Perhimpunan di pagi Isnin 7 Mac 2011
berjalan seperti yang dirancang.
Laporan guru bertugas minggu lepas
En Anuar Mohamed. Teguran dan nasihat
telah diberi dari aspek datang awal ke sekolah,
ponteng sekolah, menceroboh kelas dan
menunggang motorsikal tanpa lesen.
Beliau juga memaklumkan Perkhemahan
Bersepadu akan diadakan di Tapak
Perkhemahan Gunung Senyum.
Pelajar yang berminat boleh memberi
nama kepada unit masing-masing
selewat-lewat hari RABU. Yuran yang
akan dikenakan ialah RM 30.00 seorang.
Ucapan En Mohammad Che Ibrahim
GPK HEM SMK Paya Besar.
Beliau memberi amaran kepada pelajar
yang masih melakukan kesalahan seperti
ponteng dan panjat pagar, tindakan lebih tegas
akan dikenakan. Insiden pelajar yang
ponteng dan mengalami kemalangan mesti
dijadikan pengajaran kepada semua pelajar.
Pelajar seharusnya mengutamakan
keselamatan diri.
Ucapan guru bertugas minggu ini Pn Melati.
Memaklumkan guru yang bertugas minggu
ini termasuk Pn Asmaiani Nan, Pn Noraini Mohd Nor,
Pn Hjh Sh Faridah Hanim & Cik Wan Norasyikin.
1. Mengingatkan ujian 1 yang akan bermula
esok 8 Mac 2011. Pelajar seharusnya membuat
persediaan yang serius.
2. Pada hari Khamis sekolah akan menjadi
tuan rumah untuk aktiviti Bahas Ala Parlimen
peringkat Kuantan. Pelajar dinasihatkan
akan berkelakuan baik menjaga imej sekolah.
3. Perjumpaan ahli Pengakap pada hari ini
jam 2.40 petang di Dewan Terbuka.
4. Perjumpaan ahli JPA 3 pada hari ini
jam 3.30 petang di depan Dewwan Multaqa'.
5. Memaklumkan pelajar yang mempunyai
abang dan kakak yang pernah besekolah di sini
boleh mengambil sijil SPM 2009 & LCCI 2009.
Sila bawa kad pengenalan untuk tuntutan.
6. Semua pelajar tingkatan 5 yang ingin
mengikuti Seminar SPM 2011 pada 2 - 4 April
anjuran Yayasan Bank Rakyat boleh
memohon secara online. Keterangan
lanjut boleh berurusan dengan Pn Soh Sew.
7. Memaklumkan kelas terbersih ialah
2KAA dan 6 Atas1. Manakala kelas
terbersih untuk bulan Februari ialah 5 Syumul.
Ucapan Tn Hj Nazli Ismail
GPK Kokurikulum SMK Paya Besar.
Beliau memberi amaran kepada pelajar
yang berkeliaran ketika aktiviti kokurikulum
minggu lepas. Seramai 50 orang pelajar telah
ditangkap dan diberi amaran.
En Moses mengumumkan pelajar
Afif Zikry b Abdul Jalil telah menjadi
Naib Johan 200 m 15 Tahun Lelaki
dalam Kejohanan Balapan & Padang
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah
Kuantan 2011 yang telah diadakan
di Stadium Darul Makmur pada
21 - 23 Februari 2011.
Ucapan En Nandakuran
Pengetua SMK Paya Besar.
Tuan pengetua menasihati pelajar agar
membuat persiapan yang cukup bagi
menghadapi ujian 1 yang akan bermula esok.
Beliau memberi amaran tindakan akan diambil
1. sekiranya pelajar meniru, automatik 0 markah.
2. jika tidak hadir secara sengaja, pelajar
boleh digantung sekolah selama seminggu.
Tuan pengetua juga memberi peringatan
kepada semua pelajar yang hadir berkaitan
dengan aktiviti ponteng sekolah.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa,
surah al asr dan tasbih kifarah.
No comments:
Post a Comment