Pages

Ads 468x60px

Friday, July 30, 2010

Majlis Ilmu

Majlis ilmu di hari Jumaat berjalan lancar.
Kali ini perkongsian ilmu bersama
Pn Jalilah bt Salim.
Nampak gaya semua pelajar yang hadir
khusyuk mendengar.
Moga bermanafaat buat pedoman kehidupan.

Wednesday, July 28, 2010

Ujian Julai

Hari ini bermula ujian bulan Julai untuk
semua pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4 , 5 dan 6 atas.

SELAMAT MAJU JAYA....

Monday, July 26, 2010

Mesyuarat Kurikulum 3

Hari ini Isnin 26 Julai 2010 telah diadakan
Mesyuarat Kurikulum 3 di Bilik Gerakan Siti Khadijah.
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh
Tn Hj Karim b Man, Pengetua SMK Paya Besar,
telah membincangkan strategi peningkatan
calon-calon yang akan menghadapi
Peperiksaan PMR, SPM dan STPM 2010.

GURU SEPAKAT
PELAJAR MAJU....

Perhimpunan Isnin 26 Julai 2010

Perhimpunan pagi Isnin 26 Julai 2010
berjalan dalam suasana harmoni di Dewan Multaqa'.
Guru bertugas minggu lepas En Abd Jabar
membuat laporan antaranya :
1. Kedatangan awal pelajar ke sekolah memuaskan.
2. Menasihati pelajar agar lebih bertolak ansur
bagi mengelakkan pergaduhan dan
tidak melakukan aktiviti memonteng
seperti panjar pagar.
3. Kelas terbersih minggu ini ialah
kelas 5 Syumul dan 3 KAA.

Kemudian guru bertugas minggu ini En Adnan
membaca pengumuman.
1. Aktiviti kokurikulum minggu ini ditangguhkan
kerana ujian bulan Julai akan bermula
pada 28 - 30 Julai 2010.
2. Perjumpaan kepada semua pengawas sekolah,
pusat sumber, charity shop dan koperator
selepas perhimpunan untuk sesi bergambar.

Diikuti dengan ucapan Pn Jalilah yang mengumumkan
pelajar cemerlang untuk
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010
dan Kelas Tambahan untuk tingkatan 3 & 5
akan bermula hari ini dari jam 2.35 - 3.00 petang.

Turut memberi ucapan ialah Pn Zetty.
Beliau memaklumkan tentang hasil pemeriksaan
mengejut buku teks yang telah diadakan.
Didapati masih ramai pelajar meninggalkan buku teks
didalam laci meja dan kesemua buku-buku
tersebut telah dirampas.
Pelajar boleh datang berjumpa beliau atau
En Daeme untuk menuntut kembali buku
dengan bayaran denda sebanyak 50 sen dan
RM 1.00 jika buku tersebut tidak disampul.
Terdapat juga buku yang tidak dituliskan nama.
Untuk buku seperti ini, tuntutan tidak akan
dibenarkan kerana tiada bukti pemilikan buku.
Semua tuntutan boleh dibuat ketika waktu rehat sahaja.
Diingatkan sekali lagi bahawa adalah satu KESALAHAN
jika pelajar TIDAK MEMBAWA PULANG buku teks
selepas sesi persekolahan TAMAT
dan tidak dibenarkan sama sekali
meninggalkan buku tersebut dilaci meja sekolah.

Akhir sekali ucapan dari Tn Hj Karim b Man,
Pengetua SMK Paya Besar.
Beliau memaklumkan akan pertukaran
beliau sebagai Pegawai PPD Raub yang akan
bermula pada 2 Ogos 2010.
Beliau sempat menasihati pelajar agar
sentiasa hidup tidak menyusahkan orang lain.


Turut diadakan penyampaian hadiah kepada
pelajar yang menunjukkan prestasi yang cemerlang
pada Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 yang lalu.
Semoga ini menjadi perangsang dan motivasi
kepada pelajar dan rakan-rakan pelajar yang lain
untuk terus berusaha dan cemerlang.

Friday, July 23, 2010

Majlis Ilmu

Majlis Ilmu berjalan lancar walaupun bilangan
pelajar agak merosot. Namun ia tidak mematahkan
pelajar yang hadir untuk mendengar.
Kali ini tazkirah telah disampaikan oleh
Ustazah Noraini bt Abd Rashid.
Beliau menbicarakan tentang amalan-amalan
yang boleh dilaksanakan pada bulan sya'aban
sebagai sambutan bulan ramadhan akan
tiba tidak lama lagi.
Moga Allah menberi rahmat dan hidayah
kepada semua yang hadir....

Perjumpaan Bersama Pengetua

Di pagi ini juga Tn Hj Karim b Man,
Pengetua SMK Paya Besar mengambil peluang
berjumpa dengan pelajar cemerlang
dari kalangan calon-calon PMR & SPM.
Pertemuan telah diadakan di BilikSidang.
Beliau telah memberi motivasi dan nasihat
dengan harapan pelajar-pelajar tersebut
dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang
ketika keputusan peperiksaan PMR & SPM nanti.

Bengkel Mufradad & Insyak

Di Bilik Gerakan Siti Khadijah telah berjalan
Bengkel Mufradad dan Insyak yang
melibatkan semua pelajar dari kelas 2 KAA dan 3 KAA.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh
Ustaz Fahzan b Zulkanoi dari
SBP Integrasi Kuantan.

Semoga pelajar yang hadir dapat memahirkan
diri dalam berbahasa Arab.

Majlis Bacaan Yaasin

Di pagi Jumaat 23 Julai 2010 telah berlangsung
Majlis Bacaan Yaasin di Dewan Multaqa'
yang melibatkan semua pelajar
tingkatan 1, 2, 4 dan 6 rendah.
Manakala semua pelajar tingkatan 3, 5 & 6 atas
pula berkumpul di Surau Al Hikmah
bersama-sama melaksanakan Solat Hajat.
Keberkatan Allah jua kita mohon dariNya....

Thursday, July 22, 2010

Seminar Kecemerlangan PMR 2010

Hari ini Khamis 22 Julai 2007
Seminar Kecemerlangan PMR bersambung
untuk hari ke tiga.
Slot pertama diisi dengan Bengkel Teknik
Menjawab Soalan Peperiksaan yang telah
dikendalikan oleh Pn Jalilah bt Salim
untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Kali ini pelajar dari kumpulan sederhana.

Kemudian diisi dengan slot ke dua
dimana penceramahnya ialah
Cik Nita Nor Azrina Ismail.
Kali ini pula ialah pendedahan teknik menjawab
soalan bagi mata pelajaran Matematik.

Akhirnya Pn Jalilah bt Salim meneruskan
dengan bengkel Bahasa Inggeris
khusus untuk pelajar-pelajar kumpulan cemrelang.

Semoga semua pelajar dapat memanafaatkan
sebaik mungkin seminar yang telah diberikan.

Wednesday, July 21, 2010

Candid Camera....


Amboi.... makan-makan ye....

Seminar Kecemerlangan PMR 2010

Hari ini Rabu 21 Julai 2010 hari kedua
Seminar Kecemerlangan PMR.
Pengisian diisi dengan
bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan
bagi mata pelajaran Sains.
Ceramah telah disampaikan oleh
Pn Hjh Khalijah Ali, Guru Cemerelang Sains.

Semoga semua pelajar lebih bersedia
untuk menghadapi peperiksaan PMR nanti.

Kursus Effective Public Speaking

Seramai 52 orang pelajar yang terdiri dari pengawas
telah mengikuti Kursus Effective Public Speaking
yang telah disampaikan oleh En Suresh.
Kursus anjuran Olympia College, Kuantan
bersama Badan Pengawas SMK Paya Besar
turut disertai oleh 20 orang pelajar dari SMK Sg Isap
bersama guru pengiring Cik Norhasaniah.


Pengisian berbentuk ceramah dan bengkel
telah mendedahkan pelajar kepada tips-tips
untuk membuat pengucapan awam dengan
lebih berkeyakinan.

Program Kesedaran HIV/AIDS (PROKES)

Pagi ini semua pelajar-pelajar tingkatan 5 telah
berkumpul di Dewan Multaqa' bagi mengikuti
Program Kesedaran HIV/AIDS (PROKES)
Sekolah-sekolah Menengah Negeri Pahang 2010.

Program ini telah diisi dengan ceramah yang
telah disampikan oleh Dr Boi Saidi b Abd Razak,
Pegawai Perubatan dari Klinik Komuniti Jaya Gading.
Turut hadir pada program ini ialah
En Mohd Jazlan b Jamil,
Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah Kuantan,
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,
Pejabat PPD Kuantan.

Sekitar wajah-wajah yang meneyerikan majlis...

Semoga semua dapat mendengar ceramah dengan baik.

Agar semua mendapat iktibar....

Tuesday, July 20, 2010

Seminar Kecemerlangan PMR 2010

Bermula hari ini 2o Julai 2010 telah bermula
Seminar Kecemerlangan untuk calon-calon
PMR 2010 sebagai persediaan awal mereka untuk
menghadapai peperiksaan PMR .

Sesi seminar dimulakan dengan ceramah motivasi
yang telah disampaikan oleh En Mohd Nadzri Abdul Wahid,
Kaunselor Sekolah SMK Paya Besar.

Kemudian semua pelajar tingkatan 3 telah
mengikuti seminar untuk mata pelajaran
Pendidikan Islam. Ceramah telah disampaikan
oleh Ustaz Mohd Zawawi.

Untuk sesi tengahari seminar telah dikendalikan
oleh Pn Roa'ani bt Mohamed selaku
Guru Cemerlang Bahasa Melayu khusus untuk
kumpulan pelajar-pelajar.

Setiap sesi seminar pelajar telah diisi dengan
bengkel teknik menjawab soalan pepeperiksaan PMR
bagi mata pelajaran masing-masing.

Semoga seminar yang diberikan kepada pelajar
memberi pendedahan awal kepada semua
calon-calon PMR untuk bersedia menghadapi
peperiksaan PMR nanti.

Sunday, July 18, 2010

Ragam pelajar...

Semangat merah...

Amboi.....siapa ambik gambar siapa ni....

Anak cikgu....

Pandang camera lah...

Awat pi tutup kawan kat belakang tu...

Ready...

Peace....

Hooray!!!! kami menang....

World....

Blue... blue...my heart is blue.....

Pua Chu Kang is coming to SMKPB....

Sakit cikgu....

Hehe... akulah pahlawan...

My tortoise...

Sakit ke dok ni.... suka semacam je....

Cikgu, cikgu... tangkap gambar kami...

Ku terpenjara...

Izzat....buat ape tu...

Helo..helo...Amboi ... boleh tahan ye...

Ball boy...

Penat....

Juara...

Huhu... mesti menang ni...

Malu pulak dah...

Senyum Atan....

Ada gaya....

Cikgu... bila nak tangkap gambar kami...

Jangan pandang belakang....

Cikgu.... tangkap gambar kami pulak....

Kami juara!!!

Senyum...

Abang polis.... boleh tolong....
 

AKTIVITI SEPTEMBER 2012

3 - 19 Sept - Peperiksaan Percubaan SPM 2012
3 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 - 14 Sept - Peperiksaan Pecubaan STPM 2012
4 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 Cekal, 3 Cerdik, 3 Cerdas (Bilik Kuliah Za'aba)
4 Sept (10.30 AM) - Majlis Sumbangan Zakat Sempena Aidil Fitri (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 KAA, 3 Amanah, 3 Bestari (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI KHAMIS)
10 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 Sept (2.40 PM) - Jamuan Hari Raya Kelab Staff
17 Sept - CUTI GANTI HARI MALAYSIA
18 Sept (7.40 AM) - Program Sedetik Habitat 1Malaysia dan Program Bank Kitar Semua (Dewan Terbuka SMKPB)
19 Sept (7.40 AM) - Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia (Dewan Multaqa')
22 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI JUMAAT)
26 Sept (7.30 AM - 1.00 PM) - Program RIMUP (SMK Tanah Putih)
26 Sept (8.00 - 1.00 PM) - Program RIMU (SMK Tanah Putih)
26 Sept (2.00 PM) - Penamaan Calon Pilihanraya MPP Prauniversit 2012/2013 (Dewan Multaqa')
27 Sept (7.30) - Program 'All My English' (Dewan Multaqa')
27 Sept (3.30 - 5.50 PM) - Seminar Teknik Menjawab SPM Perdagangan (Bilik Kuliah Za'aba)
27 - 29 Sept - Program Tranformasi Minda (Tingkatan 5 ) (Kem Ville, Kempadang)

AKTIVITI JUN 2012

11 Jun (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
13 Jun (8:00 AM) - Ceramah Perancangan Kewangan PIDM (Dewan Multaqa')
13 Jun (8:45 AM) - Perjumpaan Guru & Ahli Rumah Sukan
15 Jun (8:00 AM) - Ceramah Isra' & Mikraj (Dewan Multaqa')
18 Jun (3:00 PM) - LaDAP Pengurusan ProD (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Jun (8:00 AM) - Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid PPSDM) Program Jati Diri Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
19 Jun (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Sukan & Olahraga (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Jun (8:00 AM) - Mesyuarat MISS dan Hari PaSar-NIAGA (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
21 Jun (8:00 AM) - Raptai Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
21 Jun (3:00 PM) - Taklimat PAJSK
22 Jun (8:00 AM) - Raptai Penuh Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
22 Jun (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
23 Jun (8:00 AM) - Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang 2012 (Dewan Multaqa')
24 Jun (8:00 AM) - Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah2012 (Padang SMK Paya Besar)
25 Jun - CUTI PERISTIWA
26 Jun (8:00 AM - 1:00 PM) - Program Pendidikan Khas Bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
26 Jun (3:00 PM) - Taklimat Kursus Kepimpinan Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Jun (7:40 AM) - Majlis Pelancaran Karnival Minggu Kokuria (Dewan Multaqa')
27 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Bahasa
28 Jun (11:00 AM) - Bench Marking Subjek Sejarah Tingkatan 6 Bersama SMK Air Putih (BIlik Kuliah Za'aba)
28 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Sains & Matematik
28 Jun (3:00 PM) - Taklimat Program Motivasi Kecemerlangan STPM (Bilik Sidang)

AKTIVITI MAC 2012

1 Mac - Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2012 (Dewan Multaqa')
1 Mac (2:00 PM) - Ceramah Motivasi GPMS Tingkatan 3 & 5 (Dewan Multaqa')
2 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
7 Mac - Keputusan STPM 2011
10 - 18 Mac - Cuti Pertengahan Penggal 1
19 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Mac (8:00 AM - 2:00 PM) - Kursus Keterampilan Bertutur (Bilik Kuliah Za'aba)
19 - 22 Mac - Pertandingan Sepak Takraw MSSD Kuantan (Dewan Multaqa')
21 Mac - Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM (Dewan Terbuka SMK Paya Besar)
23 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
26 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
26 - 29 Mac - Pertandingan Catur Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
27 - 29 Mac - Lawatan Sambil Belajar Kelas Pendidikan Khas ke Selangor
29 Mac (3:00 PM) - Mesyuarat Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah) (tangguh)
30 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
31 Mac - Outreach IPT, Seminar Kerjaya PERHATI (Dewan Multaqa')
31 Mac - Bengkel Pengurusan Kokurikulum (Bilik Kuliah Za'aba)

AKTIVITI DISEMBER 2011

20 Disember (9:00 AM) - Mesyuarat MT Pertama 2012
22 Disember - Keputusan Peperiksaan PMR 2011
25 Disember - CUTI KRISMAS
27 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Guru Pertama 2012
27 Disember (11:30 AM) - Mesyurat Pendaftaran Tingkatan 1
28 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Bidang & Panitia
29 Disember (8:30 AM) - LADAP - Amalan 5S
29 Disember (11:00 AM) - Amali di tempat masing-masing
30 Disember (7:30 AM) - Pendaftaran Semula Pelajar Tingkatan 2, 3, 5 & Prauniversiti
31 Disember (8:30 AM) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012

AKTIVITI JULAI 2012

2 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Kemanusiaan
3 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Vokasional & Teknologi
3 Julai (8:00 AM - 9:00 AM) Seminar Bahasa Melayu PMR - 3 CEKAL, 3 CERDAS, 3 CERDIK (Dewan Multaqa')
4 Julai - Hari Kemuncak Karnival Kokuria, Hari Koperasi Sekolah, Hari PaSar-NIAGA & Hari Bersama Pelanggan
5 Julai (11:00 AM - 1:00 PM) Seminar Teknik Menjawab Matematik SPM (Dewan Multaqa')
7 Julai (8:00 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 Julai (3:00 PM) - Mesyaurat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR, SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
10 Julai (8:00 AM) - Pelancaran Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Serentak Peringkat Daerah Kuantan 2012 (Padang SMK Paya Besar)
12 Julai (7:40 - 9:40 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM Kumpulan Potensi Siri 1 (Bilik Kuliah Za'aba)
12 Julai (9:45 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Sains PMR (Dewan Multaqa')
12 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Penyelarasan Skor PBS PMR SPM (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
12 - 13 Julai - Lawatan Kelab PNB ke PNB KL & Melaka
13 Julai (8:00 - 9:50 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
14 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa')
16 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Solat Hajat Perdana (Bilik Kuliah Za'aba)
17 - 19 Julai - Seminar Kecemerlangan STPM 2012 Peringkat Daerah Kuantan
17 Julai (8:00 -10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 Julai (8:30 - 10:30 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sains SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 - 20 Julai - Program PERHALUS Bahasa Melayu SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Julai - Taklimat & Temuduga Kemasukan Murid ke Program Kolej Vokasional di IPS, Kursus : Air Craft Maintenance (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Julai (8:00 AM - 2:40 PM) - Seminar Teknik Menjawab Fizik SPM 2012 (Dewan Mulaqa')
29 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM 2012 (Dewan Multaqa')
19 Julai (6:30 - 10:00 PM) - Solat Hajat Perdana (Dewan Multaqa')
24 Julai (8:00 - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2012 (Dewan Multaqa')
24 Julai (12:00 - 2:30 PM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR 2012 (3KAA/3 Amanah/ 3 Bestari) (Bilik Kuliah Za'aba)
25 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat JK Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Julai (8:50 AM) - Bengkel Persediaan Ramadhan (Briged Bakti Pahang) (1 Cekal/ 1 Cerdik/ 1 Cerdas) (Bilik Kuliah Za'aba)
27 Julai (8:50 AM) - Program Aman Palestin (Dewan Multaqa')
30 Julai (7.40 AM) - Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Dewan Multaqa')
30 Julai (8:20 - 9:20) - Seminar Tatabahasa PMR 2012 (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa') - Tangguh
31 Julai (7.40 - 10.40 AM) - Peperiksaan Percubaan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
31 Julai (10:00 - 1:00 PM) - Bengkel Teknik Menjawab Matematik PMR 2012 (3 Cekal/ 3 Cerdas/ 3 Cerdik) (Dewan Multaqa')

AKTVITI APRIL 2012

3 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 April (7.40 AM) - Taklimat Perkhemahan Unit Beruniform (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempua (Surau Al-Hikmah)
9 April (12.00 PM) - Mesyuarat Pengurusan 2 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 April - CUTI sempena Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong.
13 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
16 April (9.00 AM) - Penyerahan NETBOOK 1Malaysia (Dewan Multaqa')
16 April (2.50 PM) - LADAP Sejarah K3 (Bilik Kuliah Za'aba)
16 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
17 April (3.00 PM) - LADAP Panitia Pendidikan Islam (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 April (7.40 AM) - Pelancaran Majlis Kempen Menangani Gejala Sosial (Dewan Multaqa')
20 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
20 - 21 April - Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform (Padang SMK Paya Besar)
21 April - SEKOLAH GANTI JADUAL HARI KHAMIS
23 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestaro (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
23 April (3.00 PM) - Ladap Panitia Pendidikan Islam (Bilik Kuliah Za'aba)
24 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Sahsiah Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 April - Lawatan Pelajar Prauniversiti ke USM Pulau Pinang

AKTIVITI JANUARI 2012

1 Januari - CUTI TAHUN BARU
4 Januari (8:30 AM) - SESI PERSEKOLAHAN 2012 BERMULA
4 - 6 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
5 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat Post Mortem PMR 2011 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 - 11 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 (Dewan Multaqa')
12 - 13 Januari - Program Kemahiran Belajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
17 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
18 Januari (3:00 PM) -Mesyuarat Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
19 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat MBMMBI/PPSMI/PBS (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
22 & 24 Januari - CUTI TAHUN BARU CINA
31 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat ALK Kooperasi (Bilik Gerakan Siti Khadijah)

AKTIVITI OGOS 2012

1 Ogos (8.00 AM - 2.00 PM) - Program Transformasi Minda (KIPSAS) - Semua Pelajar Tingkatan 5
2 Ogos (8.30 - 10.30 AM) - Seminar Tatabahasa PMR (Dewan Multaqa')
3 Ogos - Seminar Bahasa Inggeris PMR (Dewan Multaqa')
6 Ogos - CUTI NUZUL QUR'AN
7 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (5 Budiman & 5 Cemerlang) (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Ogos (7.40 AM) - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2012/2013 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2012 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (4 Cemerlang & 4 Damai) (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Biologi SPM 2012 (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (10.10 - 12.10 PM) - Ceramah Nuzul Qur'an (Dewan Multaqa')
18 - 26 Ogos - CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
27 Ogos (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
28 Ogos - Semiinar Pengajian Am Tingkatan 6 Bawah 2012 (Yayasan Pahang)
29 Ogos - Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pendidikan Khas
31 Ogos - CUTI HARI KEMERDEKAAN

AKTIVITI MEI 2012

1 Mei - CUTI HARI PEKERJA
1 Mei - Bengkel Matematik Cara Kacang (Dewan Multaqa')
2 - 3 Mei - Program Sahsiah Bestari
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Matematik & Sains (Makmal Kimia & Biologi)
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Geografi (Bilik Kuliah Za'aba)
3 Mei (3.00 PM) - Mesyurat JK PIBG SMK Paya Besar (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
8 Mei (8.00 AM) - Pendaftaran Pelajar Prauniversiti (Dewan Multaqa')
9 Mei (8.00 AM) - Raptai I Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Melayu
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Inggeris
10 Mei (8.00 AM) - Raptai II Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
10 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
12 Mei - Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
14 Me1 - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Tingkatan 4, 5 & Prauniversiti BERMULA
14 Mei (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
15 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia PJK & PSV
16 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
21 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 & 3 BERMULA
26 Mei - CUTI PERTENGAHAN TAHUN BERMULA

AKTIVITI FEBRUARI 2012

1 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Merentas Desa (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
2 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat JK Bina Insan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
7 Feb (8:00 PM) - Program Akademik Menara Gading (pelajar terpilih)
7 Feb - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
9 Feb (7.00 PM) - Majlis Tahlil Perdana (Surau Al-Hikmah)
10 Feb (8:00 AM) - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
11 Feb (8:00 AM) - Program Excel PMR, SPM & STPRM 2012 (Dewan Multaqa')
16 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Pengurusan Aset Mudah Alih & Taklimat Perisian Portal Pangkalan Data (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 26 (Dewan Multaqa')
20 Feb (8:00 AM - 4.30 PM) - Program Excel - English Workshop (Dewan Multaqa')
21 Feb (8:00 AM) - Aktiviti Terapi Air Pelajar Pendidikan Khas (Dhe Rhu Resort)
23 Feb (10:00 PM) - Perjumpaan Guru Bersama Ibu Bapa Pelajar Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
24 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar (Dewan Multaqa')
24 Feb (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 Feb - UJIAN 1 /FEBRUARI 2012
28 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Kewangan 1 /2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)