Tepat jam 9.00 pagi telah diadakan
Latihan Kawad Api Kebakaran yang melibatkan
semua warga SMK Paya Besar.
Semua pelajar telah dikumpulan
di padang sekolah SMK Paya Besar.
Prosedur latihan, guru-guru
dikehendaki mengambil kedatangan pelajar
dan melaporkan sekiranya ada pelajar yang tercicir.
Demonstrasi menggunakan alat pemadam api.
Kemudian pelajar-pelajar dikumpulkan
di Dewan Multaqa' SMK Paya Besar.
Pelajar mendengar ceramah dan
menonton tayangan kebakaran.
Dengar baik-baik ceramah tu...
Ceramah telah disampaikan oleh En Rosdi b Daud,
Pegawai Bomba dari Taman Tas, Kuantan.
Moga langkah-langkah latihan yang dijalankan
dapat memberi persediaan kepada
semua warga SMK Paya Besar agar dapat
menangani sebarang masalah sekiranya
kebakaran benar-benar berlaku.
Semoga semua mendapat manfaat.