Pages

Ads 468x60px

Monday, May 31, 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Hari ini bermula peperiksaan pertengahan tahun
bagi pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 & 3.

SELAMAT MAJU JAYA....

Tuesday, May 25, 2010

Taklimat Khas Guru

Tepat jam 2.45 petang telah diadakan
Taklimat Khas Guru yang melibatkan
semua guru SMK Paya Besar bertempat
di Bilik Gerakan Siti Khadijah.

Semoga segala pemakluman akan dapat
dilaksanakan demi kemajuan anak-anak
didik SMK Paya Besar....

BERSATU KITA TEGUH
BERCERAI KITA ROBOH
BEKERJA DALAM SATU PASUKAN.
SEPAKAT MEMBAWA BERKAT.

Monday, May 24, 2010

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


SELAMAT MAJU JAYA
kepada PELAJAR PRA-UNIVERSITI
(ENAM ATAS) kerana
mula menduduki PEPERIKSAAN
PERTENGAHAN TAHUN 2010
bermula hari ini.

BE THE BEST...
SMKPB BOLEH!!!!

Saturday, May 22, 2010

Bengkel Pemantapan Matematik Tambahan

Bengkel Pemantapan Matematik Tambahan
telah diadakan untuk calon-calon
mata pelajaran tersebut bagi tingkatan 4 & 5.


Bengkel bagi pelajar 4 Saksama & 4 Syumul
telah dikendalikan oleh Pn Kamisah Sani.

Semua kyusuk mengira...

Manakala bengkel bagi pelajar
5 Saksama & 5 Syumul dikendalikan oleh
Pn Hjh Sharifah Faridah Hanim.

Pihak panitia add maths mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Cikgu Mohd Amran
kerana turut membantu pelajar-pelajar
di dalam bengkel tersebut.

Potluck guru-guru....

Hari ini merupakan sekolah ganti.
Bagi mengeratkan silaturahim di kalangan
guru-guru telah diadakan satu potluck.
Bertemakan 'western food' guru-guru
berkongsi makanan masing-masing.

Alhamdulillah.... semua makanan
habis dijamu...

Terimakasih diatas kerjasama guru-guru.

Satu hati satu rasa...
Sepakat membawa berkat...

Bengkel Teknik Menjawab PMR

Bertempat di Dewan Multaqa'
bermula dari jam 7.40 hingga 9,40 pagi
pelajar-pelajar dari kelas
3KAA, 3 Amanah & 3 Bestari
telah mengikuti Bengkel Teknik Menjawab
PMR bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

Bengkel telah dikendalikan bersama oleh
Pn Norehan Ahamed, Hj Norma Omar dan
En Mohd Jamali Abdullah.


Ini bagi memberi persediaan awal kepada pelajar
untuk menghadapai Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010.


Ilmu yang bermanafaat jangan disia-siakan.


Selamat maju jaya.


Moga semua pelajar dapat mempraktikkan
teknik-teknik yang telah ditunjukajar.

Friday, May 21, 2010

Majlis Ilmu Jumaat 21 Mei 2010


Majlis Ilmu telah diadakan di Surau Al-Hikmah
selepas sekolah. Penceramah hari ini
ialah Pn Ramlah Ab Hamid.
Moga pelajar yang hadir mendapat
manafaat dari nasihat yang telah ustazah
berikan.

Thursday, May 20, 2010

Mesyuarat MT

Di bilik Gerakan Siti Khadijah
telah berlangsung Mesyurat MT
yang melibatkan pentadbir sekolah,
ketua-ketua bidang, guru-guru cemerlang
dan beberapa guru lain.


Kesepakatan membawa berkat.
Prestasi pelajar terus meningkat....

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


SELAMAT BERJAYA KEPADA
SEMUA PELAJAR TINGKATAN
4 & 5 YANG AKAN
MENDUDUKI PEPERIKSAAN
PERTENGAHAN TAHUN
BERMULA HARI INI.

Wednesday, May 19, 2010

SAJAK : ORANG MUDA


ORANG MUDA
ORANG MUDA BANYAK LADA
ORANG MUDA MUDAH RASA BANGGA

KERANA
SEMUANYA ADA
ILMU DIRASA PENUH DIDADA
MATA JELAS BELUM BUTA
SEMUA DIPANDANG INDAH BELAKA
SEMUANYA BAGAI INTAN PERMATA
TENAGA BANYAK BERLIPAT GANDA

ORANG MUDA
ORANG MUDA PANDAI BERKATA-KATA
KITA YANG TUA SERBA TAK KENA
KERANA MUDA
RAMAI YANG MENGADA-NGADA

ORANG MUDA
ORANG MUDA KELAK NANTI TUA JUGA
YANG TUA LAGI LAH TUA
TAPI TUA KELAPA TUA
MAKIN TUA MAKIN BANYAK MINYAKNYA
MINYAK TINGGI HARGANYA
APA HAIRAN ORANG MUDA
SAMPAI MASA TUA JUGA.....

NUKILAN : U'HAM.
DARIPADA: PN SHARIFAH BADARIAH BT SYED ABDUL RANI
HANYA UNTUK KONGSI BERSAMA...............................

Perhimpunan Rabu 19 Mei 2010

Perhimpunan pagi Rabu berjalan seperti dirancang.
Guru bertugas Pn Siti Azrulnaim membaca pengumuman.

1. Pelajar-pelajar yang mengikuti kelas amali solat
pada waktu zohor mestilah solat
berjamaah bersama-sama.

2. Majlis Ilmu berjalan seperti biasa untuk
pelajar perempuan di Surau Al-Hikmah.

3. Tahniah dan terima kasih kepada
semua guru dan pelajar yang terlibat
dengan gotong royong perdana pada
hari Sabtu yang lalu.

4. Aktiviti kokurikulum minggu ini dibatalkan
kerana peperiksaan pertengahan tahun
yang akan bermula esok.

5. Hari Sabtu ini ialah sekolah ganti
menggunakan jadual hari Isnin.

6. Semua pelajar dan guru mensedekahkan
al fatihah kepada seorang ibu pelajar yang
meninggal dunia dan juga pelajar sekolah
arwah Nik Mohd Arif (6 rendah) yang
meninggal dunia pada hari Isnin yang lepas.
Moga roh mereka dicucuri rahmat Allah.

Kemudian Pn Melati membuat peringatan
berkaitan Peperiksaan Pertengahan Tahun
yang akan bermula seperti berikut:
Tingkatan 4 & 5 - 20 Mei 2010
Tingkatan 6 Atas - 24 Mei 2010
Tingkatan 1, 2 & 3 - 31 Mei 2010.

1. Lengkapkan diri dengan kelengkapan
peperiksaan terutama alat tulis.
Pelajar tidak dibenarkan meminjam
sewaktu peperiksaan sedang dijalankan.
Hanya kertas soalan dan jawapan sahaja
yang akan dibekalkan oleh pihak sekolah.

2. Pelajar tingkatan 4 & 5 akan menyusun
kerusi dan meja pada waktu akhir persekolahan
hari ini. Manakala tingkatan lain sehari
sebelum peperiksaan bermula.

3. Pelajar dinasihati agar mematuhi segala
peraturan dan arahan yang telah ditetapkan
sewaktu peperiksaan sedang dijaalankan.

Akhir sekali Tn Hj Karim b Man, Pengetua SMKPB
memberi kata-kata nasihat kepada pelajar.

1. Menasihati pelajar agar mengambil berat
tentang peperiksaan dengan membuat persediaan
yang sepenuhnya terutama kepada pelajar
yang berada di tingkatan 3, 5 dan 6 atas kerana
peperiksaan ini penting untuk permohonan
sambung belajar ke luar negara.

2. Mengingatkan pelajar agar mematuhi
peraturan peperiksaan.

3. Menasihati pelajar agar sentiasa menjaga
disiplin diri.

Beliau menaruh harapan agar pelajar sentiasa
menjaga nama baik sekolah agar sentiasa
diingat dan dikenang juga menjadi
pilihan ibubapa di sekitar sini.

Hanya pelajar sahaja yang dapat mencorak
sekolah, guru hanya sekadar membimbing.

Perhimpunan bersurai pada jam 8.20 pagi.

Monday, May 17, 2010

Sambutan Hari Guru 2010

Sambutan Hari Guru 2010 disambut dengan
sederhana tapi meriah.

Juruacara pada pagi ini terdiri dari wakil MPP.

Guru-guru dipakaikan rosette.

Barisan pentadbir SMK Paya Besar.

Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang
dan lagu sekolah.

Diikuti dengan bacaan doa yang syahdu
oleh Ustaz Mohd Izuddin.
Kemudian ucapan wakil pelajar.

Seterusnya Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia oleh En Mohamad b Che Ibrahim,
GPK HEM SMK Paya Besar dan
Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia
oleh Tn Hj Karim b Man, Pengetua SMK Paya Besar.

Bacaan ikrar guru yang di ketuai oleh
En Mohd Nadzeri dan Nyanyian Lagu Guru Malaysia.

Tayangan Media bertajuk Pengalaman Guru di Pedalaman.

Tayangan Multimedia SMK Paya Besar.

Persembahan sajak Oh Guru oleh
adik Mohd Farith, pelajar Pendidikan Khas.

Persembahan Melodrama bertajuk
Mulianya Seorang Guru oleh
pelajar pra universiti.

Persembahan dari Pengawas Sekolah.

Penyerahan 'Giant Card' kepada Tn Hj Karim b Man.



Cikgu.... Anda guru yang hebat....

Sunday, May 16, 2010

Perutusan Hari Guru dari Pengetua SMK Paya Besar.



Bismilahirahmanirahim.
Assalamuailaikum , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia .

Setinggi-tinggi rasa syukur kepada ALLAH S.W.T atas limpah rahmat-NYA , dapat sama-sama kita menyambut Festival Perayaan Hari Guru pada tahun ini .

Pada kesempatan ini , saya mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru khususnya kepada guru-guru SMK Paya Besar. Guru-guru merupakan pendidik , pembentuk, pembina insan sejak dari kanak-kanak hinggalah ke usia remaja . Malah ilmu yang dicurahkan oleh para guru terhadap anak-anak pelajarnya merupakan asas bagi para pelajar tersebut menempuh alam yang lebih mancabar pada masa ini .

Jatuh bangunnya peradaban sesuatu bangsa , banyak bergantung kepada sejauh mana ilmu diberikan oleh para guru kepada pelajar-pelajarnya . Jadi wajar sekali segenap lapisan masyarakat di Negara kita menghargai jasa dan pengorbanan para guru . Guru-guru juga umpama ibu bapa kedua kepada anak-anak .

Akhir sekali kepada semua guru tingkatkan usaha , gandakan iltizam dan cernakan tindakan untuk terus berusaha mendidik anak bangsa . ~ Selamat Hari Guru , Guru Pembina Negara Bangsa ~

Khusus buat guru-guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979




Sekian terima kasih.

HJ KARIM B MAN
PENGETUA
SMK PAYA BESAR KUANTAN.

Saturday, May 15, 2010

Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Align CenterBertempat di Dewan Multaqa' pengawas-pengawas
pusat sumber sedang mengikuti kursus kepimpinan.
Seronok nampak....
Moga selepas ini semua rajin bertugas dalam
satu team-work yang mantap.
Tahniah kepada guru-guru pusat sumber
yang mengelolakan kursus ini
Cik Nita, Pn Kan dan Pn Mariana.

Gotong Royong Perdana 2010

Gotong Royong Perdana berjalan lancar.

Pelajar-pelajar dan guru berkumpul di Dewan Terbuka.
Tn Hj Nazli b Ismail, GPK Kokurikulum SMK Paya Besar
memberi taklimat ringkas kepada pelajar.

Gotong royong pun bermula....
Di sekitar Makmal ICT.

Bersama-sama pekerja swasta yang turut terlibat.

Menampal formula di Taman Matematik.

Peneraju Taman Herba...

Orang makmal pun terlibat sama...

Di Taman Boss... Rajin anak murid cikgu....

Kelas pun turut di cuci... Cuci... jangan tak cuci....

Posing depan Taman Tropika...
Betul-betul ke berlakon ni.....

Di Taman Ilham... Cabut rumput tu habis-habis....

Huhu... buat apa balik pokok tu.....

Taman Pendidikan Khas....

Taman Pendidikan Seni...

Ha'ah... siapa pulak main sembunyi belakang pokok tu....

Kawasan paling tough, menguruskan
perabot sekolah....

Kami nak gi cat tandas... nak ikut?

Cikgu... tengok cantik tak kami cat ni?
Lepas ni jangan ada sesiapa conteng-conteng lagi.

Huhu... Cikgu Ali... bila nak siap mural tu???

Basuh dulu tau...

Kami nak pergi sapu kelas ni...

Kat surau al-hikmah pun turut dikemas.

Peace...

Pengecat-pengecat dinding...

Selepas penat... menjamu selera nasi dagang...

Pelajar-pelajar dijamu di Kantin Sekolah.

Terima kasih kepada semua guru dan pelajar
yang melibatkan diri dalam
aktiviti gotong royong perdana 2010.
Sekolah bersih pelajar ceria...
 

AKTIVITI SEPTEMBER 2012

3 - 19 Sept - Peperiksaan Percubaan SPM 2012
3 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 - 14 Sept - Peperiksaan Pecubaan STPM 2012
4 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 Cekal, 3 Cerdik, 3 Cerdas (Bilik Kuliah Za'aba)
4 Sept (10.30 AM) - Majlis Sumbangan Zakat Sempena Aidil Fitri (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 KAA, 3 Amanah, 3 Bestari (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI KHAMIS)
10 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 Sept (2.40 PM) - Jamuan Hari Raya Kelab Staff
17 Sept - CUTI GANTI HARI MALAYSIA
18 Sept (7.40 AM) - Program Sedetik Habitat 1Malaysia dan Program Bank Kitar Semua (Dewan Terbuka SMKPB)
19 Sept (7.40 AM) - Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia (Dewan Multaqa')
22 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI JUMAAT)
26 Sept (7.30 AM - 1.00 PM) - Program RIMUP (SMK Tanah Putih)
26 Sept (8.00 - 1.00 PM) - Program RIMU (SMK Tanah Putih)
26 Sept (2.00 PM) - Penamaan Calon Pilihanraya MPP Prauniversit 2012/2013 (Dewan Multaqa')
27 Sept (7.30) - Program 'All My English' (Dewan Multaqa')
27 Sept (3.30 - 5.50 PM) - Seminar Teknik Menjawab SPM Perdagangan (Bilik Kuliah Za'aba)
27 - 29 Sept - Program Tranformasi Minda (Tingkatan 5 ) (Kem Ville, Kempadang)

AKTIVITI JUN 2012

11 Jun (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
13 Jun (8:00 AM) - Ceramah Perancangan Kewangan PIDM (Dewan Multaqa')
13 Jun (8:45 AM) - Perjumpaan Guru & Ahli Rumah Sukan
15 Jun (8:00 AM) - Ceramah Isra' & Mikraj (Dewan Multaqa')
18 Jun (3:00 PM) - LaDAP Pengurusan ProD (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Jun (8:00 AM) - Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid PPSDM) Program Jati Diri Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
19 Jun (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Sukan & Olahraga (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Jun (8:00 AM) - Mesyuarat MISS dan Hari PaSar-NIAGA (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
21 Jun (8:00 AM) - Raptai Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
21 Jun (3:00 PM) - Taklimat PAJSK
22 Jun (8:00 AM) - Raptai Penuh Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
22 Jun (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
23 Jun (8:00 AM) - Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang 2012 (Dewan Multaqa')
24 Jun (8:00 AM) - Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah2012 (Padang SMK Paya Besar)
25 Jun - CUTI PERISTIWA
26 Jun (8:00 AM - 1:00 PM) - Program Pendidikan Khas Bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
26 Jun (3:00 PM) - Taklimat Kursus Kepimpinan Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Jun (7:40 AM) - Majlis Pelancaran Karnival Minggu Kokuria (Dewan Multaqa')
27 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Bahasa
28 Jun (11:00 AM) - Bench Marking Subjek Sejarah Tingkatan 6 Bersama SMK Air Putih (BIlik Kuliah Za'aba)
28 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Sains & Matematik
28 Jun (3:00 PM) - Taklimat Program Motivasi Kecemerlangan STPM (Bilik Sidang)

AKTIVITI MAC 2012

1 Mac - Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2012 (Dewan Multaqa')
1 Mac (2:00 PM) - Ceramah Motivasi GPMS Tingkatan 3 & 5 (Dewan Multaqa')
2 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
7 Mac - Keputusan STPM 2011
10 - 18 Mac - Cuti Pertengahan Penggal 1
19 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Mac (8:00 AM - 2:00 PM) - Kursus Keterampilan Bertutur (Bilik Kuliah Za'aba)
19 - 22 Mac - Pertandingan Sepak Takraw MSSD Kuantan (Dewan Multaqa')
21 Mac - Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM (Dewan Terbuka SMK Paya Besar)
23 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
26 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
26 - 29 Mac - Pertandingan Catur Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
27 - 29 Mac - Lawatan Sambil Belajar Kelas Pendidikan Khas ke Selangor
29 Mac (3:00 PM) - Mesyuarat Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah) (tangguh)
30 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
31 Mac - Outreach IPT, Seminar Kerjaya PERHATI (Dewan Multaqa')
31 Mac - Bengkel Pengurusan Kokurikulum (Bilik Kuliah Za'aba)

AKTIVITI DISEMBER 2011

20 Disember (9:00 AM) - Mesyuarat MT Pertama 2012
22 Disember - Keputusan Peperiksaan PMR 2011
25 Disember - CUTI KRISMAS
27 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Guru Pertama 2012
27 Disember (11:30 AM) - Mesyurat Pendaftaran Tingkatan 1
28 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Bidang & Panitia
29 Disember (8:30 AM) - LADAP - Amalan 5S
29 Disember (11:00 AM) - Amali di tempat masing-masing
30 Disember (7:30 AM) - Pendaftaran Semula Pelajar Tingkatan 2, 3, 5 & Prauniversiti
31 Disember (8:30 AM) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012

AKTIVITI JULAI 2012

2 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Kemanusiaan
3 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Vokasional & Teknologi
3 Julai (8:00 AM - 9:00 AM) Seminar Bahasa Melayu PMR - 3 CEKAL, 3 CERDAS, 3 CERDIK (Dewan Multaqa')
4 Julai - Hari Kemuncak Karnival Kokuria, Hari Koperasi Sekolah, Hari PaSar-NIAGA & Hari Bersama Pelanggan
5 Julai (11:00 AM - 1:00 PM) Seminar Teknik Menjawab Matematik SPM (Dewan Multaqa')
7 Julai (8:00 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 Julai (3:00 PM) - Mesyaurat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR, SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
10 Julai (8:00 AM) - Pelancaran Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Serentak Peringkat Daerah Kuantan 2012 (Padang SMK Paya Besar)
12 Julai (7:40 - 9:40 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM Kumpulan Potensi Siri 1 (Bilik Kuliah Za'aba)
12 Julai (9:45 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Sains PMR (Dewan Multaqa')
12 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Penyelarasan Skor PBS PMR SPM (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
12 - 13 Julai - Lawatan Kelab PNB ke PNB KL & Melaka
13 Julai (8:00 - 9:50 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
14 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa')
16 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Solat Hajat Perdana (Bilik Kuliah Za'aba)
17 - 19 Julai - Seminar Kecemerlangan STPM 2012 Peringkat Daerah Kuantan
17 Julai (8:00 -10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 Julai (8:30 - 10:30 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sains SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 - 20 Julai - Program PERHALUS Bahasa Melayu SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Julai - Taklimat & Temuduga Kemasukan Murid ke Program Kolej Vokasional di IPS, Kursus : Air Craft Maintenance (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Julai (8:00 AM - 2:40 PM) - Seminar Teknik Menjawab Fizik SPM 2012 (Dewan Mulaqa')
29 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM 2012 (Dewan Multaqa')
19 Julai (6:30 - 10:00 PM) - Solat Hajat Perdana (Dewan Multaqa')
24 Julai (8:00 - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2012 (Dewan Multaqa')
24 Julai (12:00 - 2:30 PM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR 2012 (3KAA/3 Amanah/ 3 Bestari) (Bilik Kuliah Za'aba)
25 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat JK Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Julai (8:50 AM) - Bengkel Persediaan Ramadhan (Briged Bakti Pahang) (1 Cekal/ 1 Cerdik/ 1 Cerdas) (Bilik Kuliah Za'aba)
27 Julai (8:50 AM) - Program Aman Palestin (Dewan Multaqa')
30 Julai (7.40 AM) - Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Dewan Multaqa')
30 Julai (8:20 - 9:20) - Seminar Tatabahasa PMR 2012 (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa') - Tangguh
31 Julai (7.40 - 10.40 AM) - Peperiksaan Percubaan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
31 Julai (10:00 - 1:00 PM) - Bengkel Teknik Menjawab Matematik PMR 2012 (3 Cekal/ 3 Cerdas/ 3 Cerdik) (Dewan Multaqa')

AKTVITI APRIL 2012

3 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 April (7.40 AM) - Taklimat Perkhemahan Unit Beruniform (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempua (Surau Al-Hikmah)
9 April (12.00 PM) - Mesyuarat Pengurusan 2 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 April - CUTI sempena Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong.
13 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
16 April (9.00 AM) - Penyerahan NETBOOK 1Malaysia (Dewan Multaqa')
16 April (2.50 PM) - LADAP Sejarah K3 (Bilik Kuliah Za'aba)
16 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
17 April (3.00 PM) - LADAP Panitia Pendidikan Islam (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 April (7.40 AM) - Pelancaran Majlis Kempen Menangani Gejala Sosial (Dewan Multaqa')
20 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
20 - 21 April - Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform (Padang SMK Paya Besar)
21 April - SEKOLAH GANTI JADUAL HARI KHAMIS
23 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestaro (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
23 April (3.00 PM) - Ladap Panitia Pendidikan Islam (Bilik Kuliah Za'aba)
24 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Sahsiah Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 April - Lawatan Pelajar Prauniversiti ke USM Pulau Pinang

AKTIVITI JANUARI 2012

1 Januari - CUTI TAHUN BARU
4 Januari (8:30 AM) - SESI PERSEKOLAHAN 2012 BERMULA
4 - 6 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
5 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat Post Mortem PMR 2011 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 - 11 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 (Dewan Multaqa')
12 - 13 Januari - Program Kemahiran Belajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
17 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
18 Januari (3:00 PM) -Mesyuarat Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
19 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat MBMMBI/PPSMI/PBS (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
22 & 24 Januari - CUTI TAHUN BARU CINA
31 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat ALK Kooperasi (Bilik Gerakan Siti Khadijah)

AKTIVITI OGOS 2012

1 Ogos (8.00 AM - 2.00 PM) - Program Transformasi Minda (KIPSAS) - Semua Pelajar Tingkatan 5
2 Ogos (8.30 - 10.30 AM) - Seminar Tatabahasa PMR (Dewan Multaqa')
3 Ogos - Seminar Bahasa Inggeris PMR (Dewan Multaqa')
6 Ogos - CUTI NUZUL QUR'AN
7 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (5 Budiman & 5 Cemerlang) (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Ogos (7.40 AM) - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2012/2013 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2012 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (4 Cemerlang & 4 Damai) (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Biologi SPM 2012 (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (10.10 - 12.10 PM) - Ceramah Nuzul Qur'an (Dewan Multaqa')
18 - 26 Ogos - CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
27 Ogos (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
28 Ogos - Semiinar Pengajian Am Tingkatan 6 Bawah 2012 (Yayasan Pahang)
29 Ogos - Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pendidikan Khas
31 Ogos - CUTI HARI KEMERDEKAAN

AKTIVITI MEI 2012

1 Mei - CUTI HARI PEKERJA
1 Mei - Bengkel Matematik Cara Kacang (Dewan Multaqa')
2 - 3 Mei - Program Sahsiah Bestari
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Matematik & Sains (Makmal Kimia & Biologi)
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Geografi (Bilik Kuliah Za'aba)
3 Mei (3.00 PM) - Mesyurat JK PIBG SMK Paya Besar (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
8 Mei (8.00 AM) - Pendaftaran Pelajar Prauniversiti (Dewan Multaqa')
9 Mei (8.00 AM) - Raptai I Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Melayu
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Inggeris
10 Mei (8.00 AM) - Raptai II Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
10 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
12 Mei - Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
14 Me1 - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Tingkatan 4, 5 & Prauniversiti BERMULA
14 Mei (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
15 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia PJK & PSV
16 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
21 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 & 3 BERMULA
26 Mei - CUTI PERTENGAHAN TAHUN BERMULA

AKTIVITI FEBRUARI 2012

1 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Merentas Desa (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
2 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat JK Bina Insan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
7 Feb (8:00 PM) - Program Akademik Menara Gading (pelajar terpilih)
7 Feb - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
9 Feb (7.00 PM) - Majlis Tahlil Perdana (Surau Al-Hikmah)
10 Feb (8:00 AM) - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
11 Feb (8:00 AM) - Program Excel PMR, SPM & STPRM 2012 (Dewan Multaqa')
16 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Pengurusan Aset Mudah Alih & Taklimat Perisian Portal Pangkalan Data (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 26 (Dewan Multaqa')
20 Feb (8:00 AM - 4.30 PM) - Program Excel - English Workshop (Dewan Multaqa')
21 Feb (8:00 AM) - Aktiviti Terapi Air Pelajar Pendidikan Khas (Dhe Rhu Resort)
23 Feb (10:00 PM) - Perjumpaan Guru Bersama Ibu Bapa Pelajar Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
24 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar (Dewan Multaqa')
24 Feb (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 Feb - UJIAN 1 /FEBRUARI 2012
28 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Kewangan 1 /2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)