Calon-calon SPM 2011 yang baru mendapat
keputusan SPM 2011 dan ingin membuat
PERMOHONAN SEMAK SEMULA
KEPUTUSAN SPM 2011
boleh berbuat demikian dalam tempoh
30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.
Sesiapa yang ingin membuat permohonan tersebut
sila datang ke sekolah dan berhubung dengan
Setiausaha Peperiksaan SPM Pn Noorizam Daud.
Beliau akan menerangkan dan membantu
apa yang harus dilakukan seterusnya.
Kadar bayaran semak semula ialah
RM50.00 bagi setiap mata pelajaran.
Kadar bayaran semak semula ialah
RM50.00 bagi setiap mata pelajaran.
Sila bawa bersama :
1. Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM.
2. Markah peperiksaan percubaan.
3. Sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran
berasaskan sekolah.
(SEMUA (1, 2,3) mesti disahkan oleh Pengetua Sekolah
atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A)
4. Dua (2) naskah sampul surat (11 cm X 22 cm)
bernama dan beralamat sendiri yang telah
dilekatkan setem RM0.60.
5. Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf
ditulis atas nama Pengarah Peperiksaan.
Borang permohonan yang diterima
selepas 30 hari daripada tarikh
pengumuman rasmi keputusan SPM
tidak akan diproses.
Keputusan permohonan akan dimaklumkan
melalui surat rasmi dalam tempoh
dua (2) bulan daripada tarikh tutup permohonan.
HARAP MAKLUM.
No comments:
Post a Comment