Pages

Ads 468x60px

Saturday, November 21, 2009

SELAMAT BERCUTI


UNTUK MAKLUMAN PENGUNJUNG
BLOG SEKOLAH AKAN BEREHAT
SEPANJANG CUTI
KECUALI JIKA ADA
PERKEMBANGAN TERKINI
YANG PERLU DIMAKLUMKAN
KEPADA PELAJAR, GURU DAN IBU BAPA.
PIHAK UNIT ICT MENGUCAPKAN
RIBUAN TERIMA KASIH
DI ATAS KUNJUNGAN DAN
SOKONGAN ANDA.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SELAMAT BERCUTI KEPADA
SEMUA WARGA
SMK PAYA BESAR.....

Friday, November 20, 2009

Ceramah Misi Kemanusiaan Padang


Aktiviti penutup sebelum tirai cuti dilabuhkan,
pelajar-pelajar telah dihidangkan dengan
Ceramah Misi Kemanusiaan Padang.
Program yang dianjurkan oleh
Unit Bina Insan dengan kerjasama
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjemput
penceramah En Abd Bashir b Abd Ghani
yang mewakili HALUAN cawangan Pahang.



Sebanyak RM 900 telah berjaya dikumpul
dari guru-guru dan pelajar dan telah diserahkan
kepada pihak HALUAN untuk didermakan
kepada mangsa-mangsa gempa.
Ceramah sebegini dapat membuka mata dan minda
pelajar agar mempunyai sifat prihatin
kepada mereka yang dalam kesusahan
disamping menginsafi diri agar sentiasa
mentaati segala perintah dan
meninggalkan segala laranganNya.

Ceria-ceria sebelum cuti....

Pelajar ceria, guru pun cerianak bercuti...


Tahniah kepada Puan Che Hanisah
kerana dapat berpindah ke Selangor....



Gambar atas : SPIRIT 1MALAYSIA...
Gambar bawah : GSTTs hope to see you all again
next year...




Mrs Kan who always ceria....


Mereka kat pejabat pun happy-happy juga...

Perhimpunan Jumaat 20 November 2009


Pagi ini merupakan perhimpunan terakhir
sesi persekolahan bagi tahun 2009.
Pelajar-pelajar tekun mendengar
amanat dari En Jusoh b Hasan
GPK Hal Ehwal Murid
SMK Paya Besar.


Selamat bercuti kepada semua pelajar.
Moga dapat di manafaatkan sepanjang cuti
dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah.

Wednesday, November 18, 2009

Peperiksaan SPM 2009


Doa dibaca dengan penuh tenang....






Salam memohon restu....




Selamat menempuh Peperiksaan SPM 2009.
Semoga pelajar semua dapat menjawab dengan tenang.
Selamat Maju Jaya.

SMKPB BOLEH!!!

Perhimpunan Rabu 18 November 2009

Perhimpunan hari ini diadakan di dewan terbuka.

Monday, November 16, 2009

Perhimpunan Isnin 16 November 2009 & Cabutan Bertuah


Perhimpunan hari Isnin 16 November 2009
telah berjalan seperti yang dirancang.
Selepas guru bertugas mingguan membuat ucapan
ada beberapa acara berlangsung.


Antaranya acara penyampaian hamper
kepada yang menghantar penyertaan terbanyak
dalam Pertandingan Kitar Semula.
Turut disampaikan hadiah untuk Aktiviti
Kokurikulum pelajar tingkatan 6.



Kemuncaknaya diadakan Cabutan Bertuah oleh
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal
& Pembersihan Awam.
En. Sufian b Mat selaku Pengurus
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal
& Pembersihan Awam cawangan Kuantan
telah membuat ucapan.


Berbagai hadiah menarik disediakan
untuk cabutan bertuah tersebut.
Sebelum itu pelajar-pelajar telah
menjawab soalan soal selidik bagi
melayakkan mereka mendapat Cabutan Bertuah.

Acara diteruskan dengan penyampaian
cenderahati kepada pengawas
tingkatan 5 & 6 atas sebagai menghargai
sumbangan mereka kepada sekolah.


Akhirnya Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah
Pengetua Cemerlang SMK Paya Besar
telah menyampaian amanat penutup 2009
kepada semua yang hadir. Antaranya

1. Tarikh-tarikh penting peperiksaan SPM
yang akan bermula RABU 18 NOVEMBER 2009
dan STPM pada ISNIN 23 NOVEMBER 2009.
"Semua pelajar tingkatan 5 & 6 hendaklah
mengambil peluang terakhir untuk hadir ke sekolah
dan bertemu dengan guru-guru yang terlibat bagi
menampung kekurangan-kekurangan
sebelum peperiksaan." pesan puan pengetua.

2. Menjaga keselamatan bagi pelajar-palajar
jika ada yang terlibat dengan banjir.
Untuk pengetahuan ibu bapa buku teks
bagi tingkatan 2,3,4 & 6 akan diserahkan
pada hari pertama persekolahan. Ini bagi
mengelakkan dari perkara-perkara yang tidak
diingini berlaku memandangankan persekitaran
SMK Paya Besar juga terlibat dengan kejadian banjir.

3. Memenuhi masa cuti dengan membuat
ulangkaji dan peperiksaan kepada
pelajar tingkatan 2 & 4 kerana mereka
adalah bakal calon-calon PMR & SPM 2010.

Akhir kata selamat menempuh peperiksaan
kepada calon-calon SPM & STPM 2009
dan selamat bercuti kepada pelajar-pelajar
yang lain.

Friday, November 13, 2009

KENANGAN TERINDAH....


Zaman persekolahan saya hanya sekali...
saya perlu memanafaat sepenuhnya
demi untuk masa depan saya.,...


Saya tak perlu sesiapa,
tapi saya perlu ubah diri saya sendiri...


Rahsia KEJAYAAN ialah
usaha dan terus berusaha...


Hasil yang diperolehi
setimpal dengan apa yang diusahakan...


Pelajar RAJIN mencari JALAN
pelajar MALAS mencari ALASAN....


Yang patuh akan diberkati....


Yang kuat akan menang...


Yang berusaha akan berjaya...
Yang cemerlang akan terus terbilang....

Anak-anak didik ku...
berat rasanya hati ini
untuk melepaskan kamu pergi...
di luar sana
liku-liku kehidupan ini
bukan semudah yang kita impikan...

Walau pun begitu...
putaran kehidupan harus diteruskan
melangkahlah kamu
setelah benih-benih yang di tanam
dibaja, disiram, dibela dan dibelai...
moga kalian akan tumbuh subur
menjadi pohon yang merendang
mampu memberi orang lain
tumpang berteduh
menjadi pohon yang buahnya ranum
mampu memberi orang lain
kenikmatan manisnya buah yang dihasilkan....

Ingatlah...
guru-guru mu disini
sentiasa mendoakan kejayaan kamu
bahagia dunia dan akhirat....
Amin....

Majlis Restu Ilmu Pelajar SPM & STPM 2009


Majlis Restu Ilmu untuk pelajar-pelajar
SPM & STPM 2009 telah berlangsung
di Surau Al Hikmah SMK Paya Besar.


Majlis telah dipengerusikan oleh Pn Noraini Mohd Nor.
Acara dimulakan dengan ucapan dari
wakil pelajar SPM saudari Nor'ain
dan wakil pelajar STPM saudari Ariza.


Seterusnya ucapan dari wakil guru
Pn Sh. Radziah Sy Mohamed.
"Guru dengan rasa rela hati dan redha merestui
ilmu yang dicurahkan kepada pelajar
walaupun adakalanya guru
juga terguris dan kecewa..." ujur beliau
dalam ucapannya.


Seterusnya Datin Hjh Fauziah Ismail,
GPK Pentadbiran memberi ucapan perasmian.
Antara pesanan-pesanan beliau
kepada calon-calon SPM & STPM,
i. mengulangkaji pelajaran hingga ke saat akhir.
ii. jaga kesihatan fizikal dan emosi.
iii. mohon sokongan dari keluarga terutama ibu.
iv. jaga keselamatan sama ada di jalanraya
atau sewaktu banjir.
v. sentiasa memohon doa kepada Allah.


Guru-guru yang mengajar tingkatan 5 & 6
turut hadir memberi sokongan.


Selesai ucapan telah diadakan majlis
penyampaian cenderamata kepada pelajar.


Akhirnya doa restu dibaca
memohon keredhaan Allah.
Insya'Allah, Allah mendengar doa kita....



Usai berdoa semua pelajar yang hadir
berselawat dan bersalaman dengan semua guru.


Restu dipohon dari guru oleh pelajar.



Semoga semua calon-calon SPM & STPM 2009
memperoleh keyakinan diri yang tinggi
untuk semasa menjawab soalan peperiksaan nanti.
Moga para pelajar dapat menjawab
dengan tenang dalam peperiksaan
dan setiap usaha pelajar akan
menbuahkan hasil yang positif.

Seluruh warga SMK Paya Besar
medoakan kejayaan anda...

SMKPB BOLEH!!!

Thursday, November 12, 2009

5 Adil 2009.....


Hari ini mereka menghilangkan tension....
Bersama Cikgu Shukrie mereka
mencari ketenangan di Dewan Terbuka.
Selamat menempuh SPM....



Belajarlah bersungguh-sungguh....



Kejayaan tidak akan datang bergolek....

 

AKTIVITI SEPTEMBER 2012

3 - 19 Sept - Peperiksaan Percubaan SPM 2012
3 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 - 14 Sept - Peperiksaan Pecubaan STPM 2012
4 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 Cekal, 3 Cerdik, 3 Cerdas (Bilik Kuliah Za'aba)
4 Sept (10.30 AM) - Majlis Sumbangan Zakat Sempena Aidil Fitri (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 KAA, 3 Amanah, 3 Bestari (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI KHAMIS)
10 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 Sept (2.40 PM) - Jamuan Hari Raya Kelab Staff
17 Sept - CUTI GANTI HARI MALAYSIA
18 Sept (7.40 AM) - Program Sedetik Habitat 1Malaysia dan Program Bank Kitar Semua (Dewan Terbuka SMKPB)
19 Sept (7.40 AM) - Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia (Dewan Multaqa')
22 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI JUMAAT)
26 Sept (7.30 AM - 1.00 PM) - Program RIMUP (SMK Tanah Putih)
26 Sept (8.00 - 1.00 PM) - Program RIMU (SMK Tanah Putih)
26 Sept (2.00 PM) - Penamaan Calon Pilihanraya MPP Prauniversit 2012/2013 (Dewan Multaqa')
27 Sept (7.30) - Program 'All My English' (Dewan Multaqa')
27 Sept (3.30 - 5.50 PM) - Seminar Teknik Menjawab SPM Perdagangan (Bilik Kuliah Za'aba)
27 - 29 Sept - Program Tranformasi Minda (Tingkatan 5 ) (Kem Ville, Kempadang)

AKTIVITI JUN 2012

11 Jun (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
13 Jun (8:00 AM) - Ceramah Perancangan Kewangan PIDM (Dewan Multaqa')
13 Jun (8:45 AM) - Perjumpaan Guru & Ahli Rumah Sukan
15 Jun (8:00 AM) - Ceramah Isra' & Mikraj (Dewan Multaqa')
18 Jun (3:00 PM) - LaDAP Pengurusan ProD (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Jun (8:00 AM) - Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid PPSDM) Program Jati Diri Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
19 Jun (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Sukan & Olahraga (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Jun (8:00 AM) - Mesyuarat MISS dan Hari PaSar-NIAGA (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
21 Jun (8:00 AM) - Raptai Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
21 Jun (3:00 PM) - Taklimat PAJSK
22 Jun (8:00 AM) - Raptai Penuh Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
22 Jun (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
23 Jun (8:00 AM) - Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang 2012 (Dewan Multaqa')
24 Jun (8:00 AM) - Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah2012 (Padang SMK Paya Besar)
25 Jun - CUTI PERISTIWA
26 Jun (8:00 AM - 1:00 PM) - Program Pendidikan Khas Bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
26 Jun (3:00 PM) - Taklimat Kursus Kepimpinan Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Jun (7:40 AM) - Majlis Pelancaran Karnival Minggu Kokuria (Dewan Multaqa')
27 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Bahasa
28 Jun (11:00 AM) - Bench Marking Subjek Sejarah Tingkatan 6 Bersama SMK Air Putih (BIlik Kuliah Za'aba)
28 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Sains & Matematik
28 Jun (3:00 PM) - Taklimat Program Motivasi Kecemerlangan STPM (Bilik Sidang)

AKTIVITI MAC 2012

1 Mac - Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2012 (Dewan Multaqa')
1 Mac (2:00 PM) - Ceramah Motivasi GPMS Tingkatan 3 & 5 (Dewan Multaqa')
2 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
7 Mac - Keputusan STPM 2011
10 - 18 Mac - Cuti Pertengahan Penggal 1
19 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Mac (8:00 AM - 2:00 PM) - Kursus Keterampilan Bertutur (Bilik Kuliah Za'aba)
19 - 22 Mac - Pertandingan Sepak Takraw MSSD Kuantan (Dewan Multaqa')
21 Mac - Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM (Dewan Terbuka SMK Paya Besar)
23 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
26 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
26 - 29 Mac - Pertandingan Catur Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
27 - 29 Mac - Lawatan Sambil Belajar Kelas Pendidikan Khas ke Selangor
29 Mac (3:00 PM) - Mesyuarat Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah) (tangguh)
30 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
31 Mac - Outreach IPT, Seminar Kerjaya PERHATI (Dewan Multaqa')
31 Mac - Bengkel Pengurusan Kokurikulum (Bilik Kuliah Za'aba)

AKTIVITI DISEMBER 2011

20 Disember (9:00 AM) - Mesyuarat MT Pertama 2012
22 Disember - Keputusan Peperiksaan PMR 2011
25 Disember - CUTI KRISMAS
27 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Guru Pertama 2012
27 Disember (11:30 AM) - Mesyurat Pendaftaran Tingkatan 1
28 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Bidang & Panitia
29 Disember (8:30 AM) - LADAP - Amalan 5S
29 Disember (11:00 AM) - Amali di tempat masing-masing
30 Disember (7:30 AM) - Pendaftaran Semula Pelajar Tingkatan 2, 3, 5 & Prauniversiti
31 Disember (8:30 AM) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012

AKTIVITI JULAI 2012

2 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Kemanusiaan
3 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Vokasional & Teknologi
3 Julai (8:00 AM - 9:00 AM) Seminar Bahasa Melayu PMR - 3 CEKAL, 3 CERDAS, 3 CERDIK (Dewan Multaqa')
4 Julai - Hari Kemuncak Karnival Kokuria, Hari Koperasi Sekolah, Hari PaSar-NIAGA & Hari Bersama Pelanggan
5 Julai (11:00 AM - 1:00 PM) Seminar Teknik Menjawab Matematik SPM (Dewan Multaqa')
7 Julai (8:00 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 Julai (3:00 PM) - Mesyaurat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR, SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
10 Julai (8:00 AM) - Pelancaran Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Serentak Peringkat Daerah Kuantan 2012 (Padang SMK Paya Besar)
12 Julai (7:40 - 9:40 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM Kumpulan Potensi Siri 1 (Bilik Kuliah Za'aba)
12 Julai (9:45 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Sains PMR (Dewan Multaqa')
12 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Penyelarasan Skor PBS PMR SPM (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
12 - 13 Julai - Lawatan Kelab PNB ke PNB KL & Melaka
13 Julai (8:00 - 9:50 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
14 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa')
16 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Solat Hajat Perdana (Bilik Kuliah Za'aba)
17 - 19 Julai - Seminar Kecemerlangan STPM 2012 Peringkat Daerah Kuantan
17 Julai (8:00 -10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 Julai (8:30 - 10:30 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sains SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 - 20 Julai - Program PERHALUS Bahasa Melayu SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Julai - Taklimat & Temuduga Kemasukan Murid ke Program Kolej Vokasional di IPS, Kursus : Air Craft Maintenance (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Julai (8:00 AM - 2:40 PM) - Seminar Teknik Menjawab Fizik SPM 2012 (Dewan Mulaqa')
29 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM 2012 (Dewan Multaqa')
19 Julai (6:30 - 10:00 PM) - Solat Hajat Perdana (Dewan Multaqa')
24 Julai (8:00 - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2012 (Dewan Multaqa')
24 Julai (12:00 - 2:30 PM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR 2012 (3KAA/3 Amanah/ 3 Bestari) (Bilik Kuliah Za'aba)
25 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat JK Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Julai (8:50 AM) - Bengkel Persediaan Ramadhan (Briged Bakti Pahang) (1 Cekal/ 1 Cerdik/ 1 Cerdas) (Bilik Kuliah Za'aba)
27 Julai (8:50 AM) - Program Aman Palestin (Dewan Multaqa')
30 Julai (7.40 AM) - Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Dewan Multaqa')
30 Julai (8:20 - 9:20) - Seminar Tatabahasa PMR 2012 (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa') - Tangguh
31 Julai (7.40 - 10.40 AM) - Peperiksaan Percubaan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
31 Julai (10:00 - 1:00 PM) - Bengkel Teknik Menjawab Matematik PMR 2012 (3 Cekal/ 3 Cerdas/ 3 Cerdik) (Dewan Multaqa')

AKTVITI APRIL 2012

3 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 April (7.40 AM) - Taklimat Perkhemahan Unit Beruniform (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempua (Surau Al-Hikmah)
9 April (12.00 PM) - Mesyuarat Pengurusan 2 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 April - CUTI sempena Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong.
13 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
16 April (9.00 AM) - Penyerahan NETBOOK 1Malaysia (Dewan Multaqa')
16 April (2.50 PM) - LADAP Sejarah K3 (Bilik Kuliah Za'aba)
16 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
17 April (3.00 PM) - LADAP Panitia Pendidikan Islam (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 April (7.40 AM) - Pelancaran Majlis Kempen Menangani Gejala Sosial (Dewan Multaqa')
20 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
20 - 21 April - Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform (Padang SMK Paya Besar)
21 April - SEKOLAH GANTI JADUAL HARI KHAMIS
23 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestaro (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
23 April (3.00 PM) - Ladap Panitia Pendidikan Islam (Bilik Kuliah Za'aba)
24 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Sahsiah Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 April - Lawatan Pelajar Prauniversiti ke USM Pulau Pinang

AKTIVITI JANUARI 2012

1 Januari - CUTI TAHUN BARU
4 Januari (8:30 AM) - SESI PERSEKOLAHAN 2012 BERMULA
4 - 6 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
5 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat Post Mortem PMR 2011 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 - 11 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 (Dewan Multaqa')
12 - 13 Januari - Program Kemahiran Belajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
17 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
18 Januari (3:00 PM) -Mesyuarat Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
19 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat MBMMBI/PPSMI/PBS (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
22 & 24 Januari - CUTI TAHUN BARU CINA
31 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat ALK Kooperasi (Bilik Gerakan Siti Khadijah)

AKTIVITI OGOS 2012

1 Ogos (8.00 AM - 2.00 PM) - Program Transformasi Minda (KIPSAS) - Semua Pelajar Tingkatan 5
2 Ogos (8.30 - 10.30 AM) - Seminar Tatabahasa PMR (Dewan Multaqa')
3 Ogos - Seminar Bahasa Inggeris PMR (Dewan Multaqa')
6 Ogos - CUTI NUZUL QUR'AN
7 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (5 Budiman & 5 Cemerlang) (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Ogos (7.40 AM) - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2012/2013 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2012 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (4 Cemerlang & 4 Damai) (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Biologi SPM 2012 (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (10.10 - 12.10 PM) - Ceramah Nuzul Qur'an (Dewan Multaqa')
18 - 26 Ogos - CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
27 Ogos (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
28 Ogos - Semiinar Pengajian Am Tingkatan 6 Bawah 2012 (Yayasan Pahang)
29 Ogos - Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pendidikan Khas
31 Ogos - CUTI HARI KEMERDEKAAN

AKTIVITI MEI 2012

1 Mei - CUTI HARI PEKERJA
1 Mei - Bengkel Matematik Cara Kacang (Dewan Multaqa')
2 - 3 Mei - Program Sahsiah Bestari
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Matematik & Sains (Makmal Kimia & Biologi)
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Geografi (Bilik Kuliah Za'aba)
3 Mei (3.00 PM) - Mesyurat JK PIBG SMK Paya Besar (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
8 Mei (8.00 AM) - Pendaftaran Pelajar Prauniversiti (Dewan Multaqa')
9 Mei (8.00 AM) - Raptai I Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Melayu
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Inggeris
10 Mei (8.00 AM) - Raptai II Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
10 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
12 Mei - Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
14 Me1 - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Tingkatan 4, 5 & Prauniversiti BERMULA
14 Mei (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
15 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia PJK & PSV
16 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
21 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 & 3 BERMULA
26 Mei - CUTI PERTENGAHAN TAHUN BERMULA

AKTIVITI FEBRUARI 2012

1 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Merentas Desa (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
2 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat JK Bina Insan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
7 Feb (8:00 PM) - Program Akademik Menara Gading (pelajar terpilih)
7 Feb - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
9 Feb (7.00 PM) - Majlis Tahlil Perdana (Surau Al-Hikmah)
10 Feb (8:00 AM) - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
11 Feb (8:00 AM) - Program Excel PMR, SPM & STPRM 2012 (Dewan Multaqa')
16 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Pengurusan Aset Mudah Alih & Taklimat Perisian Portal Pangkalan Data (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 26 (Dewan Multaqa')
20 Feb (8:00 AM - 4.30 PM) - Program Excel - English Workshop (Dewan Multaqa')
21 Feb (8:00 AM) - Aktiviti Terapi Air Pelajar Pendidikan Khas (Dhe Rhu Resort)
23 Feb (10:00 PM) - Perjumpaan Guru Bersama Ibu Bapa Pelajar Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
24 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar (Dewan Multaqa')
24 Feb (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 Feb - UJIAN 1 /FEBRUARI 2012
28 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Kewangan 1 /2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)