Perhimpunan pagi Isnin 26 Julai 2010
berjalan dalam suasana harmoni di Dewan Multaqa'.
Guru bertugas minggu lepas En Abd Jabar
membuat laporan antaranya :
1. Kedatangan awal pelajar ke sekolah memuaskan.
2. Menasihati pelajar agar lebih bertolak ansur
bagi mengelakkan pergaduhan dan
tidak melakukan aktiviti memonteng
seperti panjar pagar.
3. Kelas terbersih minggu ini ialah
kelas 5 Syumul dan 3 KAA.
Kemudian guru bertugas minggu ini En Adnan
membaca pengumuman.
1. Aktiviti kokurikulum minggu ini ditangguhkan
kerana ujian bulan Julai akan bermula
pada 28 - 30 Julai 2010.
2. Perjumpaan kepada semua pengawas sekolah,
pusat sumber, charity shop dan koperator
selepas perhimpunan untuk sesi bergambar.
Diikuti dengan ucapan Pn Jalilah yang mengumumkan
pelajar cemerlang untuk
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010
dan Kelas Tambahan untuk tingkatan 3 & 5
akan bermula hari ini dari jam 2.35 - 3.00 petang.
Turut memberi ucapan ialah Pn Zetty.
Beliau memaklumkan tentang hasil pemeriksaan
mengejut buku teks yang telah diadakan.
Didapati masih ramai pelajar meninggalkan buku teks
didalam laci meja dan kesemua buku-buku
tersebut telah dirampas.
Pelajar boleh datang berjumpa beliau atau
En Daeme untuk menuntut kembali buku
dengan bayaran denda sebanyak 50 sen dan
RM 1.00 jika buku tersebut tidak disampul.
Terdapat juga buku yang tidak dituliskan nama.
Untuk buku seperti ini, tuntutan tidak akan
dibenarkan kerana tiada bukti pemilikan buku.
Semua tuntutan boleh dibuat ketika waktu rehat sahaja.
Diingatkan sekali lagi bahawa adalah satu KESALAHAN
jika pelajar TIDAK MEMBAWA PULANG buku teks
selepas sesi persekolahan TAMAT
dan tidak dibenarkan sama sekali
meninggalkan buku tersebut dilaci meja sekolah.
Akhir sekali ucapan dari Tn Hj Karim b Man,
Pengetua SMK Paya Besar.
Beliau memaklumkan akan pertukaran
beliau sebagai Pegawai PPD Raub yang akan
bermula pada 2 Ogos 2010.
Beliau sempat menasihati pelajar agar
sentiasa hidup tidak menyusahkan orang lain.

No comments:
Post a Comment