Pages

Ads 468x60px

Saturday, January 30, 2010

Kursus Imam & Bilal Muda 2010



Pada 29 - 30 Januari 2010
bertempat di Surau Al Hikmah SMK Paya Besar
telah diadakan Kursus Imam & Bilal Muda 2010.
Kursus anjuran Unit Bina Insan
dengan kerjasama HEM SMK Paya Besar
telah mendapat sambutan yang mengalakkan
dari kalangan pelajar.
Seramai 60 orang pelajar lelaki telah
menghadirkan diri ke kursus ini.

Antara objektif kursus ialah dapat melahirkan
pemimpin yang kecil disekolah disamping
dapat meningkatkan pemahaman dan
penguasaan ilmu asas tentang persediaan
sebagai pemimpin masyarakat.

Menurut penyelaras program, Pn Norihan bt Ahamed,
antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan
sepanjang kursus ini ialah ceramah yang bertajuk
Persediaan Sebagai Imam dan Bilal
dan Orang Yang Layak Menjadi Imam.
Turut diadakan LDK berkait dengan
Tahsin Qiraat - bacaan Al-Fatihah dan
bacaan dalam solat,
Masbuk & Muafik dalam solat dan amali,
Hafazan/Tasmik Bacaan Wirid & Doa
serta Adab Makmun dan Muafik.

Menjadi harapan pelajar-pelajar yang hadir
terbentuk sakhsiah dan keperibadian
yang baik dan mulia.
Moga tertanam kesedaran pelajar
terhadap tugas dan peranan individu
terhadap agama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih diucapkan kepada
semua pihak yang telah terlibat baik secara
langsung mahupun tidak langsung
dalam menjayakan
Kursus Imam & Bilal Muda 2010.

Friday, January 29, 2010

Majlis Ilmu 29 Januari 2010


Majlis Ilmu untuk pelajar perempuan
berjalan seperti dirancang.
Penceramah kali ini ialah
Pn Hjh Sh Maryam bt Sy Abdul Rahman.
Moga pelajar-pelajar yang hadir
mendapat manafaat dari penyampaian tersebut.

Thursday, January 28, 2010

Jamuan Perpisahan


Hari ini Dewan Multaqa' bertukar wajah.
Ini kerana telah diadakan
Majlis Jamuan Perpisahan
untuk guru-guru yang bertukar
disamping menyambut kedatangan
guru-guru baru yang bertukar
ke SMK Paya Besar.


Seawal pagi, orang-orang penting
memastikan agar majlis berjalan lancar.


Menghampiri 2.30 petang,
tetamu yang diraikan,
Pn Hjh Hatijah Gan bt Abddulah, AAP.,
mantan Pengetua SMK Paya Besar
dan En Jusoh b Hassan,
mantan GPK HEM SMK Paya Besar tiba.
Ketibaan mereka disambut dengan
paluan kompang dan bunga manggar
dari pelajar-pelajar.



Turut hadir dalam majlis ini ialah
Pengerusi PIBG Tn Hj Zahidi b Hussein.


Majlis telah dipengerusikan oleh
Pn Hjh Kamriah bt Jusoh.
Sebagai memberkati majlis,
bacaan doa telah di baca oleh
Ustaz Mohd Jamali b Abdullah.
Kemudian diikuti dengan ucapan aluan
oleh En Wan Sayuti Wan Mohamed
selaku Pengerusi Kelab Staff SMKPB 2010.


Majlis diteruskan dengan ucapan perpisahan
oleh En Jusoh b Hassan,
mantan GPK SMK Paya Besar.


Majlis tidak lengkap tanpa mendengar ucapan
dari mantan Pegetua SMK Paya Besar,
Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah, AAP.
Antara pesanan-pesanan beliau,
"Jadilah guru yang bukan sekadar
mengajar tapi mendidik.
Guru adalah qudwah kepada pelajar.
Jika seorang doktor tersilap memberi ubat,
mati seorang pesakit sahaja, tetapi
jika guru tersilap memberi ubat,
rosak satu generasi...
Oleh itu dalam mengalas tugas sebagai pendidik,
komitmen dan kesabaran sangat-sangat diperlukan"


Selesai semua ucapan, tetamu yang hadir
mula menikmati hidangan yang disediakan.


Kemudian majlis penyampaian cenderahati.



Turut akan bertukar ialah Pn Ariza Awang.


Sebelum bersurai masing-masing mengambil
kesempatan untuk bergambar.



Tidak terhingga ucapan terima kasih
ke atas segala jasa dan keringat
yang dicurahkan oleh semua guru
yang pernah berkhidmat di sini
dari kami semua warga SMK Paya Besar.


Jasa mu akan kami kenang sepanjang hayat....

Coret-coret Kenangan....



Monday, January 25, 2010

Perhimpunan Isnin 25 Januari 2010


Perhimpuan berjalan lancar.

Guru bertugas pada minggu lepas
En Adnan Mamat membuat laporan,
Antaranya, kedatangan lewat terkawal,
jangan menlengah-lengahkan waktu rehat
dan terimakasih kepada semua pelajar
yang terlibat dengan gotong royong Sabtu lalu.

Kemudian guru bertugas minggu ini
Pn Hjh Sh Faridah Hanim membaca pengumuman.
Antaranya, temapahan name tag di koperasi
dengan harga RM4.00 untuk 4 keping
dan perjumpaan semua ketua kelas
dan penolong ketua kelas 2.45 petang ini
di dewan terbuka.

Perhimpunan diteruskan dengan penguman
dari En Daeme Abu Bakar.
Beliau mengingatkan pelajar agar
tidak menuntut buku yang bukan miliknya.

Akhir Datin Hjh Fauziah bt Ismail,
GPK Pentadbiran SMK Paya Besar
memberi ucapan. Antaranya
1. Menasihati pelajar agar tidak meninggalkan
solat subuh setiap hari sebelum ke sekolah.
2. Bersopan bila berada dalam majlis
perhimpunan rasmi.
3. Menghormati ibu bapa.
4. Tidak mengambil kesempatan
di atas kelemahan orang lain.
5. Menghormati guru.
6. Membaca petikan dari akhbar Sinar Harian
berkaitan Fatwa merokok.
7. Mengucapkan tahniah atas kerjasama
pelajar dalam aktiviti gotong royong.
8. Berdiri di luar kelas ketika
bacaan doa pagi dibacakan.
9. Menasihati pelajar perempuan agar
mengambil peluang tazkirah yang diadakan
pada setiap hari jumaat selepas persekolahan.

Semoga semua pelajar SMK PB
terdidik dengan aklah yang baik.

Saturday, January 23, 2010

Gotong Royong Memasak Bubur Assyura


Turut diadakan pada hari Sabtu 23 Januari 2010
guru-guru SMK Paya Besar
bergotong royong memasak bubur assyura.


Semua turun padang mengacau bubur,
kacau jangan tak kacau....


Juga staff2 pejabat pun join sekali...


Turut hadir, mantan pengetua SMK Paya Besar,
Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah.
Tidak lupa wakil dari Sinar Harian pun ada sama
masuk surat khabar you....


Huhu... guru perempuan pun
nak tunjuk kehebatan mereka.....


Ha'ah... ini orang kuat kita...
Kalau mereka tak ada,
alamat tak adalah makan tengahari....


Alhamdulillah, masakan istimewa buat petugas....


Amboi2X... Tuan Haji pun kacau jugak....
Baik-baik... kata kena rehat banyak...


Yang penting tenaga-tenaga muda SMK Paya Besar,
terima kasih kerana menolongnya,
kalau tak, tak masaklah bubur tu...


Akhirnya, masak juga...
Bubur siap untuk diagihkan dalam bekas.


Kesihan... lama menunggu buburnya
dari pagi, hampir jam 5 petang baru masak...



Wah... Tuan Haji... sudah dapat sebekas
bubur nak balik dah...
Kawah tu sapa nak basuh....?


Alhamdulillah, seharian memasak
dari pagi sampai jam 5 petang baru selesai....
Yang tersurat.....
setiap orang pulang dengan sebekas bubur assyura...
Tapi yang tersirat.....
tersemai semangat kerjasama atas
dasar persaudaraan sesama islam.
Dalam gelak tawa dan senda gurau
terjalin ukhwah yang paling indah
Moga kemesraan yang terjalin,
mengukuhkan tali silaturahim.....

Jutaan terimakasih kepada semua
warga SMK Paya Besar yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung....

Gotong Royong

Pada Sabtu 23 Januari 2009
sekolah telah mengadakan gotong royong kelas
bagi tujuan membersih dan menceriakan kelas.
Alhamdulillah pelajar-pelajar yang hadir
telah memberik kerjasama yang baik.


Ada yang mengecat kelas....


Ada yang menceriakan belakang kelas....


Dan ada yang cuci tingkap...
Semua rajin-rajin belaka...

Semoga suasana keceriaan
dapat memberi suasana yang kondusif
untuk pelajar bersemangat untuk belajar...

KELAS CERIA
PELAJAR GEMBIRA
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
SEMPURNA....

Friday, January 22, 2010

Majlis Ilmu 22 Januari 2010


Seperti dirancang Majlis Ilmu berjalan lancar.
Kali ini Ustazah Cik Rosmaria Omar
membicarakan tajuk bersuci.
Semoga pelajar yang hadir dapat
memanafaatkan ilmu yang dipelajari.

Thursday, January 21, 2010

Selamat Datang

Seluruh warga SMK Paya Besar
mengalu-alukan kedatangan pengetua baru,
Tn Hj Karim b Man ke SMK Paya Besar.


Alhamdulillah, atas keprihatinan beliau
sempat melawat pelajar Pendidikan Khas
pada hari pertama beliau melapur diri
ke SMK Paya Besar.

Wednesday, January 20, 2010

Amanat terakhir...


Kepada semua warga pendidik SMK Paya Besar
Assalamu'alaikum wrt.
dan Selamat Sejahtera.

Bertemu dan berpisah merupakan lumrah alam. Tidak di sangka masa berlalu begitu pantas dan setelah 3 tahun 7 bulan menabur bakti, kini tiba pula masa untuk berpisah dengan kalian. Memang berat hati meninggalkan kalian dan berat kaki untuk melangkah keluar dari SMK Paya Besar yang telah banyak melakar sejarah dalam perkhidmatan saya. Tetapi apakan daya, atas kepentingan perkhidmatan saya terpaksa ke sekolah bandar yang lebih berprestasi tinggi dan lain pula bentuk cabarannya.

Saya memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sekiranya selama tempoh berkhidmat di SMK Paya Besar, ada yang terguris hati dan tersinggung perasaan. Memang telah menjadi adat dunia, adat gunung timbunan awan, adat bukit timbunan kabus, adat lurah timbunan air, adat ketua timbunan umpat.

Kepada semua guru, teruskan perjuangan mendidik anak-anak bangsa agar masa depan mereka cemerlang dan gemilang. Berilah komitmen yang jitu kepada pihak sekolah dan segala pengorbanan guru-guru akan diberkati Allah swt.

Terima kasih kepada semua guru yang telah memberi kerjasama dan komitmen sehingga SMK Paya Besar telah menjadi Sekolah Kawalan 2 di bawah PPD Kuantan. Semoga usaha ini berterusan dan saya yakin SMK Paya Besar akan muncul sebagai sekolah gemilang di daerah Kuantan.

Serangkap pantun untuk tatatapan semua.

Asap api embun berderai,
Patah galah haluan perahu,
Niat hati tak nak bercerai,
Kehendak Allah siapa yang tahu.

Sekian, terima kasih.

Hjh Hatijah Gan bt Abdullah, AAP.,
Pengetua Cemerlang.

Salam Perpisahan...


Hari ini di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar
Majlis Salam Perpisahan telah di adakan.
Majlis yang ringkas tapi bermakna
ini telah diadakan sempena pertukaran
Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah, AAP.,
Pengetua Cemerlang ke MGS, Kuantan.

Ketibaan Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah
disambut oleh pelajar di Dewan Multaqa'
dengan ucapan selawat beramai-ramai oleh pelajar.

Barisan pentadbir SMK Paya Besar.


Majlis telah dipengerusikan oleh
Pn Hjh Kamriah bt Jusoh.

Bagi mendapat restu Illahi,
Ustaz Mohd Jamali b Abdullah
memulakan majlis dengan bacaaan doa.


Kemudian diikuti dengan ucapan dari
wakil pelajar dan wakil pelajar Pra-U.


Majlis diteruskan dengan ucapan dari
Datin Hjh Fauziah bt Ismail, AAP.,
GPK Pentadbiran SMK Paya Besar.


Kemudian ucapan dari yang diraikan
Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah, AAP,
Pengetua Cemerlang.


Tidak ketinggalan pelajar-pelajar
membuat persembahan dan
turut diadakan tayangan slaid.

Penyampaian cenderamata dari pelajar.


Pn Hjh Hatijah bersalaman dengan para pelajar.
Suasana sayu menyelubungi dewan....

Tidak ketinggalan guru-guru juga turut bersalaman.

Tanggal 16 April 2006
Kau tiba di SMK Paya Besar
Membawa misi dan visi
Mendidik anak bangsa..

Namun tiba masa...
Detik-detik perpisahan itu tiba jua...
Maka ku rakamkan
kenangan-kenangan insa
sebgai tanda ingatan
bahwa kita pernah bersama
juga buat tatapan
kala kita kerinduan...

Tinggi bukti gilang gemilang
Ai laut tenang tenangan
Budimu puan bukan kepalang
Terima ini tanda kenangan....

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua jua....


 

AKTIVITI SEPTEMBER 2012

3 - 19 Sept - Peperiksaan Percubaan SPM 2012
3 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 - 14 Sept - Peperiksaan Pecubaan STPM 2012
4 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 Cekal, 3 Cerdik, 3 Cerdas (Bilik Kuliah Za'aba)
4 Sept (10.30 AM) - Majlis Sumbangan Zakat Sempena Aidil Fitri (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 KAA, 3 Amanah, 3 Bestari (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI KHAMIS)
10 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 Sept (2.40 PM) - Jamuan Hari Raya Kelab Staff
17 Sept - CUTI GANTI HARI MALAYSIA
18 Sept (7.40 AM) - Program Sedetik Habitat 1Malaysia dan Program Bank Kitar Semua (Dewan Terbuka SMKPB)
19 Sept (7.40 AM) - Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia (Dewan Multaqa')
22 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI JUMAAT)
26 Sept (7.30 AM - 1.00 PM) - Program RIMUP (SMK Tanah Putih)
26 Sept (8.00 - 1.00 PM) - Program RIMU (SMK Tanah Putih)
26 Sept (2.00 PM) - Penamaan Calon Pilihanraya MPP Prauniversit 2012/2013 (Dewan Multaqa')
27 Sept (7.30) - Program 'All My English' (Dewan Multaqa')
27 Sept (3.30 - 5.50 PM) - Seminar Teknik Menjawab SPM Perdagangan (Bilik Kuliah Za'aba)
27 - 29 Sept - Program Tranformasi Minda (Tingkatan 5 ) (Kem Ville, Kempadang)

AKTIVITI JUN 2012

11 Jun (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
13 Jun (8:00 AM) - Ceramah Perancangan Kewangan PIDM (Dewan Multaqa')
13 Jun (8:45 AM) - Perjumpaan Guru & Ahli Rumah Sukan
15 Jun (8:00 AM) - Ceramah Isra' & Mikraj (Dewan Multaqa')
18 Jun (3:00 PM) - LaDAP Pengurusan ProD (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Jun (8:00 AM) - Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid PPSDM) Program Jati Diri Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
19 Jun (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Sukan & Olahraga (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Jun (8:00 AM) - Mesyuarat MISS dan Hari PaSar-NIAGA (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
21 Jun (8:00 AM) - Raptai Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
21 Jun (3:00 PM) - Taklimat PAJSK
22 Jun (8:00 AM) - Raptai Penuh Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
22 Jun (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
23 Jun (8:00 AM) - Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang 2012 (Dewan Multaqa')
24 Jun (8:00 AM) - Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah2012 (Padang SMK Paya Besar)
25 Jun - CUTI PERISTIWA
26 Jun (8:00 AM - 1:00 PM) - Program Pendidikan Khas Bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
26 Jun (3:00 PM) - Taklimat Kursus Kepimpinan Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Jun (7:40 AM) - Majlis Pelancaran Karnival Minggu Kokuria (Dewan Multaqa')
27 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Bahasa
28 Jun (11:00 AM) - Bench Marking Subjek Sejarah Tingkatan 6 Bersama SMK Air Putih (BIlik Kuliah Za'aba)
28 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Sains & Matematik
28 Jun (3:00 PM) - Taklimat Program Motivasi Kecemerlangan STPM (Bilik Sidang)

AKTIVITI MAC 2012

1 Mac - Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2012 (Dewan Multaqa')
1 Mac (2:00 PM) - Ceramah Motivasi GPMS Tingkatan 3 & 5 (Dewan Multaqa')
2 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
7 Mac - Keputusan STPM 2011
10 - 18 Mac - Cuti Pertengahan Penggal 1
19 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Mac (8:00 AM - 2:00 PM) - Kursus Keterampilan Bertutur (Bilik Kuliah Za'aba)
19 - 22 Mac - Pertandingan Sepak Takraw MSSD Kuantan (Dewan Multaqa')
21 Mac - Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM (Dewan Terbuka SMK Paya Besar)
23 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
26 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
26 - 29 Mac - Pertandingan Catur Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
27 - 29 Mac - Lawatan Sambil Belajar Kelas Pendidikan Khas ke Selangor
29 Mac (3:00 PM) - Mesyuarat Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah) (tangguh)
30 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
31 Mac - Outreach IPT, Seminar Kerjaya PERHATI (Dewan Multaqa')
31 Mac - Bengkel Pengurusan Kokurikulum (Bilik Kuliah Za'aba)

AKTIVITI DISEMBER 2011

20 Disember (9:00 AM) - Mesyuarat MT Pertama 2012
22 Disember - Keputusan Peperiksaan PMR 2011
25 Disember - CUTI KRISMAS
27 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Guru Pertama 2012
27 Disember (11:30 AM) - Mesyurat Pendaftaran Tingkatan 1
28 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Bidang & Panitia
29 Disember (8:30 AM) - LADAP - Amalan 5S
29 Disember (11:00 AM) - Amali di tempat masing-masing
30 Disember (7:30 AM) - Pendaftaran Semula Pelajar Tingkatan 2, 3, 5 & Prauniversiti
31 Disember (8:30 AM) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012

AKTIVITI JULAI 2012

2 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Kemanusiaan
3 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Vokasional & Teknologi
3 Julai (8:00 AM - 9:00 AM) Seminar Bahasa Melayu PMR - 3 CEKAL, 3 CERDAS, 3 CERDIK (Dewan Multaqa')
4 Julai - Hari Kemuncak Karnival Kokuria, Hari Koperasi Sekolah, Hari PaSar-NIAGA & Hari Bersama Pelanggan
5 Julai (11:00 AM - 1:00 PM) Seminar Teknik Menjawab Matematik SPM (Dewan Multaqa')
7 Julai (8:00 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 Julai (3:00 PM) - Mesyaurat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR, SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
10 Julai (8:00 AM) - Pelancaran Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Serentak Peringkat Daerah Kuantan 2012 (Padang SMK Paya Besar)
12 Julai (7:40 - 9:40 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM Kumpulan Potensi Siri 1 (Bilik Kuliah Za'aba)
12 Julai (9:45 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Sains PMR (Dewan Multaqa')
12 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Penyelarasan Skor PBS PMR SPM (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
12 - 13 Julai - Lawatan Kelab PNB ke PNB KL & Melaka
13 Julai (8:00 - 9:50 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
14 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa')
16 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Solat Hajat Perdana (Bilik Kuliah Za'aba)
17 - 19 Julai - Seminar Kecemerlangan STPM 2012 Peringkat Daerah Kuantan
17 Julai (8:00 -10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 Julai (8:30 - 10:30 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sains SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 - 20 Julai - Program PERHALUS Bahasa Melayu SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Julai - Taklimat & Temuduga Kemasukan Murid ke Program Kolej Vokasional di IPS, Kursus : Air Craft Maintenance (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Julai (8:00 AM - 2:40 PM) - Seminar Teknik Menjawab Fizik SPM 2012 (Dewan Mulaqa')
29 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM 2012 (Dewan Multaqa')
19 Julai (6:30 - 10:00 PM) - Solat Hajat Perdana (Dewan Multaqa')
24 Julai (8:00 - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2012 (Dewan Multaqa')
24 Julai (12:00 - 2:30 PM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR 2012 (3KAA/3 Amanah/ 3 Bestari) (Bilik Kuliah Za'aba)
25 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat JK Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Julai (8:50 AM) - Bengkel Persediaan Ramadhan (Briged Bakti Pahang) (1 Cekal/ 1 Cerdik/ 1 Cerdas) (Bilik Kuliah Za'aba)
27 Julai (8:50 AM) - Program Aman Palestin (Dewan Multaqa')
30 Julai (7.40 AM) - Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Dewan Multaqa')
30 Julai (8:20 - 9:20) - Seminar Tatabahasa PMR 2012 (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa') - Tangguh
31 Julai (7.40 - 10.40 AM) - Peperiksaan Percubaan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
31 Julai (10:00 - 1:00 PM) - Bengkel Teknik Menjawab Matematik PMR 2012 (3 Cekal/ 3 Cerdas/ 3 Cerdik) (Dewan Multaqa')

AKTVITI APRIL 2012

3 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 April (7.40 AM) - Taklimat Perkhemahan Unit Beruniform (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempua (Surau Al-Hikmah)
9 April (12.00 PM) - Mesyuarat Pengurusan 2 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 April - CUTI sempena Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong.
13 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
16 April (9.00 AM) - Penyerahan NETBOOK 1Malaysia (Dewan Multaqa')
16 April (2.50 PM) - LADAP Sejarah K3 (Bilik Kuliah Za'aba)
16 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
17 April (3.00 PM) - LADAP Panitia Pendidikan Islam (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 April (7.40 AM) - Pelancaran Majlis Kempen Menangani Gejala Sosial (Dewan Multaqa')
20 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
20 - 21 April - Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform (Padang SMK Paya Besar)
21 April - SEKOLAH GANTI JADUAL HARI KHAMIS
23 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestaro (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
23 April (3.00 PM) - Ladap Panitia Pendidikan Islam (Bilik Kuliah Za'aba)
24 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Sahsiah Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 April - Lawatan Pelajar Prauniversiti ke USM Pulau Pinang

AKTIVITI JANUARI 2012

1 Januari - CUTI TAHUN BARU
4 Januari (8:30 AM) - SESI PERSEKOLAHAN 2012 BERMULA
4 - 6 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
5 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat Post Mortem PMR 2011 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 - 11 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 (Dewan Multaqa')
12 - 13 Januari - Program Kemahiran Belajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
17 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
18 Januari (3:00 PM) -Mesyuarat Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
19 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat MBMMBI/PPSMI/PBS (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
22 & 24 Januari - CUTI TAHUN BARU CINA
31 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat ALK Kooperasi (Bilik Gerakan Siti Khadijah)

AKTIVITI OGOS 2012

1 Ogos (8.00 AM - 2.00 PM) - Program Transformasi Minda (KIPSAS) - Semua Pelajar Tingkatan 5
2 Ogos (8.30 - 10.30 AM) - Seminar Tatabahasa PMR (Dewan Multaqa')
3 Ogos - Seminar Bahasa Inggeris PMR (Dewan Multaqa')
6 Ogos - CUTI NUZUL QUR'AN
7 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (5 Budiman & 5 Cemerlang) (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Ogos (7.40 AM) - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2012/2013 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2012 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (4 Cemerlang & 4 Damai) (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Biologi SPM 2012 (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (10.10 - 12.10 PM) - Ceramah Nuzul Qur'an (Dewan Multaqa')
18 - 26 Ogos - CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
27 Ogos (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
28 Ogos - Semiinar Pengajian Am Tingkatan 6 Bawah 2012 (Yayasan Pahang)
29 Ogos - Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pendidikan Khas
31 Ogos - CUTI HARI KEMERDEKAAN

AKTIVITI MEI 2012

1 Mei - CUTI HARI PEKERJA
1 Mei - Bengkel Matematik Cara Kacang (Dewan Multaqa')
2 - 3 Mei - Program Sahsiah Bestari
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Matematik & Sains (Makmal Kimia & Biologi)
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Geografi (Bilik Kuliah Za'aba)
3 Mei (3.00 PM) - Mesyurat JK PIBG SMK Paya Besar (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
8 Mei (8.00 AM) - Pendaftaran Pelajar Prauniversiti (Dewan Multaqa')
9 Mei (8.00 AM) - Raptai I Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Melayu
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Inggeris
10 Mei (8.00 AM) - Raptai II Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
10 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
12 Mei - Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
14 Me1 - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Tingkatan 4, 5 & Prauniversiti BERMULA
14 Mei (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
15 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia PJK & PSV
16 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
21 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 & 3 BERMULA
26 Mei - CUTI PERTENGAHAN TAHUN BERMULA

AKTIVITI FEBRUARI 2012

1 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Merentas Desa (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
2 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat JK Bina Insan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
7 Feb (8:00 PM) - Program Akademik Menara Gading (pelajar terpilih)
7 Feb - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
9 Feb (7.00 PM) - Majlis Tahlil Perdana (Surau Al-Hikmah)
10 Feb (8:00 AM) - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
11 Feb (8:00 AM) - Program Excel PMR, SPM & STPRM 2012 (Dewan Multaqa')
16 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Pengurusan Aset Mudah Alih & Taklimat Perisian Portal Pangkalan Data (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 26 (Dewan Multaqa')
20 Feb (8:00 AM - 4.30 PM) - Program Excel - English Workshop (Dewan Multaqa')
21 Feb (8:00 AM) - Aktiviti Terapi Air Pelajar Pendidikan Khas (Dhe Rhu Resort)
23 Feb (10:00 PM) - Perjumpaan Guru Bersama Ibu Bapa Pelajar Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
24 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar (Dewan Multaqa')
24 Feb (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 Feb - UJIAN 1 /FEBRUARI 2012
28 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Kewangan 1 /2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)