Perhimpunan pagi Rabu berjalan lancar.
Majlis dimulakan dengan beberapa aktiviti
Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Saudara Irfan dan kelas 3 Amanah telah
membuat syarahan Agama yang bertajuk
'Peningkatan iman melahirkan
insan yang berwawasan'.
Kemudian 2 orang pelajar dari kelas 3 Cerdas
telah memperkenalkan 12 perkataan
Bahasa Arab yang dipinjamkan ke Bahasa Melayu.
Akhirnya Saudara Mohd Azfar dari kelas 5MPV
telah membuat 'Public Speaking' yang
bertajuk 'Do we care?'
TAHNIAH diatas keberanian pelajar
memberi persembahan yang mantap.
Ucapan dari En Daeme Abu Bakar.
Beliau membuat teguran dan nasihat
berkaitan dengan disiplin pelajar
seperti ponteng dan panjat pagar.
Ucapan oleh Pn Norizah Amzah berkaitan
permohonan biasiswa BKP yang masih
dibuka kepada pelajar untuk memohon.
Syaratnya ialah lulus peperiksaan
dan pendapatan ibu bapa tidak melebihi RM 1500.
Ucapan oleh En Hasbullah Abd Latif
GPK Pentadbiran SMK Paya Besar.
Beliau menegaskan sekolah ialah tapak
bagi pelajar untuk mengasah bakat,
keterampilan dan keyakinan diri.
Ucapan tahniah dari beliau
kepada pelajar yang berani untuk
membuat persembahan di pentas.
Juga beliau mengingatkan kepada pelajar
agar membuat persiapan ujian Mac
yang akan diadakan minggu depan.
Beberapa pengumuman yang dibaca
oleh pengawas sekolah.
1. Solat hajat untuk kelas peperiksaan pada
hari Jumaat dan Bacaan Yaasin untuk
pelajar-pelajar lain.
2. Majlis Ilmu untuk pelajar perempuan
jam 12.00 tengahari untuk pelajar perempuan
di Surau Al Hikmah pada hari Jumaat.
3. Aktiviti Kokurikulum petang ini untuk
Kelab dan Persatuan.
4. Pelajar tingkatan 2 diminta menyerahkan
4. Pelajar tingkatan 2 diminta menyerahkan
kad suntikan HPV kepada Pn Siti Fatimah
atau Pn Sarifah Mansor.
5. Taklimat kerja kursus untuk semua
pelajar tingkatan 3 selepas perhimpunan.
No comments:
Post a Comment