Tuesday, March 31, 2009
Monday, March 30, 2009
Sunday, March 29, 2009
Hari Kejohanan Olahraga 2009
Pada Ahad 29 Mac 2009 telah berlangsung
Kejohanan Olahraga Kali Ke-18 di Padang SMK Paya Besar.
Majlis bermula dengan upacara menaikkan
Bendera Kejohanan diikuti dengan Perbarisan Lintas Hormat
dari Pasukan Rumah Sukan dan Unit Beruniform.
Turut menyerikan majlis ialah kehadiran
Pengerusi PIBG SMK Paya Besar,
Tn Hj Mohd Zahidi B Hussain.
Pasukan Pendidikan Khas.
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan
oleh Tn Hj Razak b Ahmad,
Pegawai Sektor Pembangunan Kemanusiaan,
Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan.
Adat bermain ada yang menang dan ada yang kalah.
Tahniah buat yang berjaya dan
yang kalah cuba lagi ditahun hadapan.
Apa yang penting, semangat kesukanan
dalam suasana cergas, cerdas dan harmoni.
Terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan Kejohanan Olahraga 2009.
Saturday, March 28, 2009
Kursus Touch Typing
Makmal ICT menerima kunjungan dari ahli-ahli koperasi
dari daerah Kuantan yang menjalani
kursus Touch Typing yang dikendalikan oleh pihak ANGKASA.
Kursus ini akan berjalan selama 2 hari
bermula dari 28 - 29 Mac 2009.
Pihak sekolah mengucapkan selamat datang
kepada peserta-peserta yang hadir.
Semoga dapat menjalani kursus tersebut dengan selesa.
Thursday, March 26, 2009
Wednesday, March 25, 2009
Perhimpunan Rabu 25 Mac 2009
Perhimpunan hari ini berjalan lancar.
Beberapa orang guru telah berucap antaranya ialah
1. En. Moses - guru bertugas untuk minggu ini.
2. En Mohd Jamali Abdullah - penyampaian hadiah
sempena Majlis Tilawah Quran peringkat Sekolah
yang berlangsung minggu lepas.
3. Pn Azizah Bakar - guru kaunselor sekolah
memaklumkan tentang Program ADK.
4. Tn Hj Nazli Ismail - GPK Kokurikulum
mengumumkan Hari Kejohanan Olahraga pada
Ahad, 29 Mac 2009 di Padang Sekolah.
5. Pn Nurlina - mengumumkan tentang
kegiatan Kelab Rukun Negara.
Monday, March 23, 2009
Lawatan First Day Assist dan Latihan Integrasi SMM-IES
Hari ini pihak GlobalNet telah mengadakan
Lawatan First Day Assist ke sekolah.
2 orang jurulatih telah dihantar
untuk memberi bantuan bagi penggunaan kali pertama
peralatan dan perisian IES dalam P&P.
SELAMAT KEMBALI KESEKOLAH
Selamat kembali ke sekolah kepada
semua warga SMK Paya Besar.
Kepada pelajar yang akan menghadapi
peperiksaan PMR, SPM dan STPM
mulakan langkah anda dari sekarang
untuk berusaha bersungguh-sungguh.
semua warga SMK Paya Besar.
Kepada pelajar yang akan menghadapi
peperiksaan PMR, SPM dan STPM
mulakan langkah anda dari sekarang
untuk berusaha bersungguh-sungguh.
Friday, March 13, 2009
Thursday, March 12, 2009
Keputusan SPM
Wednesday, March 11, 2009
Sambutan Maulidur Rasul 1430H
Di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar telah berlangsung
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.
Majlis telah di pengerusikan oleh En Raizuan b Ibrahim.
Aturcara bermula dengan Bacaan Doa oleh
Ustaz Mohd Jamali Abdullah.
Kemudian berkumandang bacaan Selawat
beramai-ramai oleh pelajar-pelajar SMK Paya Besar.
Bacaan tersebut diketuai oleh
pelajar-pelajar tingkatan 6.
Tuesday, March 10, 2009
Friday, March 6, 2009
Majlis Ilmu 6 Mac 2009
Majlis Ilmu untuk pelajar perempuan berjalan seperti biasa.
Penceramah hari ini ialah Datin Hajah Fauziah bt Ismail,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Paya Besar.
Beliau membicarakan tentang Adab Membaca Al-Quran.
Sabda Rasulullah saw : "Barangsiapa membaca al-Quran
kemudian ia merasakan ada orang lain yang dikurniakan
keutamaan melebihi apa yang telah dikurniakan Allah kepadanya,
maka sebenarnya ia telah memperkecilkan
suatu yang telah dibesarkan oleh Allah Ta'ala."
Sabdanya yang lain : "Seutama-utama ibadat umatku
ialah membaca Al-Quran."
Sabdanya lagi : "Sebaik-baik kamu ialah orang yang
mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya pula."
Ibn Mas'ud telah berkata : "Sekiranya anda inginkan ilmu
pengetahuan, maka pelajarilah Ak-Quran, kerana sesungguhnya
Al-Quran itu mengaandungi ilmu-ilmu para ahli
yang terdahulu dan yang terkemudian."
Jadikan Al-Quran sebagai teman yang benar-benar sejati.
Mudah-mudahan kita adalah antara orang-orang yang mulia disisi Allah.

Wednesday, March 4, 2009
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah
Pada hari Rabu 4 Mac 2008 telah berlangsung
Majlis Tilawah Al-Quran peringkat sekolah
telah diadakan bermula jam 3:oo petang.
Majlis bermula dengan pendaftaran pelajar
di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar.
Majlis Tilawah Al-Quran peringkat sekolah
telah diadakan bermula jam 3:oo petang.
Majlis bermula dengan pendaftaran pelajar
di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar.