Pages

Ads 468x60px

Showing posts with label Pengetua. Show all posts
Showing posts with label Pengetua. Show all posts

Friday, October 12, 2012

Majlis Bacaan Yaasin

 Majlis bacaan Yaasin berjalan lancar
di Dewan Terbuka SMK Paya Besar.
Semoga rahmat dan hidayah Allah SWT
dikurniakan kepada seluruh 
warga SMK Paya Besar.  
Selesai majlis satu perjumpaan khas 
pelajar tingkatan 5 telah diadakan.
Pelajr diberi taklimat tentang pelaksanaan 
jadual waktu anjal yang akan diadakan 
minggu hadapan.  Disamping itu
YBhg Datin Hjh Ezizah Hj Hashim
turut memberi kata-kata semangat dan nasihat
kepada pelajar yang akan menduduki
SPM tidak beberapa hari lagi.    

Friday, July 13, 2012

Perjumpaan Pelajar Program X-CELL Bersama Pengetua

 Bertempat di Dewan Kuliah Za'aba telah berlangsung
Perjumpaan Pelajar-pelajar Program X-CELL
bersama Yg Bhg Datin Hjh Ezizah Hj Hashim
Pengetua SMK Paya Besar.
Seramai 100 orang pelajar dari calon-calon
PMR, SPM dan STPM 2012
terlibat dalam Program E-CELL ini.
 Dalam pertemuan ini Yg Bhg Datin telah 
memberi nasihat dan motivasi kepada pelajar
untuk melakukan yang terbaik.
Begitu besar harapan sekolah agar mereka
dapat meraih keputusan cemerlang untuk 
Peperiksaan PMR, SPM dan STPM nanti.
 
SMK PAYA BESAR TOP 5 !!!!

Friday, May 11, 2012

Perjumpaan Pengetua Bersama Ibu Bapa

 Bertempat di Bilik Gerakan Siti Khadijah
satu perjumpaan Pengetua, Yang Berbahagia
Datin Hjh Ezizah Hj Hashim
bersama Ibu Bapa telah diadakan.
Turut bersama En Mohamed Che Ibrahim
GPK HEM SMK Paya Besar serta Unit Kaunseling
dan Unit Disiplin SMK Paya Besar. 
Pertemuan diadakan untuk mewujudkan kerjasama
antara ibu bapa dan sekolah agar
dapat membantu anak-anak pelajar
memajukan diri masing-masing samada
dari aspek akademik dan disiplin.

Thursday, April 19, 2012

Perjumpaan Pengetua Bersama Pelajar

Selesai perhimpunan semua pelajar Tingkatan 3
telah bersama Yang Berbahagia
Datin Hjh Ezizah bt Hj Hashim
Pegetua SMK Paya Besar.
Dipertemuan ini Yang Berbahagia Datin
telah memberikan nasihat dan kata-kata semangat
kepada pelajar Tingkatan 3 yang akan
menghadapi Peperiksaan PMR tahun ini.
Semoga pelajar dapat menghadamkannya
dan akan berusaha bersungguh-sungguh 
untuk mencapai kegemilangan.

SMK PAYA BESAR TOP 5!!!!

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Seluruh warga SMK Paya Besar
mengucapkan Selamat Hari Guru kepada
semua tenaga pengajar SMK Paya Besar.
Juga ucapan khas dari En Nandakumaran,
Pengetua SMK Paya Besar.

Being a teacher is good...
Being a good teacher is great...
Being a great teacher is respect...
Being a resected teacher is a bless...
And...
Being a blessed teacher is a REAL REWARD!!!
Happy Teacher's Day.

Tuesday, October 19, 2010

Perjumpaan Pelajar Tingkatan Pra Universiti bersama Tuan Pengetua

Bertempat di Bilik Sidang telah diadakan
satu perjumpaan diantara pelajar-pelajar Pra Universiti
yang akan menduduki Peperiksaan STPM 2010
bersama dengan Tuan Pengetua, En Nandakumaran.
Turut hadir bersama GPK Tingkatan 6, Pn Roslina Shahri
serta beberapa guru tingkatan 6 yang lain.


Dipertemuan ini Tuan Pengetua telah mencetuskan
kesedaran dan semangat kepada pelajar-pelajar
agar mendapat momentum yang maksima
bagi menghadapai peperiksaan tersebut.


Antara tips yang telah dikongsikan bersama pelajar
agar subjek yang dipelajari lebih bermakna ialah

THINK, SAY, DO, DISCUSS and TEACH.

Kelihatan pelajar memberikan konsentrasi yang
serius terhadap apa yang diperkatakan oleh Tuan Pengetua.

Guru-guru pun turut memberi kata-kata
nasihat dan semangat kepada pelajar-pelajar yang hadir.

Di akhir sesi pertemuan setiap pelajar yang hadir
telah membuat akujanji sebagai komitmen mereka
untuk melakukan yang terbaik untuk
Peperiksaan STPM 2010 nanti.

Insya'Allah masih belum terlambat untuk
pelajar-pelajar membuat persiapan dan persediaan
bagi menghadapi Peperiksaan STPM nanti.
Seluruh warga SMK Paya Besar sentiasa mendoakan
ANDA calon-calon STPM 2010
akan membuahkan hasil yang cemerlang.

SMK PAYA BESAR TOP 5!!!!

SMKPB BOLEH!!!!!!


Saturday, October 9, 2010

Ucapan Aluan Pengetua Baru

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Pada kesempatan ini, saya bersyukur dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JPN kerana memberikan kepercayaan kepada saya dan melantik saya sebagai pengetua SMK Paya Besar. Saya juga ingin melahirkan perasaan bangga kerana diberi peluang memimpin sekolah ini.

Saya berjanji berkerja keras untuk melonjakkan pencapaian sekolah sama ada dari segi akademik, kokurikulu, sahsiah kemenjadian murid. Untuk tujuan tersebut, saya sudah mengeluarkan Amanat Pengetua yang mengandungi 12 perkara yang harus diberikan perhatian oleh warga sekolah. Sebagai langkah pertama Program Sifar Ponteng dan Kehadiran Penuh akan dilancarkan pada bulan Oktober.

Visi sekolah yang berteraskan kegemilangan dieksplisitkan lagi untuk menjadi lebih spesifik. Selepas berbincang dengan semua guru sekolah visi terbaru sekolah SMK Paya Besar ialah "SMK Paya Besar akan menjadi antara sekolah kelima terbaik di daerah Kuantan dalam kalangan sekolah-sekolah harian."

Pendidikan Khas akan dijadikan bidang kebitaraan sekolah ini. Segala usaha akan diambil untuk menggemilangkan lagi pengurusan, pengelolaan, pengajaran serta pencapaian Pendidikan Khas di sekolah ini supaya bertaraf kebangsaan.

Semua aktiviti sekolah akan berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Rukun Negara akan dihayati dan dijadikan realiti. Segala usaha akan diambil untuk merealisasikan program/aktiviti yang diwarwarkan dalam Pelan Pembangunan Induk Pendidikan (PIPP).

Prioriti serta kepentingan akan diberikan untuk menjayakan Konsep 1Malaysia yang dirancang dan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sekian terima kasih daripada saya,

Nandakumaran A/L Kathirvaloo
Pengetua SMK Paya Besar

"SMK PAYA BESAR TOP 5 DALAM KALANGAN
SEKOLAH-SEKOLAH HARIAN
DI DAERAH KUANTAN"

Monday, September 27, 2010

Sesi Masak Bersama Tuan Pengetua

Mesra dan prihatin, itulah istilah yang dapat diberikan
kepada pengetua baru SMK Paya Besar,
En Nandakumaran A/L Kathirvaloo.

Pada pagi tadi, Isnin 27 September 2010
beliau telah bersama-sama pelajar Pendidikan Khas
telah mengadakan aktiviti Memasak bersama Tuan Pengetua.

Belaiu telah berkongsi dengan pelajar-pelajar
resepi Kurma Mamak.

Inilah hasilnya.... sungguh enak sekali.....

Begitulah mesranya pengetua baru kami.....

12 Amanat Tuan Pengetua


12 Amanat Tuan Pengetua En Nandakumaran
kepada pelajar SMK Paya Besar.

1. Pengetua menerangkan misi sekolah iaitu untuk
menjadikan SMK Paya Besar antara 5 buah
sekolah harian terbaik daerah Kuantan.

2. Kehadiran ke sekolah.
Pelajar yang tidak hadir hendaklah menyertakan surat
makluman daripada ibu bapa atau sijil sakit dari klinik.
Pelajar yang gagal memberikan surat ketidakhadiran,
ibu bapa akan dipanggil ke sekolah.

3. Program Jejak Kasih.
Program untuk melawat rumah pelajar yang bermasalah
tidak hadir ke sekolah, ponteng kelas
dan sebagainya akan diperluaskan lagi.

4. Pelajar tidak dibenarkan berada di luar kelas
tanpa Pas Izin Keluar daripada guru.
Tindakan : Hukuman rotan akan dikenakan
kepada pelajar yang ingkar.

5. Pelajar tidak dibenarkan menjerit-jerit dan
bising dalam kelas. Pelajar yang tidak menyiapkan
latihan akan dirujuk kepada Pengetua untuk
tindakan sewajarnya.

6. Pelajar yang terlibat dalam pergaduhan dan
pelajar yang melompat pagar akan dkenakan
tindakan mengikut peraturan dan jika sabit
kesalahan tindakan buang sekolah akan diambil.

7. Peringatan tegas dari Tuan Pengetua agar pelajar
menghormati guru dan pengawas yang bertugas.

8. Pelajar diingatkan bahawa Vandalisme adalah
kesalahan berat. Pelajar tidak dibenarkan membawa
marker pen dan liquuid paper ke sekolah.
Telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.
Bayaran RM20.00 akan dikenakan kepada pelajar
yang berbuat demikian dan ibu bapa mereka akan dipanggil.

9. Pelajar lelaki diingatkan agar menjaga kekemasan rambut
seperti yang terdapat dalam peraturan sekolah.

10. Pelajar tidak dibenarkan berdua-duaan
di kawasan sekolah atau luar sekolah dan pelajar
diingatkan agar menjaga nama baik sekolah
walau di mana mereka berada.

11. Setiap hari Rabu adalah Hari Unit Beuniform.
Semua guru dan pelajar dikehendaki memakai
T-shirt / Baju Unit Uniform masing-masing.

12. Memperluaskan penggunaan Bahasa Inggeris
agar pelajar lebih berjaya di masa hadapan.

Amanat ini telah disampaikan
pada 21 September 2010
di Dewan Terbuka SMKPB.

Monday, September 20, 2010

SELAMAT DATANG PENGETUA BARU

Seluruh warga SMK Paya Besar
mengucapkan selamat datang dan
mengalu-alukan kedatangan
En Nandakumaran A/L Kathrvaloo
sebagai pengetua baru di SMK Paya Besar.

Sehubungan dengan itu pagi tadi telah diadakan
satu pertemuan mesra antara Tuan Pengetua
dan semua guru-guru SMK Paya Besar
bertempat di Bilik Gerakan Siti Khadijah.
Semoga dengan kedatangan Tuan Pengetua
akan menyemarakkan kegemilangan
SMK Paya Besar untuk memercu
sebagai sekolah yang ulung di daerah Kuantan.

Saturday, August 7, 2010

Warkah dari Mantan Pengetua

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pertama-tamanya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengendali blog SMK Paya Besar kerana memberi peluang kepada saya untuk menulis di ruangan ini.

Pertemuan dan perpisahan itu memang ditakdirkan, ada rahsia yang kita tidak tahu sebenarnya. Yang pentingnya apakah kita mengambil pengajaran dari peristiwa yang berlaku. Mungkin kita akan menangis apabila perpisahan itu melibatkan orang yang kita sayangi, malah mungkin kita akan bergembira sekiranya perpisahan itu melibatkan orang yang kita tidak suka. Terfikirkah kita, mungkin orang baru yang akan dipertemukan nanti lebih baik dari orang yang kita sayangi, atau mungkin orang dipertemukan nanti lebih dahsyat dari orang yang kita benci? Perkara ini kemungkinan berlaku. Apa yang penting kita patut bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan.

Sebagai seorang insan yang lemah, dikesempatan ini saya memohon sejuta kemaafan dari warga SMK Paya Besar andainya amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya tidak dapat saya tunaikan sepenuhnya, malah mungkin menjadi beban kepada warga SMK Paya Besar di sepanjang saya berada di sini.

Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya lakukan di sini tetapi tidak berkesempatan, mungkin di atas kecuaian saya. Di antaranya mewajibkan semua pelajar memakai tali leher, ada speaker corner, laman luahan hati, sekolah tanpa loceng, skuad pengurusan jenazah. Walau pun saya tidak berkesempatan melakukannya, saya yakin dalam tahun-tahun mendatang perkara-perkara ini dapat direalisasikan. Saya juga ingin melihat calon PMR, SPM dan STPM kita dinobatkan calon terbaik peperiksaan peringkat daerah, negeri malah kalau boleh peringkat kebangsaan pada tahun ini kerana saya lihat ada permata yang menyinar di SMK Paya Besar ini. Saya akan tumpang gembira dan bangga sekiranya peristiwa ini benar-benar berlaku. Dan ini menjadi hadiah yang amat bermakna buat saya.

Saya rasa inilah yang mampu saya tulis di ruangan ini. Sebelum mengundur diri, ingin saya nyatakan bahawa banyak pengajaran saya perolehi sini sebenarnya. Pengajaran yang saya dapati di sini dan di beberapa tempat yang pernah saya bertugas akan saya gunakan sebaik mungkin, insya'Allah. Doakan kejayaan saya di tempat baru. Dan saya juga turut mendoakan agar seluruh warga SMK Paya Besar dapat berkerja dalam satu pasukan yang teguh dan padu demi memartabatkan kecemerlangan pelajar-pelajar SMK Paya Besar. Selamat berpuasa.

Sekian. Terima kasih.


Tn Haji Karim b Man, SMP.
Mantan Pengetua
SMK Paya Besar Kuantan.

Friday, August 6, 2010

Salam Perpisahan

Setelah hampir 7 bulan Tn Hj Karim b Man
memegang jawatan Pengetua SMK Paya Besar,
beliau telah dinaikkan pangkat sebagai
Pegawai Pelajaran Daerah bagi PPB Raub.
Hari ini merupakan hari terakhir beliau.
Maka pihak sekolah telah mengadakan
Majlis Perpisahan untuk Tn Hj Karim Man
bagi meraikan dan menghargai segala
jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan
demi kecemerlangan SMK Paya Besar.

Majlis yang bermakna ini telah dipengerusikan
oleh Pn Hjh Kamriah bt Jusoh.

Diikuti dengan bacaan doa yang sungguh syahdu
dibacakan oleh Ustaz Mohd Izuddin Che Ismail.

Ucapan Ketua Pelajar
Saudara Mohamad Izzat Izham Mohd Zawawi
bagi mewakili pelajar.

Diikuti dengan ucapan oleh
En Wan Sayuti bt Wan Muhammad
mewakili pihak guru-guru SMK Paya Besar.

Turut memberi ucapan
En Mohamad b Che Ibrahim,
GPK HEM SMK Paya Besar.

Seterusnya ahli dewan telah dihidangkan
dengan tayangan multimedia yang memuatkan
gambar-gambar kenangan Tn Hj Karim b Man
semasa berada di SMK Paya Besar.

Akhirnya yang diraikan telah menberi ucapan
yang penuh dengan nasihat kepada
semua guru dan pelajar.

Acara kemuncak penyampaian cenderahati.

Akhirnya Tn Hj Karim b Man telah
bersalam-salaman dengan semua pelajar lelaki.

Guru-guru juga bersalaman dan mengambil
kesempatan bergambar dengan beliau
buat kenang-kenangan.

Akhirnya warga staf SMK Paya Besar
juga turut memberikan cenderahati
buat Tn Hj Karim b Man.

Kami warga SMK Paya Besar mengucapkan
tahniah kepada Tuan Haji Karim diatas
jawatan baru yang disandang.
Terimakasih diatas semua tunjukajar
yang telah dikongsikan bersama guru dan pelajar
sepanjang beliau menerajui kepimpinan SMK Paya Besar.
Kami juga memohon maaf
sekira ada tersilap kata tersalah bicara....

Anak haruan lima-lima
Mati ditimpa pinggir daun
Budimu tuan kami terima
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Akar keladi melilit kasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi jambangan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Anak cina memasang pukat
Pukat dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tetapkan ingat
Bangai rambut tersimpul mati.

Friday, July 23, 2010

Perjumpaan Bersama Pengetua

Di pagi ini juga Tn Hj Karim b Man,
Pengetua SMK Paya Besar mengambil peluang
berjumpa dengan pelajar cemerlang
dari kalangan calon-calon PMR & SPM.
Pertemuan telah diadakan di BilikSidang.
Beliau telah memberi motivasi dan nasihat
dengan harapan pelajar-pelajar tersebut
dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang
ketika keputusan peperiksaan PMR & SPM nanti.

Sunday, May 16, 2010

Perutusan Hari Guru dari Pengetua SMK Paya Besar.



Bismilahirahmanirahim.
Assalamuailaikum , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia .

Setinggi-tinggi rasa syukur kepada ALLAH S.W.T atas limpah rahmat-NYA , dapat sama-sama kita menyambut Festival Perayaan Hari Guru pada tahun ini .

Pada kesempatan ini , saya mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru khususnya kepada guru-guru SMK Paya Besar. Guru-guru merupakan pendidik , pembentuk, pembina insan sejak dari kanak-kanak hinggalah ke usia remaja . Malah ilmu yang dicurahkan oleh para guru terhadap anak-anak pelajarnya merupakan asas bagi para pelajar tersebut menempuh alam yang lebih mancabar pada masa ini .

Jatuh bangunnya peradaban sesuatu bangsa , banyak bergantung kepada sejauh mana ilmu diberikan oleh para guru kepada pelajar-pelajarnya . Jadi wajar sekali segenap lapisan masyarakat di Negara kita menghargai jasa dan pengorbanan para guru . Guru-guru juga umpama ibu bapa kedua kepada anak-anak .

Akhir sekali kepada semua guru tingkatkan usaha , gandakan iltizam dan cernakan tindakan untuk terus berusaha mendidik anak bangsa . ~ Selamat Hari Guru , Guru Pembina Negara Bangsa ~

Khusus buat guru-guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979




Sekian terima kasih.

HJ KARIM B MAN
PENGETUA
SMK PAYA BESAR KUANTAN.

Monday, February 8, 2010

Ucapan Pengetua : Kegemilangan Sahsiah


Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan keizinanNya saya diberi ruang dan peluang sekali lagi untuk berucap pada perhimpunan ini. Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti dan menghadiri diri dalam aktiviti yang dirancangkan oleh pihak sekolah sepanjang minggu yang lepas.

Kalau dalam perhimpunan minggu yang lepas, saya telah bercakap tentang misi yang pertama iaitu Kegemilangan Akademik melalui Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan, pada minggu ini saya akan memperkatakan pula misi sekolah yang kedua iaitu Kegemilangan Sahsiah melalui Program Bina Insan yang Efektif.

Apakah yang dimaksudkan dengan sahsiah?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Sahsiah adalah perkataan Arab yang membawa maksud peribadi. Sementara peribadi pula ditakrifkan sebagai sifat atau kelakuan yang telah menjadi sebati dalam dirinya.

Mengikut Ustaz Abdul Ghani Shamsudin Pensyarah Universiti Malaya Kuala Lumpur, Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkum gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang.

Mengikut G.W Allport dalam bukunya “Pattern and Growth in Personality”, sahsiah ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal di dalam seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sistem psikofizikal merangkumi segala unsur-unsur psikologi seperti tabiat, sikap, nilai, kepercayaan dan emosi, bersama dengan unsur-unsur fizikal seperti bentuk tubuh badan, urat saraf, kelenjar, wajah dan gerak geri seseorang (Mok Soon Sang, 1994:1).

Sahsiah mempunyai tiga ciri utama. Pertama, ialah keunikan dengan maksud tersendiri. Kedua, kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah dan diubah; hasil pembelajaran atau pengalaman. Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan tingkahlaku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten. Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang.

Guru-guru yang dihormati dan Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian,

Apakah yang dimaksudkan dengan sahsiah yang gemilang?

Kalau kita amati takrifan yang diberikan oleh bijak pandai di atas, pada saya sahsiah yang gemilang ialah seseorang itu mempunyai peribadi dan tingkah laku yang tidak akan menyusahkan orang lain dalam kehidupan sehariannya. Saya ingin ulangi. Tidak akan menyusahkan orang lain. Kata orang Terengganu “berjuruh”. Dalam perhimpunan ini saya hanya akan fokuskan kepada pelajar dan untuk guru-guru kita akan bincangkan dalam mesyuarat guru nanti kalau ada kesempatan. Insya Allah.

Pelajar yang bersahsiah gemilang tidak akan menyusahkan ibu bapanya dengan meminta perkara yang bukan-bukan. Tengok kawan kita berpakaian berjenama kita hendak juga, pada hal ibu bapa kita tidak mampu menyediakannya. Di sekolah pelajar ini tidak akan menyusahkan guru-gurunya, rakan-rakannya malah orang-orang disekelilingnya. Kalau di dalam kelas disuruh belajar, mereka belajar, disuruh buat kerja rumah, disiapkan kerja rumahnya, disuruh datang untuk latihan sukan, dia datang, disuruh beratur kalau hendak ke makmal atau bengkel, mereka beratur, disuruh patuh kepada peraturan sekolah, mereka patuhi.

Bagaimana caranya bagi memudahkan kita untuk merealisasikan misi ini?

Jawapan yang paling mudah, ikut sahaja arahan guru. Habis cerita. Masalahnya, manusia mempunyai berbagai-bagai ragam dan perangainya. Kalau kita rujuk kepada pendapat Ustaz Abdul Ghani , sahsiah boleh dibentuk dan diubah melalui pengajaran dan pengalaman.

Untuk itu pihak sekolah di bawah kelolaan Unit Bina Insan telah merancang dan mengadakan beberapa program untuk kebaikan pelajar. Di antara program yang telah dijalankan ialah kursus Imam dan Bilal Muda, Tazkirah pada setiap hari Rabu dan bacaan Yassin pada setiap hari Jumaat. Sementara program yang sedang dirancang pula ialah kursus Pengurusan Jenazah, Solat Hajat pada setiap hari Jumaat bagi pelajar-pelajar kelas Peperiksaan.

Kalau sekiranya pelajar ada cadangan lain, bolehlah cadangan itu diajukan kepada Unit Bina Insan sekolah untuk kita pertimbangkan. Bagi Kursus Pengurusan Jenazah, saya kira ia amat penting walau pun dalam kategori fardhu kifayah, kerana apabila berlaku sesuatu kematian, apa yang saya lihat ramai daripada kita tidak tahu menguruskannya. Kita terpaksa panggil Tok Imam untuk menguruskannya. Apa yang terjadi sekiranya Tok Imam uzur? Tak malukah kita, kita terpaksa menjemput Imam dari Kariah lain untuk menguruskannya. Pada hal dan sepatutnya kita boleh menguruskannya sendiri.

Fokus utama kita mengadakan program-program ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk Amal Mahruf dan Nahi Munkar. Bagaimana mendapatkan Amal Mahruf dan Nahi Munkar ini? Saya rasa dan sememangnya ialah Solat Lima Waktu. Kerana Firman Allah yang mafhumnya sesungguhnya solat itu dapat mencegah sebarang fahsa(kejahatan) dan munkar. Oleh itu dihari yang berbahagia ini, marilah sama-sama kita tetapkan KPI kita iaitu Menjaga dan melakukan Solat Lima Waktu atau lebih baik lagi secara berjemaah.

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian,

Rebutlah peluang ini semoga kita sama-sama mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT.

Yang baik jadikan tauladan, yang buruk sama-sama kita tinggalkan,

Wabilahi Taufik Wal Hidayah , Wassalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.

Hj Karim B Man, SMP
Pengetua
SMK Paya Besar

Ucapan Aluan Pengetua Baru


Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh,

Syukur kehadrat Allah Subhanahu Wa Taala kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya jua saya diberi ruang dan peluang untuk membuat ucapan alu-aluan di blog ini.

Apa khabar semua? Harapan saya semuanya berada di dalam pemeliharaan Allah jua. Saya amat berterima kasih kepada pengendali Blog SMK Paya Besar yang sudi mempelawa saya untuk berkongsi sesuatu di dalam blog ini.

Sidang pembaca yang dihormati sekalian,

Dunia sekarang sudah berubah. Berita terkini hanya terletak di hujung jari kita sahaja. Kalau dahulu kita hanya boleh menerima berita daripada media cetak (mungkin agak lambat sampai ke pengetahuan kita), disusuli pula dengan media elektronik (radio dan televisyen), tetapi sekarang banyak maklumat boleh kita perolehi melalui internet dan masa yang diambil juga singkat.

Harapan saya dengan adanya blog ini dapatlah pihak sekolah menyampaikan segala maklumat dan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di sekolah dengan cepat dan tepat. Selain itu, segala perancangan yang telah diatur sepanjang tahun juga dapat dimuatkan di dalam blog ini bagi memudahkan waris pelajar SMK Paya Besar mengetahui dengan lebih cepat. Waris juga boleh memberi pandangan dan cadangan tentang program-program sesuai yang perlu diadakan oleh pihak sekolah demi kebaikan dan kejayaan pelajar SMK Paya Besar.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pengendali blog yang diketuai oleh Puan Hjh Sharifah Faridah Hanim dan Unit ICT SMK Paya Besar kerana berjaya mengendalikan blog ini dengan cemerlang. Semoga blog ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara sekolah dengan masyarakat tempatan umumnya. Saya difahamkan bahawa blog ini telah dilancarkan pada pertengahan Jun 2008. Ini bermakna blog ini telah beroperasi kurang lebih 18 bulan. Jadi sudah tentu banyak maklumat dan maklum balas yang telah diperolehi sepanjang tempoh itu.

Bagi kepentingan semua pihak dan penghargaan kepada warga SMK Paya Besar , saya berpendapat supaya segala hasil kerja terbaik pelajar SMK Paya Besar (contohnya karangan) dapat dimasukkan ke dalam blog ini agar dapat digunakan oleh pelajar-pelajar lain sebagai sumber rujukan. Selain itu, ini juga dapat mendorong pelajar-pelajar untuk menghasilkan sesuatu karya sehabis baik demi kebaikan bersama.

Sekali lagi syabas dan tahniah. Semoga blog ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua.

Wassalam.


HAJI KARIM BIN MAN, SMP.
PENGETUA
SMK Paya Besar
25150 Kuantan

Monday, February 1, 2010

Ucapan Pengetua : Kegemilangan Akademik


Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.

Sebelum saya mulakan ucapan saya pada pagi yang berbahagia ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada 60 orang pelajar yang telah dipilih untuk mengikuti Kursus Imam dan Bilal Muda 2010 pada Hari Jumaat dan Sabtu lepas. Saya bagi pihak Pengurusan SMKPB juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Penganjurnya iaitu Unit Bina Insan di bawah pimpinan GPK HEM Encik Mohamed bin Che Ibrahim dan Penyelaras Program Puan Norihan binti Ahamed dan AJK nya serta fasilitator-fasilitator yang terlibat dengan program ini. Semoga usaha yang dijalankan itu mendapat keredhaan Allah.

Guru-guru dan Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian,

Pada Hari rabu yang lepas saya telah memperkatakan tentang visi sekolah. Hari ini saya akan memperkatakan tentang misi pula. Saya ingin ulangi VISI SMK PAYA BESAR ialah Menjadikan SMK Paya Besar GEMILANG Antara Sekolah Harian Biasa Pada tahun 2013.

Bagi mencapai visi ini tujuh perkara telah digariskan sebagai misi sekolah.
1.Kegemilangan Akademik melalui Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan.
2. Kegemilangan Sahsiah melalui Program Bina Insan yang Efektif.
3. Kegemilangan Kokurikulum melalui Pendekatan Inovatif.
4. Kegemilangan Pengurusan Sekolah.
5. Tahap Keselamatan, Kebersihan dan Kecerian yang Maksimum.
6. Hubungan Komuniti yang Berkesan.
7. Bekerja Sebagai Ibadah.

PERSOALANNYA?
Bagaimana misi yang digariskan itu boleh kita capai. Ingat! Visi yang hendak dicapai ialah Gemilang bukannya Cemerlang. Gemilang berada pada satu tahap yang lebih tinggi dari cemerlang tetapi berada pada satu tahap yang lebih rendah dari terbilang Hari ini saya akan memperkatakan misi yang pertama iaitu Kegemilangan Akademik melalui Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan. Ada dua ungkapan penting dalam misi tersebut iaitu Kegemilangan Akademik dan P&P Berkesan. Bagaimana kita hendak merealisasi ungkapan tersebut.?

Sekarang, rata-rata orang bercakap tentang KPI , iaitu Key Performance Indicator atau dalam bahasa Melayu disebut Indeks Penunjuk Kejayaan. Bagi mencapai misi tersebut, saya rasa KPI yang boleh ditetapkan dan saya yakin guru-guru dan juga pelajar –pelajar bersetuju dengan saya iaitu KPI nya ialah guru mengajar dan murid belajar. Memandangkan KPI mesti dalam bentuk yang boleh dihitung atau dikira dan setiap mereka yang terlibat mesti mempunyai KPI masing-masing saya kira KPI bagi guru mungkin, menghabiskan satu-satu topik dalam jangkamasa tertentu atau memberikan jumlah soalan tertentu bagi dijawab oleh pelajar dan bagi pelajar pula KPI nya mungkin ialah menyiapkan kerja yang diberikan dalam tempoh masa tertentu atau menjawab jumlah soalan tertentu dalam masa tertentu.

Bagaimana kita hendak mengetahui sama ada P&P itu berkesan atau tidak? Sudah tentu kita akan lihat berdasarkan kepada ujian atau peperiksaan sama ada yang dijalankan oleh pihak sekolah iaitu ujian bulanan atau topical , atau yang dijalankan secara berpusat iaitu Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun . Dan yang lebih penting lagi ialah keputusan yang dicapai dalam Peperiksaan Awam iatu PMR bagi Tingkatan Tiga, SPM bagi Tingkatan Lima dan STPM bagi Pelajar Pra Universiti. Lantaran itu saya rasakan KPI yang paling sesuai bagi seorang guru ialah ETR yang perlu dicapai bagi mata pelajaran yang diajarnya dan bagi pelajar pula ialah Target bagi mata pelajaran yang diambilnya.

Perlu diingatkan bahawa kegemilangan yang hendak dicapai adalah berbeza bagi seseorang individu. Bagi seorang pelajar yang selalu mendapat E dalam mata pelajaran matematik misalnya. Kegemilangannya mungkin ialah jika dia boleh mencapai C atau B dalam peperiksaan Akhir Tahun bagi pelajar Tingkatan 1, 2 atau PMR bagi pelajar tingkatan 3. Saya rasa kita boleh fikirkan sendiri apakah KPI yang sesuai bagi kita.

Wabilahi Taufik Wal Hidayah , Wassalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.

Hj Karim B Man, SMP
Pengetua
SMK Paya Besar


*teks penuh ucapan pengetua pada perhimpunan 1 Februari 2010.

Thursday, January 21, 2010

Selamat Datang

Seluruh warga SMK Paya Besar
mengalu-alukan kedatangan pengetua baru,
Tn Hj Karim b Man ke SMK Paya Besar.


Alhamdulillah, atas keprihatinan beliau
sempat melawat pelajar Pendidikan Khas
pada hari pertama beliau melapur diri
ke SMK Paya Besar.

Wednesday, January 20, 2010

Amanat terakhir...


Kepada semua warga pendidik SMK Paya Besar
Assalamu'alaikum wrt.
dan Selamat Sejahtera.

Bertemu dan berpisah merupakan lumrah alam. Tidak di sangka masa berlalu begitu pantas dan setelah 3 tahun 7 bulan menabur bakti, kini tiba pula masa untuk berpisah dengan kalian. Memang berat hati meninggalkan kalian dan berat kaki untuk melangkah keluar dari SMK Paya Besar yang telah banyak melakar sejarah dalam perkhidmatan saya. Tetapi apakan daya, atas kepentingan perkhidmatan saya terpaksa ke sekolah bandar yang lebih berprestasi tinggi dan lain pula bentuk cabarannya.

Saya memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sekiranya selama tempoh berkhidmat di SMK Paya Besar, ada yang terguris hati dan tersinggung perasaan. Memang telah menjadi adat dunia, adat gunung timbunan awan, adat bukit timbunan kabus, adat lurah timbunan air, adat ketua timbunan umpat.

Kepada semua guru, teruskan perjuangan mendidik anak-anak bangsa agar masa depan mereka cemerlang dan gemilang. Berilah komitmen yang jitu kepada pihak sekolah dan segala pengorbanan guru-guru akan diberkati Allah swt.

Terima kasih kepada semua guru yang telah memberi kerjasama dan komitmen sehingga SMK Paya Besar telah menjadi Sekolah Kawalan 2 di bawah PPD Kuantan. Semoga usaha ini berterusan dan saya yakin SMK Paya Besar akan muncul sebagai sekolah gemilang di daerah Kuantan.

Serangkap pantun untuk tatatapan semua.

Asap api embun berderai,
Patah galah haluan perahu,
Niat hati tak nak bercerai,
Kehendak Allah siapa yang tahu.

Sekian, terima kasih.

Hjh Hatijah Gan bt Abdullah, AAP.,
Pengetua Cemerlang.

Salam Perpisahan...


Hari ini di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar
Majlis Salam Perpisahan telah di adakan.
Majlis yang ringkas tapi bermakna
ini telah diadakan sempena pertukaran
Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah, AAP.,
Pengetua Cemerlang ke MGS, Kuantan.

Ketibaan Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah
disambut oleh pelajar di Dewan Multaqa'
dengan ucapan selawat beramai-ramai oleh pelajar.

Barisan pentadbir SMK Paya Besar.


Majlis telah dipengerusikan oleh
Pn Hjh Kamriah bt Jusoh.

Bagi mendapat restu Illahi,
Ustaz Mohd Jamali b Abdullah
memulakan majlis dengan bacaaan doa.


Kemudian diikuti dengan ucapan dari
wakil pelajar dan wakil pelajar Pra-U.


Majlis diteruskan dengan ucapan dari
Datin Hjh Fauziah bt Ismail, AAP.,
GPK Pentadbiran SMK Paya Besar.


Kemudian ucapan dari yang diraikan
Pn Hjh Hatijah Gan bt Abdullah, AAP,
Pengetua Cemerlang.


Tidak ketinggalan pelajar-pelajar
membuat persembahan dan
turut diadakan tayangan slaid.

Penyampaian cenderamata dari pelajar.


Pn Hjh Hatijah bersalaman dengan para pelajar.
Suasana sayu menyelubungi dewan....

Tidak ketinggalan guru-guru juga turut bersalaman.

Tanggal 16 April 2006
Kau tiba di SMK Paya Besar
Membawa misi dan visi
Mendidik anak bangsa..

Namun tiba masa...
Detik-detik perpisahan itu tiba jua...
Maka ku rakamkan
kenangan-kenangan insa
sebgai tanda ingatan
bahwa kita pernah bersama
juga buat tatapan
kala kita kerinduan...

Tinggi bukti gilang gemilang
Ai laut tenang tenangan
Budimu puan bukan kepalang
Terima ini tanda kenangan....

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua jua....


 

AKTIVITI SEPTEMBER 2012

3 - 19 Sept - Peperiksaan Percubaan SPM 2012
3 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 - 14 Sept - Peperiksaan Pecubaan STPM 2012
4 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 Cekal, 3 Cerdik, 3 Cerdas (Bilik Kuliah Za'aba)
4 Sept (10.30 AM) - Majlis Sumbangan Zakat Sempena Aidil Fitri (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 Sept - Bengkel Kecemerlang PMR KHB - 3 KAA, 3 Amanah, 3 Bestari (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI KHAMIS)
10 Sept (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 Sept (2.40 PM) - Jamuan Hari Raya Kelab Staff
17 Sept - CUTI GANTI HARI MALAYSIA
18 Sept (7.40 AM) - Program Sedetik Habitat 1Malaysia dan Program Bank Kitar Semua (Dewan Terbuka SMKPB)
19 Sept (7.40 AM) - Majlis Penutupan Rasmi Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia (Dewan Multaqa')
22 Sept - HARI PERSEKOLAHAN BERGANTI (JADUAL HARI JUMAAT)
26 Sept (7.30 AM - 1.00 PM) - Program RIMUP (SMK Tanah Putih)
26 Sept (8.00 - 1.00 PM) - Program RIMU (SMK Tanah Putih)
26 Sept (2.00 PM) - Penamaan Calon Pilihanraya MPP Prauniversit 2012/2013 (Dewan Multaqa')
27 Sept (7.30) - Program 'All My English' (Dewan Multaqa')
27 Sept (3.30 - 5.50 PM) - Seminar Teknik Menjawab SPM Perdagangan (Bilik Kuliah Za'aba)
27 - 29 Sept - Program Tranformasi Minda (Tingkatan 5 ) (Kem Ville, Kempadang)

AKTIVITI JUN 2012

11 Jun (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
13 Jun (8:00 AM) - Ceramah Perancangan Kewangan PIDM (Dewan Multaqa')
13 Jun (8:45 AM) - Perjumpaan Guru & Ahli Rumah Sukan
15 Jun (8:00 AM) - Ceramah Isra' & Mikraj (Dewan Multaqa')
18 Jun (3:00 PM) - LaDAP Pengurusan ProD (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Jun (8:00 AM) - Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid PPSDM) Program Jati Diri Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
19 Jun (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Sukan & Olahraga (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Jun (8:00 AM) - Mesyuarat MISS dan Hari PaSar-NIAGA (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
21 Jun (8:00 AM) - Raptai Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
21 Jun (3:00 PM) - Taklimat PAJSK
22 Jun (8:00 AM) - Raptai Penuh Perbarisan Hari Sukan (Padang SMKPB)
22 Jun (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
23 Jun (8:00 AM) - Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Pahang 2012 (Dewan Multaqa')
24 Jun (8:00 AM) - Kejohanan Padang Dan Balapan Peringkat Sekolah2012 (Padang SMK Paya Besar)
25 Jun - CUTI PERISTIWA
26 Jun (8:00 AM - 1:00 PM) - Program Pendidikan Khas Bersama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang
26 Jun (3:00 PM) - Taklimat Kursus Kepimpinan Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Jun (7:40 AM) - Majlis Pelancaran Karnival Minggu Kokuria (Dewan Multaqa')
27 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Bahasa
28 Jun (11:00 AM) - Bench Marking Subjek Sejarah Tingkatan 6 Bersama SMK Air Putih (BIlik Kuliah Za'aba)
28 Jun - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Sains & Matematik
28 Jun (3:00 PM) - Taklimat Program Motivasi Kecemerlangan STPM (Bilik Sidang)

AKTIVITI MAC 2012

1 Mac - Pelancaran Program Guru Penyayang Peringkat Sekolah 2012 (Dewan Multaqa')
1 Mac (2:00 PM) - Ceramah Motivasi GPMS Tingkatan 3 & 5 (Dewan Multaqa')
2 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
7 Mac - Keputusan STPM 2011
10 - 18 Mac - Cuti Pertengahan Penggal 1
19 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
20 Mac (8:00 AM - 2:00 PM) - Kursus Keterampilan Bertutur (Bilik Kuliah Za'aba)
19 - 22 Mac - Pertandingan Sepak Takraw MSSD Kuantan (Dewan Multaqa')
21 Mac - Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM (Dewan Terbuka SMK Paya Besar)
23 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
26 Mac (3:00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
26 - 29 Mac - Pertandingan Catur Peringkat Daerah Kuantan (Dewan Multaqa')
27 - 29 Mac - Lawatan Sambil Belajar Kelas Pendidikan Khas ke Selangor
29 Mac (3:00 PM) - Mesyuarat Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah) (tangguh)
30 Mac (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
31 Mac - Outreach IPT, Seminar Kerjaya PERHATI (Dewan Multaqa')
31 Mac - Bengkel Pengurusan Kokurikulum (Bilik Kuliah Za'aba)

AKTIVITI DISEMBER 2011

20 Disember (9:00 AM) - Mesyuarat MT Pertama 2012
22 Disember - Keputusan Peperiksaan PMR 2011
25 Disember - CUTI KRISMAS
27 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Guru Pertama 2012
27 Disember (11:30 AM) - Mesyurat Pendaftaran Tingkatan 1
28 Disember (8:30 AM) - Mesyuarat Bidang & Panitia
29 Disember (8:30 AM) - LADAP - Amalan 5S
29 Disember (11:00 AM) - Amali di tempat masing-masing
30 Disember (7:30 AM) - Pendaftaran Semula Pelajar Tingkatan 2, 3, 5 & Prauniversiti
31 Disember (8:30 AM) - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012

AKTIVITI JULAI 2012

2 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Kemanusiaan
3 Julai - Aktiviti-aktiviti KoKuria Bidang Vokasional & Teknologi
3 Julai (8:00 AM - 9:00 AM) Seminar Bahasa Melayu PMR - 3 CEKAL, 3 CERDAS, 3 CERDIK (Dewan Multaqa')
4 Julai - Hari Kemuncak Karnival Kokuria, Hari Koperasi Sekolah, Hari PaSar-NIAGA & Hari Bersama Pelanggan
5 Julai (11:00 AM - 1:00 PM) Seminar Teknik Menjawab Matematik SPM (Dewan Multaqa')
7 Julai (8:00 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Arab PMR (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 Julai (3:00 PM) - Mesyaurat Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun PMR, SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
10 Julai (8:00 AM) - Pelancaran Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Serentak Peringkat Daerah Kuantan 2012 (Padang SMK Paya Besar)
12 Julai (7:40 - 9:40 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM Kumpulan Potensi Siri 1 (Bilik Kuliah Za'aba)
12 Julai (9:45 AM - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Sains PMR (Dewan Multaqa')
12 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Penyelarasan Skor PBS PMR SPM (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
12 - 13 Julai - Lawatan Kelab PNB ke PNB KL & Melaka
13 Julai (8:00 - 9:50 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
14 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa')
16 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat Solat Hajat Perdana (Bilik Kuliah Za'aba)
17 - 19 Julai - Seminar Kecemerlangan STPM 2012 Peringkat Daerah Kuantan
17 Julai (8:00 -10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 Julai (8:30 - 10:30 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sains SPM 2012 (Dewan Multaqa')
18 - 20 Julai - Program PERHALUS Bahasa Melayu SPM 2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Julai - Taklimat & Temuduga Kemasukan Murid ke Program Kolej Vokasional di IPS, Kursus : Air Craft Maintenance (Bilik Kuliah Za'aba)
19 Julai (8:00 AM - 2:40 PM) - Seminar Teknik Menjawab Fizik SPM 2012 (Dewan Mulaqa')
29 Julai (8:00 - 10:00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Sejarah SPM 2012 (Dewan Multaqa')
19 Julai (6:30 - 10:00 PM) - Solat Hajat Perdana (Dewan Multaqa')
24 Julai (8:00 - 12:00 PM) - Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2012 (Dewan Multaqa')
24 Julai (12:00 - 2:30 PM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR 2012 (3KAA/3 Amanah/ 3 Bestari) (Bilik Kuliah Za'aba)
25 Julai (3:00 PM) - Mesyuarat JK Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 Julai (8:50 AM) - Bengkel Persediaan Ramadhan (Briged Bakti Pahang) (1 Cekal/ 1 Cerdik/ 1 Cerdas) (Bilik Kuliah Za'aba)
27 Julai (8:50 AM) - Program Aman Palestin (Dewan Multaqa')
30 Julai (7.40 AM) - Pelancaran Bulan Kemerdekaan (Dewan Multaqa')
30 Julai (8:20 - 9:20) - Seminar Tatabahasa PMR 2012 (3KAA/ 3 Amanah/ 3 Bestari) (Dewan Multaqa') - Tangguh
31 Julai (7.40 - 10.40 AM) - Peperiksaan Percubaan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4
31 Julai (10:00 - 1:00 PM) - Bengkel Teknik Menjawab Matematik PMR 2012 (3 Cekal/ 3 Cerdas/ 3 Cerdik) (Dewan Multaqa')

AKTVITI APRIL 2012

3 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Disiplin & Pengawas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 April (7.40 AM) - Taklimat Perkhemahan Unit Beruniform (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
6 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempua (Surau Al-Hikmah)
9 April (12.00 PM) - Mesyuarat Pengurusan 2 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
11 April - CUTI sempena Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agong.
13 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
16 April (9.00 AM) - Penyerahan NETBOOK 1Malaysia (Dewan Multaqa')
16 April (2.50 PM) - LADAP Sejarah K3 (Bilik Kuliah Za'aba)
16 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
17 April (3.00 PM) - LADAP Panitia Pendidikan Islam (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 April (7.40 AM) - Pelancaran Majlis Kempen Menangani Gejala Sosial (Dewan Multaqa')
20 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
20 - 21 April - Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform (Padang SMK Paya Besar)
21 April - SEKOLAH GANTI JADUAL HARI KHAMIS
23 April (3.00 PM) - Perkongsian Bestaro (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
23 April (3.00 PM) - Ladap Panitia Pendidikan Islam (Bilik Kuliah Za'aba)
24 April (3.00 PM) - Mesyuarat JK Sahsiah Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
27 April (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 April - Lawatan Pelajar Prauniversiti ke USM Pulau Pinang

AKTIVITI JANUARI 2012

1 Januari - CUTI TAHUN BARU
4 Januari (8:30 AM) - SESI PERSEKOLAHAN 2012 BERMULA
4 - 6 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
5 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat Post Mortem PMR 2011 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
9 - 11 Januari - Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 (Dewan Multaqa')
12 - 13 Januari - Program Kemahiran Belajar Tingkatan 1 (Dewan Multaqa')
17 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
18 Januari (3:00 PM) -Mesyuarat Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
19 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat MBMMBI/PPSMI/PBS (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
22 & 24 Januari - CUTI TAHUN BARU CINA
31 Januari (3:00 PM) - Mesyuarat ALK Kooperasi (Bilik Gerakan Siti Khadijah)

AKTIVITI OGOS 2012

1 Ogos (8.00 AM - 2.00 PM) - Program Transformasi Minda (KIPSAS) - Semua Pelajar Tingkatan 5
2 Ogos (8.30 - 10.30 AM) - Seminar Tatabahasa PMR (Dewan Multaqa')
3 Ogos - Seminar Bahasa Inggeris PMR (Dewan Multaqa')
6 Ogos - CUTI NUZUL QUR'AN
7 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (5 Budiman & 5 Cemerlang) (Bilik Kuliah Za'aba)
8 Ogos (7.40 AM) - Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sesi 2012/2013 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2012 (Dewan Multaqa')
9 Ogos (11.00 AM) - Program Diskusi Bestari (4 Cemerlang & 4 Damai) (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (9.00 AM) - Seminar Teknik Menjawab Biologi SPM 2012 (Bilik Kuliah Za'aba)
10 Ogos (10.10 - 12.10 PM) - Ceramah Nuzul Qur'an (Dewan Multaqa')
18 - 26 Ogos - CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
27 Ogos (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
28 Ogos - Semiinar Pengajian Am Tingkatan 6 Bawah 2012 (Yayasan Pahang)
29 Ogos - Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Pendidikan Khas
31 Ogos - CUTI HARI KEMERDEKAAN

AKTIVITI MEI 2012

1 Mei - CUTI HARI PEKERJA
1 Mei - Bengkel Matematik Cara Kacang (Dewan Multaqa')
2 - 3 Mei - Program Sahsiah Bestari
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Matematik & Sains (Makmal Kimia & Biologi)
3 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Geografi (Bilik Kuliah Za'aba)
3 Mei (3.00 PM) - Mesyurat JK PIBG SMK Paya Besar (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
4 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
8 Mei (8.00 AM) - Pendaftaran Pelajar Prauniversiti (Dewan Multaqa')
9 Mei (8.00 AM) - Raptai I Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Melayu
9 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia Bahasa Inggeris
10 Mei (8.00 AM) - Raptai II Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
10 Mei (12.10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
12 Mei - Hari Anugerah Cemerlang 2012 (Dewan Multaqa')
14 Me1 - Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 Tingkatan 4, 5 & Prauniversiti BERMULA
14 Mei (3.00 PM) - Perkongsian Bestari (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
15 Mei (3.00 PM) - LADAP PBS Panitia PJK & PSV
16 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
21 Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 & 3 BERMULA
26 Mei - CUTI PERTENGAHAN TAHUN BERMULA

AKTIVITI FEBRUARI 2012

1 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Hari Merentas Desa (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
2 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat JK Bina Insan (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
7 Feb (8:00 PM) - Program Akademik Menara Gading (pelajar terpilih)
7 Feb - Mesyuarat JK Kelab Staf SMK Paya Besar
9 Feb (7.00 PM) - Majlis Tahlil Perdana (Surau Al-Hikmah)
10 Feb (8:00 AM) - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
11 Feb (8:00 AM) - Program Excel PMR, SPM & STPRM 2012 (Dewan Multaqa')
16 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Pengurusan Aset Mudah Alih & Taklimat Perisian Portal Pangkalan Data (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
18 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 26 (Dewan Multaqa')
20 Feb (8:00 AM - 4.30 PM) - Program Excel - English Workshop (Dewan Multaqa')
21 Feb (8:00 AM) - Aktiviti Terapi Air Pelajar Pendidikan Khas (Dhe Rhu Resort)
23 Feb (10:00 PM) - Perjumpaan Guru Bersama Ibu Bapa Pelajar Pendidikan Khas (Bilik Gerakan Siti Khadijah)
24 Feb (8:00 AM) - Mesyuarat Agung Koperasi SMK Paya Besar (Dewan Multaqa')
24 Feb (12:10 PM) - Majlis Ilmu Pelajar Perempuan (Surau Al-Hikmah)
27 - 29 Feb - UJIAN 1 /FEBRUARI 2012
28 Feb (3:00 PM) - Mesyuarat Kewangan 1 /2012 (Bilik Gerakan Siti Khadijah)