan kepada pelajar-pelajar
bagaimana menyambut Aidilfitri
sebagaimana dikehendaki oleh Islam.


Selesai ceramah, pelajar-pelajar mengambil peluang
bersalam-salaman dengan guru-guru.


Selamat Menyambut Hari Raya
kepada semua warga SMK Paya Besar.
Maaf Zahir & Batin.

Menyambut Wira


Kelihatan Abdul Syukur Ismail,
pelajar dari kelas Pendidikan Khas
sedang berkongsi bersama rakan-rakan
dalam kelas pengalaman beliau ketika
berada di Tokyo pada 10 - 13 September 2009
sempena TOKYO2009 Asian Youth Para Games.
Di pertandingan tersebut beliau telah
memenangi pingat Emas dalam acara 4 X 400m
dan gangsa dalam acara 100m dan 200m
dalam kategori ID.


Seluruh warga sekolah mengucapkan
syabas dan tahniah di atas kejayaan Abdul Syukur.

Wednesday, September 16, 2009

Majlis Khatam Quran & Sumbangan Aidilfitri 2009


Julung-julung kali Majlis Khatam Quran
& Sumbangan Aidil Fitri telah di adakan
di Dewan Multaqa' melibatkan
semua pelajar SMK Paya Besar.


Majlis tahunan anjuran Panita Pendidikan Islam
dengan kerjasama Unit HEM
dan Kebajikan SMK Paya Besar
bertujuan bagi mengisi program Ihya' Ramadhan
di peringkat sekolah.


Majlis telah di pengerusikan oleh
Pn Hjh Kamriah bt Jusoh.


Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa
yang di bacakan oleh Saudara Mohd Izzat Izham.


Kemudian Majlis Khatam Al-Quran bermula
dimana beberapa pelajar telah membaca
surah-surah dari Al-Quran.


Seterusnya Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah,
Pengetua Cemerlang SMK Paya Besar
membuat ucapan aluan.
Beliau mengumumkan Sumbangan Aidilfitri
ialah hasil kutipan sumbangan guru-guru dan
kakitangan SMK Paya Besar.
Beliau berharap dengan sedikit sumbangan
yang diberikan dapat meringankan
beban keluarga pelajat yang susah untuk
menghadapi Hari Raya yang akan menjelang
tidak beberapa hari lagi.


Kemudian diikuti dengan ucapan oleh
Tn Hj Mohd Zahidi b Hj Husain
Pengerusi PIBG SMK Paya Besar.


Majlis diteruskan dengan penyampaian
cenderahati kepada setiap pembaca Al-Quran.


Kemuncaknya ialah penyampaian Sumbangan Aidilfitri
kepada 74 orang pelajar yang terdiri
dari pelajar yang dikenal pasti susah dan
anak-anak yatim.


Sumbangan khas Aidilfitri turut diberikan
kepada 2 pekerja swasta terpilih iaitu
En Mohd Yusof Thiyaq Arajah b Abdullah
dan Pn Fuziah bt Khamis.



Dengan adanya majlis sumbangan seperti ini
dapat menyediakan medan untuk pihak
yang ingin beramal di bulan ramadhan
yang penuh baraqah ini.
Semoga pelajar yang menerima sumbangan
akan lebih bersungguh-sungguh
mencari ilmu samada dunia mahu pun akhirat.

Tuesday, September 15, 2009

Tahniah


Tahniah kepada Pn Noryati bt Omar
diatas perlantikan sebagai
Guru Cemerlang Kemahiran Hidup
baru-baru ini.

Monday, September 14, 2009

Perhakiman PSS Anugerah PERPUSPA


Hari ini Makmal ICT telah dilawati
oleh pegawai dari BTNP Pahang
Pn Nor Hanani bt Abd Mubin.
Kehadiran beliau sempena
Perhakiman PSS Anugerah PERPUSPA.
Pusat Sumber Sekolah SMK Paya Besar
telah dicalonkan mewakili daerah Kuantan
untuk kategori Sekolah Luar Bandar.

Perhimpunan Isnin 14 September 2009


Perhimpunan resmi hari Isnin berjalan lancar.


Pada hari ini telah diadakan
penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar
yang mendapat keputusan cemerlang
di dalam Peperiksaan Percubaan PMR yang lalu.
Tahniah kepada pelajar tersebut.
Semoga ini menjadi dorongan untuk terus
cemerlang dalam Peperiksaan PMR nanti.

Friday, September 11, 2009

Majlis Iftar Jama'ie & Solat Tarawih


Alhamdulillah dengan kerjasama Unit Bina Insan SMKPB
telah diadakan Majlis Iftar Jama'ie
dan Solat Tarawih yang melibatkan
guru-guru SMK Paya Besar.


Dengan adanya majlis seperti ini
dapat merapatkan ukhwah di kalangan guru-guru.


Kerjasama diatas kehadiran guru-guru
amat dihargai


Lauk iftar.... Gulai Kawah


Kehadiran pelajar-pelajar turut menyerikan majlis.


Namun yang penting dapat melaksanakan ibadah
solat Maghrib, solat Isya' dan Solat Terawih
secara berjamaah.
Pihak sekolah mengucapkan
jutaan terima kasih
di atas segala kerjasama yang diberikan.

 

AKTIVITI SEPTEMBER 2012

3 - 19 Sept - Peperiksaan Percubaan SPM 2012
3 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 - 14 Sept - Peperiksaan Pecubaan STPM 2012
4 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 Cekal, 3 Cerdik, 3 Cerdas (Bilik Kuliah Za'aba)
4 Sept (10.30 AM) - Majlis Sumbangan Zakat Sempena Aidil Fitri (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 KAA, 3 Amanah, 3 Bestari (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI KHAMIS)
10 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 Sept (2.40 PM) - Jamuan Hari Raya Kelab Staff
17 Sept - CUTI GANTI HARI MALAYSIA
18 Sept (7.40 AM) - Program Sedetik Habitat 1Malaysia dan Program Bank Kitar Semua (Dewan Terbuka SMKPB)
19 Sept (7.40 AM) - Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia (Dewan Multaqa')
22 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI JUMAAT)
26 Sept (7.30 AM - 1.00 PM) - Program RIMUP (SMK Tanah Putih)
26 Sept (8.00 - 1.00 PM) - Program RIMU (SMK Tanah Putih)
26 Sept (2.00 PM) - Penamaan Calon Pilihanraya MPP Prauniversit 2012/2013 (Dewan Multaqa')
27 Sept (7.30) - Program 'All My English' (Dewan Multaqa')
27 Sept (3.30 - 5.50 PM) - Seminar Teknik Menjawab SPM Perdagangan (Bilik Kuliah Za'aba)
27 - 29 Sept - Program Tranformasi Minda (Tingkatan 5 ) (Kem Ville, Kempadang)

AKTIVITI JUN 2012

11 Jun (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
13 Jun (8:00 AM) - Ceramah Perancangan Kewangan PIDM (Dewan Multaqa')
13 Jun (8:45 AM) - Perjumpaan Guru & Ahli Rumah Sukan
15 Jun (8:00 AM) - Ceramah Isra' & Mikraj (Dewan Multaqa')
18 Jun (3:00 PM) - LaDAP Pengurusan ProD (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Jun (8:00 AM) - Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid PPSDM) Program Jati Diri Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
19 Jun (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Sukan & Olahraga (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Jun (8:00 AM) - Mesyuarat MISS dan Hari PaSar-NIAGA (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
21 Jun (8:00 AM) - Raptai Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
21 Jun (3:00 PM) - Taklimat PAJSK
22 Jun (8:00 AM) - Raptai Penuh Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
22 Jun (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
23 Jun (8:00 AM) - Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang 2012 (Dewan Multaqa')
24 Jun (8:00 AM) - Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah2012 (Padang SMK Paya Besar)
25 Jun - CUTI PERISTIWA
26 Jun (8:00 AM - 1:00 PM) - Program Pendidikan Khas Bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
26 Jun (3:00 PM) - Taklimat Kursus Kepimpinan Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Jun (7:40 AM) - Majlis Pelancaran Karnival Minggu Kokuria (Dewan Multaqa')
27 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Bahasa
28 Jun (11:00 AM) - Bench Marking Subjek Sejarah Tingkatan 6 Bersama SMK Air Putih (BIlik Kuliah Za'aba)
28 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Sains & Matematik
28 Jun (3:00 PM) - Taklimat Program Motivasi Kecemerlangan STPM (Bilik Sidang)

AKTIVITI MAC 2012

1 Mac - Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2012 (Dewan Multaqa')
1 Mac (2:00 PM) - Ceramah Motivasi GPMS Tingkatan 3 & 5 (Dewan Multaqa')
2 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
7 Mac - Keputusan STPM 2011
10 - 18 Mac - Cuti Pertengahan Penggal 1
19 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Mac (8:00 AM - 2:00 PM) - Kursus Keterampilan Bertutur (Bilik Kuliah Za'aba)
19 - 22 Mac - Pertandingan Sepak Takraw MSSD Kuantan (Dewan Multaqa')
21 Mac - Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM (Dewan Terbuka SMK Paya Besar)
23 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
26 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
26 - 29 Mac - Pertandingan Catur Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
27 - 29 Mac - Lawatan Sambil Belajar Kelas Pendidikan Khas ke Selangor
29 Mac (3:00 PM) - Mesyuarat Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah) (tangguh)
30 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
31 Mac - Outreach IPT, Seminar Kerjaya PERHATI (Dewan Multaqa')
31 Mac - Bengkel Pengurusan Kokurikulum (Bilik Kuliah Za'aba)

AKTIVITI DISEMBER 2011

20 Disember (9:00 AM) - Mesyuarat MT Pertama 2012
22 Disember - Keputusan Peperiksaan PMR 2011
25 Disember - CUTI KRISMAS
27 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Guru Pertama 2012
27 Disember (11:30 AM) - Mesyurat Pendaftaran Tingkatan 1
28 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Bidang & Panitia
29 Disember (8:30 AM) - LADAP - Amalan 5S
29 Disember (11:00 AM) - Amali di tempat masing-masing
30 Disember (7:30 AM) - Pendaftaran Semula Pelajar Tingkatan 2, 3, 5 & Prauniversiti
31 Disember (8:30 AM) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012

AKTIVITI JULAI 2012

2 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Kemanusiaan
3 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Vokasional & Teknologi
3 Julai (8:00 AM - 9:00 AM) Seminar Bahasa Melayu PMR - 3 CEKAL, 3 CERDAS, 3 CERDIK (Dewan Multaqa')
4 Julai - Hari Kemuncak Karnival Kokuria, Hari Koperasi Sekolah, Hari PaSar-NIAGA & Hari Bersama Pelanggan
5 Julai (11:00 AM - 1:00 PM) Seminar Teknik Menjawab Matematik SPM (Dewan Multaqa')
7 Julai (8:00 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 Julai (3:00 PM) - Mesyaurat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR, SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
10 Julai (8:00 AM) - Pelancaran Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Serentak Peringkat Daerah Kuantan 2012 (Padang SMK Paya Besar)
12 Julai (7:40 - 9:40 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM Kumpulan Potensi Siri 1 (Bilik Kuliah Za'aba)
12 Julai (9:45 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Sains PMR (Dewan Multaqa')
12 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Penyelarasan Skor PBS PMR SPM (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
12 - 13 Julai - Lawatan Kelab PNB ke PNB KL & Melaka
13 Julai (8:00 - 9:50 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
14 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa')
16 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Solat Hajat Perdana (Bilik Kuliah Za'aba)
17 - 19 Julai - Seminar Kecemerlangan STPM 2012 Peringkat Daerah Kuantan
17 Julai (8:00 -10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 Julai (8:30 - 10:30 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sains SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 - 20 Julai - Program PERHALUS Bahasa Melayu SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Julai - Taklimat & Temuduga Kemasukan Murid ke Program Kolej Vokasional di IPS, Kursus : Air Craft Maintenance (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Julai (8:00 AM - 2:40 PM) - Seminar Teknik Menjawab Fizik SPM 2012 (Dewan Mulaqa')
29 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM 2012 (Dewan Multaqa')
19 Julai (6:30 - 10:00 PM) - Solat Hajat Perdana (Dewan Multaqa')
24 Julai (8:00 - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2012 (Dewan Multaqa')
24 Julai (12:00 - 2:30 PM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR 2012 (3KAA/3 Amanah/ 3 Bestari) (Bilik Kuliah Za'aba)
25 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat JK Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Julai (8:50 AM) - Bengkel Persediaan Ramadhan (Briged Bakti Pahang) (1 Cekal/ 1 Cerdik/ 1 Cerdas) (Bilik Kuliah Za'aba)
27 Julai (8:50 AM) - Program Aman Palestin (Dewan Multaqa')
30 Julai (7.40 AM) - Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Dewan Multaqa')
30 Julai (8:20 - 9:20) - Seminar Tatabahasa PMR 2012 (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa') - Tangguh
31 Julai (7.40 - 10.40 AM) - Peperiksaan Percubaan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
31 Julai (10:00 - 1:00 PM) - Bengkel Teknik Menjawab Matematik PMR 2012 (3 Cekal/ 3 Cerdas/ 3 Cerdik) (Dewan Multaqa')

AKTVITI APRIL 2012

3 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 April (7.40 AM) - Taklimat Perkhemahan Unit Beruniform (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempua (Surau Al-Hikmah)
9 April (12.00 PM) - Mesyuarat Pengurusan 2 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 April - CUTI sempena Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong.
13 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
16 April (9.00 AM) - Penyerahan NETBOOK 1Malaysia (Dewan Multaqa')
16 April (2.50 PM) - LADAP Sejarah K3 (Bilik Kuliah Za'aba)
16 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
17 April (3.00 PM) - LADAP Panitia Pendidikan Islam (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 April (7.40 AM) - Pelancaran Majlis Kempen Menangani Gejala Sosial (Dewan Multaqa')
20 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
20 - 21 April - Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform (Padang SMK Paya Besar)
21 April - SEKOLAH GANTI JADUAL HARI KHAMIS
23 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestaro (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
23 April (3.00 PM) - Ladap Panitia Pendidikan Islam (Bilik Kuliah Za'aba)
24 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Sahsiah Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 April - Lawatan Pelajar Prauniversiti ke USM Pulau Pinang

AKTIVITI JANUARI 2012

1 Januari - CUTI TAHUN BARU
4 Januari (8:30 AM) - SESI PERSEKOLAHAN 2012 BERMULA
4 - 6 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
5 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat Post Mortem PMR 2011 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 - 11 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 (Dewan Multaqa')
12 - 13 Januari - Program Kemahiran Belajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
17 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
18 Januari (3:00 PM) -Mesyuarat Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
19 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat MBMMBI/PPSMI/PBS (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
22 & 24 Januari - CUTI TAHUN BARU CINA
31 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat ALK Kooperasi (Bilik Gerakan Siti Khadijah)

AKTIVITI OGOS 2012

1 Ogos (8.00 AM - 2.00 PM) - Program Transformasi Minda (KIPSAS) - Semua Pelajar Tingkatan 5
2 Ogos (8.30 - 10.30 AM) - Seminar Tatabahasa PMR (Dewan Multaqa')
3 Ogos - Seminar Bahasa Inggeris PMR (Dewan Multaqa')
6 Ogos - CUTI NUZUL QUR'AN
7 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (5 Budiman & 5 Cemerlang) (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Ogos (7.40 AM) - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2012/2013 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2012 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (4 Cemerlang & 4 Damai) (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Biologi SPM 2012 (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (10.10 - 12.10 PM) - Ceramah Nuzul Qur'an (Dewan Multaqa')
18 - 26 Ogos - CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
27 Ogos (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
28 Ogos - Semiinar Pengajian Am Tingkatan 6 Bawah 2012 (Yayasan Pahang)
29 Ogos - Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pendidikan Khas
31 Ogos - CUTI HARI KEMERDEKAAN

AKTIVITI MEI 2012

1 Mei - CUTI HARI PEKERJA
1 Mei - Bengkel Matematik Cara Kacang (Dewan Multaqa')
2 - 3 Mei - Program Sahsiah Bestari
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Matematik & Sains (Makmal Kimia & Biologi)
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Geografi (Bilik Kuliah Za'aba)
3 Mei (3.00 PM) - Mesyurat JK PIBG SMK Paya Besar (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
8 Mei (8.00 AM) - Pendaftaran Pelajar Prauniversiti (Dewan Multaqa')
9 Mei (8.00 AM) - Raptai I Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Melayu
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Inggeris
10 Mei (8.00 AM) - Raptai II Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
10 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
12 Mei - Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
14 Me1 - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Tingkatan 4, 5 & Prauniversiti BERMULA
14 Mei (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
15 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia PJK & PSV
16 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
21 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 & 3 BERMULA
26 Mei - CUTI PERTENGAHAN TAHUN BERMULA

AKTIVITI FEBRUARI 2012

1 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Merentas Desa (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
2 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat JK Bina Insan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
7 Feb (8:00 PM) - Program Akademik Menara Gading (pelajar terpilih)
7 Feb - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
9 Feb (7.00 PM) - Majlis Tahlil Perdana (Surau Al-Hikmah)
10 Feb (8:00 AM) - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
11 Feb (8:00 AM) - Program Excel PMR, SPM & STPRM 2012 (Dewan Multaqa')
16 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Pengurusan Aset Mudah Alih & Taklimat Perisian Portal Pangkalan Data (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 26 (Dewan Multaqa')
20 Feb (8:00 AM - 4.30 PM) - Program Excel - English Workshop (Dewan Multaqa')
21 Feb (8:00 AM) - Aktiviti Terapi Air Pelajar Pendidikan Khas (Dhe Rhu Resort)
23 Feb (10:00 PM) - Perjumpaan Guru Bersama Ibu Bapa Pelajar Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
24 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar (Dewan Multaqa')
24 Feb (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 Feb - UJIAN 1 /FEBRUARI 2012
28 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Kewangan 1 /2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)