Alhamdulillah Program Guru Penyayang
Peringkat Sekolah 2012 telah selamat
dilancarkan dengan jayanya.
Peringkat Sekolah 2012 telah selamat
dilancarkan dengan jayanya.
Ketika mentari masih belum menampakkan sinarnya,
guru-guru SMKPB telah menunggu
kehadiran pelajar di pintu masuk utama sekolah.
Ucapan mesra salam dengan penuh kasih sayang
menyambut pelajar.
Bagi pelajar ini merupakan satu kejutan buat mereka.
Ada yang terharu....
Ingatlah anak-anak pelajar semua
guru-guru amat menyayangi mu.....
Kemudian semua pelajar berkumpul di Dewan Multaqa'.
Juruacara majlis ialah Pn Siti Rohayu.
Majlis bermula dengan alunan bacaan Al-Quran
oleh pelajar dari kelas 2KAA.
Kemudian diikuti dengan bacaaan Doa
oleh Ustaz Mohd Izuddin.
Sejurus kemudian alunan nasyid bertajuk Kasih Sayang
berkumandang di Dewan Multaqa'.
Satu taklimat Program Guru Penyayang telah
disampaikan oleh En Mohamed Che Ibrahim
GPK HEM SMK Paya Besar.
Ucapan Perasmian oleh Yang Berbahagia
Datin Hjh Ezizah Hj Hashim, AMP
Pengetua SMK Paya Besar.
Gimik Pelancaran dimana Lagu Kasih Sayang
telah dinyanyikan beramai-ramai.
Sebagai tanda sayang, seramai 4 orang pelajar
dan 2 orang guru telah diberi kejutan hadiah
sempena harijadi mereka yang jatuh pada hari ini.
Anugerah Khas "Kasih Sayang Sejati" telah dianugerahkan
kepada pelajar saudara Mohd Syafiq bin Mustaffar.
Tahniah buat beliau.
Sikap beliau yang cakna dan prihatin yang lahir
dari hati yang ikhlas tanda kasih sayang
kepada kawan sepanjang masa.
Mohd Shafiq sanggup memimpin dan sentiasa
menemani ke mana-mana sahaja apabila
Ahmad Fahmi memerlukan. Sikap sebegini
wajar diteladani oleh anak-anak pelajar
yang lain dalam usaha membantu sesama sendiri.
Berkasihsayanglah kita sesama insan kerana
itulah yang diajar kepada kita oleh Rasulullah SAW.
"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia
mengasihani saudaranya seperti mana
dia mengasihani dirinya...."
2 comments:
salam semua.
saya berpandangan bahawa rasa sayang guru terhadap muridnya sudah lama tersemat di jiwa dan berterusan sehingga 1 mac 2012 yang lepas.Guru cakna kepada murid bermakna guru itu sayang kepada muridnya begitulah sebaliknya.walau bagaimanapun pelancaran Guru Penyayang baru-baru ni sekurang-kurangnya dapat menzahirkan rasa sayang guru kepada murid secara langsung.syabas kepada semua.
Salam 1 Malaysia
Sebagai Pelajar,
sy sangat menghargai usaha sama dalam melancarkan program-program sebegini ... nice lol >.<"
Post a Comment