Pada hari Isnin bersamaan 5 Julai 2010 yang lalu, pihak sekolah telah menghantar 44 orang pelajar yang terdiri daripada kelas 5 Syumul dan 5 Saksama ke Dewan Jubli Perak untuk mengikuti Program Kerjaya Teknologi Dan Sains Angkasa Dan Program Bersama Angkasawan Negara. Pn. Azizah selaku Guru Bimbingan Dan Kaunseling telah mengiringi kami ke program tersebut.
Angkawasan Negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah menyampaikan ceramah mengenai diri beliau dan pengalaman beliau ketika berada di International Space Station(ISS). Beliau mengatakan bahawa minatnya untuk menjadi seorang angkawasan bermula sejak berumur 10 tahun. Beliau juga telah menayangkan beberapa rakamannya ketika berada di sana. Beliau telah menasihati semua pelajar di sana supaya belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai cita-cita yang diimpikan.
Hampir 2 jam beliau menceritakan pengalamannya dan syarat-syarat untuk menjadi seorang angkasawan. Antara syaratnya ialah, seseorang yang ingin menjadi angkasawan tidak ada kesan dari pembedahan kerana kesan tersebut akan terbuka semula apabila berada di angkasa dan tidak boleh mempunyai sebarang tampalan pada gigi kerana tampalan tersebut akan tercabut. Selain itu,ketahanan badan juga penting untuk menghadapi ujian yang akan diberi. Beliau juga sangat fasih berbahasa Inggeris dan Russia. Oleh itu, untuk menjadi seorang angkasawan,kita perlu memenuhi semua criteria yang telah ditetapkan.
Kesimpulannya, kami berasa sangat bertuah dan gembira kerana dapat berjumpa dengan Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang menjadi idola semua pelajar. Rakyat Malaysia juga patut berbangga kerana Negara telah melahirkan seorang angkasawan yang telah menaikkan imej Negara dipersada dunia…
Laporan disediakan oleh
Syuhada Sulaiman
5 Syumul 2010
Kesimpulannya, kami berasa sangat bertuah dan gembira kerana dapat berjumpa dengan Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang menjadi idola semua pelajar. Rakyat Malaysia juga patut berbangga kerana Negara telah melahirkan seorang angkasawan yang telah menaikkan imej Negara dipersada dunia…
Laporan disediakan oleh
Syuhada Sulaiman
5 Syumul 2010
No comments:
Post a Comment