Pages

Ads 468x60px

Showing posts with label Aktiviti Bina Insan. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Bina Insan. Show all posts

Saturday, February 9, 2013

Ceramah Maulidur Rasul Tahun 1434H/2013

Ceramah Maulidur Rasul 
Tahun 1434H / 2013
telah diadakan di Dewan Multaqa,
SMK Paya Besar sejurus selepas bacaan Yaasin
pada 25 Jan 2013.

Penceramah Jemputan ialah
En Mohd Razali Bin Maarof
Pensyarah Kolej Teknologi Darul Naim (KTD)
Kelantan

Tajuk yang dibincangkan ialah
'Andai Rasulullah SAW masih ada,
Agaknya Baginda suka tak kita.....?'


Penceramah bersama Pentadbir sekolah dan wakil dari HALUAN 


Pelajar kusyuk mendengar.


Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan
program Maulidur Rasul peringkat sekolah.

Friday, July 27, 2012

Bengkel Persediaan Ramadhan

 Bagi memantapkan anak-anak pelajar menjalani
ibadah puasa di bulan Ramadhan ini satu 
Bengkel Persediaan Ramadhan telah diadakan
di Bilik Kuliah za'aba yang melibatkan 
pelajar tingkatan 1 Cekal, 1 Cerdik dan 1 Cerdas.
 Bengkel diuruskan oleh En Hilmi Mohd Nor
sukarelawan dari Briged Bakti Pahang.
Semoga pengetahuan dan amal pelajar tertingkat.

Monday, July 23, 2012

Program Ihya' Ramadhan 2012

Sempena bulan Ramadhan ini, 
pihak Panitia Pendidikan Islam & Bina Insan
akan mengadakan Program Ihya' Ramadhan.
Antara objektif Program Ihya' Ramadhan ialah
1.  Melahirkan generasi pelajar yang suka 
membaca Al-Quran.
2.  Menggalakkan guru dan kakitangan
untuk melipat gandakan sifat dermawan dan
saling membantu antara satu sama lain.
3.  Menghidupkan siang hari Ramadhan dengan
amalan sunat yang amat dituntut.

Di antara aktiviti yang dianjurkan ialah
  • Tadarus Al-Quran untuk guru dan pelajar.
  • Majlis Khatam Quran dan Sumbangan Hari Raya 
akan diadakan ada 15 Ogos 2012.
Kepada individu pelajar yang berkeyakinan
dapat menghabiskan tilawah 30 juzuz Al-Quran
sebelum 15 Ogos.  Sila beri nama kepada guru
Pendidikan Islam kelas masing-masing 
selewat-lewatnya minggu pertama Ramadhan.
  • Majlis Ilmu Waktu Rehat.
  •  Bacaan Yaasin dan Solat Hajat setiap Jumaat.
  • Tazkirah Ramadhan setiap Rabu.
  • Ceramah Nuzul Al-Quran.
  • Bengkel persediaan Ramadhan khusus
untuk pelajar tingkatan 1.

Jadi sama-samalah kita menghidupkan 
Bulan Ramadhan ini.

Thursday, May 3, 2012

Majlis Penutup Program Sahsiah Bestari

Dua hari pelajar menjalani pelbagai aktiviti
dalam program ini.
Program berakhir dengan
Ceramah Motivasi Keibubapaan
yang disampaikan oleh Dato' Mustafa Long.
Wakil ibu bapa memberi sedikit ucapan
diikuti dengan Ucapan Perasmian Penutup 
yang telah disempurnakan oleh
En Ahmad Rahimee Yusof 
GPK Kokurikulum SMK Paya Besar.
Pihak sekolah merakam ribuan penghargaan
dan terima kasih kepada 
pihak PERKIM Daerah Kuantan
kerana telah menaja program ini.  
Terima kasih jua atas kesudian
Tn Hj Azhar Mohd Ali dan Tn Hj Mohamed Musa
bagi pihak PERKIM yang turut hadir
di Majlis Penutup progam ini.

Wednesday, May 2, 2012

Program Sahsiah Bestari

Menyedari untuk melahirkan pelajar yang 
bermaruah dan berakhlak mulia,
Program Sahsiah Bestari telah diadakan
melibatkan 100 orang pelajar terpilih.
Sesi Ice-Breaking bersama Guru Kaunselor
Pn Hjh Azizah Bakar.
Sesi petang pelajar mendengar ceramah motivasi
bertajuk Jatidiri yang telah dikendalikan
oleh En Jamiudin b Kasim
Kaunselor Cemerlang dari Pekan.

Thursday, April 12, 2012

Program Cakna Pelajar (PCP)

 Program Cakna Pelajar seperti mana
yang telah dimaklumkan oleh En Mohamed Che Ibrahim 
GPK HEM SMK Paya Besar.
Tengok... Semua nama pelajar terpapar di papan kenyataan
dengan petunjuk warna masing-masing.
 Petunjuk warna PCP seperti di atas.
Maka pelajar.... AWAS dengan warna masing-masing.

Diharapkan program PCP yang dirancang
dapat membantu mengurangkan
kadar disiplin dikalangan pelajar.

Wednesday, March 7, 2012

 Majlis MTQ Peringkat Sekolah telah diadakan
di Surau Al-Hikmah.
Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Qur'an.
Turut diadakan ialah Pertandingan Pidato dan Hafazan.

Tahniah kepada yang berjaya memenangi
acara yang dipertandingkan.

Friday, February 10, 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1432 H

 Alhamdulilah Sambutan Maulidur Rasul 1432 H
Peringkat Sekolah telah dijayakan dalam suasana
sederhana dan terkawal.  Antara aktiviti yang
diadakan ialah perarakan dan ceramah yang
bertujuan untuk menyedarkan pelajar
tentang peristiwa penting dalam sejarah agama
serta memberi kesedaran tentang perlunya
mereka menghayati cara hidup yang berteraskan
agama sebagai benteng gejala maksiat remaja masa kini.
 Sambutan bermula dengan Bacaan Yaasin
beramai-ramai di Dewan Multaqa'.
 Perarakan bermula dengan didahului oleh
kumpulan Pentadbiran SMK Paya Besar.
 Pelajar-pelajar berarak bersama Persatuan 
dan Kelab masing-masing.
 Sepanduk dibawa sambil berselawat ke atas
Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
 Turut hadir memberi sokongan En Roslan Mansor
Timbalan Pengerusi PIBG SMK Paya Besar.
 Acara penyampaian hadiah yang telah disampaikan
oleh Yang Berbahagia Datin Hjh Ezizah Hj Hashim
Pengetua SMK Paya Besar.
Tahniah kepada Pelajar Pendidikan Khas
kerana telah menjuarai Sepanduk Terbaik.
Acara kemuncaknya ceramah yang telah
disampaikan oleh Tn Hj Nor Hamuzi Jamaluddin,
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah
Jabatan Agama Islam Pahang.

Semoga sambutan yang dijalankan 
dapat menanam kesedaran dan keinsafan
untuk kembali menghayati ajaran Islam 
yang diredhai Allah swt.
 

Wednesday, July 27, 2011

Program Ihya' Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan yang bakal datang, pihak Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Program Ihya Ramadhan.
Antara objektif Program Ihya Ramadhan ialah :
1.  Melahirkan generasi pelajar yang suka membaca Al-Quran.
2.  Menggalakkan guru dan kakitangan untuk melipat gandakan sifat dermawan dan saling membantu antara satu sama lain.
3.  Menghidupkan siang hari Ramadhan dengan amalan sunat yang amat dituntut.

Diantara aktiviti yang akan dianjurkan ialah

1.  Tadarus Al-Quran untuk guru dan pelajar.  Tadarus quran pelajar akan dilaksanakan ketika waktu subjek Pendidikan Islam.


2.  Majlis Khatam Quran dan Sumbangan Hari raya akan diadakan pada 24 Ramadhan.  Untuk makluman semua, pihak sekolah akan menyediakan ganjaran kepada pelajar yang berjaya khatam semua surah Al-Quran secara individu sepanjang bulan Ramadhan.  Jadi kepada pelajar yang berkeinginan menyahut cabaran Khatam Al-Quran secara individu, sila beri nama kepada guru Pendidikan Islam kelas masing-masing selewat-lewat Jumaat ini.


3.  Majlis Ilmu untuk pelajar perempuan akan bermula jumaat ini pada pukul 12.00 tengahari di surau.  Cenderahati akan diberikan kepada pelajar yang menghadiri Majlis Ilmu sepanjang bulan Ramadhan ini.


Jadi sama-samalah kita menghidupkan bulan Ramadhan ini.  Terima kasih.

Friday, July 8, 2011

Ceramah Isra' Mikraj

 Di pagi Jumaat yang indah dan tenang 
semua pelajar SMK Paya Besar berkumpul
di Dewan Multaqa' untuk mendengar
Ceramah Isra' Mikraj sempena
Sambutan Isra' Mikraj Peringkat Sekolah 2011.
 Majlis telah dipengerusikan oleh Saudara Mohd Syafik
dan dimulakan dengan Bacaan Doa oleh
Ustaz Mohd Izuddin Che Ismail.
Ceramah bertajuk Memetik Hikmah Di Sebalik
Peristiwa Isra' dan Mikraj telah disampaikan oleh 
Al Fadhil Mohd Shupian bin Majid dari
Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam
KIPSAS, Kuantan.

Semoga para hadirin mendapat iktibar dari
apa yang telah disampaikan disamping itu
dapat memperbaiki diri dan meningkatkan lagi
ilmu, iman dan ketaqwaan kepada Allah swt.

Sunday, July 3, 2011

Bengkel Sehari Remaja Soleh

Pada hari Ahad 3 Julai 2011 telah diadakan
Bengkel Sehari Remaja Soleh.
Program jaringan kerjasama antara 
Unit Bina Insan dan Biro Muslimat
Surau Al-Raudhah Taman Guru cuba untuk
memberi pengisian rohani khusus kepada
remaja lelaki SMK Paya Besar 
terutama dari aspek solat dan pengajian Al-quran.
Semoga yang hadir dapat tertingkat
ilmu dan amalan dalam ibadah, iman dan taqwa.

Wednesday, June 22, 2011

Program Kempen Pencegahan Jenayah Daerah Kuantan 2011

 
 Bertempat di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar
telah berlangsung Program Kempen Pencegahan 
Jenayah Daerah Kuantan.
 Pendaftaran guru dan pelajar.
 Kehadiran tetamu khas.
 Sesi pertama diisi dengan ceramah yang bertajuk
Perundangan Jenayah dan Implikasi.
Ceramah telah disampaikan oleh
ASP Murugesu A/L K Thengavellu,
Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah,
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.
 Ceramah yang disampaikan cuba untuk 
membangkit kesedaran dan kepekaan pelajar
terhadap kemungkinan wujudnya
gejala antisosial disekeliling mereka.
 Semoga pelajar akan lebih bertanggungjawab
dalam hal menangani jenayah demi agama,
bangsa dan negara.
Penyampaian cenderamata kepada penceramah
telah disampaikan oleh
Tn Hj Abd Razak Hj Ahmad
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan.

Monday, June 20, 2011

OPS TIRAM

 Program Ops Tiram telah dijalankan melibatkan
semua pelajar di mana pelajar perempuan
telah dikumpulkan di Dewan Multaqa'.
Manakala pelajar lelaki dikumpulkan 
di Surau Al Hikmah.
 Ops Tiram adalah salah satu pengisian aktiviti program
SUMUR (Sakhsiyah Untuk Murid) Banat wal Banin
peringkat sekolah dibawah anjuran JK Bina Insan
dengan kerjasama Unit HEM Sekolah.
Antara objektif Ops Tiram adalah melahirkan
pelajar yang berakhlak mulia disamping mempunyai
daya tahan dalam menghadapi cabaran hidup masa kini.
 Pelajar mendengar ceramah oleh 
Cik Norhidayah bt Ibrahim Pegawai Psikologi dari 
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
 Pelajar khusyuk mendengar ceramah.
 Pelajar lelaki juga mendapat sentuhan dari
En Mohd Nadzri Kanselor Sekolah
dan Ustaz Mohd Izuddin Che Ismail.
 Ketua bidang dan guru kaunselor turut
memberi nasihat kepada pelajar.
 Sesi kaunseling berkelompok kepada pelajar terpilih.
Cenderahati kepada penceramah.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih
diatas kerjasama yang telah diberikan.
Semoga semua yang hadir terutama pelajar 
beroleh manafaat.

Friday, March 4, 2011

Membina Rohani...

Di pagi Jumaat hari penuh keberkatan,
aktiviti rohani pelajar diisi dengan 
membaca Yaasin beramai-ramai
di Dewan Multaqa'.
Serentak dengan itu juga pelajar-pelajar
Tingkatan 3, 5 & Prauniversiti
mengadakan aktiviti Solat Hajat
di Surau Al Hikmah.
 
Manakala sebelum pulang,
pelajar-pelajar perempuan mengikuti
aktiviti Majlis Ilmu di Bilik Tayang 
bersama dengan Ustazah Siti Fatimah.
 

AKTIVITI SEPTEMBER 2012

3 - 19 Sept - Peperiksaan Percubaan SPM 2012
3 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 - 14 Sept - Peperiksaan Pecubaan STPM 2012
4 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 Cekal, 3 Cerdik, 3 Cerdas (Bilik Kuliah Za'aba)
4 Sept (10.30 AM) - Majlis Sumbangan Zakat Sempena Aidil Fitri (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 KAA, 3 Amanah, 3 Bestari (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI KHAMIS)
10 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 Sept (2.40 PM) - Jamuan Hari Raya Kelab Staff
17 Sept - CUTI GANTI HARI MALAYSIA
18 Sept (7.40 AM) - Program Sedetik Habitat 1Malaysia dan Program Bank Kitar Semua (Dewan Terbuka SMKPB)
19 Sept (7.40 AM) - Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia (Dewan Multaqa')
22 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI JUMAAT)
26 Sept (7.30 AM - 1.00 PM) - Program RIMUP (SMK Tanah Putih)
26 Sept (8.00 - 1.00 PM) - Program RIMU (SMK Tanah Putih)
26 Sept (2.00 PM) - Penamaan Calon Pilihanraya MPP Prauniversit 2012/2013 (Dewan Multaqa')
27 Sept (7.30) - Program 'All My English' (Dewan Multaqa')
27 Sept (3.30 - 5.50 PM) - Seminar Teknik Menjawab SPM Perdagangan (Bilik Kuliah Za'aba)
27 - 29 Sept - Program Tranformasi Minda (Tingkatan 5 ) (Kem Ville, Kempadang)

AKTIVITI JUN 2012

11 Jun (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
13 Jun (8:00 AM) - Ceramah Perancangan Kewangan PIDM (Dewan Multaqa')
13 Jun (8:45 AM) - Perjumpaan Guru & Ahli Rumah Sukan
15 Jun (8:00 AM) - Ceramah Isra' & Mikraj (Dewan Multaqa')
18 Jun (3:00 PM) - LaDAP Pengurusan ProD (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Jun (8:00 AM) - Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid PPSDM) Program Jati Diri Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
19 Jun (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Sukan & Olahraga (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Jun (8:00 AM) - Mesyuarat MISS dan Hari PaSar-NIAGA (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
21 Jun (8:00 AM) - Raptai Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
21 Jun (3:00 PM) - Taklimat PAJSK
22 Jun (8:00 AM) - Raptai Penuh Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
22 Jun (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
23 Jun (8:00 AM) - Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang 2012 (Dewan Multaqa')
24 Jun (8:00 AM) - Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah2012 (Padang SMK Paya Besar)
25 Jun - CUTI PERISTIWA
26 Jun (8:00 AM - 1:00 PM) - Program Pendidikan Khas Bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
26 Jun (3:00 PM) - Taklimat Kursus Kepimpinan Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Jun (7:40 AM) - Majlis Pelancaran Karnival Minggu Kokuria (Dewan Multaqa')
27 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Bahasa
28 Jun (11:00 AM) - Bench Marking Subjek Sejarah Tingkatan 6 Bersama SMK Air Putih (BIlik Kuliah Za'aba)
28 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Sains & Matematik
28 Jun (3:00 PM) - Taklimat Program Motivasi Kecemerlangan STPM (Bilik Sidang)

AKTIVITI MAC 2012

1 Mac - Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2012 (Dewan Multaqa')
1 Mac (2:00 PM) - Ceramah Motivasi GPMS Tingkatan 3 & 5 (Dewan Multaqa')
2 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
7 Mac - Keputusan STPM 2011
10 - 18 Mac - Cuti Pertengahan Penggal 1
19 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Mac (8:00 AM - 2:00 PM) - Kursus Keterampilan Bertutur (Bilik Kuliah Za'aba)
19 - 22 Mac - Pertandingan Sepak Takraw MSSD Kuantan (Dewan Multaqa')
21 Mac - Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM (Dewan Terbuka SMK Paya Besar)
23 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
26 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
26 - 29 Mac - Pertandingan Catur Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
27 - 29 Mac - Lawatan Sambil Belajar Kelas Pendidikan Khas ke Selangor
29 Mac (3:00 PM) - Mesyuarat Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah) (tangguh)
30 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
31 Mac - Outreach IPT, Seminar Kerjaya PERHATI (Dewan Multaqa')
31 Mac - Bengkel Pengurusan Kokurikulum (Bilik Kuliah Za'aba)

AKTIVITI DISEMBER 2011

20 Disember (9:00 AM) - Mesyuarat MT Pertama 2012
22 Disember - Keputusan Peperiksaan PMR 2011
25 Disember - CUTI KRISMAS
27 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Guru Pertama 2012
27 Disember (11:30 AM) - Mesyurat Pendaftaran Tingkatan 1
28 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Bidang & Panitia
29 Disember (8:30 AM) - LADAP - Amalan 5S
29 Disember (11:00 AM) - Amali di tempat masing-masing
30 Disember (7:30 AM) - Pendaftaran Semula Pelajar Tingkatan 2, 3, 5 & Prauniversiti
31 Disember (8:30 AM) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012

AKTIVITI JULAI 2012

2 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Kemanusiaan
3 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Vokasional & Teknologi
3 Julai (8:00 AM - 9:00 AM) Seminar Bahasa Melayu PMR - 3 CEKAL, 3 CERDAS, 3 CERDIK (Dewan Multaqa')
4 Julai - Hari Kemuncak Karnival Kokuria, Hari Koperasi Sekolah, Hari PaSar-NIAGA & Hari Bersama Pelanggan
5 Julai (11:00 AM - 1:00 PM) Seminar Teknik Menjawab Matematik SPM (Dewan Multaqa')
7 Julai (8:00 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 Julai (3:00 PM) - Mesyaurat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR, SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
10 Julai (8:00 AM) - Pelancaran Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Serentak Peringkat Daerah Kuantan 2012 (Padang SMK Paya Besar)
12 Julai (7:40 - 9:40 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM Kumpulan Potensi Siri 1 (Bilik Kuliah Za'aba)
12 Julai (9:45 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Sains PMR (Dewan Multaqa')
12 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Penyelarasan Skor PBS PMR SPM (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
12 - 13 Julai - Lawatan Kelab PNB ke PNB KL & Melaka
13 Julai (8:00 - 9:50 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
14 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa')
16 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Solat Hajat Perdana (Bilik Kuliah Za'aba)
17 - 19 Julai - Seminar Kecemerlangan STPM 2012 Peringkat Daerah Kuantan
17 Julai (8:00 -10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 Julai (8:30 - 10:30 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sains SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 - 20 Julai - Program PERHALUS Bahasa Melayu SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Julai - Taklimat & Temuduga Kemasukan Murid ke Program Kolej Vokasional di IPS, Kursus : Air Craft Maintenance (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Julai (8:00 AM - 2:40 PM) - Seminar Teknik Menjawab Fizik SPM 2012 (Dewan Mulaqa')
29 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM 2012 (Dewan Multaqa')
19 Julai (6:30 - 10:00 PM) - Solat Hajat Perdana (Dewan Multaqa')
24 Julai (8:00 - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2012 (Dewan Multaqa')
24 Julai (12:00 - 2:30 PM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR 2012 (3KAA/3 Amanah/ 3 Bestari) (Bilik Kuliah Za'aba)
25 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat JK Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Julai (8:50 AM) - Bengkel Persediaan Ramadhan (Briged Bakti Pahang) (1 Cekal/ 1 Cerdik/ 1 Cerdas) (Bilik Kuliah Za'aba)
27 Julai (8:50 AM) - Program Aman Palestin (Dewan Multaqa')
30 Julai (7.40 AM) - Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Dewan Multaqa')
30 Julai (8:20 - 9:20) - Seminar Tatabahasa PMR 2012 (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa') - Tangguh
31 Julai (7.40 - 10.40 AM) - Peperiksaan Percubaan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
31 Julai (10:00 - 1:00 PM) - Bengkel Teknik Menjawab Matematik PMR 2012 (3 Cekal/ 3 Cerdas/ 3 Cerdik) (Dewan Multaqa')

AKTVITI APRIL 2012

3 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 April (7.40 AM) - Taklimat Perkhemahan Unit Beruniform (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempua (Surau Al-Hikmah)
9 April (12.00 PM) - Mesyuarat Pengurusan 2 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 April - CUTI sempena Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong.
13 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
16 April (9.00 AM) - Penyerahan NETBOOK 1Malaysia (Dewan Multaqa')
16 April (2.50 PM) - LADAP Sejarah K3 (Bilik Kuliah Za'aba)
16 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
17 April (3.00 PM) - LADAP Panitia Pendidikan Islam (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 April (7.40 AM) - Pelancaran Majlis Kempen Menangani Gejala Sosial (Dewan Multaqa')
20 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
20 - 21 April - Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform (Padang SMK Paya Besar)
21 April - SEKOLAH GANTI JADUAL HARI KHAMIS
23 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestaro (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
23 April (3.00 PM) - Ladap Panitia Pendidikan Islam (Bilik Kuliah Za'aba)
24 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Sahsiah Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 April - Lawatan Pelajar Prauniversiti ke USM Pulau Pinang

AKTIVITI JANUARI 2012

1 Januari - CUTI TAHUN BARU
4 Januari (8:30 AM) - SESI PERSEKOLAHAN 2012 BERMULA
4 - 6 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
5 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat Post Mortem PMR 2011 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 - 11 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 (Dewan Multaqa')
12 - 13 Januari - Program Kemahiran Belajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
17 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
18 Januari (3:00 PM) -Mesyuarat Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
19 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat MBMMBI/PPSMI/PBS (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
22 & 24 Januari - CUTI TAHUN BARU CINA
31 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat ALK Kooperasi (Bilik Gerakan Siti Khadijah)

AKTIVITI OGOS 2012

1 Ogos (8.00 AM - 2.00 PM) - Program Transformasi Minda (KIPSAS) - Semua Pelajar Tingkatan 5
2 Ogos (8.30 - 10.30 AM) - Seminar Tatabahasa PMR (Dewan Multaqa')
3 Ogos - Seminar Bahasa Inggeris PMR (Dewan Multaqa')
6 Ogos - CUTI NUZUL QUR'AN
7 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (5 Budiman & 5 Cemerlang) (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Ogos (7.40 AM) - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2012/2013 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2012 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (4 Cemerlang & 4 Damai) (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Biologi SPM 2012 (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (10.10 - 12.10 PM) - Ceramah Nuzul Qur'an (Dewan Multaqa')
18 - 26 Ogos - CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
27 Ogos (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
28 Ogos - Semiinar Pengajian Am Tingkatan 6 Bawah 2012 (Yayasan Pahang)
29 Ogos - Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pendidikan Khas
31 Ogos - CUTI HARI KEMERDEKAAN

AKTIVITI MEI 2012

1 Mei - CUTI HARI PEKERJA
1 Mei - Bengkel Matematik Cara Kacang (Dewan Multaqa')
2 - 3 Mei - Program Sahsiah Bestari
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Matematik & Sains (Makmal Kimia & Biologi)
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Geografi (Bilik Kuliah Za'aba)
3 Mei (3.00 PM) - Mesyurat JK PIBG SMK Paya Besar (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
8 Mei (8.00 AM) - Pendaftaran Pelajar Prauniversiti (Dewan Multaqa')
9 Mei (8.00 AM) - Raptai I Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Melayu
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Inggeris
10 Mei (8.00 AM) - Raptai II Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
10 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
12 Mei - Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
14 Me1 - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Tingkatan 4, 5 & Prauniversiti BERMULA
14 Mei (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
15 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia PJK & PSV
16 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
21 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 & 3 BERMULA
26 Mei - CUTI PERTENGAHAN TAHUN BERMULA

AKTIVITI FEBRUARI 2012

1 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Merentas Desa (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
2 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat JK Bina Insan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
7 Feb (8:00 PM) - Program Akademik Menara Gading (pelajar terpilih)
7 Feb - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
9 Feb (7.00 PM) - Majlis Tahlil Perdana (Surau Al-Hikmah)
10 Feb (8:00 AM) - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
11 Feb (8:00 AM) - Program Excel PMR, SPM & STPRM 2012 (Dewan Multaqa')
16 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Pengurusan Aset Mudah Alih & Taklimat Perisian Portal Pangkalan Data (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 26 (Dewan Multaqa')
20 Feb (8:00 AM - 4.30 PM) - Program Excel - English Workshop (Dewan Multaqa')
21 Feb (8:00 AM) - Aktiviti Terapi Air Pelajar Pendidikan Khas (Dhe Rhu Resort)
23 Feb (10:00 PM) - Perjumpaan Guru Bersama Ibu Bapa Pelajar Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
24 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar (Dewan Multaqa')
24 Feb (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 Feb - UJIAN 1 /FEBRUARI 2012
28 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Kewangan 1 /2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)