Thursday, October 30, 2008
Pertandingan Catur
Tuesday, October 28, 2008
Latihan IES (Interactive Evaluation System)
Bermula 28 - 31 Oktober telah diadakan Latihan IES. SMK Paya Besar adalah diantara 150 buah sekolah terpilih seluruh Malaysia untuk melaksanakan Projek Rintis Projek Rintis Interactive Evaluation System (IES) tahun 2008. Sistem IES merupakan satu sistem yang dapat menambahbaikkan satu lagi elemen penting dalam P&P iaitu meningkatkan lagi keberkesanan aktiviti penilaian formatif dalam bilik darjah melalui sistem pentaksiran berasaskan sekolah dalam konteks menilai semula sistem pentaksiran dan penilaian di sekolah agar tidak berorientasikan peperiksaan seperti mana yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Latihan ini melibatkan 6 orang guru yang akan mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sains bagi tingkatan 1 dan 2 untuk tahun 2008, seorang Penyelaras Projek dan seorang Penyelaras ICT. Latihan dikendalikan oleh 2 wakil pembekal yang dilantik.
Wednesday, October 22, 2008
Peperiksaan Akhir Tahun 2008
Selamat Maju Jaya dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2008.
Tingktan 6 Rendah : 22 Oktober - 31 Oktober 2008
Tingkatan 4 : 22 Oktober - 7 November 2008
Tingkatan 1 & 2 : 3 - 7 November 2008
INSYA'ALLAH BOLEH!!!