Perhimpunan pagi Isnin 21 Mac 2011
berjalan lancar. Seperti biasa bergema
Dewan Multaqa' dengan nyanyian lagu
Negaraku, Negeri Pahang dan Lagu Sekolah.
Kemudian diikuti dengan Bacaan Ikrar
Rukun Negara dan Ikrar Pelajar.
Laporan guru bertugas sebelum cuti oleh
Pn Noraini Mohd Nor. Antaranya beliau
telah menasihati pelajar agar menjaga keselamatan
ketika melintas jalanraya dengan menggunakan
kemudahan jejantas yang telah disediakan.
Kebersihan kelas dan kantin juga perlu
dipertingkatkan. Juga pengumuman kepada
pelajar yang buku teks yang dirampas kerana
tidak membawa pulang buku tersebut
ketika waktu cuti sekolah diminta
menuntut dengan Pn Zetty dengan
dendaan 50 sen untuk setiap buku.
Ucapan guru bertugas minggu ini En Wan Sayuti.
Memaklumkan guru lain yang bertugas iaitu
Pn Hjh Azizah Bakar, Pn Milda,
Pn Norihan Ahamed dan Pn Hjh Sh Mariam.
Beliau mengingatkan pelajar agar menjaga
tingkahlaku dan disiplin kerana pada hari khamis ini
sekolah akan menjadi tuan rumah kepada
Pertandingan MTQSS peringkat Zon Perkasa.
Membaca pengumuman pelajar yang terlibat
dengan perbarisan Hari Anugerah Cemerlang
diminta hadir untuk sesi latihan pada petang ini di
depan Dewan Multaqa'.
Ucapan Tn Hj Nazli Ismail, GPK Kokurikulum.
Memaklumkan Hari Anugerah Cemerlang
yang akan diadakan pada hari Ahad 27 Mac 2011.
Juga Larian 1Sukan 1Malaysia juga akan
diadakan pada Sabtu 2 April 2011.
Ucapan En Nandakumaran, Pengetua SMK Paya Besar.
Beliau meminta guru kelas menyerahkan nama
pelajar yang tidak hadir ujian pertama
yang dijalankan sebelum cuti.
Juga memaklumkan pihak sekolah telah
membaiki pintu-pintu kelas yang rosak.
Maka pelajar dinasihatkan agar menjaga
pintu dengan baik. Sebarang kerosakan menjadi
tanggungjawab kelas tersebut membayar
denda iaitu RM5.00 untuk setiap cangkuk
pintu yang rosak.
Kelas terbersih minggu sebelum cuti dimenangi
oleh kelas 3KAA dan 6 Atas 2.
Tahniah kepadaNur Fatin Latifah Md Radzi
kerana telah mendapat Johan dalam
Kejohanan MSS Pahang Peringkat Negeri 2011
dalam acara Boling Ten Pin (P18).
No comments:
Post a Comment